31 Dis 2008

Insan Prihatin

Ayah, insan prihatin


bagaimana mungkin seorang anak bisa menyelami perasaan seorang ayah,
tak kan bisa, sehinggalah pada suatu masa nanti dia sendiri yang menjadi ayah,

tapi keadaannya adalah berbeza,..
seorang ayah pada zaman 40 an, 50 an, tentunya berlainan dengan ayah versi 2000.
sangat berbeza,
seorang ayah pada zaman 60 an, 70 an, pastinya mempunyai keunikan sendiri
dalam rumahtangganya, hatta sebagai suami sekalipun,
seorang ayah versi 80 an, sudah tentu method pentarbiyahan kepada anaknya berlainan,
berkadar langsung dengan suasana dan budaya semasa.

kerana ayah itu insan prihatin,
setiap masa beliau belajar untuk menghafal suasana,
anaknya tak kan boleh berjuang jika diberi ruang hidup seperti 20-30 tahun lampau,
seperti ketika dia berjuang mencipta kehidupan,
zaman ketika mana basikal menjadi alat perhubungan dan zaman ketika mana basikal menjadi alat mengatasi Global Warming,
itu dua zaman yang berbeza.

zaman ketika buku lali menjadi taruhan dan zaman ketika buku-buku menjadi panduan,
itu dua zaman yang berbeza,
ayah-ayah,
mereka di usia muda, lelah merencana hidup,
dengan ketamadunan yang mereka lakar sendiri,
supaya tamadun itu nanti menjadi landasan bagi mereka mentarbiah anak.

ayah, sememangnya insan prihatin,
biarlah si anak memilih masa depannya,
dia cuma akan membimbing dan membantu seupaya diri,
kerna anak itu budaya yang akan menjulang dikemudian hari,
anaknya itu diharap menyambung kesinambungan peradaban manusia

Si ayah yang prihatin itu, biar waktu susah atau senang,
dia tetap bersama,
biar uban di kepala sudah tiada beza, si ayah tetap dengan pendirian
seorang ketua keluarga

biarlah jurus mana pilihan si anak,
gelanggang itulah yang akan si ayah sediakan,
dek kerana prihatin itulah,
mereka sukar untuk menitiskan air mata
kerana prihatin itu simbol kesibukan mereka
kepada anak.

ayah itu, keringat sentiasa membasahi
ketika hijau urat belum nampak di lengan
biar tubuh nggak sekekar mana
tapi waja dia nampak di wajah

dalam relung hati yang semakin lemah
prihatin itulah madu bagi si ayah
prihatin bentuk senyap bernada tegap
itulah prihatin si ayah

si anak memilih untuk duduk,
si ayah berdiri di sisi,
jika si anak berpijak di bumi,
ayah sudah berpayung di langit

kelibat cinta si ayah yang sukar digambar anak
darjat sayang yg begitu teliti dari ayah
untuk si anak bergelar penyejuk mata

kan ku sunting prihatinmu itu jadi bekalan ku kemudian hari

disaat insan ceria menatang 2009 Masihi
ku setia menatap,di hati ini, untukmu ayah, cinta 1430 Hijrah

SMizanSaidin
9.00 am
4 Muharram 1430H
1 Januari 2009

29 Dis 2008

We'll be together forever


you'll never walk alone


I love Palestin

Jumaat , 19/12/2008 -
Seluruh Brigade al-Qassam sudah bersedia menghadapi sebarang serangan Zionis-Israel apabila tempoh genjatan senjata yang akan tamat Jumaat(19/12/2008). Sepanjang tempoh genjatan, Zionis-Israel langsung tidak menunjukkan minat dan komitmen untuk mematuhi aturan yang telah dipersetujui. Wakil Brigade al-Qassam Abu Ubaidah, menyatakan mereka bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan dilancarkan oleh Zionis-Israel.

Menurut Abu Ubaidah lagi, serangan balas al-Qassan akan lebih hebat.Dalam pada itu beberapa kumpulan jihad yang sudah bersedia untuk bersama dalam memerangi Zionis-Israel. Antaranya, Brigade Nasher Shalahuddin dan Brigade Syahid al-Quds. Menurut pemimpin tertinggi Brigade Nasher, genjatan senjata ini tidak mendatangkan sebarang manfaat kerana Zionis-Israel sering melanggar apa yang telah dipersetujui.

palestin.info

24 Dis 2008

Atfal Hijarah...Cinta 1430H

makanan membuatkan aku lalai,
kerna tubuh prihatin pada penghadaman

ia membuatku mengantuk,
ia membutakan mataku pada dunia

nah,..kerana terlampau enak,
aku lupa pada suasana
termasuk adikku di tanah suci Palestin,
di sana adikku menghadapi kebuncahan dajjal
yang sudah terlalu hina menabur durjana
yang sudah terlalu alpa pada thaghut derhaka

adikku mulia kerana dekatnya mereka pada syahid
dengan gelaran Atfal Hijarah,
mereka lahir dari masjid,
mereka jelmakan jihad sedari kecil
untuk bukti panggilan Ilahi

mereka saudara, mereka adikku,
yang tidak ku kenal tapi tetap ku cinta,
bukan kerana sesama manusia, bukan kerana nama,
tapi kerna ungkapan syahadahnya,
kerna bukti perjuangan sucinya.

dunia dalam dilema,
arab dengan tawanya,
bangsa sedunia dengan hilainya,
malah melayu terloncat-loncat tiada tahu kenapa.

Atfal Hijarah,
jangan kau hindari jalan Tuhan kita,
peringatan yang lebih untuk diriku,
jangan ku abaikan diriku wahai diriku

ku minta diberikan sejenak kesempatan
untuk ku ulangi langkah pertama.

Zionis akan hancur lumat,
bantuan Allah akan tiba,
disamping doa aku pada mu,
dari benua yang tak bertemu.

Atfal Hijarah,
kamulah permata Islam,
menuai syahid di bumi gersang,
menggempur, syadid hadid di tengah perang.

Atfal hijarah,
ku susun sejarahmu dalam diariku,
tak rugi ku mengenangmu
tak lemas ku merenungimu

demi kejayaan
ada harga perlu di bayar
ku setia menjadi perisaimu


Kerna Mujahid itu Pencinta
SMizanSaidin
1.50 pm
26 ZulHijjah 1429.

1 Dis 2008

Hujung Itu

Hujung Zulkaedah itu penuh keletihan, exhausted,
Dua hari berjaulah, memenuhi hak dan ukhwah,
ke Kuantan, pulang jam 10 malam, ke Ipoh, tiba jam 12 malam,

pagi 3 ZulHijjah, badan jadi lemah,
Redon tablet dah beberapa biji ditelan, hanya mengharap pada Tuhan
agar panas badan ini hanya seketika, harapnya.

hanya beberapa hari lagi AidilAdha,
Bakal pulang lagi ke kampung, tapi harap dengan tubuh yang sihat, minda yang segar,
agar dapat lagi mentafsir anugerah Tuhan dengan sempurna.

hanya lirik lagu ini yang menggambarkan diri :

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa Engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpaMu
Menemani aku sepi

Tanpa..CintaMu aku resah
Tanpa..KasihMu aku hampa
Tanpa..DiriMu aku mati

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpaMu
Ku tak mengerti
Takut Takut jauh dari diriMu
Kan Kau tinggalkan aku sendiri
TanpaMu ku mati

Ya Allah, celuplah aku dengan celupanMu

Kerna Mujahid itu Pencinta
SMizanSaidin
10.17 am
3 ZulHijjah 1429H
1 Disember 2008M
Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-