4 Okt 2010

tribute, 25 years

alhamdulillah,
tiada lain, puji juga kupanjatkan,


25 ini, aku masih punya hati untuk tersenyum

25 ini, aku masih punya mulut untuk bersedekah

25 ini, aku masih ada sayang untuk dikongsi

25 ini, aku masih punya masa untuk memberi

25 ini, aku masih punya mata untuk menyinar

25 ini, aku masih suara untuk memancar

25 ini, cinta di hati masih utuh padaNya,

25 ini, rindu kalbu makin bersemi

25 ini, masih punya rasa mahu bicara,

25 ini, masih punya sendu untuk yang tersedu

25 ini, ku tahu, abadi cuma pada JalanNya,

25 ini, ku pasti, duri hanya sementara,

25 ini, ku terokai rasa zuhud dunia,

25 ini, kasih, sayang, cinta dan sayang makin sebati,

25 ini, tatapi cahaya di balik cahaya,

25 ini, noktah bukan tandanya berakhir

25 ini, aku masih punya waktu untuk Dia,

25 ini, aku masih punya debu untuk dibuang,

25 ini, masa bukankah semakin suntuk,

25 ini, tanda makin dekat menemui TuhanNya,

25 ini, apa sudah bertambahkah amalan sebagai bekalan?

25 ini, apa sudah sediakah ke Sana?

25 ini, ada rasa gentarkah dalam jiwa?

25 ini, layakkah aku bersama para sahabat Baginda?

dan 25 ini, sediakah aku menerima lamaran Baginda untuk menjadi kekasihnya?



Tuhanku,
janganlah Engkah serah urusan hidupku ini kepada diriku, nescaya aku akan membinasakan diriku,
Tuhanku,
janganlah Engkau serahkan urusan hidupku kepada orang lain, kerana nescaya mereka akan lalai terhadapku.

Ali Zainal Abidin bin Husin

25 Sep 2010

3 Sep 2010

Rahsia Cinta dipenghujung Ramadhan


Berdua aku dan kamu,

Kamu tersenyum, aku terpaku kedu,

Cantik dan indah persiapanmu,

Tidak seperti malam sebelumnya


Aku jadi sendu tak menentu,

bukan kepalang lagi Indahmu,

Malumu menjelma bertamu,

Tetap suci walau setahun berlalu


Maaflah aku begini,

Terkial-kial bersulam rindu,

Walau ku tahu kamu kan tiba,

sentiasa aku salah tingkah didepan mu


Aku ingin setia bersamamu,

Maaflah jika kamu bosan denganku,

Tampilmu seketika kan berlalu pergi,

Maaflah, aku kan mendampingimu


wangian pemberianmu akan ku jagai,

Antara aku dan Tuhanku, kamu saksi,

Akan ku kutip satu per satu,

Biar pun hanya one drop dari perfumemu


Beberapa malam mendatang,

Sudilah kamu meneman aku,

Seiring berjalan terkadang berlari,

Kelak tidak tahu mungkinkah bersua


Jangan khabarkan ini pada semua

Kerna ini rahsia cinta kita berdua

Hanya Tuhan selayaknya tahu

Aku rindu kamu, Lailatul Qadr...


p/s : selamat menyambut lailatul qadr dan Salam Aidilfitri,

maaf zahir dan batin


ikhsaninsan

serinya cinta Ramadhan

8 Ogo 2010

ramadhan ini



ramadhan ini, ramadhan ini , berehatlah...
berehatlah selamanya bersama Al-Quran...

30 Jul 2010

tema kita tapaknya sama



Tema kita tapaknya sama,

Dari dulu kita tarbiyah, kini nadanya bertukar tenaga,

Dulu ringan, nyata kini beban menggunung,

Selonggokan manusia itu, bukankah kita penawarnya


Ingat dulu, sempit ruang bersua,

Nyata kita kenal tapi seolah tidak mengenal mereka

Dulu ukhwah, bukankah sukar kita rasakan?

Tapi kini, di pasar pun bersua ikhwah


Berubahnya fasa menuntut terjemahan berbeza

Dulu kita bermimpi kini saat meniti realiti

Dulu kita bicara pasal diri dan kita

Tapi kini kita bercerita tentang dia dan mereka,


Bukankah nyata lagak kita perlu berbeza,

Kejauhan sana bukan hanya di kata,

Tapi kaki ini bukti, akan subur tarbiyah di sana

Realiti justeru telah menzahirkan mimpi semalam


Ikhwah akhwatku,

Lestari itu bukan milik mentari,

Kan habis sinarnya menyuluh bumi,

Yang tinggal hanya cahaya penyuluh titi,


Tenaga kita ini yang lestari,

Menuntut diri ke sana ke mari,

Dalam rona sibuknya aktiviti,

Bukankah ini yang ingin kita sampaikan pada Allahu Rabbi.


Jangan berdalih akhi,

Tiba masanya tidak perlu menoleh,

Kerna noktah semalam telah terpadam sendiri,

Di sibuknya kerja kita kepada Tuhan


Walau tanzim mahupun sya’bie,

Di tapak yang sama, kita bersihkan

tika muassasi mahupun dauli,

di tapak yang sama akhi, kita tancapkan bendera tarbiyah ini



ikhsan insan

pada bicara yang tergantung

tiada mungkin kita beruntung


14 Jul 2010

telegram?

maka betul janji Tuhan, sebahagian harta yang kita infakkan untuk jalan ini, dilipatgandakan, namun andai tiada pun dari sebahagian harta kita infakkan, apa adakah mungkin harta yang sedia ada pada kita dilipatkurangkan?,...wahai diri, muhasabahlah, tajarrud yang telah kau tanamkan, kemana ia?, rasa kebergantungan kamu pada wajah dunia, malahan masih di takuk lama, Allahu rabbi, telegrammu kah ini?-ikhsan insan

--------------

Pada suatu hari, saya dikunjungi seorang kawan yang amat saya kasihi. Wajahnya keruh diselaputi kesedihan dan keresahan yang tidak dapat saya duga puncanya. Dengan rasa cemas saya bertanya: “Apa yang telah terjadi? Anta sakitkah?” Dia menggelengkan kepala. Saya bertanya lagi, meneka sesuatu yang lain pula:

“Ada sesuatu yang berlaku di rumahmu? Anak anta kemalangan? Anta kesuntukan wang?”

Setiap soalan yang saya ajukan, dijawab dengan gelengan kepala. Saya kehilangan idea untuk meneka, apa sebenarnya yang dialami oleh kawan saya ini. Walaupun ditanya bertalu-talu dia enggan menceritakan masalahnya. Namun akhirnya dia akur apabila saya tidak putus-putus mendesak agar dia meluahkan apa yang terbuku di benaknya.

Apabila dia mula membuka bicara, hati saya segera terusik, seluruh tubuh saya bergoncang dan mata saya terbeliak kagum dan terpegun!

Dia berkata:

“Ya akhi, sebenarnya saya memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan bulanan saya untuk Allah. Pada setiap bulan, apabila saya menerima gaji saya terus saya keluarkan sebagai sedekah dakwah saya. Saya tidak pernah mengabaikannya seperti saya tunaikan perkara yang wajib. Bagi saya ia cukai jihad ke atas saya.”

Saya berkata kepadanya:

“Apa yang anta lakukan itu memang sesuatu yang sangat baik. Saya berdoa mudah-mudahan Allah terima amalmu. Tetapi apa yang merunsingkan anta sekarang?”

Dia menjawab:

“Bulan ini saya terlewat membayar cukai jihad bulanan saya beberapa hari. Pada hari saya terima gaji, saya terus pulang ke rumah. Kerana sibuk dengan pelbagai urusan, saya terlupa untuk membayar apa yang saya lakukan setiap bulan. Beberapa hari berlalu, saya menjadi lebih leka dan lemah semangat. Pada masa yang sama, gaji yang saya terima semakin berkurangan.”

Saya memberikan pandangan:

“Kalau begitu, anta boleh bayar selepas dua hari, tiga hari, empat hari atau lima hari. Kalau anta kesuntukan wang, kami saudara-saudaramu, sahabat-sahabatmu dan teman-temanmu akan bantu.”

Dia berkata lagi:

“Sesungguhnya semenjak saya menanam azam dalam diri saya dan berjanji akan mengeluarkan sebahagian daripada gaji saya setiap bulan pada hari saya menerimanya, saya akan menerima amaran langsung daripada Allah sekiranya saya terlewat melakukannya. Allah akan mengutus kepada saya telegram berupa amaran dan persoalan, mana hak dakwahmu? Mana jihadmu?

Sekarang, soalan-soalan itu muncul lagi dan berlaku di depan mata ku di atas jasad anak-anakku. Dua hari lepas, yang seorang terkena demam panas membahang, yang lain pula menggigil kesejukan. Kereta aku mula rosak secara tiba-tiba yang tidak aku jangka. Pelbagai masalah yang memerlukan belanja lebih dalam bulan ini berlaku tanpa di jangka. Maka belanja yang terpaksa dikeluarkan untuk dua tiga hari lepas pun meningkat.

Maha Suci Allah! Keadaan akan bertukar. Dengan aku tidak mengeluarkan sedikit daripada gajiku untuk jihad, aku terpaksa menanggung perbelanjaan yang lebih tinggi untuk ubat anakku dan keperluan-keperluan lain. Aku telah terlewat membayar. Maka telegram pun tiba.

Inilah yang mendorong aku segera datang untuk melunaskan tanggungjawabku. Dan itulah sebabnya anta melihat saya sedih dan sugul. Saya telah terlewat membayar bahagian yang diperuntukkan untuk jihad daripada gaji bulanan saya!”


dipetik dari www.muntalaq.wordpress.com ( mana jihad harta kita? atau belum terima telegram dari Allah)

Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-