25 Jun 2009

duhai hati...berbicaralah...


biar masa...ku habiskan...biar harta...ku taburkan...biar kudrat...ku bazirkan...

hanya secebis cintaMu...ku dambakan...ujianMu...cukup menginsafkan...

duhai hati ..berbicaralah...


secebis pengalaman yang dikutip dari zarah perjalanan...
bukan untuk kini, tapi untuk jutaan ekar kehidupan...

bait ujian akan datang dengan indah...
susunan lekuk kata yang terakam...
tidak cukup untuk mengandaikan
bahawa kita telah menjadi manusia
yang beriman kepada seluruh tiang seri rukun..

bahwa yang hampir pada kita adalah sesalan pantas kekecewaan
bahwa yang mendekati kita bukan tinta keemasan yang berkilauan
bahwa yang memahami kita justeru bukan saat dan darjat pada pandangan

yang memahami kita cukup pada pegangan tali ...
yang memahami kita cukup pada bingkai yang senantiasa dikilat
yang mengerti kita, cukup sendu insaf akan daun-daun pada khazanah Lauh Mahfuz

duhai hati yang sendiri,...
duhai hati yang semakin mengerti...
duhai hati yang pantas memahami...

wahai Tuhan...berikan aku cinta...

ikhsaninsan
Tuhan...lemahnya diri ini..

4 Jun 2009

Pertahankan negara : sukhoi, scorpene or iman, part 1

Negara berbangga dengan perkembangan terbaru dalam kawalan keselamatan negara, terutama seluruh warga Tentera Udara di Raja Malaysia yang baru menyambut ulangtahunnya beberapa hari sudah. Dengan penerimaan beberapa buah pesawat Sukhoi SU30MKM, Malaysia kian menghampiri 1 Malaysia, selepas teori Wawasan 2020 dan Islam Hadhari berkubur (hampir).

Tahniah kepada mereka yang bekerja keras mendokong 1 Malaysia....

Tapi bukan isu pendokong 1 Malaysia yang ingin diperbahaskan, kerana sejak Malaysia merdeka lagi, kita sudahpun 1, malah sewaktu Chin Peng dan komunisnya dulu pun sudah terbukti kita telah pun menjadi 1. Cuma ramai rakyat yang mungkin sudah terlampau dibuai kenikmatan dunia (termasuk saya) terlupa akan 1 Malaysia.

Berapa harga Sukhoi, buka surat khabar lihatlah sendiri...
Berapa harga Scorpene, juga buka surat khabar yang sama, periksa sendiri harganya...

Namun, bukan harga menjadi topiknya, kerana sememangnya harga pesawat, apatah lagi dilengkapi dengan teknologi berkemampuan tinggi, tentulah mahal kan?
Dan,...lupakan sebentar awan kelabu yang melitupi perbahasan tentang pembelian dan situasi politik berkaitannya...lupakan sebentar...

Dikala negara seluruh dunia (terutama negara berkuasa besar - bukannya motosikal berkuasa besar) laksana dilanggar todak akibat melihat Pyongyang/Korea Utara melancarkan siri ujian ketenteraannya,

Di kala, beberapa delegasi dari berbagai negara berhimpun di Jeju Island(Pulau Jeju-salah satu Pulau yang baru diiktiraf antara yang tercun didunia) untuk membincangkan beberapa perkara untuk maslahat rakyat mereka, Alhamdulilah..

Dikala Negara Besar diketua Amerika (polis dunia) menghentam dan memberi tekanan kepada Korea Utara sebagai membalas tindakan Korea Utara yang gilakan kuasa nuklear....

Sungguh banyak di kala...

Sebelum saya begitu melalut menceritakan tentang negara lain, ada cantiknya saya kembali kepada situasi di Malaysia...tetapi sebelum itu...ada selingan di sini...

Kalau anda sedar atau mungkin tidak sedar, baru-baru ini siri perdebatan yang paling hangat di televisyen iaitu Hujah telah ditayangkan pada waktu dan stesen televisyen yang sama, ahli panelnya adalah Dr. Abu Hassan Hasbullah, pensyarah di Jabatan Pengajian Media UM, dan seorang lagi, (teka siapa?)..tidak lain tidak bukan, Adun Kubu Gajah, Perak, yang merupakan wakil rakyat di tanah tumpah kelahiran saya, Raja Ahmad Zainuddin...what a coincidence...opss...maaf...

There is NO coincidence in our life...semua telah Allah tentukan,...dan kehadiran Raja Ahmad Zainuddin tentunya menyemarakkan semangat saya untuk menonton rancangan realiti (ini barulah realiti- realiti adalah bilamana kita membicarakan sesuatu yang memberi kesan kepada diri kita sama ada ia sebelum, selepas ataupun sedang dilalui oleh kita, rancangan realiti bukannya seperti rancangan....you-know-what...seperti yang berlambakkan di media elektronik kini-cukup).

------------------------------------------------------------

Kembali ke topik asal,

Kebelakangan ini, kita tentu tersentak melihat bagaimana kejamnya geng K9, atau bahasa mudahnya Ah long, atau bahasa lagi mudah, peminjam wang tidak berlesen (bukan pengurup wang) menghukum peminjam-peminjam mereka.

Mangsa dikurung, dirantai, dicatu makanan (luar biasa cara catuannya) dan juga disolexkan dibilik yang luar biasa tidak sesuai diduduki oleh makhluk bernama manusia.

Tengok bagaimana Human bertukar ke Demon...kerana wang..kerana wang...dan kerana wang...

Kita lagi 2 kali tersentak bila bertambahnya kes-kes berkaitan samun, rompak, rogol dan sezaman dengannya. Surat khabar hampir bosan menceritakannya, pembaca berita juga makin terkedu, sambil terus terpaksa menyampaikan berita.

Semuanya melibatkan manusia, bukannya mawas ataupun hantu pontianak...

Emmm...kita masih belum menjurus ke topik sebenar....
Izinkan saya membuat selingan lagi,...

Perbahasan Hujah minggu ini, merujuk kepada topik kebebasan bersuara dan pelampau. Di mana ahli Panel dengan kemampuan masing-masing membicarakan tentang tajuk tersebut. Dari satu sisi, tajuk tersebut dibahaskan dalam konteks akademik, yang membawa maksud ia dibahaskan dalam konteks keperluan kepada kebebasan bersuara untuk kita (merujuk kepada penonton) fahami dan menggunakannya. Dan ia juga membawa maksud bahawa keprihatinan masyarakat termasuk ahli akademik termasuk ahli panel pertama terhadap hak dan kebebasan bersuara dikalangan rakyat, tidak kira sama ada ia pensyarah, pelajar, ahli politik, tauke ikan ataupun bloggers kelas bawahan seperti saya.

Dan di satu sisi, ia dibahaskan dari segi keselamatan...anda tertanya-tanya,...ada apa dengan keselamatan?...

Mudah sahaja...tentunya kita masing-masing boleh fikir sendiri....kita berehat seketika dan kembali selepas ini,...seperti kata Prof. Agus Yusof...

----------------------------------------------------------------


Ya, disebalik pembelian pesawat-pesawat tersebut, kita sudah maklum bahawa kita dikelilingi oleh konco-konco Amerika, dan menaiktarafkan kuasa ketenteraani merupakan salah satu strategi negara untuk memperlihatkan keupayaan ketenteraan negara jika ada musuh yang cuba mendekati kita.
Musuh akan menjadi takut dan gerun dan berbagai gaya lagi. Itu peranan pesawat-pesawat berkenaan...

Dari satu sisi, ketakutan atau mungkin kita boleh sebut kegerunan negara luar lebih kepada hormat atau mereka benar-benar takut atau mereka tidak kisah langsung dengan wujudnya Malaysia dalam mengisi peta dunia???

Dan sisi yang lain, adakah mereka (negara luar) yang takut kepada kita atau kita (negara kita) yang sedang takut dan gerun dengan negara lain....terutamanya jiran kita Singapura.
Itu mungkin...dan itu juga sesuatu yang bagus dan perlu, bukan takut tapi berhati-hati kerana keberhati-hatian dalam Islam sangat diutamakan apatah lagi ini melibatkan keselamatan negara.
Kita ambil contoh jika sememangnya kita gerun kepada kepada negara luar...dan dengan kapal selam kita,dengan pesawat kita dan APMM kita, adakah musuh yang kita lihat itu datang dari arah yang mereka ingin kita sedari, adakah mereka datang dari arah yang boleh dikesan oleh Scorpene kita ataupun Sukhoi kita. Apatah lagi jika kedudukannya tidak diketahui oleh APMM, tentu musuh kita tidak dapat dijejaki.

Tidak boleh dikesan???
Apa maksudnya???
Tertanya-tanya...adakah musuh kita menggunakan F-117 Nighthawk buatan Amerika ataupun F 22 Raptor yang menggunakan teknologi stealth.

Apa Stealth???
Emmm...baca sendiri http://en.wikipedia.org/wiki/Stealth_aircraft

Tidak...tidak...musuh kita tidak menggunakan pesawat tersebut...itu pesawat untuk golongan penakut...

Tak faham lah????

---------------------------------------------------------------


Kembali kita ke rancangan Hujah...

Dari segi keselamatan...yang membawa maksud (ini kefahaman saya, mungkin apa yang cuba disampaikan oleh beliau, difahami secara berbeza oleh saya...tapi ini apa yang saya faham) hak dan kebebasan bersuara menyebabkan kekeliruan dan pecah belah apabila rakyat menafsirkan apa yang disampaikan dengan berbeza-beza....kelirukan?hahaha...

Bahasa mudahnya jika kebebasan bersuara dijadikan rutin dan hobi, ia akan menjadi pencetus kepada pecah belah rakyat, kefahaman mereka akan berbeza-beza, dan bila di “adun” sedikit dengan emosi, jadilah perkara-perkara yang tidak diingini. Itulah yang dimaksudkan oleh beliau.

Dari satu sisi...ia...

Berapa banyak sisi dah???
Baik...baik...cuba bayangkan bentuk heksagon....
Apa tu?...
Eh..tak kan dah lupa...bentuk bersisi enam...
Ya....bayangkan....
Dan bayangkan pula topik kita ni...ditengah-tengah heksagon berkenaan...boleh...
Emmm...baik...dan
Sisi-sisi tersebut adalah sisi yang saya sebutkan tadi...
Boleh bayangkan???...bagus...

-------------------------------------------------------------

Saya teruskan, tapi dengan topik Sukhoi tadi....
Bayangkan musuh kita tidak menggunakan sebarang alat ketenteraan termasuk artilery,
Tiada pistol, tiada senapang, tiada AK-47, tiada tank, tiada apa-apa yang kita boleh istilahkan dengan senjata.tiada...

Habis tu?
Belum habis lagi...

Ini tafsirannya...
Pertahanan negara adalah merujuk kepada sistem dan teknologi yang digunakan oleh negara dalam menghadapi serangan fizikal/sesetengah serangan mental dari pihak luar atau musuh negara...
Dan “pertahankan negara” adalah istilah yang dilaungkan bilamana kita menyambut kemerdekaan negara setiap kali selepas bunga-bunga api memenuhi ruang angkasa pada malam menjelangnya kemerdekaan, sedangkan musuh-musuh kita sebenarnya berada disebelah kita sambil tersenyum sama melaung “pertahankan negara”...
Eh....macam mana boleh begitu pula???...

Serangan fizikal tentunya memberikan impak fizikal dan lebih senang dilihat. Contohnya bangunan runtuh, jalan raya rosak, kereta terbakar dan sebagainya. Tetapi jika musuh kita tidak melakukan serangan fizikal, bagaimana mahu nampak kesannya...

“Pertahankan negara” tapi dengan apa?..inilah persoalan sebenarnya disebalik repekan panjang lebar saya...

“pertahankan negara” memang sahih, itulah istilah yang paling memberikan impak. Tapi dengan apa...? jeng...jeng...jeng...

Banyak sungguh program, rancangan dan konsert yang pelbagai ragam kebelakangan ini, yang seperti menampakkan kehebatan Malaysia, sampai satu tahap membuatkan sebahagian rakyat kita berfikir... apakah sudah cukup kejayaan kita , Malaysia dari segi akademik/ilmu pengetahuan ..sebagai contoh...adakah sudah sampai ke tahap luarbiasa dalam menghasilkan pelajar-pelajar atau remaja-remaja berkemampuan dan berpotensi tinggi. Dimana level kita di persada dunia.

Dimana level kita dalam sosioekonomi
Dimana level kita dalam pentadbiran
Dimana level kita dalam sukan
Dimana level kita dalam bidang kehakiman
Dimana level kita dalam pelaksanaan undang-undang
Dimana level kita dalam ketenteraan
Dimana level kita dalam pelbagai lagi....

Salah...salah...salah...

Jangan salah faham dengan motif pertanyaan di atas...kerana...
Ia bukan nak menjelaskan bahawa kita tidak bersedia dalam apa jua bidang...bukan...
Ia bukan nak menjelaskan bahawa kita tak kan sampai ke tahap semuanya sempurna...bukan..
Bukan begitu...tapi sebenarnya..cuba kalian kepada lihat sekeliling...bukankah itu semua yang sedang kita cuba capai...ya...memang...mari sama-sama berfikir...

Sebuah negara yang sempurna memiliki dan memenuhi segala-galanya seperti diatas...
Semuanya...
Tapi kesemua negara didunia ketika ini tidak menjurus kepada negara yang betul-betul ideal...betul?
Tiada satu pun negara yang boleh dijadikan contoh?...
Tiada satu pun...

Apa ni? Cakap hal negara berapi-api...
Bukan kita boleh buat apa-apa...
Biarkan sahaja zaman ini diubah oleh masa....

Oh...sungguh meyedihkan jawapan seperti itu....

Memang tiada negara yang boleh dijadikan contoh...tetapi...perlu faham sesuatu...

-----------------------------------------------------------------

Ahli panel kedua jelas tidak bersedia, apabila kerap mengulang-ulang bicaranya apabila diajukan soalan, dia hanya mengulangkan alasan tanpa menjelaskan mengapa dia berkata demikian...teori keselamatan jelas hanya ingin membekukan perbincangan...kerana apa?
Bila disebutkan isu keselamatan negara, isu tersebut akan berhenti dibahaskan kerana ia menyentuh keselamatan negara, undang-undang negara seperti maksum, tidak boleh disalahkan...tiada cacat cela...suatu respon yang kurang bijak dari wakil rakyat...emmm...
Terus menggeleng...

Pelampau dan mereka yang bersuara atas nama kebebasan adalah berbeza. Ketakutan sebahagian ahli politik dari mana-mana parti sekalipun adalah tidak berasas jika menyandarkan kepada teori keselamatan,..dan boleh diteka keselamatan yang dimaksudkan adalah keselamatan dirinya sendiri, bukannya membela rakyat, tapi membela poket...
Kerana apa?...Teori mereka tidak berlandaskan hujah yang logik...logik pada mereka hanyalah jika menyenangkan mereka sahaja...yang mampu menstabilkan kedudukan mereka.

Misi menyampaikan kebenaran untuk tujuan mendidik rakyat akan terbantut dan terbatas kerana ruang untuk rakyat berfikir dan berkarya dihadkan. Rakyat belum sempat memahami situasi dan berfikir, mereka terus dicantas. Beri ruang kepada masyarakat sendiri untuk mereka menghadam entiti-entiti yang wujud. Pemikiran rakyat jangan dimonopoli oleh kebodohan sang pengembala yang rosak budaya hidupnya. Lantaran itu, jiwa rakyat khususnya kelompok muda yang berfikiran kritis terus menjadi lembu yang dicucuk hidung...menonong (bahasa Banjar- mengikut-taklid buta) tidak berarah, tidak jelas cara dan maksud berfikirnya...lihat sahaja di peringkat universiti,..kasihan adik-adik...sehingga kematu diserbu kelompok yang suka menabur fitnah.

Saya ambil satu contoh...Amerika...jangan salah faham...ada yang kata saya “dasar memandang ke barat” nanti...hehehe....dalam bidang akademik...mereka jauh ke hadapan...
Jauh dan terlampau sukar untuk dikejar oleh Malaysia....

Bercakap soal demokrasi,..tentunya kita tahu bagaimana keterbukaan mereka dalam perdebatan tentang sesuatu isu,...mereka jelas dengan apa yang mereka perkata dan perjuangkan...maaf jika anda sudah melabelkan saya tali barut Amerika...hehehe...

Dalam beberapa perkara lagi mereka boleh memberi impak positif kepada kita...tetapi...

Tetapi mengapa yang negatif juga kita kail?...
Yang buruk juga yang kita dulang?...
Mengapa...dan mengapa.....?

Amerika...dan beberapa kelompok Barat yang lain,...menjana ekonomi mereka, salah satunya dengan hiburan...(hedonisme)...nyanyian, filem, drama..program realiti (fantasi)...kita juga membeli produk tersebut....tapi keadaan itu logik kan?
Mereka sudah ada kejayaan dalam akademik dan sebagainya...dan mereka boleh terus menjurus dalam hiburan kerana kemampuan mereka...mereka telah membuktikan peranan mereka dalam bidang lain...dan mereka berjaya...dalam istilah kita....

Tetapi bilamana negara kita cuba mengaplikasikan kaedah dan style yang sama, tentunya kita akan “koma” dan “pengsan” atau sebagainya. Mana tidaknya....lihat kembali kemampuan kita dan kaedah serta sistem pendidikan contohnya...huhh...tentunya saya tidak bersandarkan keadaan ini dengan PNGK saya ketika graduate dahulu...hehehe...

Dan Malaysia...dengan menganggap bahawa keupayaannya menyamai orang lain, lantas terus mengikuti cara hidup orang luar,..tup..tup..hancurlah negara kita....kerana berlagak hebat...
Begitulah maksudnya....

Emmm...saya telah rasa bosan dan mengantuk untuk terus menulis...izinkan saya berehat...dan menyambung luahan pendapat yang bersifat peribadi kurang emosi ini, selepas beberapa hari...bergantung kepada tahap iman...saya akan menyambung....ya ....kita tidak bercakap soal iman lagi...imankan naik dan turun...sebelum saya terus melapah masa dengan idea kosong dan merapu....mohon maaf jika tersalah fakta dan kata...jumpa lagi...

p/s : pesanan seorang Ustaz,...jagalah bahasa ketika menulis...
p/s 2 : pesanan seorang sahabat,...berpada-pada nak menegur...aduss...terkena sebiji atas kepala...

aku mahu pulang...

Perakku gemilang...
Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-