26 Feb 2009

Azimat Ibunda

Azimat Ibunda
Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com/

langit kirmizi menghantar dirimu
menuju jalan pulang
hari-hari indah bersamamu
bertabur di tanah kenangan

wajah berona simpati kau tatapi
buat kali terakhir
sedih dan sayu dari kamar atma
mengundang air mata

Hanya rindu dan doa buatmu
semoga kau tenang dan bahagia
agar syurga menjadi milikmu
bukan hanya di telapak kakimu

menumpang di segenap ruang yang ada di lubuk perkasihan
begitu indah setiap detik di dalam rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu

setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yang dalam

di tirai malam aku bersandarkan
pada dinding kepiluan
bersenandungkan merdu suara alam
terlena di rajutan rindu

tiada yang terindah didunia
dapat mengganti hilangmu
pilihan yang terbaik takkan dapat
mengisi relung hatiku

24 Feb 2009

Anda Lelaki mahupun Wanita

Saya terbuka satu blog yang dipautkan dalam sebuah emel. Ada satu fakta yang ingin dikongsi oleh penulis tersebut mengenai kaum lelaki,emmm...sengaja hamba menukar cuaca mengenai Palestin kepada isu lain, supaya dapat memberi masa untuk kita mempraktikkan isu pemboikotan terhadap amalan kita yang melanggari agama dan sunnah.

Penulis tersebut berbicara mengenai lelaki dan kemampuan otaknya jika dibandingkan dengan kaum hawa, emmm....fakta yang bagus untuk kita fahamkan.

Mudah cerita, ini katanya :...

“Penglihatan lelaki adalah menumpu, manakala, penglihatan perempuan adalah mencapah. Dengan cara ini, lelaki dapat melihat dengan tepat dan fokus kepada sesuatu benda. Akibatnya, pandangan lelaki adalah terhad kepada benda yang difokus seperti anda menyuluh dengan menggunakan 'torchlight'. Penglihatan dengan cara ini adalah bersesuaian dengan fungsi lelaki sebagai pemburu yang memerlukannya melihat secara fokus dan memerhatikan gerak-geri mangsa dengan tepat.

Sebaliknya, perempuan melihat secara mencapah yang membolehkannya melihat persekitaran dengan jelas. Perempuan perlukan kemahiran ini bagi membantunya menjaga keselamatan anak-anaknya dan isi rumah. Dengan penglihatan secara sebegini rupa, perempuan mampu melihat persekitarannya dengan jelas tanpa perlu memusing-musingkan kepala mereka. Yang perempuan perlu lakukan ialah memusingkan bebola mata ke kiri dan ke kanan untuk melihat perubahan atau apa-apa sahaja di sekelilingnya.”

“perhatikan lelaki di sekeliling anda... pasangan, bapa, datuk, abang, saudara... atau, jika anda seorang lelaki fikirkan tentang penglihatan anda. Pernahkah anda hilang kunci, cermin mata, seluar dalam, stokin, pen atau apa sahaja... atau perkataan yang lebih tepat ialah selalukah anda hilang barang-barang yang tersebut di atas (kunci dan sebagainya)? Anda mencari-cari barang di dalam laci meja, almari, atas meja, di dapur dan di mana saja... Jawapannya YA! (penulis ini macam mengutuk hamba) Seperti “torchlight”, lelaki akan menggerakkan kepala ke atas, ke bawah, ke kiri dan ke kanan bagi mencari sesuatu... Lelaki yang tidak menemui apa yang dicari akan membuka mulut dan bertanya kepada perempuan tentang apa yang dicari. Perempuan pun mula naik angin dan dengan yakin menunjukkan barang yang dicari dengan mudah, dan berkata kepada lelaki, 'cari barang guna lutut atau mata?' Terdapat lelaki yang menyangka perempuan sengaja menganiayai mereka dengan cara menyorokkan barang persendirian.

Lelaki kehairanan dengan kehebatan perempuan yang dengan mudah menemui barang yang dicari , tetapi disebabkan kemachoan diri atau ego, kekaguman itu tidak diluahkan... (harap para lelaki mengubah sikap ini) biarlah ianya di dalam hati. Selalunya perempuan di sekeliling anda atau anda sendiri menyatakan diri anda telah tua, maka, banyak barang hilang dari pandangan.

Ini adalah tanggapan yang tidak tepat dan fenomena ini adalah biasa bagi lelaki kerana cara mereka melihat tidak sama dengan cara mata perempuan beroperasi.
Sebenarnya, lelaki yang selalu hilang barangan peribadi adalah kesan dari penglihatannya yang menumpu bagi mengatur strategi pemburuan yang tepat. Maka, mata lelaki adalah sentiasa menumpu. Otak dan aksesori penglihatan lelaki telah terbentuk bagi memenuhi keperluan fungsinya di dalam kehidupan. Lelaki sering gagal melihat barang-barang yang terletak di serata bilik (ini tidak bermakna bilik lelaki berselerak). Sebaliknya, mata perempuan mencapah dan mampu melihat pelbagai. Oleh itu mata perempuan mampu menyelesaikan masalah lelaki dengan cara melihat ke sekeliling dan mengesan barang yang hilang dengan mudah disebabkan matanya yang melihat secara mencapah.....

Ilmu sebegini adalah penting bagi perempuan bagi mengurangkan kadar pembebelan mereka dan seterusnya perempuan tersebut akan kurang stress. Kehidupan perempuan akan menjadi kurang stress apabila mereka mengetahui betapa sukarnya bagi lelaki untuk melihat persekitarannya dengan teliti.”


Emmm...begitulah kiranya, perbezaan yang melengkapkan lagi kekurangan si lelaki dan wanita. Sebagai lelaki mahupun wanita, peranan terhadap kaum berlawanan kita hendaklah difahami, ibu ayah kita, kakak, abang, adik lelaki, adik perempuan, sepupu, teman pejabat dan etc.
Salam muhibbah untuk semua.



Sumber : http://www.insan-luarbiasa.blogspot.com/

Hamba Merdeka

Aku Hamba merdeka , tapi bukan penderhaka.


Aku hamba merdeka,
Kernaku di Malaya, itu satu,
Kerna Islam agamaku, itu juga satu.

Aku di label Islam, kerna warisan, itu dulu,
Aku dicop Muslim Mukmin kini, kerna ilmu.
Kerna bila warisan itu dipandu, ia berarah,
Kerna bila ilmu dipadu, ia bertuju.

Aku hamba merdeka,
Kerna kad pengenalan,
Jua kerna sijil lahir ku,

Yang disah rasmi,
Oleh pihak yang juga disahkan rasmi.

Merdeka ku juga,
Kerna ku turuti perjanjian,
Perjanjian simbol diri yang mentaati kemerdekaan.

Biar perjanjian atau perlembangan atau deklarasi,
Akan ku turuti dari rambut sampai ke kaki.
Itu janji hamba merdeka.

Tapi ku elak diri dari mungkir janji,
Kerna itu tanda munafik laksana bangsa yahudi,
Aku serah diri pada perlembagaan yang dimeterai.
Itulah bukti aku bukan penderhaka.




Sokonganku padu pada yang ku pasti Penghulu.
Warisan ku adat, jadi indah andai ku hias dengan Islam.
Aku anak Perak


SMizanSaidin
12.55 pm
16 Safar 1430H

19 Feb 2009

Sekadar tengok atau Memerhati

Berehat untuk memerhati
Bukannya berhenti mati
Agar dapat hamba meneliti
untuk membaiki peribadi


Kerana penulis itu akan merapu jika menulis tanpa ilmu, menulis bukan seperti menambah laku produk yang tidakpun berstatus buku.

Biarlah quran berbicara,
Kerana manusia sudah puas berkata-kata
Dari zaman ke zaman,
Itulah hobi dan cita


Genap sebulan, berehat dari meng’update’ entri,

Tenggelam dengan Palestin, timbul pula isu Perak,
Dua matlamat dengan komposisi perjuangan yang berbeza, kita mula alpa dengan palestin, pengorbanan saudara seagama,..

“Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.”


Mudah rupanya, fokus kita berpaling (terutama diri ini), dari kebencian kita terhadap bangsat zionis, beralih kepada kebejatan dalam perlembagaan dalam negara,
Dan beralih kita dengan nada yang cukup luarbiasa,
Demonstrasi bertukar kepada “demon”, kerana melihat itulah sahaja penyudahnya.

Cuba “pause” sebentar tingkahlaku dan pemikiran kita, ‘pause’pemikiran tak membawa erti kita menghentikan fungsi otak, tetapi berhenti sebentar dari memberi reaksi yang spontan, kerana reaksi spontan ini kerapkali diseliputi emosi yang melampau, ataupun nafsu marah yang berlebihan.


MENGAPA PERLU PAUSE

Tiada kepentingan yang lebih utama dari kemaslahatan ummah terutama untuk kebaikan anak-anak warisan bangsa kita, terutama anak Melayu (bagi mereka yang tinggi semangat kemelayuannya).

pause” untuk melihat sebab musabab tindakan kita,
pause” untuk melihat halatuju tindakan kita,
Dan “pause” untuk melihat kesan, kesan dan kesan yang kurang enak yang bakal diperlihatkan kepada anak, cucu dan cicit bangsa kita.


Andai banyak kelompok yang menyokong jihad dan pembebasan Palestin, saya antara pendokongnya, kerana Palestin isu tanah dan kepentingan Islam, di samping ia menjadi salah satu krisis hak asasi manusia yang terbesar pernah terjadi di dunia.

Tapi kembali kepada penentangan di tanah air hamba (baca : saya) di Perak, hamba jadi terkilan, bukan masalah cara peralihan kuasa ataupun halal dan haram sesuatu kerajaan, tapi lebih kepada sikap kita terhadap sesama manusia terutama Muslim,


“Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali pada perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.”


Sama ada kita di A, atau di pihak B, mahupun di pihak C (agen pendamai), kita tetap menjadi salah satu dari pihak-pihak yang Allah sebutkan, betul...???

Ramai dari masyarakat Malaysia, khususnya penduduk Perak, boleh menjadi agen pendamai ini, kerana kita andaikan hanya segelintir sahaja dari pihak A dan B yang bertelagah, jadi jangan diambil kesempatan merencanakan sesuatu seperti menangguk di air keruh, ia akan mengakibatkan kekeliruan yang luarbiasa kecoh.

Kita mengambil jalan tengah sebagai pendamai kerana risau akan kesan langsung yang bakal terjadi. Berada di tengah, BUKAN di atas pagar, kita adalah neutral, berada ditengah kerana kita tahu peranan kita, duduk atas pagar adalah kerana kita jahil tentang kemampuan kita, sekali lagi jangan jadikan kecenderungan terhadap sesuatu golongan menjadikan kita buta menilai, ingat teguran Allah :



“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

Biar sekalipun yang membawa berita itu adalah sahabat handai dari kelompok kita,


IMPLIKASI

Satu, (mungkin ini saja yang hamba akan perjelaskan), bagaimana kita mahu kriteria dan kelibat anak dan cucu kita, 5, 10 dan 25 tahun akan datang???

Demon style
? or human being ?

Bayangkan,.... tindakan kita secara keganasan, bukankah memberi gambaran buruk terhadap pandangan dan nilai anak-anak kita....???


Contohnya,..dengan memecahkan cermin kenderaan kerajaan , awam dan sebagainya, dapat kah ia menyatakan hasrat kita, menyatakan pendirian kita!!!, kalau dapat pun ia sekadar hanya melempiaskan marah kita yang diselaputi segunung nafsu yang tidak terkawal.

Dengan membaling batu terhadap penguatkuasa, bukankah juga dianggap menzalimi, kerana mereka juga ayah, abang dan anak kepada insan lain.

Dengan berbalas jeritan, berkata kasar dan kesat, bukankah dinilai sebagai menzalimi, kerana masing-masing dari kita adalah anak, abang dan ayah kepada insan lain.

Bukankah kita menzalimi???

Bukankah kata-kata yang baik (berkata baik) itu lebih bagus dan enak didengar, betul...???


Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil (yaitu): Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat kebaikanlah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Kemudian kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling.”

Semua tindakan itu tidak lebih seperti ketam mengajar anaknya berjalan, di pantai pasir yang luas, tetap saja ia berjalan senget , ruang tidak sempit , tetapi perilaku pelik.

Bukannya hamba nak menggambarkan bahawa ciptaan Allah itu pelik, tetapi hanya sekadar mengambil iktibar dari penciptaan Tuhan, mahukah kita mengambil pengajaran?

Anak-anak akan melihat kembali kepada sejarah, Dan ketika mana anak-anak ini kembali kepada sejarah, yang disogokkan kepada mereka bukanlah yang lembaran sesuci embun pagi, tetapi adalah imej buruk yang sengaja dipaparkan pihak-pihak tertentu, imej keganasan dan keburukan ayah, datuk dan moyang mereka. Inilah yang kita risaukan, pendedahan yang kurang enak untuk bekalan arah hidup mereka.Kita membuka pintu untuk mempersilakan dengan hormatnya fitnah itu untuk bertandang.

Seperti mana saranan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, supaya pelajar MARA di mana sekalipun perlu kembali melihat sejarah . Hamba yang hina ini sekadar ingin menambah, bukannya hanya pelajar MARA sahaja yang perlukan sejarah, tetapi keseluruhan pelajar perlu kaji sejarah, seluruh kakitangan sektor pekerjaan juga perlu kaji sejarah, dan seluruh menteri-mentera juga perlu kaji sejarah, apatah lagi hamba yang sangat –sangat kurang ilmu sejarah.

Tengoklah kesannya pada dunia,
Bicara manusia yang meninggalkan agama,
Salah diri, tuding ke sana,
Salah diri, salahkan alam yang berbicara.


TUDING ATAU TUDUNG

Kesannya adalah pada anak-anak. Tidak pernah ada dalam sejarah, keganasan akan melahirkan adab dan tamadun yang mulia. Dari kegemilangan Rom, ke Parsi sehingga kekuasaan USA dan Rusia, tiada langsung dapat kita lihat bersih dan sucinya tamadun mereka.

Nah...bila berlaku kekecohan, karnival baru bermula, pesta tuding-menuding dirasmikan,


Si anak menyalahkan ibu ayah, ibu ayah menyalahkan guru, guru menyalahkan masyarakat, masyarakat menyalahkan pihak berkuasa, pihak berkuasa menyalahkan undang-undang, dan undang-undang menyalahkan dirinya sendiri, habis cerita,!!! bila menyalahkan sesuatu benda bukan hidup, segala-galanya selesai, inilah pesta tuding. Norma masyarakat dah memang begitu agaknya, seperti dalam kes gangguan mistik contohnya,...akhir sekali kuntilanak, pocong, pontianak ,keliwon, niyang merapik dan etc yang dipersalahkan, kerana apa ? kerana senang....bila kita menyalahkan benda bukan hidup, penjara tidak ada, mahkamah hantu tidak pernah ditubuhkan, jadi cased close, maka tinggallah masalah itu termangu-mangu seorang diri tanpa dapat diselesaikan.

Hamba tidak mahu menyebut permulaan kepada segala masalah ini, kerana puncanya adalah pada tangan menulis ini, pada diri yang membaca luahan ini, pada mereka yang membuka laman ini, dan puncanya adalah pada sesiapa sahaja yang menghadapi masalah ini.


Apa tidak jelas tentang bicara alam,
Dengan kalam yang indah tersusun,
Dari Tuhan


Udah tiba masa, untuk hamba dan tuan-tuan hamba mengembleng tenaga dan seumpamanya, kita tudung masalah ini dengan penyelesaian, sepertimana tudung itu sendiri berfungsi kepada seluruh kaum wanita, sepertinya juga pada televisyen, radio, peti ais dan etc. Tudung itu sebagai perlindungan dari fitnah yang mendatang. Anak-anak perlu dijauhkan dari unsur yang tidak molek.

Kita tutup segala yang tidak perlu dilihat oleh anak-anak kita, supaya mereka langsung tidak mengetahui hal-hal yang tidak berkaitan. Tapi timbul pula pertanyaan, dengan keglobalan ( baca : kegoblokan ) dunia kini, adalah sangat mustahil untuk menapis 100% sinaran kerosakan dari mengenai anak-anak kita. Bagaimana ya....???Kerana itulah kita perlu dan mesti dan wajib meletakkan filter , kerana sekurang-kurangnya filter yang dipasang itu dapat berfungsi mengawal anak –anak kita ketika mereka tidak dalam perhatian kita.

Apakah filter itu?

Ia adalah IMAN yang diletakkan dalam bekas emas yang dikenali juga dengan TARBIYAH.

Pemuda-pemudi yang merempit, vandalisme dan etc, adalah hasil dari keganasan, lebih teruk, mereka melanggar penguatkuasa dan kemudian melanggar orang awam dan etc, mereka ini perlukan tarbiyah.

Merokok, melepak, minum arak sehingga berbau hapak, mereka sangat-sangat perlukan tarbiyah.

Ponteng kelas, ponteng sekolah, ponteng tuisyen sehingga ponteng solat, mereka ini juga memerlukan tarbiyah.

Berlarutan dari situ, muncullah rogol, zina dan juga etc yang juga memerlukan mereka ditarbiyah.

Kemuncak dari tarbiah islam, akan lahirlah ketamadunan Islam berteraskan Islam yang syumul dan tentunya perjalanan masih panjang,dan memerlukan komitmen dan konsisten kita, kesungguhan dan kemampuan kita dan andai kata hamba terus menerus menulis dan kemudian tuan-tuan hamba tidak berhenti membaca, maka rugi lah masa kita, kerana masa yang sepatutnya kita gunakan untuk mendekati, dan mendidik anak-anak kita telah digunakan dengan kurang tepat.

Apakan daya kita manusia,
Tiada kuasa, tiada daya,
Tapi kitakan mampu,
Dan berupaya mencari lampu


SMizanSaidin
12.05 pm
20 Safar 1430H
Udah kita berusaha, biar masa berbicara.




Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-