20 Mei 2010

Hanya pada Mu



Engkau satu Cinta, yang selamanya aku cari
tiada waktu ku tinggalkan

Demi cintaku kepada Mu

19 Mei 2010

bila cinta bersulam ukhwah

terus terang, kebelakangan ini senyumku hampir tiada penawar, kesibukan yang mencambah protes terhadap tugas ditempat kerja, membuat aku bermasam muka sesiapa yang tersilap acara, ia semakin membiak, bertunas dari rasa sesal terhadap posisi diri,aku jadi sebegitu emosi, entah, begitu emosi.

nah, ternyata Ia tiba saat aku di gawang itu sendirian, menanti sepakan penalti dari musuh, dan ternyata, tiada langsung ku lihat penyokong dibangku stadium, tiada siapa disisi, aku sendirian dan sepi.

syukran dan jutaan malahan zillion ucapan terima kasih atas perkongsian kalian sahabatku, ia ternyata, dan sungguh ia merapikan tenunan songket yang ku mulakan dulu, ternyata ia menjernihkan kembali rindu yang bersarang di sungai lumpur, ia memancangkan kembali zarah cinta pada sandaran kayu ukhwah, ya itulah title tesis ringkas ini,

terus terang, sentuhan artikel ini mengembalikan air jernih di pelupuk mataku, manakan tidak, masakan tidak, ia menjentik halus ke telinga jiwa, membelai lembut alis mata naluri seorang insan yang ketika itu , ketika itu masih mentah.

nah, ketika jari ini mencoret, masih ada lagi bebanan tugas yang dihulurkan, belumpun usai aku menghabiskan bicara jiwa mengenai ukhwah, belum sempat, tapi, justeru jiwa ini mesti juga berbicara, saat ini juga, kerana jiwa telah hampir lupa, lupa bahawa kerana kerapkali ukhwah yang menyelamatkan,

-------------------

terima kasih al akh Faridul Farhan kerana menyalin artikel berkenaan, dari blog empunya artikel, http://marwanamz.blogspot.com/2010/05/kerap-kali-ukhuwaah-menyelamatkan-kita_15.html.-sungguh ia membasuh jiwaku-


Sebelum menamatkan alam persekolahan, seorang cikgu saya pernah menyampaikan satu pesanan yang sangat berharga kepada saya sehingga ianya masih terngiang-ngiang di telinga.

Kata cikgu,

“Sewaktu di alam persekolahan, jikalau kita terjatuh ke dalam lubang, akan ada orang tolong kita untuk bangun semula dan akan ada juga orang yang akan mentertawakan kita.”

Saya mengangguk sambil menanti kata-kata cikgu seterusnya.

“Namun sewaktu kamu di alam universiti dan alam bekerja nanti, jikalau terjatuh dalam lubang, bukan sahaja tidak akan ada orang yang membantu kita untuk bangun semula, bahkan orang yang nak tertawakan kita pun tak ada.”

Sepanjang tiga tahun saya meninggalkan alam persekolahan, saya memang mengakui bahawa kata-kata cikgu itu memang ada benarnya. Saya memahami dengan erti bahawa hakikatnya kita akan menempuh hidup ini dengan sendiri, menyelesaikan masalah kita ini dengan sendiri dan mencari yang terbaik untuk kehidupan kita ini dengan sendiri. Dunia individualistik.

Mudah kata, siapa yang tahu keputusan akademik kita merosot dan merudum dengan dahsyatnya di alam universiti jikalau tidak kita sendiri yang memberitahu? Alam persekolahan sangat berbeza kerana para guru akan cuba memainkan watak seorang ibu dalam mendorong anak-anak muridnya yang merosot dalam pelajaran untuk bangkit semula dan kembali cemerlang.

Di alam universiti, pensyarah tidak mempunyai masa untuk melayani karenah anak-anak muridnya kerana kesibukan kerja masing-masing. Malah, kebanyakan pensyarah tidak pun mengenali anak muridnya berbeza dengan guru-guru di sekolah. Mungkin ibu bapa akan tahu kerana keputusan tersebut dihantar ke rumah atau dipaksa untuk diberitahu kepada mereka atas desakan yang bertalu-talu. Namun apa yang ibu bapa mampu lakukan hanyalah marah, menegur atau memberi nasihat. Tetapi untuk mengubah keputusan tersebut daripada F ke C sekurang-kurangnya akhirnya adalah di atas usaha kita sendiri.

Saya memberi contoh yang lain, siapa yang tahu kita mempunyai masalah kewangan jikalau kita sendiri tidak mendedahkannya kepada orang lain? Jawapannya ialah memang tiada siapa yang tahu dan tiada siapa pun yang ingin ambil tahu. Diri sendiri pun bergelumang dengan masalah kewangan sendiri, inikan pula mahu membantu orang lain. Maka akhirnya kita dengan sendirinya harus berusaha mencari inisiatif sendiri untuk memperbaiki kewangan kita seperti mencari kerja tambahan, memohon zakat dan sebagainya. Jangan sesekali mengharapkan ada orang lain yang dengan murah hatinya tiba-tiba datang mahu membiayai perjalanan hidup kita seharian. Tak mustahil berlau, tapi ianya sekali dalam sejuta.

Maka dengan ini, saya menyedari bahawa akhirnya hidup kita ini akan sendiri. Jikalau kita mempunyai masalah kesihatan, kita sendirilah yang harus mengharunginya. Jikalau kita mempunyai masalah hati dan perasaan, kita sendirilah yang perlu menyelesaikannya. Jikalau kita mempunyai konflik dalam keluarga, kita sendirilah yang terbeban dengannya. Jikalau kita mempunyai bebanan kerja di pejabat atau dalam organisasi, jangan sesekali menunggu simpati orang untuk membantu kita. Setuju atau tidak, inilah realiti kehidupan. Sehinggakan kumpulan nasyid Saujana pernah menghasilkan sebuah nasyid yang bertajuk ‘Sendiri’ tidak beberapa lama dahulu dalam memberi peringatan kepada kita.

Namun, sepanjang tiga tahun saya meninggalkan alam persekolahan ini juga, saya telah berjumpa dengan satu formula yang sediki sebanyak mampu mengurangkan bebanan prinsip pertama di atas. Formula tersebut ialah ‘ukhuwwah’. Perkataan arab ini memang sangat mudah disebut malah memang sering kali disebut. Mereka yang berjaya menghayati dan merasai dengan sendirinya nilai ukhuwwah pasti akan sangat menghargainya dan tidak akan sesekali membenarkan tali ukhuwwah itu terputus dengan mudahnya.

Kekuatan ukhuwwah memang sangat luar biasa. Buktinya, kerajaan Islam Madinah berjaya didirikan atas dasar ukhuwwah yang mantap antara Muhajirin dan Ansar. Kedua-dua kaum yang tidak pernah bertemu ini, malah tidak mempunyai sebarang pertalian darah ini telah berjaya atas dasar ukhuwwah. Malah perpaduan mereka ini melebihi perpaduan anak beranak atau ahli keluarganya sendiri. Perniagaan sanggup diberikan atas nilai ukhuwwah, isteri sanggup dihadiahkan atas dasar ukhuwwah, rumah sanggup dikongsi atas dasar ukhuwwah dan pelbagai lagi seperti yang telah dirakam sejarah. Begitu kagumnya dunia menyaksikan satu sejarah bagaimana ukhuwwah telah berjaya menyelamatkan segolongan manusia daripada terus hidup dalam kesusahan sehingga akhirnya sebuah daulah yang hebat telah berjaya didirikan.

Berbalik kepada contoh-contoh yang saya berikan di atas, tiada siapa yang akan tahu dan mahu mengambil tahu keputusan akademik kita semester demi semester kita samada menurun atau meningkat atau apa-apa sekalipun. Mind you own business! Orang hanya akan tahu jikalau kita sendiri yang memberitahu. Namun tidak semua perkara tentang kita akan kita dedahkan kepada orang lain. Lebih-lebih lagi jikalau keputusan kita ketika itu sedang merosot. Namun nilai ukhuwwah mampun memecahkan prinsip ini. Dengan adanya ukhuwwah, tanpa perlu diberitahu, dia akan lebih dahulu mengetahui tentang apa yang telah berlaku terhadap sahabatnya. Kalau dia tidak tahu pun, dia akan bersikap proaktif untuk mengetahui masalah sahabatnya dan bersama-sama turun padang menyelesaikan masalah tersebut.

Memang sukar untuk menpunyai sahabat sebegitu. Lebih sukar untuk kita menjadi seorang sahabat yang mempunyai ciri-ciri sebegitu. Hal ini kerana jelas nilai ukhuwwah harganya sangat mahal. Hanya orang-orang yang tertentu sahaja mampu membelinya dan menghayati keindahan ukiran dan nilai seni yang terpahat pada ukhuwwah.

Sebagai seorang manusia yang masih mentah sedang menuntut di institusi pengajian tinggi di tanah air, saya terpaksa mengakui walau betapa sombongnya saya atau betapa kebudakannya saya dalam mana-mana tindakan yang pernah saya lakukan dahulu, kerap kali ukhuwwah datang menyelamatkan saya (khususnya ketika krisis 2007 yang hampir sahaja menyebabkan saya lumpuh dalam mengharungi arus ribut badai dan taufan). Di mata saya sendiri juga, saya telah menyaksikan berapa ramai kawan-kawan yang telah terselamat kehidupannya kerana ukhuwwah yang ada.

Kesimpulan yang boleh saya buat daripada dua prinsip yang saya kemukakan dalam tulisan kali ini ialah, dalam kehidupan kita, kita harus bergerak dengan sendiri (berdikari) dalam mencari yang terbaik untuk kemandirian kita di dunia dan di akhirat. Jangan sesekali mengharapkan ada orang yang sentiasa memerhatikan kita dan boleh memberikan pertolongan kepada kita pada bila-bila masa sahaja yang kita perlukan. Ada ketikanya ada orang mampu membantu kita, namun ada ketikanya hanya diri kita sahaja yang dapat membantu diri kita, hatta kedua ibu-bapa kita pun tidak mampu berkata apa-apa ketika itu. Maka untuk mengatasi masalah ini, pasak mesti kuat, akar harus kukuh dan iman perlu mantap. Ketika itu kita akan mampu berdikari walaupun satu dunia tidak mengendahkan kita.

Namun, bebanan ini mampu dikurangkan (bukan dihapuskan, hanya dikurangkan) jika kita menyemai dalam diri kita nilai-nilai ukhuwwah seperti yang telah diajar oleh Allah dan rasul melalui Quran dan Sunnah. Kita bukan sahaja perlu mencari kawan yang baik dan soleh, tetapi carilah kawan yang baik dan soleh yang rela untuk berukhuwwah bersama kita. Nescaya suatu masa nanti kita bila kita sedang kesunyian, lidah kita tanpa dipaksa akan mengungkapkan,

‘rindunya nak berukhuwwah’.

Sekian,

Wallahu a’lam

-------------------------

jutaan terima kasih aku ucapkan pada 2 insan yang telah "kerapkali ukhwah yang menyelamatkan" pada ketika aku mula bertatih mencari kerja, ditipu, dan bermacam lagi.
terima kasih buat kalian, al-akh Mohd Noor dan al-akh Abu Hanifah.


maaf ku pohon, andai aku pernah menitiskan air mata kalian.




ikhsan insan
hambatan cinta syurgawi

13 Mei 2010

untuk Ibu, isteri dan para wanita






Selamat hari Ibu

Segalanya untukmu Ibu, yang asalnya seorang wanita, kemudian lantas menjadi seorang isteri nan mithali.

Terbaru, macam-macam ada, segala macam diberi untuk wanita, koc wanita salah satunya, bermula beberapa minggu yang lepas, KTMB mengambil iniasitif dengan menyediakan koc ekslusif untuk wanita, hanya wanita sahaja dibenarkan menggunakan koc berkenaan, lebih selesa dan lebih mesra.

Dan terbaru lagi, MPH juga mengambil inisiatif yang sama, menyediakan store yang baru khas untuk wanita. Para wanita akan lebih selesa membaca, memilih dan seterusnya membeli dengan lebih bahagia....ewahhh...

Segalanya untukmu wanita.

Dan begitulah sewajarnya, perhatian terhadap masa depan wanita perlu lebih dititikberatkan, Islam justeru menjaga kesinambungan perkara ini, agar masa depan negara mahupun dunia itu sendiri terjamin.

---------------------------------

Untukmu Ibu, isteri dan para wanita

Kau datang menyinari hidup,
Bukan untuk seorang tapi semuanya,
Bukan secebis, tapi segunung yang kau pamerkan,
Kasih sayang dan cinta.

Ibu,
Kau ibarat mentari,
Menerangi tika siang,
Memberi cahaya dalam ketenangan

Wanita,
Kau indah bak bulan purnama,
Memayungi malam dengan ketenangan
Memberi nafas pada raja dan rakyatnya

Ibu,
Ku mohon padamu,
Kerna cintaku padamu,
Jangan kau tinggalkan aku,
Jangan kau tinggalkan aku,
Jangan kau tinggalkan kami,
Di timbunan sampah nan membusuk,
Di lorong hitam kediaman si anjing,
Di tepian sungai yang keruh menyesakkan.

Ibu,
Kau ratu,
Walau tidak mengenalimu
Walau tidak pernah melihat wajahmu,
Tapi aku kan dari rahim mu?,
Dari rahim mu, kediaman “penyayang”
Tempat lahirnya cinta dan kasih sayang

Ibu,
Ku mohon pada Allah,
Akan kebahagiaanmu,
Walau tidak sempat untuk aku,
Untuk aku berterima kasih pada mu,
Kerna melahir aku,
Kerna mengizinkan aku ke dunia,
Walau Cuma seketika.

Ibu,
Maafkan aku,
Kerna cintaku kepada mu,
Kerna kasihku kepada mu,
Kerna sayangku kepada mu,
Aku perlu mengadili,
Menjadi juri untuk mu,
Di sana, di sana nanti.

Ibu, aku cinta pada mu

------------------------------

Saya faham
Kita memulai merintis dari awal
Dari tidak punya apa-apa..
Dan ketika perlahan-lahan kehidupan membaik
Alhamdulillah

Tapi saya lihat
Banyak diantara pemimpin umat ini
Lupa ustaz...
Apa gerangan yang membuat dunia ini
Lebih menarik daripada dakwah itu sendiri

Kita sudah lihat itu
Apakah ini, ini yang dikehendaki
Oleh perjuangan kita selama ini
Dengan pengorbanan kami para ibu di belakang

Saya yakin bukan untuk itu uztaz
Pedih hati melihat iman kita yang dipertaruhkan itu
Dikalahkan hanya oleh jabatan dan harta....

(petikan dari filem Sang Murabbi)


ikhsan insan
selamat hari lahir untuk ibuku
14 Mei 2010

5 Mei 2010

antivenom

GENEVA: With millions of people being bitten by snakes each year and countries facing a shortage of appropriate antivenoms, access to and information about available antivenoms is increasingly important, the World Health Organisation (WHO) said on Tuesday.

In a statement, the UN agency said an estimated 5 million people are bitten each year, resulting in up to 2.5 million envenomings, at least 100,000 deaths and around three times as many amputations and other permanent disabilities, reports China's Xinhua news agency.

Victims are mostly women, children and farmers living in poor rural communities, where health systems were not well equipped and medical resources were sparse, WHO said.

It added that most countries face a critical global shortage of appropriate, safe and effective snake antivenoms due to a combination of factors, which included poor data on the number and type of snake bites, difficulty to estimate the needs and define markets, deficient distribution policies and poor regulation.

"Many countries have no access to the antivenoms they need. Others use antivenoms that have never been tested against their target snake venoms. So often when people get bitten, they can't get the treatment they need," said WHO assistant Director-General Carissa Etienne.

According to the WHO, effective and safe antivenoms requires international collaboration.

It urged regulators, producers, researchers, clinicians, national and regional health authorities, international organizations and community organizations to work together to improve the availability of reliable epidemiological data on snake bites, the regulatory control of antivenoms and their distribution policies.

The agency also published some new guidelines providing details for the production, regulation and control of snake antivenoms.

It also launched an online database giving a list of venomous snake species for which the availability of appropriate antivenoms should be prioritised. - BERNAMA

Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-