20 Nov 2008
Moh balik Taiping- Cinta menurut Al Quran dan Sunnah
Tengahari tadi aku telefon abang, sangkaku dia pulang malam ini, kail tidak mengena, dia dah pulang, dia sudah pun berdua-duaan bersama isteri, jalan-jalan. Menikmati masa bujang buat beberapa jam. Iman-imannya semua dibiar bermain-main bersama Opah dan Tok Wan. Ada saja alasan untuk berjalan.
Dia mengkhabarkan sesuatu, panggung wayang katanya, sudah dibina bersebelahan Gedung TESCO di Kamunting, aku cuba memberi respon , dengan lagak terkejut walaupun muka gaya sinis, itulah agaknya pencapaian Kamunting a.k.a Taiping yang sangat-sangat didambakan penghuninya mungkin.
Entah apa-apa, Ke mana letaknya buah fikir mereka tatkala melihat suasana, apa yang hendak dicapai dengan pendirian demikian , dengan hiburan terciptanya modal insan?, atau mungkin panggung itu adalah telahan gembira mereka terhadap filem terbaru hasil sentuhan Habiburrahman El Shirazy? itu sangka baikku. Confuse dan bertambah keliru, itu berita baik atau buruk.
Aku pulang sekurang-kurangnya untuk melerai kusut, cuba merutinkan ibadah kepada keluarga dengan cara menziarah, tapi macam ada sesuatu yang pelik. Taiping (Selama) memandang Kuala Lumpur untuk dicontohi, tapi warga KL meronta-ronta, merintih untuk membina kehidupan di desa, mereka stress dengan fitnah Kuala Lumpur,
Teringat semalam, tika menghadiri sesi kuliah Abu Saif di Surau Al-Munir, Seri Kembangan, beliau berbicara tentang cara kita memandang, cara kita memandang perlu diperbetulkan, sebelum melanjutkan dengan akidah, syariat dan Akhlak Islam, mengapa? kerana jikalau tidak diperbetulkan ia seperti mencurah air ke daun keladi, konsep entah ke mana, hasil berpecah arah, melata tak menentu.
Diakhir sesi, Abu Saif menyebutkan tentang penafsiran 10 ayat terakhir dalam surah Ali Imran, katanya ia bercakap mengenai zikir dan fikir, zikir adalah mengingat Tuhan especially Allah, fikir adalah capaian zikir kita dalam gaya fizikal, bermaksud usaha kita dalam menggambarkan bahawa kita ini sentiasa mengingati Allah, Dalam riwayat menyebutkan Nabi SAW gemar melihat langit sebelum melakukan Qiamnya, ini kesan dari zikir dan fikir ke atas Allah.
berfikirlah, lihat laut dan darat, lihat langit, kemudian lihat bumi, di mana bumi?, di dalam sistem suria yang beredar mengelilingi matahari,.lihat matahari,..oooh..rupa-rupanya matahari juga adalah bintang yang juga beredar pada orbitnya dan ia juga berada dalam satu galaksi yang sangat-sangat-sangat luas, Bima Sakti namanya mengikut riwayat, Bima sakti pula adalah satu dari sekian jutaan galaksi di dunia ini ( bukan dunia yang hanya bumi, bulan dan matahari).Di mana manusia?, di mana kita? di mana?????
itulah sebabnya ,perlu kita tergolong dalam Ulul Albab (orang-orang yang berakal), kerana orang berakal tidak hanya memandang, tapi melihat dengan mata hati (Basirah), penilaian yang mengutamakan kesucian dan kemurnian hati, yang kita gelar kesucian cinta yang mutlak kepada Allah.
Isaac Newton menegaskan bahawasanya, daya tarikan di antara bintang, bulan, bumi, matahari dan apa saja yang di dalam dunia ini yang menyebabkan tidak berlakunya sebarang perlanggaran atau perbalahan, itulah yang menstabilkan sistem didunia yang kita duduki ini.
Tapi sebagai Muslim yang mengimani kewujudan Allah dan cintaNya, kita melangkau dengan lebih jauh lagi, ia bukan sebagai daya, tapi sebagai cinta, sebagai 'isyq, tafsiran dari Ibnu Qayyim menyebut sebagai cinta yang meluap-luap ( Buku Raudhah al Muhibbin wa Nuzhah al Musytaqin)
Ia adalah sebenar cinta dari Allah kepada hambanya
Ia adalah cinta Pencipta kepada yang dicinta
Ia adalah segalanya berkenaan cinta, cinta yang tidak mungkin dapat dicipta dan dimusnahkan
Kerana cinta ku pulang jua
Kerna Mujahid itu Pencinta
SMizanSaidin
3.41 pm
22 Zulkaedah 1429H
Cinta malam itu.
Semalam bagai mimpi,
Siang begitu lambat menghambat,
Cerah mentari seperti menghalau hadir bulan
Persediaan yang agak jarang kami lakukan, membersih rumah, termasuk perabot yang serba tidak ada di teratak itu, Sangat-sangat berterima kasih kepada ex. PA Kang Abik yang sangat-sangat bertungkus lumus dalam memastikan keceriaan teratak itu terus berpanjangan. Biar keletihan masing-masing mengurut kuduk, bagai sengal mahu tercabut.
Tak lupa kepada Sang Murobbi yang menyediakan santapan ringan kepada semua, dan juga kepada Abu Aish Naufal yang turut sama menyumbang makan malam untuk Kang Abik dan tetamu.
Juga tidak dilupakan kepada Akhi Lak dan Kang Mad Nor, yang menjarah laman teratak itu dengan seupaya diri, terima kasih banyak-banyak.Arigato.
Juga kepada ikhwah lain, yang sudi memperhambakan diri di ruang tamu itu, bersama menceriakan malam cinta kita bersama tetamu yang sangat-sangat di nanti, yang tak sangka dapat ditemui, bagaikan mimpi, kita bagai rakyat, yang diziarahi pembesar negara, itu umpamanya.
Kami menunggu kehadiran Novelis Best Seller, Habiburrahman El Shirazy,untuk berdiam dalam sejam dua di kediaman sewaan kami. Hampir jam 9, beliau tiba membawa sekali tafsiran kerinduan kami yang berselubung kegembiraan.
Dengan tema dakwah dan cinta, Kang Abik melafaz tinta pengalaman yang dilaluinya, dengan memerdekakan pandangan dari asung dunia, tapi menjurus syariat dan sunnah Allah.
Pada diri, adil seupaya kita, kerana dakwah itu, untuk santapan roh yang mendamba cinta.
Pada ahlimu, adillah mengikut kedudukan mereka, kerana pada dirimu terletak hak-hak mereka.
Pada masyarakat sekelilingmu, adillah, turutilah, kerana sekalian cinta itu jangan di biar keguguran seperti di musim rontok, biar cinta dibarengi rahmat.
Sukar melafazkan gembira melalui kata, cukup sekadar gambar sebagai indicator keceriaan kami.
Apa lagi yang kau persoalkan
Apa lagi yang kau bimbangkan
Yakinlah kepada Tuhan mu
Hanya dialah Tuhan Yang Satu
Apa lagi yang kau ragukan
Apa lagi yang kau resahkan
Teguhkanlah iman mu padaNya
Hanya dialah Tuhan yang ESA
Dialah Tuhan di langit dan bumi
Dialah Tuhan siang dan malam
Dialah Tuhan susah dan senang
Dialah Tuhan hidup dan mati
Dialah Tuhan yang Maha Pemurah
Dialah Tuhan yang Maha Pengasih
Dialah Tuhan yang Maha Mengetahui
Dialah Tuhan yang Maha Pengampun
Bacalah khalimah syahadah ini
Pasti kau mendapat keteguhan iman
ASHADUALLAILAHAILLALLAH MUHAMADURRASULULLAH
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yg disembah melainkan ALLAH
dan Muhammad itu pesuruh ALLAH
Kepada yang membaca,
Jangan dipendam rasa cemburu,
Cukuplah sekadar berkongsi gembira,
Penghuni di teratak LEP itu
3.19 pm
21 Zulkaedah 1429H
11 Nov 2008
Zikir menjiwa
dah semakin blur,
adakah kerana fokus amal yang semakin susut atau kerana menunggu hujung minggu ini,
hujung minggu???
ada apa dengan hujung minggu ini?
keluh gembira atau keluh resah?
tenang di dada atau cuma di muka?
ada yang serba tak kena,
bila teringat Ibu dan Ayah.
bila teringat keluarga,
teringat sanak saudara,
teringatkan majalah, buku-buku,
teringatkan novel
teringatkan Kang Abik
teringatkan ikhwah juga dakwah,
teringatkan rumah
agak berdesing pancaindera
bila terserempak dan ternampak,
manusia dan manusia,
Ya Allah, makin bertambah rasanya sunyiku.
Ya Allah temanin daku, maafin daku
cuma satu gembira aku terima sebentar tadi,
mujahid comel bakal dilahirkan
SMizanSaidin
2.22 pm
12 Zulkaedah 1429H
10 Nov 2008
Ku dambai Pemuda Kahfi
Peringatan dari Tuhan
Supaya aku gentar dikalbu
Tanah menjadi saksi
Laut menjadi bukti
Tenang cintaku kepadaMu
Aku asingkan diri untuk mengelak cemuhan
Aku hinakan diri pada pandangan insan
Kerana ingin mengekori generasi ghurabaq
Aku bertapa pada sejadahMu,
Untukku hindari asung dunia,
Yang makin melata
Aku maju semampuku,
Kerna kuyakin janjiMu,
Dipersada Arasy-Mu
Andai insan meminggir
Tak mengapa Tuhanku,
Itu lumrah liku seruMu
Tinggalkanlah aku wahai manusia
Biarlah gua itu menjadi tempat diamku
Biarkanlah aku menjadi Pemuda Kahfi
SMizanSaidin
2.46 pm
8 Zulkaedah 1429H
5 Nov 2008
Fityan atau Syabab
Waktu itu, kami sedang menjamu selera, ceria bercerita tentang masa depan. 2, 4, 7 tahun dari sekarang, emmm,... apa mungkin kita masih di ‘meja’ itu, di ‘kedai’ itu, berbual dan makan-makan, meneguk berita dengan cara cerita. Indahnya tika waktu merancang.
Hari ini genap 23 tahun 1 bulan, mengikut kalendar matahari (gregorian),
Atau dalam hijriah, 23 tahun 9 bulan dan beberapa hari, emmm...lagi tua mengikut kalendar ini.hehehe.
Sebagai persediaan menghadapi Hari Pembalasan, harus diingat firman Tuhanku,
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.- (Al-Hasyr : 18)
Al-Ghazali menggambarkan, yang paling jauh dari kita adalah umur yang telah kita tinggalkan, bukannya matahari mahupun bulan ataupun bintang.
Nah,... dalam menjalani hidup, aku akan berulang-ulang membelek lembaran-lembaran lepas, supaya sentiasa terpahat dalam diari perjalanan agar masa depan akan dapat dicetak , dihasilkan dengan lebih mantap dengan CD, thumbdrive malah kemungkinan besar disimpan kemas dalam external hard disc, tetapi akan sentiasa ku ingat lembaran itu akan lusuh dan usang, di mamah zaman dan anai-anai (anasir negatif zaman metropolitan).
Ketika kehujanan, mana mungkin akan dapat ku cari tempat teduh di Sahara, mustahil sekali.
Ku yakin sekali, kemarau juga akan berkunjung, menjarah segalanya pada yang terkena tempiasnya, waktu itu, di mana dapat ku cari sumber penyegar wajah yang lesu ini.
Lembaran itu yang banyak mengajar, memimpin hingga aku ke sini, mengajar aku memperbaharui dan mengamali kalam yang lama di tinggalkan, menebalkan kembali dakwat yang hampir pupus dan lupus, menuntun kembali bacaan pada makhraj dan tajwid kehidupan.
Itu semua kerana lembaran bernama Usia, yang ku kenal tika aku terbit dari rahim bonda, ku kenal tika merengek di malam hari, ku ikut tika menjengah remaja ,itulah lembaran yang tercipta, ku ukir alur terbaik supaya ia bisa mengalir dengan saksama dan sepadan dengan upayaku sebagai manusia.
Emm,... adakah lembaran itu akan tetap bersamaku, ketika mungkin suatu hari nanti aku tak lagi di ‘meja’ yang sama,’ kedai’ yang sama, kerana rezekiku di tanganNya, tenagaku juga di tanganNya,
Di saatku lumpuh pada usul dan waktu, mampukah aku berdiri, pada tapak dunia yang semakin senget, tanpa pacuan kenderaan Tuhanku yang diimpi manusia sejagat.
Kerana Allah jualah pencipta bahkan mampu memusnah, dalam ertikata untuk menghindari kezaliman yang puncanya manusia.
Usiaku bukan milikku, Sesungguhnya solat, ibadah, hidupku dan matiku, hanya untukMu, hanyalah milikMu, tiada upaya untukku rampas, takkan mampu untuk galas sendirian.
Umurku akan berlalu, meninggalkan sisa untuk ku kutip lagi di waktu tertentu, namun pincangnya aku, kapan waktunya dapat ku kutip supaya ia bisa seragam dengan pola perjalananku???
Kapan???
Apa mungkin aku Fityan, atau mungkin aku syabab???
Teringat ku teringat , pada janjiMu ku terikat,
Hanya sekejap ku berdiri, ku lakukan sepenuh hati,
Sakitku ini tak ada erti
Jika Kaulah sandaran hati
Kaulah sandaran hati,...
Pada yang tercari-cari
SMizanSaidin
9.09 am
7 Zulkaedah 1429
3 Nov 2008
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-
