12 Jul 2010

bunga...


























Align Center





(peringatan : entry ini tiada kena-mengena dengan selebriti atau sesiapa sahaja)


bunga,
semua sedia maklum, bila saja disebut bunga, metaforanya sudah barang tentu tentang keindahan, kecantikan dan kebahagiaan. bahkan bagi bunga tertentu, lantas boleh dikaitkan dengan acara atau festival tertentu.

asal bicara tentang bunga, bagi penggemar orkid, barangkali sudah berpinar-pinar matanya, sebut saja spesies, laju dia menjawab. begitu prihatin dia pada orkid

asal bicara tentang bunga kebangsaan, semua kita faham bunga mana yang dimaksudkan. bunga patriotik gelarannya.

mujur saja sabtu lalu, agak berkelapangan. tup tup diajak berjalan-jalan / berehlah mungkin , ke Putrajaya.

saya secara natural bukan pecinta bunga, namun secara supernatural, saya meminati dan memuja keindahan, kecantikan, apatah lagi pemandangan indah ala-ala taman bunga dalam siri twilight..apa-apa je lah...

pokoknya, panorama yang indah bisa saja saya rakamkan dengan gadget saya, dan jadikan wallpaper, juga pengajaran....pengajaran?

baru berlangsung, mulai 10 hingga 18 julai, dan boleh saya katakan bahawa festival berkenaan sangat sesuai untuk dimasukkan dalam agenda bersama keluarga.

namun disebalik asyik melihat bunga-bunga dan kreativiti penggubah-penggubah bunga, terselit rasa tidak manis dalam diri bilamana jika difikir-fikir kembali , ghazwul fikr(perang pemikiran/perang saraf) dari barat sentiasa menyelit dalam aktiviti harian kita, termasuk dalam festival ini, jika boleh saya berpendapat demikian,

hampir saja mustahil bagi saya mungkin, untuk menyusun kuntum-kuntum bunga menjadi sesuatu yang simbolik seperti ini, tapi ada yang mampu.





betapa spongie itu telah "real life" di Malaysia, bukan sekadar wildlife di underwater, ia menghadirkan diri dalam rancangan TV, memasuki minda dan hiburan kanak-kanak, mengancam dengan sekian banyak agenda negatif secara halus, tanpa dan dengan kita sedari. betapa kitty atau apa saja namanya itu memasuki dunia anak-anak kita dengan sarana yang kita sendiri rasmikan.

betapa "luhur" dan agresif nya perjuangan barat untuk merealisasikan agenda mereka, memusnahkan tamadun Islam dengan merosak pemikiran sedari kecil, mempamerkan kebobrokan tamadun dengan gaya santai dan lembut, "sopan" dan teratur, dan mujurnya kita ada upin-ipin untuk diberi sandaran, paling kurang masih ada inisiatif ke"timur"an yang tenggelam timbul dalam karakter berkenaan, paling kurang.

tika sibuk melihat-lihat, saya hampir terbayangkan sesuatu bila melihat design ini,...





FLOTILA 2010

imaginasi saya mungkin terlampau tinggi, mungkin, tapi saya cuma membayangkan andai begitulah tulisannya di situ, ribuan pengunjung yang datang tentunya beristighfar dan bersyukur atas nikmat yang telah diberi, ya...nikmat bukan, kerna masih dapat melihat beza warna antara bunga-bunga, yang sudah pasti tidak dapat dilihat jika kita di Gaza atau berhampirannya, Alhamdulillah.

mungkin perbandingan akan nyata berbeza setiap orang, mungkin kebanyakan yang pergi hanya mencari keindahan bunga-bunga, juga mungkin ada yang berkunjung atas alasan membawa keluarga makan angin dan berjalan-jalan, dan mungkin juga beralasan ke sana untuk menghabiskan masa dengan pasangan tidak halal bagi mereka, mungkin, apa saja.

tapi bagi saya yang ternyata suka untuk berbeza pendapat malah memikirkan sesuatu yang lebih sombolik :





kepada





sekali lagi, bukan saja ribuan malah puluh ribuan pengunjung yang datang, bahkan akan terpaku "ke dinding" andai melihat keadaan tersebut, ternyata kemungkinannya bukan saya semata yang mempunyai imaginasi "tahap cipan" seperti di atas.

nah, malah tidak dinafikan, hanya untuk menyusun kuntuman secara mendatar sahaja mengambil masa dan tenaga yang bukan sedikit, apatah lagi menyusun kuntuman secara menegak dengan corak dan tema sebegitu, hampir mustahil dapat dilakukan oleh saya tentunya. dan apatah lagi jika digabungkan kesenian dan kebudayaan pada rekaan berkenaan dengan bendera dan corak Palestin, Allahu akbar, pastinya menjadi kenangan yang terindah bagi setiap pengunjung, menusuk ke dalam jiwa dan sanubari.

tapi, tentunya menyusun corak berkenaan yang STATIK lebih mudah dari "mengukir" Palestin di "jiwa dan sanubari" sepanjang masa...



kanoute si pemberani


festival bunga, ia bukan sekadar warna-warni....

tidak lain,
perjalanan akan memakan sebahagian dari kudrat kita
secebis dari harta kita,
sebakul dari masa yang kita ada,

tidak lain,
perjalanan itu menuntut penelitian,
pada mata dan kata,
agar yang terlahir zahir,
bahkan mengandungi simpulan erat,
simpulan cinta dan pengharapan
tersimpul dikuntuman sakinah Tuhan


ikhsan insan
flotila , asal setia.

8 Jul 2010

bukan aku tak cinta

bukannya aku tak tega
bukan pula aku tak cinta


tanyakan saja pada mereka yang mengenali aku, teman serumah mahupun bekas teman serumah, ada apa dengan bola dan diriku. mereka tentu saja faham.

aku bercinta dengan bola,
2006, tika tahun terakhir belajar,
EPL saban musim, Liga juara, dan lain-lain

diketuk-ketuk pintu sebelah, ajak meneman,
dimisscall, di awal pagi hening,
ada apa dengan bola dan aku,

t-shirt negara menjadi teman
barangan kelab menjadi pilihan,
apa-apaan lagi,
ada apa dengan bola dan aku,

bukan aku tak cinta, tapi,...
tapi cintaku lebih perlu kepada mereka,
mana mungkin aku lupakan mereka
aku menyayangi mereka lebih dari segalanya.
aku tak mahu diri ini alpa dan lalai,
kan telah ku serahkan diri ini pada mereka,
untuk paling kurang, mengingati mereka,
dalam doa dan tidur
dan aku tak mahu kehilangan cinta itu,

Gaza, palestin, hamas,
mereka sebenar pencinta,
sedang bercinta,
mana mungkin aku palingkan wajah,
tika sedang bercinta,
setelah aku tahu flotila, sabra jua shatila,
bethlehem dan masjid khalil
mana mungkin itu bukan cinta,
dipupuk saban tahun,
takkan aku lupakan,
biar disaat itu mereka mengingati makhluk bernama bola

maaf andai aku tidak melihatmu,
maaf bola, ada lain yang aku sayangi
bukannya aku tak cinta,...

1 Jul 2010

Perbaharuilah

1 julai,

ya , sudah genap 6 bulan ku tinggalkan, masihi ini masih berbaki lebih 180 hari, begitulah, kisah dan cerita terus digarap, ada gembira, bercuaca cerah, juga tak kurang nuansa kelam, suram terkadang hitam

bisa juga diandai begini, kalau bisa, -6 bulan mencari cinta-, ya, 6 bulan sudah, apa sudah ketemu cinta di masihi ini?


walau sukar, tapi perbaharuilah tekad itu :


katakanlah : sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam

cukup terangkum, solat dan iktikaf, hidup dan mati, hanya semata padaNya, itu tauhid mutlak dan penghabisan, total pada Allah, tekad pada kepercayaan yang ditanam hanya kerana Yang Esa.

hatta dalam solat, sudah semestinya pasti untuk Allah

hatta dalam ibadah seharian, dan meskipun sepanjang kita bernyawa, sepanjang kita masih hidup

dan walaupun tika sudah mati, mati itupun untukNya, mati kita itu pun untuk Dia, bukti cinta kita padaNya, bukti cinta

21 Jun 2010

di titik itu ia datang

"Allah SWT akan senantiasa menguji antum pada setiap titik terlemah antum. orang yang lemah dalam masalah wang, namun kuat dalam masalah jabatan, pangkat dan wanita, tidak akan pernah diuji dengan wanita dan jabatan mahupun pangkat. Orang yang sentiasa mudah tersinggung dan pemarah, maka ia akan selalu diuji oleh Allah dengan dipertemukan dengan orang-orang yang senantiasa membuatnya tersinggung dan marah, sampai ia berhasil memperbaiki kelemahannya itu dan tidak lagi mudah tersinggung dan marah. seorang yang senantiasa berlambat-berlambat dalam dakwah kerana alasan sibuk, alasan isteri, mertua, tetamu, sibuk study, maka si dia ini akan senantiasa akan dihadapkan dengan alasan-alasan itu, mertua datang, dah nak dekat exam, kawan kenduri, mak cik kenduri, tamu datang silih berganti, isteri ajak shopping. yang akan terus menundanya untuk bersegera menghadiri liqa' dakwah, sampai ia bisa mengutamakan agenda dakwah"...

makanya, perbaikilah segala kelemahan-kelemahan kita di dalam jalan dakwah. Ingatlah, mushaf Al-Quran tidak akan pernah terbang sendiri kemudian datang dan memukuli orang-orang yang berbuat maksiat, tetapi para duatlah yang mendapatkan amanah untuk amar ma'ruf nahyi mungkar


* sekilas dari buku kenangan bersama KH Rahmat Abdullah.

15 Jun 2010

tinta dari sahabat

"when Allah drops needles and pins along our path of life, don't step away, instead pict it up and collect them. they were designed to teach you to be strong and wise...SubhanAllah..."

imam Abu Hanifah-

"biar beribu batu berjalan, masih belum ketemu destinasi kerna hidup perlu sentiasa berjalan dan di 'sana' destinasi mula kelihatan"

generasi ghuraba'-

"nikmati kemanisan ukhwah kalian, sebelum tiba saat dakwah sendirian, bersabar menempuh segala dugaan, kerana diakhir setiap ribut ada pelangi kemenangan"

imam Abu Hanifah-


"istirehatnya nanti, nanti di Sana"...Ustaz Rahmat Abdullah


ikhsan insan
cinta pada Dia...

10 Jun 2010

sedia , gempur

setuju atau tidak, insiden tersebut sudahpun berlaku.
kepada yang setuju, sudah tentu bertambah faham siapa itu zionis izrael
kepada yang tidak dan kurang bersetuju, maka inilah masanya untuk membuka mata dan bertindak

4 jun yang lepas, tentu saja mereka-mereka yang setuju telah sama bersesak di depan bangunan tabung haji, juga bersama-sama di Kampung Baru, sama berarak menghala ke kedutaan Malaysia, sama rasa, sama kata, sama tujuannya, mendesak kuasa besar supaya bertindak ke atas izrael

medan sudah pelbagai, dari media sampai ke mavi marmara, dari wartawan sampai ke paderi, dari seluruh dunia, misi ke Gaza menambah erti kepada perjuangan pembebasan Palestin, menambah rempah dalam corak bantuan kemanusiaan, juga mencambah pelbagai perasaan seluruh dunia.

semalam, satu forum di anjurkan oleh Aqsa Syarif Wilayah Persekutuan dan Selangor. tujuannya hanya satu, untuk membuka mata rakyat Malaysia khususnya, untuk sama-sama merasai, sama-sama mengingati, dan sama-sama memberi untuk kepentingan penduduk Gaza dan Palestin khususnya.

moga terus kita bersama-sama membawa isu palestin sebagai agenda kita sepanjang masa...di mana saja
Palestin, we, Malaysian are with you....
Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-