6 Dis 2010

Garisan putih dan lampu jalan




Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, di mana kamu semua tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya, iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul'.-at-tabrani, Imam Malik

“Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata”-al-jumuah (62 : 2)

Satu malam seorang Mat Rempit merempit dengan begitu ‘ikhlas’nya, rempitannya dimulai dengan gaya superman, ditengahnya dengan gaya biawak dan diakhiri dengan gaya ultraman. Dia terus merempit dikawasan perumahannya, yang mana selok belok kawasan tersebut sudah dihafalnya di luar kepala, walaupun dia membonceng tanpa lampu hadapan. Dia begitu kagum dengan diri sendiri, kerana kecekapannya mengawal motor kapcainya itu. Tiba di satu selekoh, dengan tiba-tiba lampu di selekoh itu terpadam, Mat rempit terkejut dan panik, dengan tidak semena-mena deretan lampu disepanjang jalan turut terpadam, mat rempit bertambah kacau, bimbang dan ragu, dia tidak mampu lagi mengawal motornya, kegelapan menyalutinya...BOOM!!!

Ini mungkin imaginasi saya sendiri, dinukilkan dalam bentuk yang mungkin mudah untuk difahami oleh diri sendiri. Biar pun mungkin kemahiran seorang Mat Rempit merempit di jalan yang sudah dia ketahui selok beloknya, tetap saja, dia akhirnya akan bertemu malang

benarlah dalam lagu artis Raihan menyebut,...”aku tahu padanya tiada mungkir, kerana itu bukanlah sifatnya”, Rasul SAW itu tidak pernah mungkir janji, tidak mungkin walau hanya sekali, walau hanya ½ kali sekalipun.

Benar, tugas Rasul SAW itu,

“Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan.”-(88 : 21)

Ya, memberi peringatan, yang mana peringatan itu sudah tentu benar, sudah pasti akan sampai, sudah mesti akan kita terima.Yang dengan peringatan itulah dapat membimbing manusia, yang dengan peringatan itulah dapat menghindarkan manusia dari kehinaan, yang dengan peringatan itulah yang dapat melayakkan manusia menjadi hamba Allah dan seterusnya dapat menggapai syurga yang dicita.

jika sebatang jalan yang baru ditar kurang lebih 24 jam, bukankah sangat ‘fresh’, sangat selesa, sangat cantik jika dilihat. Kita teruja untuk melaluinya, sambil kita memuji tentang jalan baru tersebut.

Namun, bukankah jika hanya atas alasan ‘fresh’ dan selesa sahaja, boleh kah “si jalan” ini tadi dapat menyediakan atau memberikan khidmatnya yang terbaik untuk penggunanya?, bolehkah?, tanpa garisan putih, tanpa garis kuning, tanpa simbol anak panah ke kiri atau ke kanan, tanpa ‘signboard’ kuning dengan simbol anak panah gergasi diselekoh-selekoh tajam, tanpa bebola kristal yang ditanamkan disepanjang jalan, tanpa lampu jalan dan tanpa lampu isyarat yang memancarkan 3 cahaya?, sekali lagi, bolehkah ia berperanan?

Makanya, untuk sebatang jalan yang fungsinya hanya satu, iaitu menyediakan medium utk manusia sampai ke destinasi masing-masing, bukankah ia mesti, perlu, pasti serta wajib mempunyai isyarat-isyarat, tanda-tanda dan juga simbol-simbol tertentu untuk cemerlang dalam berperanan.

Bahkan, jika pernah kita ke kawasan Putrajaya, bukankah kita dapat melihat betapa selamat, terjamin dan begitu sistematiknya jalan raya di kawasan tersebut. Nah, bahkan jika anda melalui sebahagian jalan, ia dilengkapi dengan cctv!!!, selamat bukan?

Al-Quran itu merupakan antara nikmat terbesar pada manusia keseluruhannya, tanpanya manusia itu akan menjadi buaya dan seribu satu jenis haiwan tak berakal, tanpanya manusia umpama tiada telinga, tiada mata, tiada mulut dan tiada keseluruhan pancaindera.

Namun, jika dibentangkan "permaidani" tanpa "penyedut hampagas", sudah barang tentu keindahan dan ‘mahal’ permaidani tidak akan bermakna, tidak akan terserlah.

Dan sudah terang lagi bersuluh, segala isyarat, simbol dan tanda disebatang jalan itulah seumpama peranan seorang Rasul bernama Muhammad SAW, Bagindalah yang me ‘meriah’ kan sebatang jalan dengan limpahan kasih sayang, dengan segunung sunnah untuk diteladani. Baginda jualah yang mentafsirkan Al-Quran agar kita manusia mampu dan dengan mudah faham kemahuan Al-Quran dan dapat melaksanakannya.

Itulah tujuan diutuskan Rasul SAW seperti mana dinukilkan Allah SWT dalam Al-Quran, (62 : 2). Maha Suci Allah yang telah menganugerahkan alam ini Rasul yang ummi itu, Alhamdulillah.

Biar seluas mana pun sebatang jalan, tanpa digarapkan dengan tatacara yang tepat, maka masih saja ia akan menatijahkan kemalangan demi kemalangan secara berterusan.

Betapa wajarnya kita terus beristighfar dengan sebanyak-banyaknya,

Sangat kita takuti setelah begitu sistematiknya sesuatu jalan, semakin selamat sesuatu jalan, tetap saja berlaku lagi kemalangan, tetap saja berlaku, begitu lemahnya ciptaan manusia


Beristighfarlah,

Ya Tuhan aku mohon keampunan mu,

Aku mohon hidayah dan ketetapan hati ini

Hindarilah aku Ya Allah, dari kemalangan di dunia,

Dan juga ‘malang’ di akhiratMu nanti

Salam Maal Hijrah 1432

Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-