25 Feb 2011

fitrah




Fitrah, itu saja alasannya, maka benarlah firman Allah SWT,

surah A-Rum,

30. maka hadapkanlah wajahmu lurus kepada agama Allah;(tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. tidak ada perubahan pada fitrah Allah.(itulah) agama yang lurus;tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui"

tiada akan ada perubahan pada fitrah, manusia akan kembali kepada fitrah mereka, naluri asal tujuan penciptaan mereka, Islam, agama tauhid, mesej pengabdian yang hanya mutlak untuk Allah.

biarpun "modal" asal berjaulah (ziarah), beliau ingin "membantu" wanita di sana keluar dari sangkar penindasan. prinsipnya itu akhirnya terpelanting ke muka sendiri, bila mana fitrah itu kembali....

itulah yang dihadapi oleh seorang wanita,
Lauren Booth, wartawan, merangkap pemberita terkenal sebuah media di amerika syarikat

pemergian beliau ke Gaza, mewarnai perjalana baru kehidupannya, juga titik tolak kepada sejarah kehidupan baru yang bakal beliau hadapi.

merupakan adik ipar kepada bekas perdana menteri britain, ketabahan dan kesungguhan belaiu sangat sukar digambarkan,

"ia sesuatu yang mengejutkan bagi saya, di sebalik hijab dan burqa (http://en.wikipedia.org/wiki/Burqa) , terdapat perkara-perkara yang saya tidak jangka, iaitu kemesraan, kelucuan dan sikap berdikari,"-Lauren Booth

bukankah telah terbukti, keterbukaan terhadap sesuatu perkara akan dapat membuka minda bahkan jiwa seseorang untuk menilai yang mana satu kebaikan dan mana satu keburukan....

jelas, lauren melihat dari dimensi yang berbeza dari warba barat yang lainnya, Islam adalah fitrah manusia, bukankah begitu?

marilah kembali MENGHAYATI Islam....

23 Feb 2011

sunnatullah

ia krisis atau fenomena atau revolusi rakyat?

ada yang kata ia krisis, berpunca dari manusia ala barbaric, yang menghuni jalan dan mengganggu kelangsungan hidup seharian manusia

ada yang menggelar ia fenomena, sekejab ada, sekejab tiada, bergantung kepada suasana.

ada yang menyebut ia seakan revolusi rakyat, rakyat bangkit setelah ditindas, ditindas kehidupan, dihuni kesempitan wang, harta dan maruah diri, juga kenaikan minyak,...minyak lagi...

dimulai dengan tunisia, 1.5 tan jongkong emas,
kemudian mesir, si billionaire mubarak,
kemudian bahrain. jordan, dan kota sana'a, yaman juga turut bergolak,
libya, dengan sejarahnya tersendiri juga terkena tempiasnya

apa pun label yang ingin diletakkan pada peristiwa-peristiwa ini,
sandarannya cuma satu, sunnatullah,

dan bersumberkan Al-Quranul Karim, surah ke 17,

81. dan katakanlah : "yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap."sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap."

apa pun keadaannya, keberlangsungan sunnatullah itu akan tetap saja berlaku...

yang di atas akan ke bawah, yang di bawah kalau tidak tergelincir ke dalam longkang, akan kembalilah ia ke atas...begitulah

batil, sesuatu yang pasti lenyap, itu janji Allah,...

perjalanan zaman telah mengutarakan pada kita contoh-contoh buat pengajaran...

kaum tsamud, juga firaun si angkuh,
raja namrud, juga kaum nabi Lut yang zalim itu,

sama ada mereka pemimpin, mahupun yang dipimpin,
kedua-duanya ada sumbangan dalam percaturan alam.

abrahah, si pengembala gajah di hukum oleh Allah dengan penuh keji,
hinaan paling memalukan disepanjang kariernya sebagai gabenor/raja

apa yang tidak dibuat oleh abrahah?
merompak, membunuh, menculik, dan menindas manusia...
tak cukup zalim?

abrahah tanpa segan, merompak unta peliharaan Abdul mutalib,
dia menculik salah seorang ketua kaum yang menentangnya, dan lantas menjadikan ketua tersebut sebagai pemandu arah
tak cukup brutal?

abrahah dengan gembalaannya, beratus-ratus memenuhi padang pasir nan tandus,
mengelola gerombolan ke thaif, dan kemudian ke Makkah, negeri penuh suci,
hanya dengan niat ingin menjatuhkan rumah Allah, Baitullah, warisan moyang Rasul SAW

akhirnya, definisi pemimpin, apa mesti ada kezaliman dalam resume nya?
apa mesti ada cogan kata " penaklukan membabi-buta" dalam pentadbirannya?
apa mesti menembak rakyat yang tidak berpuas hati dengan kezalimannya?

maka, sebrutal-brutal abrahah pun di"goreng" oleh Allah dengan batu-batu terbakar,
pemimpin yang zalim seperti kamu, adakah ingin mencubanya?

21 Feb 2011

paku di tembok batu

KESAN PAKU PADA TEMBOK BATU

Insan ialah seorang pemuda yang sangat pemarah.Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun hanya berdepan dengan satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, ibunya telah menghadiahkan insan sebungkus paku

“untuk apakah paku-paku ini ibu?”tanya insan.

“setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu dihadapan rumah kita ini bagi melepaskan kemarahanmu,”jelas ibunya.

Pada hari pertama sahaja, Insan telah memaku sebanyak 29 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya berbanding memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya pada satu hari, Insan langsung tidak marah walaupun sekali. Dia terus memberitahu ibunya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Lalu ibunya mengucapkan tahniah dan menyuruh Insan mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dilaluinya tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku tersebut. Insan lantas memberitahu perkara tersebut kepada ibunya dengan penuh bangga.

Ibunya lantas memimpin tangan Insan ke tembok tersebut dan berkata, “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut. Tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Apabila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

“tetapi ingatlah, walau berapa kali pun kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati lebih pedih daripada luka fizikal”.


solusi, isu 28
Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-