22 Ogo 2008

Ghuraba' Ramadhan dalam kemerdekaan

selamat menyambut hari kemerdekaan

dan selamat menyambut Ramadhan al Karim

saya akan ke Sabah untuk seminggu, bila sampai kembali ke Tanah Semenanjung, gimik kemerdekaan akan bermaharajalela, manusia akan melata gembira,

tapi diri ini tentu teruja dengan kemerdekaan yang bakal disambut pada malam 1 Ramadhan,
satu bulan yang ditunggu dalam setahun, satu harinya yang bersamaan dengan nilai ibadah yang berganda-ganda. Permulaan malam seribu bulan. Tentunya saat gembira bagi para ghuraba.

Ramadhan, medan meninggikan ketaqwaan, diangkat kemuliaan diri manusia, terus dari Pencipta. Ghuraba' yang terus mengembara, akan berhenti singgah di perhentian Ramadhan, mencari bekas untuk menanam bekalan, akan dicari air semulia air zam-zam untuk ditadah sebagai bekal. Akan mereka kutip rumput yang melata di bumi untuk dijadikan benih tanaman.

Ya Allah, Ramadhan ku menjelma, rindu yang telah lama dipendam akan ku lepaskan, akan ku tadah zarah syurgaMu Ya Allah, akan ku cari tintaMu, akan aku, semampu ku, seupaya aku.

firmanMu,

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.
Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim).
Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. "

akan ku cari merdeka ini dengan Ramadhan Mu,
mulia sangatkah diri ini, andai merdeka dianggap pesta, tiadakah aku memerhati ayat-ayat Mu,
aku di cipta dari yang hina, merdeka apa yang dicari?

aku istilahkan merdeka dengan makar dunia, corak kehidupan yang tiada yang guna.
Kekadang buntu tak temui jalan keluar.

Kemerdekaan hanya mulia dengan makna CINTA, cinta Allah, pada Rasul dan juga pada kalam Nya. Sayu hati melihat nasib manusia yang merdeka pada slogan mereka.

Puasaku akan terangkat ke langit sana, disaksikan oleh Tuhan ku
dinilai dengan saksama, berganda atau berkurang
keadaan yang aku tak pasti akhirnya.

Ghuraba' akan melaksana misi, mencipta solusi terbaru dengan hasrat yang segar sejati.
Seantero akan menjadi saksi, mulia sang pengembara mentafsir mimpi menjadi realiti.

Wahai saudara, tangguhkan merdeka buat sebulan, akan kita saksikan merdeka dalam kesedihan.

Kita jangan lupakan Ramadhan,
langsaikan disini semampu kita,
jangan bertangguh tapi bersungguh

InsyaAllah, pertemuan akan jadi indah
lebih mulia dari sekadar madah


Bertemu Ramadhan hati jadi berbunga,
merdekakah kita andai masih menyendiri tanpa menjana

SMizanSaidin

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal

Berjuang dan bersabarlah dalam meniti kejayaan

Sering kali apa yang diimpi atau diharapkan tidak menjadi kenyataan sebaliknya pelbagai dugaan menghampiri diri ketika saat hampir menggapai kejayaan. Berikut disiarkan panduan (petua) menghadapi dugaan, kegelisahan dan kemurungan.

1. Kita bertanya : kenapa aku diuji?
Al- Quran menjawab, Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, “Kami telah beriman,” (I am full of faith to Allah) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (29 : 2-3)

2. Kita bertanya : kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Al-Quran menjawab :Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (2 :216)

3. Kita bertanya : kenapa ujian seberat ini?
Al-Quran menjawab :Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”(2:286)

4. Kita bertanya : kenapa rasa kecewa?
Al-Quran menjawab : “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang beriman.”(3:139).

5. Kita bertanya : bagaimana akan menghadapinya?
Al-Quran menjawab : “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih dari kesabaran musuh, (di medan perjuangan ), dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah (be fearful of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya kamu berjaya(beruntung,-mencapai kemenangan). (3: 200)

6. Kita bertanya : bagaimana perlu aku menghadapinya?
Al-Quran menjawab : “ Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat ; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (2:45).

7. Kita bertanya : apa yang aku dapat dari semua ini?
Al-Quran menjawab : “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri, harta, mereka dengan memberikan syurga kepada mereka,....(9:111)

8. Kita bertanya : kepada siapa aku berharap?
Al-Quran menjawab : Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (9:129)

9. Kita berkata : aku tak dapat tahan!
Al-Quran menjawab : Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum kafir.”(12: 12)


sumber : Siasah

Dan aku mekar kerana Bangsaku
Dan bangsaku adalah Bangsa ISLAM


SMizanSaidin

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya
kepadaNya aku bertawakkal

15 Ogo 2008

Diri Ini

Terkadang ku takut, Ya Allah,
Kerna diri ini, bila iri,
Lantas ia sering melupai,
Cebisan kerisauan itu,
seringsaja membuatkan diri rasa sunyi-
Lantaran kedhaifan diri yang begitu meragut,

Kerap aku mengecam,selepas puas dikecam,
namun penghujungnya, penyudahnya,
membutakan hati, merencatkan minda,
Aku risau, lantaran nama-nama hebat,
Sering saja kedengarannya gugur,
Menggugupkan yang tinggal,

Adakah bisa diri ini juga merasa
kepahitan sang pengembala,
tatkala mengatur jarum-jarum kehidupannya.
Puas aku berkeras, untuk memaksa kejahilan,
Keluar dari lekuk-lekuk minda,
Supaya tiada lagi kekangan
atau sebarang bentuk alasan.

Apakah kekacauan ini, bisa memekak telinga,
Dengan pendapat yang sering saja tersasul,
Dengan keputusan yang menzahirkan kebaculan.
Hampir tiba saatnya,

Sekarang diri perlu berdiri,
Kalau perlu ia dihadapan,
Ia jadi tamsilan,
Kalau perlu seiringan,
Ia jadi pedoman.


Faqir il Allah
Diri Ini
Majulah ikhwah untuk Dakwah

Cita cintaku

Aku menggambarkan cita-cita,
kerna ingin menukilkan sejarah,
Dengan pena yang mekar ditangan,
Aku ingin terus melakar.

Disebalik samaran dunia,
Tersimpan satu hikmah istimewa,
Kerana watak dunia,
Yang berbagai rencana dan peristiwa.

Lantas aku ceriakan suasana,
Agar ia sentiasa bersama,
Dalam aku mewarnai,
Kemuliaan cinta,
Yang bakal aku mulai dengan cita.

Manusia seringkali ketandusan,
Kerana menilai pada yang sementara,
Pada fatamorgana,

Mereka mencampakkan cinta,
Ke dasar jurang Mariana,
Meletakkan kehinaan pada takhta kemuliaan,
Kemudian merentap dengan penuh zalim,
Membekaskan sisa-sisa mungkar pada jambatan keadilan

Regards,
S. Mizan Saidin
Cita Cintaku
Majulah Ikhwah Untuk dakwah
http://www.ikhsaninsan.blogspot.com

Tercipta untuk Tuhan

Ada yang perlu kita fahamkan
Tentang kehidupan dan tarbiyah
Semuanya perlu kepada belajar dan mengajar
Semuanya perlu kesabaran dan keikhlasan

Lantaran rindu dia salurkan pada mentari
Lantaran cinta dia halakan pada bulan
Lantas cipta dia untuk Tuhan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dlm ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan


Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahayaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi, bimbinglah kami



Ladang dakwah terbentang luas
Kewajiban kita untuk menyirami tanah-tanah tandus
Menyemai benih-benih unggul
Agar tumbuh pohon-pohon kejayaan Islam

DAKWAH INI AKAN TERUS MENGALIR MENUJU REDHA ALLAH

Jangan bersedih.
Dimana kita berada,
disitulah dakwah kita sebarkan

kita cari benih yang baik
kalau dapat benih

wahai mujahiddin,
diseluruh dunia, di mana sahaja kalian berada
buanglah rasa takut di dada kalian
meskipun kalian berasa sempit dan sedikit

Allah dan para malaikatNya
Akan menolong kalian
dari jalan yang tidak terduga-duga
ribuan langkah kau tapaki
pelosok negeri kau jelajahi
tanpa kenal lelah jemu
sampaikan firman TuhanMu

terik matahari
tak surutkan langkahmu
deru hujan badai
tak lenturkan azammu

lapangkanlah dada kami
dengan kurniaan iman
dan indahnya tawakal padaMu
hdupakan dgn makrifatMu
matikan dengan syahid di jalanMu
Engkaulah Pelindung dan Pembela


Dalam kenangan
Allahyarham KH Rahmat Abdullah

Khusyukkah Aku


Susah untuk mencapai khusyuk dalam apa yang sering aku lakukan, apatah lagi dalam solat yang merupakan nadi dan perancang kehidupan yang paling utama. Jiwa akan jadi resah dan gementar kerana kekalutan terhadap kehidupan yang sering diselaputi perkara mungkar dan maksiat.

Firman Allah Taala :

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar.
Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (29 : 45 )


Sering terngiang di minda, tafsiran ayat ini yang secara jelas menunjukkan kepada manusia
akibat dari kelalaian dan kecuaian terhadap solat, manusia akan terdedah dengan tipu helah dunia, segala maksiat yang berwajah keji dan hina. Apa saja kemaksiatan bukannya berpunca dari pelbagai ancaman dan cabaran luaran. Tetapi muncul kesan dari lemahnya penghayatan terhadap kandungan solat. Kefardhuan solat datang bersama disiplin bagi manusia untuk diikuti, untuk dicontohi. Didatangkan pula bersama murabbi agung penghulu segala Rasul dan Nabi sebagai teladan memandu insan.

Tiada yang lebih penting dari keutamaan menunaikan solat, bersujud dan bertasbih menghadap Tuhan Pencipta dunia. Keutamaan solat dilakarkan dalam klimaks perjalanan Rasul SAW dalam mencipta modal insan yang kamil. Malahan kita telah maklumi bagaimana diwahyukan solat kepada Nabi SAW oleh Yang Maha Khaliq, secara terus berdepan Allah SWT.

Betapa Rasul SAW mengalami perit dan jerih dalam mentafsirkan kehidupan bertemakan Solat. Dalam perlakuan dan perbuatan, dalam diam dan berkata-katanya. Kesemuanya bersumberkan disiplin solat.

Ingatkah kita pada perjalanan mulia Rasul SAW, Israk Mikraj. Suatu keadaan Nabi melihat
sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

Ya. Itulah yang disaksikan oleh Rasul SAW, disampaikan pada kita untuk dijadikan pengajaran. Dan berbagai lagi keadaan manusia yang berkesudahan baik dan buruk. Berpadanan dengan tugas Rasul SAW sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan untuk manusia.

Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai. –Al A’raf ( 7 : 205)


Dan tika dunia di penghujung usia, Aku masih jauh dari nikmat solat, kapan akan dirasai keimanan yang dirasai Rasul dan para sahabat. Kapan mahu dihalusi kenangan indah dalam solat.

Dan suatu ketika seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Tentunya keresahan wujud kerana kemaksiatan yang sering dilakukan. Lalu ia terus mencacatkan kekhusyukan dalam solat. Aku mohon agar dijauhkan dari kemungkaran diri dan manusia, kedengkian nafsu dan amarah diri, sifat mazmumah yang sering merosak peribadi.


Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, ampunilah segala dosaku, laksana buih di laut memutih, hanyut ditelan gelombang nafsu.

Moga Allah dekatkan hati pada ketakwaan di dunia
Moga Allah dekatkan kita bersama Penghulu umat



Untuk berkarya tidak kira puncanya, sama ada yang di lihat, yang di dengar, mahupun yang dirasa, semuanya kena asal berguna, malahan untuk berkarya, tidak kira tempat dan ketika, tidak perlu saat gembira atau berduka hiba,


SmizanSaidin
Khusyukkah Aku
Alfatah_mujahid06@yahoo.com.my

13 Ogo 2008

Wajah Suci

Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina

Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati

Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ikhsan insani
Apa dosanya si kecil itu

Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan

Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai

Namun lahirnmu ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
bertaubatlah mereka yang hina

Wajah Suci
Mestica

11 Ogo 2008

Permulaan yang baik bukan suatu jaminan

Jika yang disuruh pilih, ukurannya adalah harta, maka harta itu mudah dikira. Jika yang disuruh pilih, hitungannya adalah rupa, maka rupa tidak luput dinilai mata. Andai yang disuruh pilih, ketentuannya adalah keturunan, maka keturunan itu sudah jelas di ketentuan. Akhirnya yang disuruh pilih itu, adalah pada yang beragama. Sedangkan agama itu sulit sekali mahu diukur.

Kata Peter F. Drucker, “sesuatu yang tidak boleh diukur, sulit sekali untuk mengurusnya”.
Justeru bagaimanakah yang dikatakan seseorang itu beragama? Adakah pada pakaiannya, solatnya, ilmunya, bakatnya, usrahnya, atau apa? Amat payah, pilihan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW itu ialah pada sesuatu yang amat abstrak.

Namun akhirnya dalam sulit itu, segala puji bagi Allah kerana melorongkan ramai anak muda hari ini agar memilih yang sulit itu. Hatta yang tidak pernah kisah dengan tuntutan-tuntutan agama pun, masih mahu satu-satunya hari permulaan perkahwinan mereka, disimpan aurat agar berkat. Mahu pernikahan itu sandarannya adalah agama.

“Seorang pembaca bertanya, apakah setelah membaca buku AKU TERIMA NIKAHNYA, dan memulakan perkahwinan dengan baik, maka baiklah perkahwinan itu?”, tanya Encik Rushi, pegawai pemasaran Galeri Ilmu tatkala kami berbual selepas sesi tandatangan saya di Pesta Buku Selangor 2008 tempoh hari.

“Agaknya apa komen ustaz?”, tanya beliau kepada saya.
Senyap seketika.

IA HANYA PERMULAAN

“Permulaan yang baik, bukanlah suatu jaminan. Ia hanya suatu permulaan”, saya bersuara.
“Setelah rumahtangga dibina di atas dasar agama pun, tiada jaminan jugakah ustaz?”, tanyanya lagi.

Saya ingin menjawab TIDAK. Bahawa dengan memilih calon pasangan hidup yang beragama itu adalah jaminan kepada ketenangan dan kebahagiaan. Kerana memilih itu sendiri sudah dalam seribu kepayahan.

Tetapi realiti tidak mengizinkannya.

Entah mengapa, semenjak terbitnya buku AKU TERIMA NIKAHNYA, isu-isu berkaitan dengan rumahtangga muncul seperti subjek utama penulisan dan fikiran saya pula. Selain yang selaras dengan isi buku, banyak juga yang kontras menjelma. Perelokkan rumahtangga dengan agama, mesej awal saya. Kini saya dibentangkan dengan bab kedua, iaitu permulaan yang bersandarkan agama, belum cukup untuk menjamin bahagia!

Banyak benar perkara yang berlaku, dan menyaksikan perkara-perkara yang banyak itu, sungguh mendebarkan. Dan lantaran itu coretan ini saya nukilkan dengan mata yang basah tatkala mengenangkan kenalan dan taulan yang rumahtangganya dilambung ombak, biar pun zaman pernikahan dan awal rumahtangga mereka, kami bersama meliku dakwah!

SEPI

Ada kalanya, dalam kesibukan masing-masing kita dengan mudah menyebut, “no news is a good news“. Kalau kemalangan, atau sakit, atau mati, adalah berita yang kedengaran. Tapi kalau tiada sebarang khabar berita, tentu sahaja semuanya seperti biasa. Hakikatnya tidak… bahkan saya jadi paranoid pula apabila ada kenalan yang tiba-tiba senyap. Menyepikan diri. Lama tidak kedengaran sebarang berita, tiba-tiba apa yang sampai ke telinga tidak enak pula.

Masalah rumahtangga…

Sakit membisingkan persekitaran. Kemalangan mencetuskan kegemparan. Kematian pasti mengucar kacirkan keadaan. Tetapi jika ada teman yang berdepan dengan konflik rumahtangga, ia musibah yang mengundang diam. Menghasilkan sepi… dan kehilangan teman seperti ini sungguh misteri.

Berwaspadalah dengan teman yang sepi, menghilangkan diri, di dalam sunyi.
Suatu ketika, saya telah nukilkan kerisauan saya terhadap fenomena konflik rumahtangga di kalangan aktivis agama. Ia menjadi taboo yang sulit untuk diperkatakan secara terbuka. Sulit kerana sukar dunia mahu menerima hakikat bahawa perkahwinan yang dibina jauh dari dosa, bermula dengan segala keelokan di jalan dakwah, boleh goyah dan sebahagiannya runtuh tidak bertangguh.

Di manakah silapnya?

SYARIATULLAH DAN SUNNATULLAH

Silap pertama, adalah pada ketidak imbangan tunduk dan patuhnya aktivis dakwah kepada definisi dirinya sebagai Muslim. Patuhnya kepada Allah ditafsirkan sebagai kepatuhan diri kepada Syariatullah, tetapi tanpa sedar aspek Sunnatullah diabaikan. Jika pasangan yang ber’cintan cintun’ memulakan perkahwinannya dengan memencilkan tuntutan Syariatullah, pasangan aktivis dakwah pula memulakan perkahwinan mereka dengan mengabaikan tuntutan Sunnatullah.

Mungkin kerana dakwah itu memerlukan kepada karisma, mujahadah, keseriusan dan tumpuan, maka cuaca rumahtangga da’ie hanya mementingkan kualiti Syariatullah. Tentu sahaja aspek ini penting kerana setiap dosa mengundang resah. Lebih banyak Syariatullah dilanggar, lebih banyaklah asbab keresahan dalam kehidupan.

Tetapi golongan ini lupa kepada Sunnatullah. Bahawa dirinya yang da’ie, ustaz, ilmuan dan pejuang itu, tetap seorang lelaki. Manakala sang isteri, biar sehebat mana pun dia di dalam penilaian beragama dan berjuang untuk agama, dia masih seorang perempuan dan akan terus menjadi seorang perempuan.

Maka sebuah rumahtangga Bait Muslim itu, tetap merupakan perkahwinan di antara seorang lelaki yang lelaki, serta perempuan yang perempuan. Antara lelaki dan perempuan, cara komunikasi, cara berfikir, cara bersikap…nyata amat berbeza. Maka Sunnatullah jualah yang menjadi ketetapan Allah untuk keelokan hubungan antara lelaki dan perempuan.

Tatkala rumahtangga ramai anak muda hari ini dibina dengan membelakangkan Syariatullah, soal dosa dan pahala, pada masa yang sama ramai jugalah insan yang sedar Islam, membina komuniti dengan membelakangkan Sunnatullah. Dua-duanya silap dan cacat di sisi Dia. Dua-duanya bisa dilambung gelombang ribut bencana dalam sebuah rumahtangga. Ketundukannya tidak menghasilkan kesejahteraan seperti yang didefinasikan oleh Islam, lantaran ketundukannya itu hanya pada separuh Islam.

Jika perkahwinan cara yang biasa-biasa itu datang dengan CINTA TANPA TANGGUNGJAWAB, kisah rumahtangga Islamik ini pula berdepan dengan TANGGUNGJAWAB TANPA CINTA!

BUKAN JAMINAN

Namun apa yang mahu saya kongsikan di sini ialah soal salah faham kita dalam melihat maksud sabda Nabi SAW, “pilihlah wanita yang memiliki agama, nescaya kamu beruntung” [Sahih al-Bukhari dan Muslim]

Setelah memilih wanita yang beragama, atau lelaki yang beragama juga, apakah bermakna rumahtangga kita sudah beroleh plan ‘takaful’ perlindungan dari musibah, pergaduhan dan penceraian? Tidak perlu diselak lembaran nas, kerana jawapannya ada pada rumahtangga kita dan rakan di sekeliling kita. Sesungguhnya permulaan yang baik, hanyalah suatu permulaan yang baik. Ia tidak mampu mengawal agar seluruh perjalanan rumahtangga itu kekal baik, melainkan usaha menjaga, memantau, dan membangunkan rumahtangga yang baik… kekal berterusan.

Inilah yang sering gagal diberikan perhatian

“Saya telah menghadiahkan anak saya sebaik-baik hadiah buat mereka, iaitu dengan saya mengahwini seorang perempuan sebaik ‘dia’”, seorang pemuda bermadah pujangga.
Baik semasa berkahwin, bukan jaminan untuk terus baik di sepanjang perkahwinan.

KEADAAN HATI

Bagaimana mungkin kita boleh terlepas pandang, bahawa sang suami mahu pun isteri, ditentukan buruk baiknya oleh kuasa HATI. Dan tidakkah hati itu berbolak balik, berbelah bagi sifatnya? Maka fitrah manusia itu sendiri, sentiasa terdedah kepada berubahnya diri apabila berubah hati.

Ya Muqallib al-Quloob, tsabbit qalbi ‘ala tho’atik, wahai Tuhan yang Membolak balikkan hati ini, tetapkanlah hati ini di dalam ketaatan kepada-Mu.

Oleh kerana HATI itu juga berkait dengan intepretasi emosi, maka ia menambahkan lagi kebarangkalian tibanya badai dan taufan. Keadaan ini memerlukan seorang suami dan seorang isteri untuk saling bermuhasabah, membuat peniaian diri dari semasa ke semasa. Kebaikan yang dibebankan untuk menjadi jaminan kebahagian sebuah rumahtangga, kebaikan itu boleh pudar ditelan masa dan rasa.
Ditelan kehidupan yang sibuk…
Ditelan rasa jemu…
Rumahtangga dipertahankan, tetapi tanpa keghairahan dan kehangatan perasaan…

BERMUHASABAH

Mudah cerita, anggap sahaja semua orang kita ini fitrahnya tidak boleh membuka mulut bercakap tentang rumahtangga apabila berdepan dengan pasangan masing-masing. Kita bangsa yang bukan adatnya biasa menyebut I love you! Kita bangsa yang bijak memendam rasa. Segalanya dipendam dan diperam hingga menjadi dendam.
Susah benar untuk berkomunikasi, meluahkan isi hati dan kepala, membincangkan masalah dan meneroka penyelesaian. Itulah kita.

Tetapi jika kita sama-sama sedar bahawa pasangan masing-masing susah untuk berbincang, maka jadikanlah perbincangan itu sebagai suatu peningkatan yang mahu dicapai sejajar dengan rumahtangga yang menuju usia matang. Berjuanglah memperbaiki diri agar akhirnya terhasil upaya berbincang, kerana itulah SATU-SATUnya pelampung keselamatan di bahtera taufan kehidupan berumahtangga.

Usahakan perbincangan. Jadikan ia suatu cita-cita. Cairkan kebekuan dan kebisuan suami, didiklah isteri agar amuk dan rajuknya boleh diheret ke sebuah perbincangan.

MARAH VS BENCI

“Soalnya bagaimana, ustaz?”, tanya seorang teman.
“Pisahkan antara MARAH dan BENCI”, itu yang terdaya saya katakan.

Ya, jangan disembunyikan kemarahan. Suami berhak untuk marah kepada isteri. Isteri juga jangan simpan dan pendam marahnya terhadap suami. Meluahkan kemarahan dengan sebuah pertengkaran adalah jauh lebih sihat dari memendam lagi berdendam. Tetapi dalam pertengkaran itu, janganlah luahan kemarahan bertukar menjadi kebencian. Janganlah dibenci isteri yang sedang mengamuk, atau suami yang sedang membatu.

“Bagaimana mahu dibezakan di antara MARAH dan BENCI?”, soal sahabat saya ini lagi.
Syukur juga sesekali mendapat regu berbual tentang hal-hal sebegini.

“Marah itu adalah luahan rasa tidak puas hati dengan mengharapkan perubahan. Manakala benci pula adalah luahan rasa tidak puas hati tanpa mengharapkan perubahan. Putus asa dengan pasangan!”, saya menyambung bicara.

Sungguh tipis beza di antara MARAH dan BENCI. Namun untuk dibezakan antara keduanya, kembalilah kita kepada menyoal diri. Apakah yang dituntut semasa pertengkaran berlaku? Apakah luahan rasa tidak puas hati yang tidak tentu hala atau suatu proses yang meletakkan perubahan sebagai hasil yang diharapkan.

TANDA PUTUS ASA

Hilang harapan yang menjadikan pertengkaran itu suatu kebencian dan bukan lagi kemarahan, ada tanda-tandanya.
“Emm, tak apalah. Dah awak cakap macam tu, saya terima sahajalah!”, kata si isteri semasa membalas cakap suami.
“Kalau tak kerana anak-anak, tak tahulah apa yang saya akan buat. Sebab kesiankan mereka sahajalah saya bertahan seperti ini”, balas si suami.

Kedua-dua ayat ini adalah ayat putus asa. Ayat yang sudah tidak terkandung di dalamnya sebarang harapan. Persamaan di antara kedua-dua ayat ini ialah suami dan isteri memberhentikan proses berbincang sebelum sampai kepada penyelesaian. Membiarkan krisis antara mereka terbantut dan menjadi sampah yang disapu ke bawah karpet!

Sesungguhnya tatkala seorang suami dan isteri tiba kepada perbalahan yang kritikal seperti ini, ingatlah suatu perkara…tanyalah dengan jujur dan ikhlas ke dalam diri masing-masing APAKAH TIADA LAGI CINTA? Kenangkan kembali saat-saat cincin disarung ke jari, tatkala bibir suami mengucup dahi isteri… apakah semua itu sudah tiada makna? Saat melafazkan “AKU TERIMA NIKAHNYA”, rasakan kembali perasaan hati tatkala menyebut nama wanita yang melengkapkan ayat itu…

Moga pertengkaran hanya sebuah kemarahan, dan bukan kebencian.

BERASA CUKUP

Tatkala seorang suami berasa bahawa dirinya sudah melakukan yang terbaik, jangan sekali-kali usahanya dihentikan setakat ini. Usaha itu harus berterusan, bukan sahaja untuk melangsaikan tanggungjawab yang terpikul di bahu sendiri, malah untuk berdepan dengan dugaan kufr al-’asheer, yang diisyaratkan oleh Nabi SAW di dalam Sahih al-Bukhari, hadith ke-29:

“Diperlihatkan kepadaku Neraka, sesungguhnya kebanyakan penghuninya adalah wanita, mereka itu mengkufuri”. Lalu Baginda SAW ditanya: apakah mereka itu mengkufuri Allah? Rasulullah SAW menjawab, “mereka itu mengkufuri suami (atau nikmat-nikmat berumahtangga), dan mereka mengkufuri Ihsan. Tatkala kamu melakukan yang terbaik kepada salah seorang daripada mereka sepanjang tahun, tetapi kemudiannya dia melihat sesuatu yang tidak kena padamu, nescaya dia akan berkata (kepada suaminya): aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu!”

Biar sebaik mana pun usaha suami, ada pula kecenderungan isteri untuk menafikannya. Ia disebut sebagai kufr al-’asheer!
Bukanlah soal jantina mana yang ramai di Neraka itu yang harus dipersoalkan. Tetapi apa yang lebih digusarkan adalah sebab yang menghantar kita ke Neraka itu sendiri. Baginda SAW mengungkapkannya sebagai ulasan terhadap kecenderungan ramai wanita yang mengkufuri suaminya.

Mengkufuri suami?

Ya, iaitulah penafian yang dibuat oleh seorang isteri terhadap usaha sang suami.Usaha yang diistilahkan sebagai Ihsan… iaitu usaha terbaik seorang suami. Pelbagai usaha, dilakukan oleh seorang suami untuk memperbaiki kelemahan dirinya sebagai suami dan ayah. Tetapi dek kerana satu perkara yang tidak kena, Rasulullah SAW menyebut bahawa mudah sangat untuk seorang perempuan berkata kepada suaminya, “aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu!”

Teladannya, wahai suami, sentiasalah berlaku Ihsan, memberikan yang terbaik, dan terus bertanding dengan diri sendiri untuk mengatasi terbaik yang telah dilakukan sebelum ini. Namun bersabarlah andai isteri terlupa menghargainya. Jangan dibiarkan isteri berada dalam keburukan dengan membiarkan dirinya tenggelam dalam prasangka itu, kerana ia menjadi asbab seorang isteri terhumban ke neraka. Sebaliknya tenangkanlah dia, pegang tangannya, dan ajaklah dia kepada sifat syukur. Bagaimana mungkin seorang suami boleh bersabar dengan isteri yang melupakan kebaikannya?

Sifirnya mudah, buatnya payah… renungilah firman Allah:

“Dan sedikit sahaja dari kalangan hamba-Ku yang bersyukur” (Saba 34: 13)

Benar sekali, setelah begitu banyak kebaikan yang Allah curahkan kepada manusia, sedikit sahaja yang mahu berterima kasih kepada-Nya. Maka bagaimana pula kita, hamba Allah yang kerdil ini, boleh tidak lena malam hanya kerana jasanya tidak dikenang seseorang. Ingatkanlah kembali diri dan isteri, bahawa kita ini hamba-Nya.

KELEBIHAN SEBUAH PERMULAAN

“Habis, kalau kahwin dengan orang beragama pun banyak ragamnya, apa faedah berkahwin kerana nilai agama?”, perbualan kami menjadi semakin rancak.
Soalan ini penting. Jika tidak dijawab dengan baik, akan hilang kesediaan orang untuk bersusah payah memilih pasangan hidup atas faktor agama.

Namun bagi saya, sebuah rumahtangga yang bermula dengan baik, tetap ada kelebihannya. Tatkala segala badai dan pancaroba melanda, andai rumahtangga yang dahulunya dibina atas semangat dakwah, kini tersasar akibat kecuaian dan tekanan persekitaran dan masa, rumah tangga ini mudah mencari jalan pulang. Setelah mereka pernah sama-sama bahagia di awal jalan yang bersih dan indah dalam kehidupan beragama, pasti sejauh mana sekali pun rumahtangga itu tersasar, ia tetap jelas mencari JALAN PULANG.

Malah, ia menjadi sinar harapan. Bahawa suami dan isteri pernah soleh dan pernah solehah. Potensi itu ada, rujukannya masih segar di minda dan jiwa. Mudah-mudahan luput keraguan dari suami terhadap isteri, dari isteri terhadap suami… bahawa kedua-duanya berpotensi untuk KEMBALI. Pulang ke asal yang baik itu.

Permulaan yang baik itulah juga rujukan Syariatullah dan Sunnatullah. Sebagaimana rumahtangga di hari-hari pertama terhias dengan segala nikmat solat berjemaah bersama, mengaji al-Quran bersama, makan bersama dan pergi ke majlis ilmu bersama, kembalikanlah rumahtangga yang goyah itu kepada apa yang kita sendiri pernah rasai.

Begitu juga kerana nilai kasih sayang, seorang suami dan seorang isteri bisa membuka auratnya untuk ditatap pasangan yang baru dihalalkan, hidupkanlah kembali nilai kasih sayang yang sama untuk masing-masing membuka kelemahan dan keaiban diri, mengiktiraf kekurangan di depan pasangan yang sudah lama dinikahi…

Demi sebuah keredhaan Allah.

RUMAHTANGGA MEDAN BERJUANG

Terimalah rumahtangga sebagai sebuah medan perjuangan. Penyertaan kita ke dalamnya dengan segala kelengkapan, bukanlah jaminan kepada kemenangan. Kita tidak tahu apakah bentuk musuh yang bakal menyerang, tidak pasti bagaimanakah peritnya pertempuran yang bakal melanda. Namun sekurang-kurangnya dengan persediaan yang baik di sebuah permulaan, doa kita kepada-Nya tidak palsu kerana ia dilafaz selepas USAHA.

Sesungguhnya permulaan yang baik, bukanlah suatu jaminan. Ia hanya sebuah permulaan…

sumber : http://www.saifulislam.com/
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

8 Ogo 2008

Hingga Hujung Nyawa

Sewaktu berita dikhabarkan
Rasa cinta berbaur gentar
Muncul resah berpalit gembira

Cerita sahabat yang telah ke sana
Dikhabarkan mereka yang senang bercerita
Untuk bersama menumpang gembira

Dalam pada melihat
Muncul rasa mahu merasa nikmat
Tetapan masa hanya mengira

Pulangkan dunia pada Pencipta
Pulangkan kembali pada Dia
Kembalikan apa yang milikNya

Rasa dan jiwa
Jasad mahupun firasat
Puncakkan pundak pada tanah hina

Gelombang makin terasa
Pada mentari yang semakin tua
Pada bumi yang semakin berusia

Sang Bulan kan menyahut gembira
Satu hari bakal tiba
Satu hari akan tiba

Sahutan manusia yang tenggelam
Di bayangan alam yang gempita
Kerna tercalon pada zaman gila

Diari kehidupan tamatnya kematian
Kiamat diri, kiamat segalanya
Punca diri, punah segalanya.


Smizan Saidin
Hingga Hujung Nyawa
Alfatah_mujahid06@yahoo.com.my
http://www.ikhsaninsan.blogspot.com

Cukup bagiku Allah

penuhi jiwa ini dengan satu rindu
rindu untuk mendapatkan rahmatMu
meski tak layak ku harap debu cintaMu
meski begitu hina ku bersimpuh

cukup bagiku Allah
segalanya untuk ku
dihatiku ini penuh terisi segala tentang Allah
kepada Nabi Muhammad tercurah solawatullah
tiada Tuhan selain Allah

cukup bagiku Allah

cukup bagiku
cukup bagiku Allah

cukup bagiku
cukup bagiku Allah

5 Ogo 2008

Coretan tentang Belum

Alhamdullillah

sempat juga saya mencoret sesuatu tentang Belum. Bukan kerana kesibukan tetapi kerana memikirkan istilah yang paling cantik untuk mengiringi keindahan Hutan Belum.

Lebih satu jam perjalanan untuk kami sampai di kawasan perkhemahan ( kawasan tersebut telah disediakan beberapa pondok dan dilengkapi tandas). Pemandangan luar biasa indah dan mempersona.

Hanya beberapa ketika, kesibukan Kota Raya terluput dari fikiran. Kawasan hijau berbukit bukau, penuh bunyi dan kadangkala sunyi. Tak tergambar pada bayangan manusia kota.

Lagi indah bila kurang 100 meter dari situ, mengalir air sungai dari jeram dihulu, seperti senario yang digambarkan kebanyakan filem.

Motif ekspedisi dikategorikan sebagai kurang berjaya. Sampel yang dikehendaki menghasilkan keputusan negatif.

Ya Rasullullah SAW

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu


Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu


Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu


Kutahu cintamu kepada umat
Umati Umati
kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu


Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu
Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-