24 Dis 2009

Memperingati Gaza 1 Tahun

berkait dengan harga sekotak rokok yang semakin tinggi, kata seorang smoker:
"bagi kami yang merokok ini, kalau harga naik RM100 pun, kami tetap akan beli juga"

-sumber : buletin utama TV3, 27 Disember 2009

_________intermission________________________


(ke jiwa yang tidur, mimpi membawa kau, ke 28 disember yang lalu,
kehancuran hampir 3 minggu, ke jiwa yang mengambil iktibar, keluargaku
yang disembelih, korban lebih ribuan, mencacai tanah, menggores pasir ke ubunmu,
ke jiwa yang sedang alpa, medan hembusan sedarmu, palit serat jihad ditubuhmu)



surat buat adikku :



Oh,…maaf adikku,
Aku tertidur,
Deringan jam tadi,..snooze,
Udah berdetik ke jam 7

Oh…maaf adikku,
Udah terlewat bangun,
Kau tahu?...mataku berpisat-pisat,
Pedih, semalam ku terlewat tidur.

Oh,…maaf adikku,
Semalam ada rancangan kegemaranku,
Udah diulang beberapa kali,
Ku tonton jua, biar ringgit yang ku hulur.

Oh,..maaf adikku,
Apa namanya?...
Yang kau panggil itu palestin
Apa ada disebut diprima atau ria?.

Oh ….maaf adikku,
Aku tak sempat menyahutmu,
Dikerongkongku penuh sotong,
Ada digoreng, ada dipanggang.

Oh,…maaf adikku,
Aku terlupa sampai panjang suratku,
Aku perlu mandi dan bersiap diri,
Mahu ke luar MEMILIH sarapan

Oh,…maaf adikku,
Bukan aku tidak mahu,
Tapi aku tidak mampu,
Aku tidak menyalahkanmu wahai adikku,
Kerana aku dibelai mahkota,
Dinegara yang rajanya takhta,
Ditempatku ini, sayurnya hanya ditepi jalan,
Dagingnya boleh ku tuai tanpa tunai

Wahai adikku, aku jadi pemalu,
Lemah berturut lembut,
Bukan lemah lembut,
Tapi lemah, istilah hina bagi manusia,
Tapi lembut, seperti mana dapat kau lihat
Pada semua anggota keluarga kita.


Oh,..maaf adikku,
Kau tahu?..semalam sewaktu tidur,
Badanku digigit nyamuk,
Gatal-gatal, merah-merah tubuhku,
Sungguh, ia mengganggu tidurku,
Terkadang ia hinggap ditelinga,
Membawa bingit dalam mimpiku.
Cukup mengganggu.

Adikku,
kudengar, kau disana berhujankan bom?
Bagaimana itu adikku?
Aku jadi bingung dengan istilah itu?
Apa kau boleh tidur jika bom jatuh diatas atap rumahmu?
Bukankah akan bocor zink rumahmu?
Nanti perlu pula diganti yang baru…


Maaf adikku,
Disini hujan kami bersih,
Walau sesekali disaluti asid,
Tetapi ia menyuburkan tanah disini,
Paling ganas, hujan disini hanya menatijahkan banjir.
Kalau begitu adikku, kau disana lebih beruntung adikku,
Kerana hujan bom itu hanya membocorkan atap rumahmu,
Tapi disini, hujan itu menyebabkan kerosakan harta benda,
Ya adikku, di sini lebih parah

Oh…maaf adikku,
Sebentar ya, mahu switch off penghawa dingin,
Ada butang hijau, ada butang merah,
Terlampau sejuk, mahu tertidur,
Apatah lagi baru tadi ku bersarapan.

Oh…maaf adikku,
Aku perlu pergi,
Mahu shopping sebentar lagi,
Jenama baru ku lihat tadi,
Sampai di sini saja suratku,
Aku mahu kau mengerti ,
Aku sayang padamu,
Walaupun kau jauh di sana.
Salam sayang dariku.


p/s : jangan kau selalu bermain hujan, nanti demam pula,….luv u


yang menyayangimu,
kuala lumpur, malaysia
Pengerusi OIC.


DIKALA MASJID ITU DIBAKAR


Firman Allah s.w.t :

dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat ibadat serta gereja-gereja (kaum nasrani) dan juga tempat-tempat sembahyang (sinagog kaum Yahudi) dan juga masjid-masjid yang sentiasa disebut nama Allah sebanyak-banyaknya”.(al-haj: 40)

Jika di dalam ayat di atas, umat Islam telah dilarang daripada menjadikan rumah-rumah ibadat sebagai sasaran mereka dikala peperangan dan dikala damai, malang sekali sebaliknya pula yang sentiasa berlaku terhadap umat Islam. Seringkali jika berlaku apa-apa peperangan ke atas umat Islam, pasti musuh-musuh mereka menjadikan masjid-masjid sebagai sasaran. Lihatlah apa yang berlaku di Babri, India. Lihat juga kepada apa yang berlaku kepada masjid-masjid di Bosnia lewat konflik Serb-Bosnia. Lihat juga kepada masjid-masjid Iraq yang sentiasa terdedah kepada penghinaan dan serangan tentera-tentera “ paling bertamadun” di dunia, iaitu tentera-tentera Amerika Syarikat. Tidak kurang juga masjid-masjid yang berada didalam tanah Palestin 1948 ( yang dikenali sebagai Israel), ada yang dirobohkan, ada yang dijadikan muzium, ada yang ditukarkan kepada kandang lembu, dan tidak kurang juga yang ditukarkan menjadi kelab malam dan rumah pelacuran seperti mana yang dilaporkan oleh wartawan Palestine Return Centre, UK di dalam dokumentari mereka “The cries of the Minarets”. Lebih malang lagi, Masjid Al-Aqsa sendiri, yang merupakan masjid ketiga suci Umat Islam dan juga kiblat pertama mereka sendiri tidak terlepas daripada ancaman dan juga aksi ganas Zionis.

Usai peperangan 1967 yang menyaksikan kemenangan rejim Izrael dengan bantuan AS, pihak tentera Zionis telah memasuki Masjid Al-Aqsa dan menawannya. Dengan bertrak-trak tentera rejim, mereka telah menari-nari di sekeliling Masjid Al-Aqsa sambil menyanyikan lagu :

“letakkan apricot di atas epal,
Agama Muhammad telah hancur dan musnah,
Muhammad telah mati,
Yang ditinggalkan hanyalah anak-anak perempuan yang lemah”

Lagu tersebut membawa makna bahawa dengan kemenangan mereka yang dianggap sebagai mukjizat itu merupakan berakhirnya agama Islam. Ianya kerana kegagalan umat Islam mempertahankan masjid mereka itu menunjukkan bahawa umat Islam telah kehilangan orang-orang lelaki yang mampu mempertahankan Masjid Al-Aqsa!

Bermula dari tarikh itu jugalah pihak rejim telah mengisytiharkan tembok sebelah Barat Masjid Al-Aqsa sebagai milik mereka. Tembok sebelah Barat masjid yang dikenali selama berkurun-kurun sebagai “tembok Buraq” (kerana dikatakan Rasulullah SAW SAW telah mengikat Buraq ditembok tersebut sewaktu peristiwa Isra’ dan Mi’raj) itu telah ditukarkan namanya kepada “tembok meratap” atau “kotel”. Ianya telah diisytiharkan secara rasmi juga melalui tarikh tersebut sebagai kiblat warga yahudi untuk mereka menunaikan ibadat “meratap” dia atas kehilangan “haykal” yang pernah dibina oleh Nabi Sulaiman di atas tapak tersebut. Sehingga kini, penganut agama Yahudi yang berfahaman Zionis dari serata dunia akan menunaikan “haji’ mereka di sana. Bagi para tentera mereka yang akan menjawat jawatan tertinggi didalam angkatan tentera rejim juga akan menunaikan angkat sumpah” di tembok tersebut untuk mempertahankan Negara Israel (Erezt Yizrael) dengan nyawa dan darah mereka. Perlu diingat, penawanan ke atas tembok Buraq itu bukanlah suatu tindakan yang terakhir mereka terhadap masjid Al-Aqsa, tetapi merupakan permulaan bagi mereka untuk merobohkan Masjid Al-Aqsa dan membina semula kuil ibadat mereka yang dinamakan sebagai “The Mount Temple” ataupun “haykal Sulaiman”.

Sebagai bukti yang kukuh, pada 21 Ogos 1969, seorang penganut fahaman Zionis beragama Kristian dari Switzerland, Dennis Michael telah membakar sebahagian daripada ruang utama Masjid Al-Aqsa. Antara yang mengalami kemusnahan dari tindakan keganasan tersebut ialah mimbar masjid yang telah dibina semenjak zaman Nuruddin al-Zinki dan pernah digunakan oleh Salahuddin Al-Ayubi di zaman pemerintahannya. Seharian suntuk, umat Islam telah bertungkus lumus bersama-sama memadamkan api dan juga menyelamatkan kesan-kesan sejarah di masjid tersebut. Hasil dari peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa ini, OIC telah ditubuhkan untuk menyatukan Negara-negara majority umat Islam agar menjadikan isu Palestin dan masjid Al-Aqsa sebagai isu utama umat islam sedunia. Bagi penjenayah yang telah bertanggungjwab membakar masjid Al-Aqsa pula, beliau telah dibebaskan oleh kerajaan rejim Zionis kerana didapati “tidak siuman”, walaupun dari segi profesionnya beliau merupakan seorang doktor perubatan!

Sebagai reaksi terhadap peristiwa pembakaran tersebut, Negara-negara Islam telah bersetuju untuk menubuhkan OIC sebagai langkah menjadikan isu Palestin dan Masjid Al-Aqsa sebagai isu utama umat Islam sedunia. Semenjak hari itu jugalah, 21 Ogos dianggap hari memperingati Masjid A-Aqsa sedunia. Sayangnya, sehingga kini, bukan hanya sekadar isu Palestin tidak dapat diselesaikan oleh OIC, malah isu Masjid Al-Aqsa yang sepatutnya diambil peduli oleh setiap umat islam terpinggir dari agenda OIC. ratusan resolusi yang telah diluluskan oleh OIC, namun diperingkat praktikalnya, tiada satu pun yang dapat dilaksanakan. Lebih malang lagi, dalam mengemukakan apa-apa penyelesaian terhadap isu palestin, Negara-negara OIC hanya menuruti sahaja apa-apa keputusan yang dibawa dari Washington dan Tel Aviv. Sehingga detik ini, walaupun sudah hampir tiga ancaman yang diumumkan oleh golongan radikal yahudi semenjak awal tahun 2005 untuk merempuh masuk dan menawan masjid Al-Aqsa, tiada apa-apa keputusan yang dikeluarkan oleh OIC dan mana-mana Negara anggotanya berkaitan perkara tersebut.

Sepatutnya, Negara-negara OIC menjadikan tarikh 21 Ogos sebagai tarikh untuk diingati oleh semua uamt Islam di serata dunia setiap tahun. Bukan hanya sekadar diingati, malah sambutan untuk memperingati Masjid Al-Aqsa di setiap Negara-negara Islam sepatutnya dijadikan acara kebangsaan, agar perasaan kecintaan umat terhadap Masjid Al-Aqsa akan sentiasa mekar dan segar. Rancangan dokumentari berkaitan Masjid Al-Aqsa mahupun filem berkaitan dengan sejarah masjid tersebut dan peristiwa pembakarannya seharusnya menjadi tayangan wajib di setiap saluran utama Negara-negara OIC pada tarikh itu. Jika dapat juga, perhimpunan pemimpin-pemimpin OIC yang dihoskan secara bergilir-gilir dijadikan acara utama setiap kali datangnya 21 Ogos, jika OIC benar-benar ditubuhkan untuk menjadikan isu Masjid Al-Aqsa dan isu Palestin sebagai isu utama mereka.

Jika pemimpin-pemimpin uamt Islam di OIC tidak dapat diharapkan, rasanya sudah sampai masanya umat Islam sendiri bersifat proaktif didalam usaha menyelamatkan Masjid Al-Aqsa. Bagaikan tiada peliknya jika kita mendapati bahawa majoriti anak-anak muda kita dan juga generasi tua sekalipun tidak tahu-menahu bahawa Masjid Al-Aqsa pernah dibakar pada tahun 1969. lebih menggerunkan lagi ramai yang kurang mengambil peduli tentang ancaman para pengganas Yahudi untuk menawan Masjid Al-Aqsa semenjak awal tahun 2005 ini, berbanding dengan kepekaan mereka terhadap siapakah yang bakal memenangi Akademi Fantasia musim ketiga. Atas kesedaran inilah, jika anda terbacakan artikel ini, dan merasakan tanggungjawab anda untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa dari dibakar buat kali kedua atau pun dirobohkan terus dan digantikan dengan “kuil yahudi’, maka tindakan segera wajib dilakukan. Mulai dengan diri anda sendiri, ketahuilah sejarah dan maklumat berkaitan sejarah palestin dan sejarah Masjid Al-Aqsa. Persiapkanlah diri anda dan keluarga anda untuk menyahut seruan jihad jika ianya dilaungkan demi mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Didiklah anak-anak, saudara-mara, jiran tetangga dan rakan taulan tentang kepentingan Masjid Al-Aqsa di dalam aqidah umat Islam. Jika anda mempunyai kuasa di sekolah, anjurkan program-program yang berkaitan dengan kesedaran terhadap Masjid Al-Aqsa pada 21 Ogos nanti atau pun disambut bersama sambutan memperingati Isra’ dan Mi’raj, begitu juga jika anda menjadi AJK mana-mana masjid, surau dan pertubuhan Islam setempat. Bagi para mahasiswa dan mahasiswi juga, adalah menjadi tugas anda untuk menghidupkan ruh jihad untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa didalam hati setiap penghuni kampus anda sekalian. Anjurkanlah program-program memperingati masjid Al-Aqsa di kampus-kampus dengan ceramah , konsert, perhimpunan aman, sebaran artikel, diskusi, forum, tayangan video dan pelbagai jenis acara yang dapat anda fikirkan secara kreatif.

Jika anda mampu juga, sebarkanlah artikel ini dan artikel-artikel yang berkaitan dengan masjid Al-Aqsa kepada mereka yang lain, agar kesedaran yang timbul nanti akan membawa kepada natijah yang positif di masa mendatang. Lakukanlah segera tindakan proaktif sebelum sampainya waktu umat Islam hanya mengenali Masjid Al-Aqsa selepas ianya telah dirobohkan dan digantikan dngan “kuil yahudi”. Pada waktu itu, segalanya sudah terlambat.

Sumber : chapter 4; dikala masjid itu dibakar, al-Aqsa dalam bahaya, al-Fadhil Ustaz Maszlee
Malik.

Disalin TANPA sebarang pindaan.


Ikhsaninsan
[serial] Peduli!!! Palestin

ter[penjara] dikebuk sepi

meratib asma' Yang Esa,
bila tertib langkah mengecil,
diperdu akar dunia,
gelombang Wahn yang menggoda.

diperuk tata bertahajjud,
dijeruk rasa bersimpang rakaat,
menjerut lawwamah di keting,
biat tapak di wajah Tuhan.

kalis rindu berperisai cinta,
gerbang bag menghalang,
buas nafsu yang durja,
dibaris kalam suciNya.

tikar taqwa melapisi iman,
ditudung marhalah tarbiah,
untuk disajikan pada Rabb Pencipta,
agar jauh dibaham neraka.

bukan tinta yang menghalang,
bukan kata yang berpalang,
bukan kala yang menyerang,
dan bukan bahasa yang kurang.

tapi rasa yang kecundang,
diselimut gebar lapang,
lapang dari usaha,
lapang dari amal,
lantas melopong di sana.

berpalit dakwat ketaqwaan,
biar sikit tapi membukit,
dari tersimbah bah yang padat,
tapi hangus tak kekal lama.

budi bertaburan atas nafas ikhlas,
dijujur bahasa, ditutur kata,
harap begitu jua yang sampai kepada Pencipta,
agar redha Tuhan itu jua yang dirasa.


ikhsaninsan
terpenjara dikebuk sepi

14 Dis 2009

apalah ada pada ku?

Apakah ada pada ku?

“apakah ada padaku sifat-sifat orang munafiq itu”? itulah pertanyaan mahsyur dari salah seorang manusia yang telah dijanjikan syurga, Saidina Umar al-Farouq, ketika dia berhadapan dengan seorang sahabat ,Huzaifah ibnu Yaman.

Huzaifah r.a merupakan sahabat yang dipercayai Rasul SAW, baik ketika baginda masih hidup. Dan dipercayai juga oleh para sahabat r.a yang lain selepas kewafatan baginda. Huzaifah merupakan “peti simpanan” yang mana dikhabarkannya oleh Rasul SAW kepadanya beberapa perkara rahsia dan antaranya adalah SIAPAKAH ORANG MUNAFIK!!!

Huzaifah r.a bukan sahaja diberitakan oleh Nabi SAW akan ciri-ciri orang munafik, bahkan kepadanya juga Rasul SAW memberitakan nama-nama orang munafik ketika zaman Rasul SAW masih hidup. Ya, si fulan bin fulan itu munafik, dan si fulan bin fulan ini munafik, itulah rahsia yang hanya diketahui oleh sahabat r.a yang seorang ini.

Saya teringat satu hari, ketika saya dan sahabat2 sedang mentadabbur ayat dari surat an-Nazi'at, seorang sahabat bangun dan berbicara mengenai ayat 35 surah tersebut :

“pada hari (ketika) manusia teringat akan apa yang telah dikerjakannya”


Ayat ini, kata beliau, menjurus kepada sifat nifaq ( orangnya munafik) yang disembunyikan, tersembunyi dari pandangan manusia, terhijab dari mata masyarkat, tidak diketahui oleh kaum kerabat, juga terlepas dari sebarang hukuman manusia. Tetapi tentunya tidak dapat terlepas dari pandangan Tuhan di mahsyar kelak.

Apa-apa yang disembunyikan, melakukannya secara senyap, dan sebagainya tentunya dapat dilihat oleh Allah SWT. Memetik tafsiran As-Syahid Sayyid Qutb ;

Pada saat itu “manusia teringat akan apa yang telah dikerjakannya”. Dia mungkin lupa dengan peristiwa-peristiwa dan kesenangan-kesenangan kehidupan ini dan mungkin juga dia tidak ingat terhadap apa yang telah dilakukannya. Tetapi dia kelak akan ingat kembali semuanya, ketika ingatan itu tidak membawa apa-apa kepadanya melainkan kesedihan dan penyesalan sebaik saja dia menyedari apakah kesudahan yang akan diterimanya, yang berupa azab dan bencana.

Teringat saya akan kisah mahsyur dari sahabat Abdullah ibnu Mas’ud, bila mana beliau sentiasa diikuti oleh orang kebanyakan untuk menadah kekayaan ilmunya, beliau berkata, “ orang ramai mengikutiku kerana inginkan ilmu yang ada padaku, tetapi jika mereka mengetahui apa yang ku lakukan disebalik pintu, nescaya tidak akan ada lagi orang yang mahu mengikutiku”

Allah menegur sikap yang sama pada orang Al-A’raab (kampung @pedalaman), kisah perjanjian Hudaibiah dalam surah Al-fath, yang mana mereka cuba mengingkari firman Allah, arahan Tuhan tidak diendahkan, dan kemudian lebih parah lagi mereka menuduh orang mukmin yang lain dengki terhadap mereka, 48 : 15.

Saya tertarik dengan tulisan seorang kolumnis majalah Solusi, Mohd Al-Adib Samuri, http://www.al-adib.net berkenaan takutkan Allah, walau di mana kita berada, walau apa pun jawatan kita, walau apa pun yang kita gunakan, dan berbagai-bagai ‘walau’ lagi, semuanya perlu kepada reminder bahawa Allah sentiasa melihat kita.

Lain dari itu, kefahaman kepada perkataan Ihsan, sebetulnya mampu mengubah manusia, dalam ertikata mudah, praktikal dari frasa “beribadatlah kamu seolah-olah kamu melihat Allah, kalau kamu tidak sampai kepada upaya itu, rasakanlah bahawa Allah sedang melihat kamu” mampu diadaptasikan dalam kehidupan. Ayat pendek ini menjelaskan 2 perkara utama dalam kehidupan:

1 . kamu melihat Allah
2 . Allah melihat kamu

Untuk sampai kepada upaya kita mampu melihat Allah, bukannya satu perkara mudah, ia merupakan mujahadah yang terlalu besar untuk dilaksanakan oleh manusia. Namun dengan bertahap, insyaAllah kita mampu sampai kepada point ke 2, Allah melihat kita, dan kemudian mampu merasakan bahawa ke mana sahaja kita halakan wajah ini, kita akan mampu merasakan kita sedang melihat Allah. Dengan tema ikhlas, ibadah kita hanya akan sempurna bila mana Allah redha akan ibadah kita, walau hanya sedikit.

Persoalan Ihsan inilah yang menjadi intipati penting dalam ibadah. Seperti mana ayat Al-Quran menyebutkan Solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Solat yang prihatin, solat yang khusyuk, yang mengimplementasikan maksud ihsan dalam setiap gerak kata dan laku akan menatijahkan lahirnya waris muslim yang terbaik, yang mampu membawa situasi ‘bersolat’ walau ke mana mereka melangkah.

Pernahkah, walau sekali, ketika mahu bersolat, kita merasakan kita sedang melihat Allah? atau
Pernahkah, walau sekali, ketika mahu mengangkat takbir, kita merasakan diri seolah-olah sedang melihat Allah?

Persoalan “Allah dan Penglihatan-Nya” inilah yang menggusarkan ramai manusia silam, terutamanya generasi salafus soleh. Motif peribadatan mereka yang berteraskan keyakinan yang tinggi bahawa mereka sedang melihat Allah itulah yang telah merubah mereka kepada generasi terbaik. Praktik itu menyelubungi setiap tingkah laku dalam kehidupan mereka, cara makan, cara tidur, cara bercakap, cara berhubung, cara berniaga, cara melayan tetamu, cara menghormati orang lain, dan seribu satu cara lagi,....

Dengan didasari kefahaman mereka inilah, terpacul soalan dari Amirul Mukminin ke 2, Saidina Umar al-Khattab r.a kepada Huzaifah r.a. itulah yang bermain di minda beliau, beliau khuatir dengan sedikit sifat nifaq yang terlekat pada dirinya, itu akan dihisab oleh Allah SWT. Walaupun kita tahu bahawa Umar merupakan salah seorang manusia dari sepuluh manusia di muka bumi, yang telah dijanjikan syurga!!!

Nah, apatah lagi diri saya ini, yang kerap bersalut dosa dan noda, yang sentiasa dilumpuri hina maksiat, diselubung segala macam kelemahan. Yang kerap suka bercakap, kurang beramal. Yang terkadang lupa dengan firman, Allah sangat benci terhadap mereka yang bercakap tetapi tidak mengotakan kata-katanya. Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan Rabb!!!
Ya Allah, jauhilah aku dari sifat-sifat nifaq

Mampukah kita jujur dalam tingkah laku, setelah kita mampu jujur hanya dengan berkata-kata?


Sumber :

1) Fi zhilal al Quran
2) Tafsir Azhar
3) Riyadus salihin

Ikhsaninsan
Jujur kata pada jujur tingkah laku

9 Dis 2009

batu bersurat


pagi ini hujan agak lebat, dari RnR seri kembangan, udah mula kelihatan biker-biker memberhentikan kenderaan, melapis tubuh dengan rain coat, dari arah pusat bandar jelas awan gelap memonopoli langit Tuhan, alah bisa tegal biasa, ku selimut tubuh lantas meredah hujan,

memang lebat hujan, ku tabahkan jua demi memenuhi ibadat pekerjaan, hujan tidak reda sehinggalah sepatu ku mencecah tar di ofis.

sejuk tubuh ini masih terasa, dari hening subuh tadi ku sudah bermandi mutiara dari langit, mutiara yang menguji anak adam untuk bangun menyembah bersama jemaah. Moga Tuhan jauhkan diri dari sifat nifaq.

Setiba di ofis, koran ku baca, sementara menunggu untuk bersarapan, diselak dan disemak, banyak yang ku baca, tapi cuma sedikit yang ku cerna, hanya bertujuan untuk mendapat appetite sebelum mula bekerja.

Aku percaya dan mengiktiraf batu bersurat, itu sejarah, yang bukan dibuktikan hanya pada nilai usianya, tetapi petunjuk bahawa Islam telah benar-benar sampai di bumi Malaysia ini, lain pada itu, tiada pengiktirafan yang selayaknya untuk batu tersebut melainkan tulisan-tulisan pada batu itu, difahami, lantas diteliti, lantas dipraktik dan lantas ia benar-benar membuktikan ia bukan sekadar 'bersurat' tapi jua 'bersirat'.

Al-quran diturunkan dalam nada mudah dan tegas kepada manusia, membawa mesej yang senang di fahami ketika zaman kehidupan Rasul SAW, jua cepat dan pantas jika cuba difahami umat Islam sekarang.

"dan demi sesungguhnya, kami telah mudahkan Al-quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pengajaran"

Al-Quran diturunkan berperingkat-peringkat, dan di zaman kerasulan Nabi SAW, para sahabat menghafal keseluruhan ayat suci al quran, dan disampaikan, selepas wafat Nabi SAW, para sahabat mula menulis di atas pelbagai medium, dan disampaikan. dan seterusnya tiba kaedah penulisan zaman Uthman, disebar dan di sampaikan.

Di satu ketika, telah banyak 'pelepah-pelepah tamar bersurat', 'daun kayu bersurat' dan jua 'batu-bersurat'.

Dan kini, sudah ketinggalan jika manusia menggunakan batu, sekarang manusia menggunakan kertas untuk mencetak 'mushaf bersurat', guna teknologi untuk menghasilkan 'CD bersurat' malah dalam telefon sudah ada,'surat-surat' jua boleh diedar kemas dalam 'pendrive bersurat', hanya tunggu untuk digunakan.

Pengiktirafannya???...kembali kepada main menu...kembali kepada desktop... Ada apa ada pada desktop?
Pada desktop kita boleh semak dan mengedit my document( tugas dan duty ) kita di dunia, kita juga boleh search di my computer(ad-din) berkenaan syariah Islam, kita boleh teroka deep sea of Islam, kita selam terus ke dalam, agar kesyumulan Islam dapat kita rasai, dapat difahami. Seperti mana sukarnya manusia mengklasifikasikan haiwan dan tumbuhan yang hidup di laut dalam yang mencecah ribuan meter, begitulah detailnya Islam malah lebih lagi.

Pengiktirafan yang menjumudkan,
pengiktirafan yang membutakan,
pengiktirafan manusia yang menceriakan fana pencacai bangsa.

Semak kembali inbox, simpan yang berkenaan dan tandakan spam yang menyesakkan dan lontarkan ke recycle bin agar boleh didelete terus. Iktiraf diri sendiri berdasarkan surat dari Tuhan, surat cinta dari Tuhan. Kerana bangsa mana lagi mahu kembali pulang ke era flinestone?...flinestone saja sudah bijak menggerakkan kereta dengan kaki.

apa mahu biar 'batu' itu terus menghempap 'kaki' kita???

ikhsaninsan

2 Dis 2009

baju rasmi

baju rasmi ke sekolah menengah adalah baju sekolah,baju putih dan seluar hijau bagi lelaki, baju putih dan kain biru bagi kaum hawa. Baju rasmi seorang tentera adalah sepasang hijau seperti yang dapat dilihat apabila berkunjung ke kem tentera ataupun UPNM, hatta seorangg waiter dan pilot itupun punya costume , cantik lagi berhias dengan reben dan tali leher. Namun, pernahkah terlintas dalam minda kita, baju rasmi apakah yang kita pakai ketika mahu menghadap Allah di padag mahsyar kelak?

Persoalan, apa agaknya bentuk dan gaya baju rasmi ketika ke tempat kerja?

Soalan itu bukanlah soalan yang sukar, jua bukanlah soalan seperti ditanya dalam rancangan realiti are you smarter than five graders ?

Adakah lelakinya memakai slack, khakis, kemeja dan wanitanya memakai baju kurung atau kebarung atau kebaya?ataupun.... perempuannya memakai celana berukuran anak-anak tahun enam?


Apa sebenarnya tafsiran bagi pakaian rasmi?
Orang lelaki melayu pakaian rasmi mereka ketika hari perayaan adalah baju melayu , tidak kisahlah sama ada baju melayu Johor atau baju melayu Kedah, Perak, Negeri Sembila, Selangor ataupun Jawa, ya, lelaki melayu sinonim dengan baju melayu mereka…bukankah melayu tak kan hilang didunia?


dan, perempuan melayu pula sinonim dengan baju kurung mereka, kenapa sinonim? Wanita melayu(wanita melayu terakhir @ tidak) mempunyai nilai kesopanan yang tinggi, dengan berbaju kurung, yang longgar dan tebal, dapat mengelakkan fitnah dari orang kebanyakan, itu tujuan asalnya, mempamerkan nilai keIslaman dan kesopanan wanita timur.

Tapi bila yang dipakainya itu, celana ukuran kanak-kanak, bajunya juga ukuran kanak-kanak, mungkin tafsiran baju rasmi bagi kaum wanita perlu di perlu diREMINDkan kembali.

yang mengistilahkan baju rasmi itu, hanyalah sembang dan kata manusia, makna kata, yang manusia 'rasa' cantik, yang manusia 'rasa' sesuai, yang manusia 'rasa' indah bila memakai, indah bagi yang melihatnya, itulah 'rasmi' namanya, biarpun ketat terkutat-kutat.


Biar di ofis sekalipun, yang wanitanya, pakaian rasmi mereka tetaplah perlu yang menutup penuh aurat, satu, yang longgar dan tebal, dua, dan ketiga ialah bau bukan baju, tapi 'bau rasmi'. Tinggalkan seketika persoalan bau rasmi itu.

Bukankah hadith menyebutkan, akhir zaman nanti terdapat wanita yang memakai baju tapi “telanjang”, itulah tafsiran telanjang, yang sendat terkulat-kulat. Jauhilah perkara yang boleh menebarkan lagi fitnah, kerana dirimu wanita, begitu berharga.


Bila sampai satu ketika , ada wanita yang mengatakan dia tidak memakai baju rasmi ke ofis, kerana yang ada dibadannya ketika itu, pakaian tak rasmi, yang seluar dan bajunya menampak susuk tubuh, "menyakitkan" mata, di mana tak rasminya baju itu? Di ofis, atau di mata yang memandangnya, atau di mata pemakainya? di mana seorang wanita itu berada, jika dikhalayak manusia, rasmi bajunya adalah memenuhi kriteria tadi,...berhati-hatilah wahai wanita, kerana anda sedang melakukan gangguan seksual ke atas kaum lelaki. Hindarkanlah diri anda dari menjadi penyumbang kepada jenayah-jenayah yang sudah berlambak-lambak di tanah air ini.

Yang lelakinya pula, segak pula bertie, long pants dan long sleeve, tapi bila luar dari ofis, semua sleeve nya dibuang, yang tinggal adalah pakaian ahli gimnastik!!!. Nak bermain futsal mainlah, nak berbadminton silakan, tapi itu bukan alasan untuk memalingkan diri si lelaki dari kewajipan menutup aurat.

Wahai saudaraku, walaupun kita dikenal kerana selalu berjemaah di surau sekalipun, auratmu jua perlu ditutup, jangan biar sahabat-sahabat yang tidak selalu ke surau mempunyai bukti untuk mengiakan bahawa mereka juga sama dengan anda, “kaki surau pun pakai pendek”.


Biarlah baju rasmi kita diterima oleh Allah, kerana Dia yang mutlak menentukan rasmi atau tidak kita untuk merasai syurga.


Ikhsan insan
From KL to Taiping, of course with love

25 Nov 2009

Cucu Ismail


satu ketika saya membaca ayat-ayat Al-Quran, patah demi patah, bait demi bait, hati merasa sayu, terlintas rasa sendu mengenangkan sesuatu, iaitu mengenangkan punca diri ini, sesuatu yang mengembalikan diri kepada fitrah, seorang insan yang serba-serbi kurang, sesuatu yang melorong pencerahan diri, mengubah tabii makhluk menjadi hamba bernyawa, menjadi sesuatu yang berfungsi dan mampu memberi, bukan sekadar patung yang dijana bateri, tetapi dihidupkan dengan sinergi naluri.

setiap patah kalam itu menteleport diri kembali ke kering tanah Arab, debu kota kegemilangan, seluruh jazirah arab yang buminya pernah dicecah kaki mulia sosok bernama Muhammad SAW, Habib Allah. setiap bait itu membawa kembali diri kepada perit jerih seorang manusia yang menjadi perantara antara manusia dan pencipta, penghubung Nur dari Tuhan, pemisah kegelapan dari thagut, membawa kembali diri ini kepada manusia agung, yang membawa sifat sempurna, pelengkap akhlak.

ayat-ayat yang saya baca ini, pernah suatu ketika ia keluar dari mulut manusia yang paling hebat di muka bumi, pernah satu ketika ia keluar dari mulut yang mulia, yang dibacakan berulangkali oleh Rasul SAW kepada umatnya. Ia pernah satu ketika disampaikan kepada umatnya yang paling baginda sayangi, yang kerana mereka beliau berkorban segalanya.

kalam-kalam yang pernah saya baca ini, pada banyak ketika ia menjadi modul tarbiah kepada sekumpulan manusia, ditabligh kepada manusia oleh As-Siddiq, ditutur langsung oleh Al-Amin, ia suatu ketika pernah disampaikan,...tapi pada suasana yang sangat berbeza.

saya sedang membaca kalam ini, di punggung berlapik kulit berlapis tilam, dihembus sejuk putaran kipas dan nyaman penyaman udara, penuh lengkap, yang hampir tenangnya bukan kerana nyaman ayar-ayatNya tapi dek kerana selesa tempatnya, yang satu ketika dulu, disampaikan oleh seorang manusia yang duduk berlapik pasir, bertilamkan pelepah tamar sebagai pembaringan, yang pada banyak ketika, pedih mukanya dipanah mentari, mencium debu tanah menyampaikan As-Salam.

Rasul SAW dengan peluh didahi, tanda turun wahyu, terus menapak menyampaikannya, tenang memberitakan, dengan beban yang bakal diterima, dengan ujian yang bakal tiba, tetap saja ia bersalam dengan mehnah, berbual dengan ujian, dan bermesra dengan cacian, hanya untuk akalm yang sedang saya baca ini, yang sedang saya baca ini.

air mata saya mengalir bila mengenangkan tika Rasul SAW mengalir air mata kerna ketakutannya terhadap janji Allah melalui ayatNya, Rasul SAW merintih sendu bila datang janji Tuhan tentang Kiamat, the judgement day, hari di mana tiada upaya manusia emlainkan dengan rahmat Allah. Baginda mengenangkan umatnya yang bakal ditinggalkannya, yang bakal Baginda tinggalkan.

satu ketika saya merasakan diri ini seakan-akan bertuah sepertinya Ibnu Mas'ud, dapat memperdengarkan bacaan ayat suci ini kepada empunya tubuh bergelar kekasih Allah, mengumandangkan Kalam ini kepada tubuh manusia pertama kali mendengar Kalam Suci itu, yang satu ketika beliau dapat melihat tubuh itu menitiskan air mata, tersedu, kerana sedang berbicara dari hati ke hati dengan Al-Quran, tubuh itu menangis lantaran mengenangkan umatnya, mengenangkan bahawa dirinya bakal menjadi saksi kepada sebilangan umat, yang Baginda sayangi.

Rasul itu hanya satu tugasnya, emnyampaikan, sama ada dengan berita gembira atau dengan berita duka, itu terangkum menjadi peringatan dan pengajaran, tapi dengan satu itulah, Baginda rela menempuh pelbagai ujian dan fitnah, dilukai, hanya kerana menyampaikan, hanya kerana umatnya.

Ku mengharapkan agar Kalam ini, bersemadi dalam jiwa ini, menemani langkah kaki, membentuk acuan syumul untuk tubuh ini wahai Rasul,


ikhsan insan
Aidil Adha ini untuk mu...

24 Nov 2009

Fitrah Insan

Ya Rabbi,

wahai Tuhan yang Maha pemurah
terangilah ku dengan Nur ImanMu
hanya Engkau tempat aku berserah
mohon maghfirah didalam syahdu

wahai Tuhan Yang Maha Pengasih
ampunilah segala dosaku
laksana buih dilaut memutih
hanyut ditelan gelombang nafsu

hari-hari yang telah aku lalui
ingin ku tinggalkan terus bersemadi

ingin aku kembali
kepada fitrah insani
tak sanggupku jelajahi rimba duniawi

bebaskanlah diriku dari dibelenggu
dosa noda nafsu durjana

terimalah taubatku Ya Allah
pimpinlah daku ke jalan Redha
moga sinarMu terangi hidupku

akukan kembali padaMu Rabbi
menghadapMu Ya Rabbal Izzati
segala ketentuan ku pasrahkan
dihujung penghayatan

ingin aku kembali
kepada fitrah insani
tak sanggupku jelajahi rimba duniawi


bebaskanlah diriku dari dibelenggu
dosa noda nafsu durjana

wahai Tuhan Yang Maha Pengasih
ampunilah segala dosaku
laksana buih dilaut memutih
hanyut ditelan gelombang nafsu


kembali
Far east

23 Nov 2009

Khasiat Cinta Mu


Embun pagi yang nyaman
melirik senyum pada diri
menyapa mesra dua hati
yang telah setia menambat janji
Ku bertasbih mensucikanMu
kerana anugerahMu
mencipta prndamping untukku
mencipta pembimbing untuknya


Ku bertasbih memuji Tuhanku
kerna menjadikan dia untukku
sebagai sayap yang indah
untuk bersama ke SyurgaMu
ku bertakbir mengagungkanMu
kerna telah menjaga hati kami,
kerna menyatukan hati kami
jua kerna menyuburkan jiwa kami
dengan Khasiat Cinta Mu


naungilah cinta kami dengan cintaMu
sepertimana Kau menaburkan
rasa rindu kami kepada Mu
kekalkanlah kami pada JalanMu
kerana kami telah berjanji
untuk menisbahkan cinta ini hanya untukMu

Ikhsan Insan

16 Nov 2009

memoir perjalanan

di situ kita bermula,
berpijak pada tapak hidayah,
dengan nada langkah yang sekata,
hayunan kaki tekad melaju,
dengan denyut nafas tarbiah.

pada batas itu kita lalui,
walau sawah itu belum masanya,...
belum tikanya...untuk kita tuai,
tetap kita titi, dengan hati,
dan dengan hati-hati,
tetap kita nikmati,
indah hijaunya sawah dakwah

bukankah sebalik tangis itu ada tawa,
di balik duka itu ada senyum?
bukankah sebalik letih itu ada rehat,
di balik tekanan itu ada lapang?

bukankah setelah jatuh itu, kita bangun,
setelah perlahan kita melaju?
bukankah tika hadir ia, kita bersatu,
setelah jauh ia, kita gapai kembali?


telah jauh aku mengembara
mencari erti hidup didunia ini
yang selama ini sering disalah erti
oleh mereka yang bertuhankan hati
ku musafir ke pelusuk dunia
memerhatikan gelagat manusia
ada yang gembira hingga terlupa
ada yang berduka tetapi gembira
terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
terkadang sesat tanpa haluan
sehingga punca hilang di mata
ku turutkan jua hati yang buta
ku pasrahkan padaMu Tuhan
segala yang kan berlaku
kerana Engkaulah penentu segala
menciptakan dunia penuh pancaroba
tak terdaya rasanya kakiku melangkah
Kau pimpinlah langkahku Tuhan
agar tidak ku kesesatan dari jalan syurgaMu yang ku idamkan
kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
layakkah aku ke Syurga
ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan
sering daku terluka sering jua daku terleka
DENGAN NIKMAT-MU YANG MELIMPAH DIDEPAN MATA
KEMBARA HIDUP
DE HEARTY
ikhsaninsan
bukankah kenangan itu...untuk diabadikan

12 Nov 2009

Hatiku dalam Maghfirah-Mu

ujian, mehnah,
dugaan jua tribulasi,
berbeza cuma pada lafaz kata,
tapi sama pada kamus tarbiah


soal hati, sudah banyak yang mengulas,
tapi lebih banyak yang culas,
mencari benteng terbaik,
untuk hati yang senantiasa khilaf


sukarkan menjaga hati,
kata hadis ia Raja,
Pemutus bicara,
jua memegang tahkta


sukar sangat menjaga hati,
jika baik ia, terjaga anggota,
jika tidak, sukar bagi diri,
melestarikan cinta


kekadang Istighfar terlengah,
muncullah pawang penghisap,
bertanduk, bersepanduk,
cuba mengemudi hati


mujahadah dalam memohon ampun,
sukar biar perit,
derita kerana berbeza,
hati lain rela dinodai,
hati ini bertatih kembali ke istighfar

kerna kata Nabi,
ia penghapus dosa,
kerana kelalaian yang saat tadi berlalu,
kerana kelalaian yang cuma nanti berlaku,

kekadang hati sering tertuding,
ia gemar bicara songsang,
tak ikut kata mahu,
mahu ikut kata nafsu,
gitukan hati kita?

yang melintas kadang tercantas,
yang melukut diajak menyusut,
itulah kata songsang,
bagi hati yang bicaranya bertentang

ulang lagi,
ingat tak, kata hadis ia raja,
pemutus bicara, pemegang takhta,
jangan dibiar raja binasa,
kerna bila Raja binasa,
hinalah rakyat tercabut mulia.

sukar sangat menjaga hati,
itulah ada doa,
agar Kau tetapkan hati ini,
agar Kau pahatkan hati ini,
agar Kau benamkan hati ini,
Pada Indah Pengampun-Mu,
Pada dinding Perhatian-Mu,
jua pada tanah Kasih-Mu,
Moga dengan itu,
dapat aku merasa,
kejutan Maghfirah-Mu,
dalam jalur darah ini.

"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya"

Ya Allah, kerna itu, peliharalah hati ini, tidak mahu daku menghadap-Mu di Mahsyar kelak, dengan membawa segunung nanah-nanah yang telah bersarang di hati ini, membawa seburuk-buruk zarah yang berpunca dari hati yang kotor ini.

kerna hati ini bisa berpaling, ku tidak mahu ia berpaling selain kepada-Mu, biar ke Utara ia nampak Wajah-Mu, biar ke Selatan ia melihat-Mu, biar ke Timur ia menegur-Mu, biar ke barat ia tetap menyapa-Mu,
biar di segenap ruang ia berasa ihsan, biar di segenap tempat ia berhatikan insan,
hatta andai Kau tenggelamkan hamba-Mu ini ke Lautan Pasifik sekalipun, maka lemaskanlah...maka lemaskanlah ....

...Hatiku dalam Maghfirah-Mu...

22 Okt 2009

pada Indah-Nya





mabul island-Sabah (credit to YH Cheah, IMR)



orang kata, laut itu indah
aku tengok laut


aku tanya, "di mana indahnya?



pada air?, pada bayu?, atau pada luasnya?



aku tanya lagi, pada hijaunya? atau birunya?



pada kandungannya? iaitu pada ikan atau rumpainyakah?



aku tidak tahu di mana indahnya..


jawab orang...
sambil tersenyum,...


ia bergantung, pada siapa yang melihat,


dan pada apa yang dilihat,..

ikhsaninsan

pada laut yang mendamaikan


anak-anak syawal

setia alam

setia alam



setia alam


setia alam

KK Putrajaya

KK Putrajaya

KK Putrajaya

KK Putrajaya


KK Putrajaya


KK Putrajaya


KK Putrajaya

ikhsaninsan

21 Okt 2009

Back To Basic

Iman turun dan naik,
Tika mahu naik,
Sukarnya umpama memanjat bukit,
Kudrat dikerah, keringat mencurah.

Tika mahu turun,
Mudah seperti di eskalator,
Pantas bak elevator,
Terus turun hampir merudum.

Puas di tahan dan di lawan,
Namun jiwa jua tertawan,
Dek lemahnya pertahanan,
Umpama pohon tiada dahan.

Dek lapang dan terbuang,
Itu WAKTU kawan... bukannya sebarang,
Yang bakal pergi mustahil pulang,
Itu MASA kawan...bukannya sebarang,
Muncul pagi dan terus menghilang.

Tika lapar dan kenyang,
Itu rezeki Tuhan,
Bukan datang free...dan tak boleh demand,
Betul bro...hamba tak boleh demand.

Tika lega terbangun pagi,
Matahari jua datang menjelang,
Dicelah-celah kenyang...
Eh...yang semalam masih belum disyukuri, Alhamduliilah
Oh Tuhan...itukan.....
Oh Tuhan....aku ini hamba.

Tak lapuk dek hujan,
Tak lekang dek panas,
Iman...bukan takut panas,
Bukan takut hujan,
Tapi ia kenal lapuk,...
Jika dibiar hati berhabuk...
Betul kawan,..
Iman kenal sangat dengan lekang,
Jika dibiar ia leka dan senang.
nah...udah pasti ia lekang

“iman...sudahlah...
jangan merajuk panjang,
kembali ke pangkuanku segera,
aku merindumu...
udah jelaskan?...biar dunia menjelang senja...
aku perlu kamu...biar kamu...biar kamu....tak sudi mendampangiku.....”



sen no yoru no koete anata ni tsu taetai

ikhsaninsan,
iman subur pada insan yang ikhsan

Fikir Teras Pemikir

Pemikir itu kikir
Dengan masa dan tenaga,
Setiap kata berharga, setiap masa permata

Pemikir itu zikir
Pada setiap halus nafas
Pada setiap bait laku

Pemikir itu sifir,
Mencongak langkah tubuh
Untuk menghindari getir

Pemikir itu zahir
Yang keluar bertemu tamu,
Tidak menunggu menghulur bahu.

Pemikir itu fakir
Dari kamar duniawi
Lemas dalam cawan maknawi



ikhsaninsan

zahir tercipta

Sujud si Sejadah

Setelah penat berlari, Helmi meluru ke belakang surau, mahu menyorok ,senang dia, tak perlu berlari, memenatkan permainan yang bernama “kejar-kejar” ni. Biarkan taufiq dan yang lain mencari, gelap malam, itu suatu advantage untuknya, sukar dilihat.

Gelap?, malam?, hantu?, syaitan?, jin?.....ehh...pedulikan, rumah diseberang, ketemu hantu, boleh saja dia sampai sesaat dua.

Tersandar di dinding melepas lelah.
Setelah nafasnya mendatar, terdengar bisik-bisik halus dari sebelah dalam surau.
SUDAH!!!

Berdetik dalam hati, ini saat juga mahu dia berlari,...namun,...leka dia seketika mendengar bualan didalam.

malam saja yang kita ada”...
“jangan pasang lampu...mahu mati kamu...jika nampak oleh manusia”

“cepatlah,...boleh banyak sikit kita dapat”..


Berderau darah budak belum akil baligh dibalik dinding, apa ini?...sungguh mencurigakan..
Helmi fokus mendengar,

1,2,3 saat...dan seterusnya dan seterusnya,..1 minit...
Tiada suara, gementar lututnya saja kedengaran...
Helmi tertinjau-tinjau, kaki tanpa sedar menginjak permaidani sebelah dalam surau,
Pintu surau itu penanda sempadan muslimin dan muslimat, dipisahkan tabir 6 kaki...6 kaki?...sama saiz dengan liang lahad!!!

Memang pasti, suara itu jelas dari ruang solat muslimat,
Tabir itu pemisahnya...antara Helmi dan pengembaraannya...

Disingkapnya perlahan, kepalanya terkehel-kehel,
Derap nafas ditahan, hembus langkah kakinya dipadat ke permaidani...penuh berhati-hati.

1,2,3...seluruh kepalanya sudah di sebelah sana,...
Matanya dibesarkan berirama...mengakui debar jantung...
Badannya sudah mula panas,...huh...
Matanya tertancap ke siling, kipas?...ehh..tidak berpusing
Kipas dinding?...masih melekat, bilahnya diam tiada bicara.

Pandangannya menguasai ruang solat,...tiada apa-apa...
Tiada tanda yang curiga, rak dibelakang kemas tanpa terusik,
Penyidai telekung juga tepat ditempatnya,..
Sejadah jua kemas seadanya...
Cuma beberapa helai nampak bertaburan, ada yang sebaris, tak berlipat, terlupa disimpan barangkali!!!

Helmi hembus nafas lega,..lantas berlari keluar. Malam terus berlalu...


cepatlah...gerak kawan kita sekali...nanti tak sempat”
“dah pukul berapa ni?”
“ 2 jam lagi masuk subuh”...
sambil terdengar jam didinding berbunyi...

“kita nak dulu ke? Atau nak tunggu yang lain”
“ehh..kawan... tunggulah aku...kita sekali...
“yang lain tu , kenapa tak bangun lagi?”
“kejap lah...”


Subuh menjelang,....ayah Helmi, ayah Taufiq dan penduduk lain terkejut aneh....mana tidaknya....



Bilal menggeleng sambil mengeluh...
Pak Imam membalas...”kita lambat... teringin juga aku imamkan sejadah-sejadah ni”

Helmi yang berada dicelah orang ramai,...seakan tidak percaya...dia bergumam dalam hati
“...suara semalam?...sejadah?...BIAR BETUL!!!!.

ikhsaninsan

2 Dzulkaedah 1430H

16 Okt 2009

mahu jadi pemikir....

9 Okt 2009

Selamat Hari Lahir Ayah...

28 Sep 2009

Berehat seketika...
dari dekatnya kesamaran...

28 Ogo 2009

Indahnya

alangkah indahnya hari ini
andai dapat ku terus bertasbih padaMu
Ku tahu kemuliaan RamadhanMu,
ku tahu Maha Pemurahnya Kau wahai TuhanKu

dengan Tahajud dan tarawih,
dengan tasbih dan tahmid
dengan zikir dan fikir

alangkahnya indahnya hidup ini,
andai dapat ku terus dengan RamadhanMu

ikhsaninsan
Ramadhan al Mubarak

25 Ogo 2009

tinta pendamba cinta

Zuhud itu tunduk
pada Khaliq : Pencipta
Tawaduk itu duduk
tersimpuh disejadah hamba
taqarrub itu lubuk
yang menakung jiwa pendamba cinta

yang zahir itu tinta
yang batin itu cinta
kerana tinta tampak jelas
hasil cinta dari jiwa tulus

yang awal itu satu
yang akhir jua satu
yang tinggal hanya Dia
tiada siang tiada malam

ikhsaninsan
lahir untuk menzahir

20 Ogo 2009

Moga ku temui Ramadhan ini

Tiada resepi yang tepat untuk berjaya, kerana setiap manusia mempunyai perbezaan dalam menangani kegagalan, ada yang berjaya menjatuhkan kegagalan, ada yang separuh berjaya (terpulang kepada individu), dan ada yang tidak berjaya.

Disebalik kehidupan, bila ditimpa kesibukan, akan ada rasa tertekan dan kecewa, kemungkinan ia akan berpanjangan atau tidak, bergantung kepada empunya diri yang menghadapinya. Terkadang akan kekok untuk diselesaikan, ia mengganggu jiwa dan memeningkan kepala, memang sudah fitrah, sudah namanya pun masalah.

Tertekan dengan kerja, suatu keadaan yang sudah tentu banyak mengganggu manusia. Dengan seribu satu kehendak majikan dan seribu dua keperluan kita untuk memberikan yang terbaik, mental akan sedikit mudah terganggu dan penyelesaiannya?...

Sudah tentu akan ada insan yang terguris hati dek kerana emosionalnya diri, dek kerana terlajak kata, terlebih mimik muka, kerana terlebih muncung akan mengundang muncung-muncung yang lain. Tercetusnya emosi yang berlebihan itu juga mungkin kerana tekanan sampingan. Kesibukan kerja, kepadatan kenderaan ketika pulang dari tempat kerja, dan pembonceng motosikal (yang lebih nampak seperti terbang), pemandu kereta yang merasa”besar’ di jalan raya, dan berbagai-bagai lagi.
Itu semua menambah rempah dan rencah dalam jiwa, menjadikan jiwa berterusan tertekan, terdesak dan seterusnya terbitlah adegan-adegan yang kurang enak dilihat.

Justeru ia perlukan sedikit pelincir, agar kepadatan jiwa itu terus lancar pergerakannya,
Justeru ia perlukan sedikit penebat, agar dapat menjauhi arus dan cas yang tidak elok,
Ia perlukan sedikit ruang, agar kembali mempunyai peluang untuk bernafas.

Ramadhan adalah jawapannya, untuk jiwa yang padat dengan kerja, bulan inilah pelincirnya,
Ia lah penebat yang mampu bertahan di kala kegundahan cas-cas negatif mempengaruhi jiwa,
Dengan Ramadhan lah, terbuka kembali ruang yang hampir tertutup, yang leka kembali tersentak, yang alpa kembali terpana, yang lalai kembali tersedar.

Ramadhan, bulan suci, mensucikan jiwa, dengan tadarrus, tadabbur , dengan istighfar bersulam tasbih, tahmid dan takbir, bernada sendu menundukkan diri,

Ya Allah, Yang Maha Pelembut.
Ya Allah, Yang Maha Pelembut.
Ya Allah, Yang Maha Pelembut.

Lembutkan hati ini, untuk bercinta di Ramadhan Mu...
Tenangkanlah hati ini.....Ya Allah

Moga ku temui Ramadhan ini....

Selamat datang Ramadhan

ikhsaninsan,

17 Ogo 2009

topeng

alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih lagi memberi keizinan dan kelapangan buat saya menulis, masih lagi diberi ruang dan peluang untuk memberi, masih lagi diberi rahmat dan kesempatan yang banyak untuk menterjemahkan amal dalam rutin kehidupan.

selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahlul Bait, sahabat sahabiah, tab'in dan tabi' tab'in, ulama-ulama, syuhada dan mujahidin, dan mereka-mereka yang masih lagi berjuang untuk menegakkan Agama Allah, dan mudah-mudahan kita berdoa dan mengharapkan moga-moga Allah meletakkan kita dalam golongan-golongan orang yang memperjuangkan Agama Islam di muka bumi ini.

salam takziah dipanjangkan buat ahli-ahli keluarga dan sanak saudara kepada allahyarham dan allahyarhamah mangsa-mangsa H1N1. Moga Allah golongkan mereka dalam manusia yang dinaungi Allah di sana.

tidak dinafikan, gelombang H1N1 yang melanda masih lagi berterusan di negara kita, dan saban hari statistik bagi kadar jangkitan H1N1 semakin meningkat, dan kerajaan malah pihak berwajib sentiasa mengembleng tenaga dan masa dalam usaha untuk menangani gejala ini agar keadaan sosial dan kesihatan rakyat dikembalikan seperti sedia kala.

dapat kita lihat rakyat Malaysia dalam usaha untuk menghindari diri dari dijangkiti telah melakukan pelbagai usaha, saranan kerajaan telah dipandang serius dan pelbagai langkah pencegahan telah dipraktikkan. Pendemik ini telah menjadikan majoriti rakyat meningkatkan tahap kebersihan diri dan keluarga. ini adalah suatu tindakan yang bijak dalam usaha untuk menangani Air-borne disease tersebut.

sana sini dapat kita lihat orang ramai memakai topeng muka, yang muda, yang tua, yang sakit, yang sihat, yang berjalan, yang bertongkat, yang berkereta, yang berbasikal, yang sedang bersukan, yang wanita dan yang lelaki, ramai yang sudah memakainya.

tapi pada pandangan saya ada sesuatu yang pelik telah makin terserlah kepelikannya. kelibat-kelibat mereka yang menjauhi virus H1N1 telah melekakan mereka tentang penyakit yang sudah lama membiak dalam badan manusia. manusia semakin lupa penyakit ini telah beranak-pinak dalam sosial kehidupan manusia.

yang menutup hidung dan mulut, terlupa dia sedang mengenakan pakaian yang tidak menutup apa yang wajib ditutup, hidung dan mulut ditutup sempurna, pakaian yang dipakai ketat walaupun lengkap menutup anggota, "pakai baju tetapi telanjang".

yang lelaki, lebih trauma dengan H1N1 walau dijari masih terlekat ubat nyamuk berjenama gudang garam (baca : gudang haram), sibuk menceritakan sana ada kematian, sini ada kes, kes di badan tak tertuding, ingat mati untuk diri sendiri tidak, sibuk menceritakan mati orang lain.

penyakit membuka aurat lebih utama menjadi perhatian, bukannya H1N1, pakai topeng sehingga nak berjalan pun terhalang pandangan, terlupa pula seluar ketatnya yang menyulitkan pergerakan. yang lelaki kecoh berfutsal dengan seluar yang kononnya memudahkan pergerakan jua sibuk dengan topeng muka. jadilah manusia bertopeng yang memahami fungsi "topeng" sebagai penutup. penutup dari kelalaian, penutup dari kemungkaran.

penyakit yang datang jadikan ia sebagai pengajaran. itu mungkin bala Tuhan kafarah (penghapus) dosa, namun penyakit yang tidak menyerang jangan pula kita tempah tempat untuk meraikan kedatangannya

"hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."-at tahrim : 6

jauhilah penyakit yang mampu kita jauhi, moga kelak ia bermanfaat untuk diri dan keluarga.

pesanan ini dibawa khas oleh diri ini.


ikhsaninsan
selamat berpuasa

10 Ogo 2009

senyum



senyum
senyum itu tanda suka
senyum itu simbol gembira

senyum
senyum itu tanda redha,
tika senang tika susah

senyum
senyum itu pemberi makna,
pada kata jua rupa.

9 Ogo 2009

Bila akan sempurna

saban hari orang beriman itu melakukan aktiviti harian, mandi, solat, bekerja, bersukan, dan pelbagai lagi. Ia sudah menjadi suatu kelaziman bagi manusia untuk berasa selesa dengan rutin hariannya. Tidak mustahil untuk melihat manusia ke sana ke mari untuk memenuhi agenda kehidupan. Dan sebagai manusia memenuhi tuntutan kehidupan itu merupakan suatu kemestian dalam meneruskan kesinambungan keturunan manusia di bumi Allah ini.

Tidak dinafikan sifat Pemurah Allah SWT ditebarkan ke seluruh pelusuk alam ini, justeru dapat kita lihat bukan sahaja manusia mendapat nikmat Allah, bahkan makhluk lain seperti binatang dan tumbuhan, di langit dan dibumi turut sama menikmatinya. Dan kepada manusia, tiada Allah sisihkan sama ada mereka beriman atau tidak untuk mendapat secebis sifat Pemurah Allah ini. Tetapi dek kerana orang beriman itu telah Allah anugerahkan mereka cahaya dan meninggikan mereka dari semua manusia, Allah tambahkan sedikit tugasan mereka dan Allah tetapkan bahawa menjadi suatu kemestian bagi mereka menyampaikan Islam kepada manusia lain, sama ada yang sudah menganut Islam ataupun sebaliknya.

"kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran. " 103 : 3

sampaikanlah tentang agama walau ketika kita senang dan walau ketika susah. Sampaikanlah Islam walau kita sedang merasa ringan atau sebaliknya. Ganjaran yang besar bagi mereka yang meyakini akan ada pertolongan dari Allah kepada manusia yang menolong menyebarkan agama Allah. Telah Allah berikan rezeki pada manusia dengan sebanyak-banyaknya.

"Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluk(Nya)."55 : 10

dan berbagai-bagai lagi, maka nikmat Allah yang manakah yang kita dustakan. Namun, seperti mana Allah gambarkan dalam Al-Quran Karim, bahawa sedikit sahaja di kalangan manusia itu bersyukur,

"Katakanlah: "Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati." (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur". 67 : 23

bukankah telah Allah jadikan pendengaran, penglihatan dan hati manusia itu lengkap sempurna, bukankah?
bukankah telah Allah berikan tubuh badan yang saban hari kita tertanya-tanya zat jenis apakah yang mahu kita isi hari ini?, bukankah dengan tangan ini yang kita gunakan untuk memilih lauk-pauk yang bersesuaian dengan selera kita, bukankah?
bukankah dengan sebaik-baik kejadian kita ini, kita menjadi makhluk manusia yang tiada atau kurang bersyukur, apakah logik kita membelakangkan Dzat yang memberi kita kehidupan?

bersama-samalah untuk melihat teguran Allah kepada Bani Izrail,

"Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Bani Israil Al Kitab (Taurat), kekuasaan dan kenabian dan Kami berikan kepada mereka rezki-rezki yang baik dan Kami lebihkan mereka atas bangsa-bangsa (pada masanya).45 : 16

Bani Izrail boleh disebutkan sebagai kaum yang lengkap, hebat, complete, yang sempurna, dari segenap segi.
Telah Allah anugerahkan berbagai-bagai sumber-sumber kepada mereka, dari ilmu sampailah kepada pembimbing mereka, lihat sahajalah beberapa Rasul yang Allah lahirkan dari bangsa mereka. Nabi Ishaq, Yaakob, Yusuf , Daud, Sulaiman, Zakaria, Yahya, Isa, Musa , Harun dan banyak lagi, mereka dikurniakan Taurat, mereka diberi kekuasaan, malahan kekuasaan sehingga ke hari ini boleh kita lihat pada bangsa mereka, dan Allah angkat bangsa mereka melebihi bangsa lain, mereka lebih tinggi dari bangsa Firaun walaupun mereka di tindas, Allah bantu mereka ketika cemas dan takut memenuhi jiwa mereka, ketika tiada Dzat lain yang dapat membantu, ketika itulah Allah turunkan pertolongan melalui perantaraan RasulNya.

justeru, dari pandangan normal seorang manusia, bukankah dapat dilihat bahawa mereka (bani Izrael) lebih wajar dan perlu sentiasa memanjatkan kesyukuran kepada Allah, dan lebih dari itu, sebetulnya merekalah yang bakal menjadi simbol kepada kejayaan tamadun manusia, dengan segala macam petunjuk dan bantuan Allah SWT, posisi mereka boleh ditonjolkan sebagai pemimpin dalam kehidupan manusia.

Dengan banyaknya sumber yang menjadikan bani Izrael bangsa terbaik ketika itu, tetap sahaja ia tidak berupaya menjadikan Bani Izrael itu menjadi pendokong kepada agama yang di bawa oleh Rasul mereka, tetap sahaja mereka kembali menafikan agama Allah, tetap sahaja mereka menjadi kaum yang SIBUK dengan pertanyaan, bukannya dengan kerja membawa agama Allah, tetap sahaja mereka menjadikan Rasul mereka terus-menerus menderita membawa agama Allah berseorangan dan diinjak oleh mereka sendiri, tiada rasa bersalah dan mereka tiada rasa bahawa kepentingan membawa agama Allah itu juga terpikul di bahu mereka.

dan dari kisah bani Izrael ini membuktikan bahawa kesempurnaan pada sesuatu bangsa itu tidaklah membuktikan bahawa umat atau bangsa tersebut sudah betul-betul mampu mengembleng tenaga membawa Islam, kesempurnaan pada pandangan manusia sudah barang tentu tidak dapat membuktikan bahawa mereka berupaya untuk bersatu tenaga membawa agama allah pada tempatnya.

sewajarnya menjadi iktibar bagi orang beriman untuk mengambil pelajran dari kisah bani Izrael, hindarilah kepercayaan pada diri orang beriman itu bahawasanya apabila kita sudah lengkap seperti mana Bani Izrael barulah kita hendak membantu agama Allah, apabila kita sudah mendapat kuasa, barulah kita nak termengah-mengah menolong agama Allah, apabila kita sudah mendapat rezeki yang baik dan terbaik dari Allah barulah hendak berdakwah, dan adakah kita juga hendak menantikan datang Rasul yang baru pada bangsa dan umat ini, barulah kita hendak berjuang mengembalikan Islam, dan apakah mungkin ada lagi nabi selepas Rasul Muhammad SAW!!!

adakah jaminan kita akan membantu agama Allah ini selepas segala-galanya kita miliki? apakah akan kita bersama golongan yang menyerukan hak, menegah batil, apakah? apa mungkin kita yakin bahawa tidak akan Allah timpakan penyakit yang sama seperti yang menimpa Bani Israel dari menimpa diri kita?

telah Allah sebutkan bahawa manusia itu Khalifah, yang memandu diri sendiri, dan orang beriman yang prihatin itu merupakan nakhoda yang terbaik dalam mengemudi pelayaran yang panjang ini, ombak, badai itu suatu yang pasti, cuma bagaimana kita mengharunginya itu yang hendak kita perhati, adakah badai menjelang, kita tarik sampan penyelamat untuk kita melarikan diri dan meninggalkan manusia di belakang terkapai-kapai,
atau kita terus terpahat pada tombol pengemudi, bertapak tetap mengharungi bersama terus mengemudi.

ikhsaninsan.
ada Hari Yang Sudah Pasti.



3 Ogo 2009

Aku juga mahu bersuara


nak kata marah...siapa yang tak marah,
nak kata bengang...siapa yang tak bengang...
nak kata bangang...memang ada yang boleh dikatakan bangang.

negeri kelahiran sendiri semakin porak peranda...

perak..dalam silibus tingkatan 3, 10-20 tahun akan datang akan menjadi negeri yang utama dalam penyelidikan tentang politik...bahkan pertentangan diantara keperluan politik dan kerakusan politik...sesiapa sahaja yang berkenan untuk melanjutkan diri dalam bidang sains politik, Perak destinas "cuti-cuti Malaysia" anda.

selama berpuluh tahun , Perak telah membekalkan satu tapak semacam neraka teluk guantanamo, yang bahkan merupakan suatu tempat yang mungkin hanya sesuai untuk beruk dan kera yang terbiar...

dan kebelakangan ini, ia terus diberi perhatian terbaru berkenaan tsunami politik yang luar biasa, ia bahkan seperti El Nino sedang cuba untuk bersama La Nina...sesuatu yang mustahil....

bahkan lebih buruk, bila mana beruk-beruk terbiar turut sama mengikut dan menerima arahan dari burung pemakan bangkai, yang pada masa yang sama burung tersebut juga sedang cuba menyaingi dubuk-dubuk yang kebiasaannya kita boleh mendengar ia mengeluarkan bunyi "ukk..ukk...ukk"...bila mana ia sedang lapar...

Biar Bulan Berbicara

teringat satu lagu dendangan seorang seniman dari seberang, beliau menyebut bulan....
suatu juzuk yang sukar di capai secara fizikal, namun boleh jika melalui perantaraan lensa ataupun robot...

bila mana melihatkan, tiada satu pun pihak yang berautoriti melibatkan diri dalam memberi pandangan mengenai isu -you-know-what-, rakyat semakin terdesak dan parah. Rakyat yang kini lebih maklum bahawa keperluan kepada kehidupan adalah kebebasan, memahami bahawa isu -you-know-what- itu adalah sesuatu yang mencabar hak asasi manusia...mereka bangun membela dengan pelbagai cara.

dari memorandum ke mahkamah, ke institusi Beraja, parlimen, malah dibahaskan di Geneva dengan begitu susah payah, namun hanya sia-sia...

anjing salak bukit...bulan jua tak kan jatuh ke riba...
bulan tetap di atas sana...tak memahami pertuturan dan harapan penduduk Bumi...

gemar untuk memetik pendapat bekas mufti Perlis yang mencadangkan mufti dan juga Majlis Fatwa di Malaysia campur tangan...jika tidak mahu guna tangan campur kaki pun sudah dikira cukup, kerana Majlis fatwa adalah badan berautoriti.

terasa untuk mempertikaikan prinsip badan agama Perak terutama pejabat mufti, bila mana mengambil mudah perkara ini, pejabat mufti yang sama mempelopori bahawa Sure Heboh itu sure haram, pejabat yang sama yang menjadi rujukan rakyat kerana kelantangan Muftinya mempertahankan Islam, namun.........

namun, tsunami itukan air bah, yang kekuatannya terlalu luar biasa untuk dipertahankan dengan kudrat manusia, terlalu lemah manusia ini, terlalu lemah.

di mana suara kekuatan yang rakyat nantikan,...
ke mana perginya kelantangan fatwa yang mempertahankan rakyat,...
apakah kelantangan itu telah jua tumbang bersama pohon kelapa di tepi pantai Acheh...ketika tsunami itu melanda...

Darul Ridzuan mungkin jua perlu ditukarkan kepada gelaran yang lebih signifikan....terpulanglah untuk menggantikannya...kemungkinan dengan nama baru, Perak juga boleh menjadi 1 Perak.

wahai Mufti, wahai ahli agama, bersuaralah,
wahai Sultan yang ku junjung mulia, bertitahlah,

kebodohan yang telah timbul makin terserlah kestupidannya,
janganlah biar rakyat menggila, dengan kalian sibuk bermesyuarat, diempuknya kerusi setinggi 5 kaki,
ingatlah 5 kaki itulah yang akan menemani kamu pemegang takhta,
dan 5 kaki itulah yang akan menemani daku hamba hina,

wahai rakyat, aku bersamamu,
aku seru kamu bersabarlah,


ikhsaninsan,
kembalikan tanah kami.

30 Jul 2009

Gurindam Ihya' Ramadhan



ramadhan, ramadhan, ramadhan
setelah setahun, akan kembali bernaung

bulan diberkati, bulan dirahmati,
penuh pahala, ganjaran berganda

ibadah puasa disiangnya,
ibadah tarawih dimalamnya,

yang menjauhi al-quran,
inilah bulan untuk mendekatinya,
yang terleka tahajjud,
inilah masa menghampirinya,

diselang-seli istighfar,
ditambah keampunan Tuhan,
nafsu dikekang,
diri terbela,
amalan tambah bertenaga,

rutinkan tilawah,
bacalah ia,
dari kulit ke kulit,
biar khatam seusia Ramadhan,
bukan ia penyeri meja,
penghuni rak yang bergaya,
bukan jua sekadar pendamping jiwa,
yang terkadang gundah gulana,

ramadhan, ramadhan, ramadhan,
gapailah ia, rebutlah ia,

jauhilah keramaian di pasar,
buat untung didunia,
hindarilah kesibukan si pelombong,
yang terserempak emas di gunung,

kerna ramadhan itu tak lama,
dan ganjarannya tidak selamanya,

buat apa untung yang mengetat kantung,
andainya rentung pahala dibulan mulia,
biarlah dunia sebulan tergantung,
bukankah sudah berbulan mengaut harta,

janganlah kemudian baru nak termenung,
ramadhan sudah berlalu, diri kurang mutu,

duhai Ramadhan,
muliakan kami bersamamu.

ikhsaninsan,
kami hamba yang bersyukur.
8 Syaaban 1430 hijrah.











21 Jul 2009

Menyingkap diari cinta


debu thaif berterbangan,
mendodoi manja tubuh terluka,
gunung di pinggir bergetar,
khadam Tuhan menyeringai
ingin membela,

lamaran tidak terbela,
hanya diiring cemuhan dan balingan,
kau melangkah tenang,
setenang air di kali,
dibening pagi,
diari itu terus dicoret

halaman cinta terus dijaga,
bila Tuhan menghantar jemputan,
kau melangkah diteman khadam,
diarak malam sampai Al-Aqsa

kau imam kepada seluruh Rasul,
mengangkat darjat kaummu di mata Tuhan,
dirai malaikat sepanjang malam,
dinanti penghuni langit seluruh semesta

kau menghadap Tuhan pencipta,
Zat Agung yang mencipta Kalam,
disujud sembah,
ditabir cinta terus bersinar

lantas kau terima lembaran baru,
untuk dipendam dijendela diari,
untuk diamal umat,
sebagai pelindung dan pemerhati

kau turun lagi ke bumi,
walau kau tergoda dengan syurga,
yang indah tiada terbanding,
tapi kau turun lagi ke bumi,
hanya kerana cintamu kepada kami,
kerna cintamu seorang Nabi,
pulangmu hanya untuk,...
satu lagi lembaran yang bakal tersingkap

kau palitkan tubuh sucimu dengan keringat,
yang tiada kering,
kau balut kulit keimanan,
diselimuti kesabaran dan keteguhan
ke atas umat ini,
diari terus dicoret,
dengan satu tujuan bersama seribu haluan,
agar ia tersemat, terjarah ke seluruh alam fana,
atas nama cinta kau lakar ayatnya

aku malu padamu,
apatah lagi untuk menyatakan cinta padamu,
kerana kau insan penebar sejarah manusia,
penerus agenda manusia dibumi,

dikedalaman Rejab,
aku pasakkan keyakinan,
agar sekukuh Abu Bakr,
As-Siddiq yang kau janjikan syurga

kerna hanya merindu sirahmu dan sahabat,
kerna hanya mengikut jejakmu dan sahabat,
dan kerana hanya mencintaimu dan sahabat,
sejarah itu akan diulang,
dan dengan tintamu ia akan ditulis,
PADA DIARI YANG KINI PERLU KEMBALI DISINGKAP...



ikhsaninsan
"mereka berada di Baitul Maqdis dan di sekitar Baitul Maqdis”

14 Jul 2009

tahajjud cinta



"dengan prinsip ini, aku merasakan bahawa jiwaku berada dalam genggamanMu.
jiwaku terikat dengan kurniaMu, dan jiwaku berada dalam lindunganMu. Inilah
kesaksian abadi antara hamba dan Engkau, ya Allah. Aku bersaksi, Engkau pun
membenarkan. Aku meyakini kesaksian ini, Engkau pun membuktikan kebesaranMu"


"kalau memang itu tekadmu,nenek tidak mampu melarang.
nenek hanya mampu mendoakan. Cuma ada dua pertanyaan yang harus
Nak Fatih menjawab."
"apa itu Nek?"
"Apa yang memberatkan bumi? dan apa yang meninggikan langit?"
Fatih tercengang. tangannya mula menggarukan kepala yang tidak gatal.
Setelah habis akal, Fatih pun bertanya.
"Apa Nek? saya tidak tahu jawapannya"...

tahajjud cinta....
****** dari 10 bintang

7 Jul 2009

Redup Nafas Cinta


Alhamdulillah
walau kepala makin berat,
walau tubuh makin sarat.

redup itu datang dari arah tak disangka,
dari rendangan cinta Seberang,

redup itu,
datang tika malam kelam,
tapi ia berseri tersendiri,

redup itu menaungi,
mengembalikan senyum
setelah hangat dipelukan dunia,
dihamparan fana,

dititip kembali nada cinta,
dalam irama yang asyik,
menyentuh, terus hinggap ditubuh,

redup itu datang dengan hikmah,
dengan titah lembuh lunak,
bagai betah mentafsir raut ini,
yang keningnya tampak hening,

redup itu menyapa lembut,
tegur cinta, tegur rindu,
akan kesibukan yang melelah,
akan masa yang dibuang begitu,

redup itu,
sambil mengingatkan,
apa kita parah dari Ayub,
atau lebih sibuk dari Sulaiman,

Ayub,
itu cahaya dari celah laut kegelapan,
kuat beristiqamah, kepada Tuhan,
sakit itu bukan bermaksud,
mehnah itu tidak bererti,
bahawa Tuhan mencaci,
bahawa Tuhan sedang menghina,

Sulaiman,
kau raja dari banyaknya Raja,
Yang dilautan kau miliki,
yang didaratan kau jajahi,
yang dilangit kau kuasai,
itu mukjizatmu,
tapi kau tak pernah lupa,
Yang mana Pemerintah Alam,
dan siapa itu hamba,
lantas kau tak alpa,
bahawa kesibukan terhadap kekuasaan tal menjadi,
penghalang kau bersama pada jalanNya,

apakah raut ini lebih parah sakitnya dari Ayub,
apakah raut ini lebih berkuasa dari kerajaan Sulaiman,
apakah dengan sibuknya Ayub akan sakitnya menjauhkan dia
dari ranting-ranting CintaiNya,
apakah dengan sibuknya akan kuasanya menjauhkan dia
dari benang-benang TaliNya,
Apakah!!!

dan...
dan redup itu akan pergi,
hanya ditinggalnya kenangan dan harapan,
moga yang ditinggalnya beroleh maslahat,
menjernihkan kembali objek dan objektif dakwah,
agar tujuan itu kembali dilafaz,
agar Cinta itu kembali berNafas.

redup nafas cinta
IkhsanInsan
Selama mana usaha mendekati CintaNya
Sri Petaling

Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-