28 Apr 2010

tikus makmal, picagari dan sebatian



Daie, terkadang perlu dijentik telinganya, kalau masih perlu, cubit pada pahanya, kalau masih layu , penampar mungkin sesuai untuknya.

Aduh, kasar bunyinya kalau begitu, uslub yang tak kena kalau dilihat dari mata kasar,

Jadi, apa yang perlu ‘digunakan’ untuk daie yang layu, sentiasa kuyu, penuh jemu dan lesu?

Ada ‘daie’, pandainya menulis, isi mencecah circle of concern!!!,...balik-balik tidak habis mengeji orang lain, konon kursus menulis di sana-sini, konon kenal novelis di situ-sini,
Ada blog, sudah macam diari, bercerita makan itu makan ini, melancong sana, melancong sini, ehh..dia terlupa, kalaupun diari ia kan perlu ber ‘isi’...
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak kata, itu perumpamaan cantik buat menegur diri, buat mentadabbur peribadi yang terkadang usang, minta diperbaharui, yang terkadang lusuh, minta dipolish.



Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada ummul Qura (penduduk Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya serta memberi peringatan (pula) tentang hari berkumpul (kiamat) yang tidak ada keraguan padanya. Segolongan masuk surga, dan segolongan masuk Jahannam.



Firman Allah SWT di atas diceritakan dalam surah as-Syura ayat 7, mafhum ayat jika dilihat merujuk kepada kaum atau penduduk Mekah dan penduduk sekitar.

Perbicaraan ini kita tumpukan kepada Ummul Qura, yang boleh di tafsirkan sebagai “Ibu Baca” atau Ibu Peradaban, Pusat Keilmuan, Pusat Bacaan, pendek kata ia merujuk kepada satu kelompok manusia yang tinggal di satu kawasan yang berpotensi dan mereka sendiri pun adalah orang-orang yang berpotensi.


Sekilas,
Mari kita renungkan,

Mengapa Al-Quran diturunkan kepada orang Arab (masyarakat Mekah) dan berbahasa Arab?
Apakah Al-Quran diturunkan kepada bangsa Arab hanya kerana Nabinya berketurunan Arab?

Semua jawapan untuk soalan di atas sudah pun kita maklum dan fahami, semuanya ada sebab dan bukannya terjadi spontan, perbahasan tentang bangsa Arab dan orang ‘Ajam telah banyak kita temui. Cuma,....




-----------------------------


Tikus makmal, bagi mereka yang berada dalam bidang penyelidikan, bukannya makhluk asing seperti puak Na’vi. Dan banyak lagi spesies rodensia yang digunakan sebagai bahan kajian, tapi istilah yang mudah difahami, kita sebut tikus makmal.

Tikus ini, sama ada dibiakkan sendiri ataupun dibeli dengan harga ratusan ringgit (bagi sesetengah spesies rodent) mempunyai “kredibiliti” tertentu. Ia di jaga dengan rapi, mulai dari makanan sampai kepada berat badan, dari perubahan tertentu pada bulu atau kulit (untuk memastikan ia sihat) kepada kekerapan tidur.


Dan, tak semua tikus ini dilabelkan sebagai mempunyai “kredibiliti” dan sesuai sebagai bahan ujikaji, ia dipilih, dan mereka perlu melalui filter yang ketat untuk sampai ke tahap layak untuk menjadi bahan eksperimen, seperti yang dinyatakan di atas. Tikus-tikus ini bukan sekadar dikutip atau di’petik’ sekadar dipinggiran longkang, tapi dipilih.


Tikus-tikus yang ber“kredibiliti” atau boleh saja disebut berpotensi ini, kemudiannya akan bersedia untuk menjadi bahan ujikaji (walaupun mereka TAK KAN pernah bersedia untuk dieksperimentasikan!!!)

Kebiasaannya, test @ ujian yang dijalankan ke atas tikus akan memerlukan tikus itu minum atau istilah saintifik(english)nya disebut Oral Dosing dan ini juga perlu dilakukan secara paksa (dengan lembut) melainkan anda mempunyai skill seperti Tarzan yang boleh memberi arahan kepada tikus untuk minum!!!.


Cara yang lain adalah dengan menyuntik ke dalam bahagian badan tikus berkenaan menggunakan picagari (syringe) dan jarum (needle). Sebatian (compound) yang ingin diuji ke atas tikus berkenaan diisi ke dalam picagari dan dengan lafaz bismillah kita suntikkan ke dalam tikus di bahagian badan tertentu. Dan TIADA kaedah keraton yang boleh digunakan ke atas tikus.


Kita fokuskan kepada cara yang kedua iaitu menggunakan picagari. Sebelum itu, Picagari yang digunakan juga perlulah bersesuaian dengan amaun compound yang ingin kita gunakan, dan untuk 5-10 ml (mililiter) compound , tidaklah perlu kita gunakan syringe bersaiz 20 ml. Sebarang compound yang ingin digunakan akan dicairkan kepada beberapa kepekatan tertentu, dengan tujuan agar hasilnya nanti boleh dilihat, di kepekatan yang manakah, compound itu memberi kesan kepada tikus.


Kita sudah ada tikus yang berpotensi,
Kita sudah ada picagari yang sesuai,
Dan kita sudah mempunyai compound yang juga berpotensi

--------------------------

Cuma,...bagaimana untuk menanggapi bahawa ayat 7 dalam surah A-Syura tadi juga menyinggung masyarakat sekarang yang tinggal di sekitar Pusat Ilmu, bukan sekadar di Tanah Hijaz atau jazirah arab, tetapi di Malaysia, iaitu dari Perlis sampai ke Sabah.


Mekah, merupakan tempat tumpuan oleh masyarakat luar. Penduduk Yaman juga berkunjung ke sana, penduduk Syam dan jua penduduk dari banyak negara lain. Maka interaksi dalaman (antara penduduk Mekah sendiri) dan luaran (antara penduduk Mekah dan masyarakat luar) menyuburkan lagi pelbagai jenis faktor-faktor yang menyumbang kepada wujudnya suatu peradaban. Interaksi sosial, budaya, ekonomi, dan hasil kerja telah memberi nilai tambah yang tepat untuk pembinaan tamadun Mekah, tapi ia bukan pada ketika Nabi belum Hijrah, melainkan ditetapkan Allah selepas perjalanan indah Hijrah Rasullullah SAW.


Justeru, Mekah merupakan kota tumpuan, tumpuan manusia dalam perdagangan dan kemasyhuran. Dan bila dirujuk kembali ke Malaysia, kita juga mempunyai kota peradaban, tapi bukan di lembah Bujang ataupun A-Famosa, melainkan kota atau Ibu Keilmuan kita adalah di universiti-universiti, tempat lahirnya genius-genius bangsa. Kota Peradaban kita adalah sekolah-sekolah yang melahirkan susuk berpotensi dari lahiriah mahupun batiniah. Justeru peradaban itu sendiri adalah pemuda-pemuda yang mendirikannya. Tiada negara tanpa pemuda, kerana kesahihan wujudnya sesuatu peradaban tentunya pada para pemikulnya, iaitu pemuda.


Pemuda di IPT, juga pemuda disekolah-sekolah, keadaannya seperti ditapis, ada kelayakan untuk mendapat tempat di IPT. Ada harga yang perlu di bayar. Pemuda-pemuda disekolah berasrama penuh contohnya, bukan senang-senang diterima masuk. Mereka perlu mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang, aktiviti luar mereka perlulah gemilang, dan mereka sudah semestinya merupakan individu-individu yang terbilang di sekolah lama mereka. Justeru, tahapan-tahapan yang perlu mereka lalui menjadikan mereka semakin berpotensi dan berkredibiliti dan kemudian diterima disekolah hebat dan universiti yang hebat-hebat.

---------------------------

Tidak semua compound digunakan dalam eksperimen. compound yang digunakan sebelumnya telah melalui beberapa eksperiment berkaitan yang lain, dalam bahasa mudah, setelah diuji dengan eksperimen lain, tidak semua compound tadi menunjukkan keputusan yang baik, dengan bahasa lebih mudah lagi, compound berkenaan direject...hehehe...
jadi, akhirnya, compound yang benar-benar diakui mempunyai kesan ke atas tikus saja yang digunakan, di mudahkan lagi bahasa, hanya beberapa saja yang digunakan.

Nampakkan? Begitu teliti dan sistematik dan berstrategi sekali...


Kaedah memegang tikus juga perlu dipelajari
Kaedah menyuntik tikus juga perlu fasih
Kaedah memegang picagari juga perlu dikhatam
Dan precaution step juga perlu diteliti habis-habis, agar kita tidak menyuntik diri sendiri!!!


Dalam kehidupan harian, dari segi literalnya, berbagai sebatian atau kita faham, minuman, diterima masuk ke dalam badan kita, yang manis, yang masam, yang low fat, yang tinggi kolesterol, yang suam-suam kuku, yang sejuk menggigil, macam ragam. Masing-masing itu memberi impak minimum juga maksimum pada badan. Dan bagi mereka yang meneliti sebatian/compound yang baik untuk badan mereka, mempunyai seribu macam cara untuk mengekalkan tubuh yang sihat. Semuanya diambil kira.

Apa ada yang lebih baik dari minuman yang kita yakini dari sumber yang paling baik?

Yakult sudah diketahui umum kebaikannya
Vitagen umpamanya, jika tidak dipaksa pun akan kita minum, kenapa?
Kerna sudah diketahui ia akan membawa kebaikan untuk badan. Kebaikan.

Justeru apa yang istilahnya kebaikan, natijahnya hanya satu iaitu diterima,
Apa ada manusia menolak kebaikan yang datang kepadanya?...apa dia gila menolak?

Nah, apakah ada yang lebih baik dari Shibgah Allah, celupan Allah?...apa ada yang lebih baik?


Sumbernya dari Allah, dah tentu, dan tentu yang datang bersamanya adalah kebaikan, sumber suci maka hasilnya akan suci, murni, sungguh suci, sungguh murni. Apa ada minuman rohani yang lebih baik dari minuman yang disediakan oleh Allah, oleh Islam, dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Minuman semacam apa itu?, sebatian apakah itu?


Sebatian itu adalah Islam, compound itu adalah (Al-Quran) akidah, syariat jua akhlak yang dibawa oleh Rasul Muhammad SAW , yang dijajanya saban hari tika di Mekah, yang di bawanya saban waktu walau ketika mahu tidur, yang istirehatnya juga adalah intipati dari cara rehat dalam Islam, cara berpakaiannya cara Islam, cara berbualnya cara Islam, cara berjalanya cara Islam, segala caranya, tindak-tanduknya adalah cara Islam, cara Islam menterjemahkan Kasih-Sayang, cara Islam juga yang menafsirkan cinta.


Itulah celupan Allah, shibghah Allah...


Makanya, sudah kita temui ‘tikus-tikus’ berpotensi di sekolah dan IPT,
Nah, kita sudah ada bekal ‘compound’ yang mahu disuntik
Tinggal apa? Apa lagi kita mahu?


Ya, tinggal syringe...tinggal picagarinya saja.
Picagari saja titik temunya.













Apa material guna perbuat syringe itu?
Efisienkah ia?

Apa mungkin jika picagari itu diperbuat dari kayu, ia boleh digunakan?
Bukankah itu sesuatu yang pelik?
Belum disuntik lagi, compound udah habis diserap ke dinding picagari?
Apatah lagi kalau guna kertas!!!

Ya, mesti guna plastik yang berkualiti, punyai kekuatan tertentu, kalis air lagi, gitukan? Baru efisien.

Kok konsert lompat-lompat itu kita jadikan ia picagari!!!, maka tengoklah hasilnya, bila dewasa mereka jadi bagus, kerja hebat-hebat, tapi hebatnya sibuk sms mengundi peserta pilihan hati.

Kok program-program khidmat masyarakat yang bergaul laki sama wanita itu kita jadikan picagari, makanya nanti, yang jadinya bukan khidmat masyarakat, tapi jadinya “khidmat mengurut”...apa-apaan jadinya.

Kok lagi, rekreasi di gunung itu, gunung ini, berpicnic sama-sama laki-wanita, kononnya boleh menambahkan ketrampilan diri, semangat diri, ya, maka jadinya, memang bisa jadi semangatnya, tapi semangat lain kan, ketrampilan lain, sibuk menonjol diri, siapa ya lagi hebat?, hebat bercakap, hebat berekreasi, pandai berkayak, pandai berenang, mulanya berkayak sama lelaki, kemudiannya si dia merayu minta di bantu, siap berpantun lagi, buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya gadis baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan, romantik amat!!! ya , bisa saja cair. Program itu yang mahu dijadikan picagari, lupakan, lempar tepi saja kalau begitu.


Yang ada ijazah, tapi justeru tidak solat, yang ada master justeru tidak puasa, yang ada PHD justeru dengki-mendengki, hebat dia ada gelar tertinggi, tapi juga pandai berkolar putih!!!, wang sana lesap, wang sini tak cukup, itulah dia, kerna salah picagarinya.

Ya, sekarang bagaimana?, justeru picagari yang paling sesuainya apa?

Ya, sahabat, apa lagi kalau bukan usrah!!!
Itulah picagari kita, semestinya usrah, usrah itu channel yang paling baik, saluran yang paling tepat, bahkan ia juga saluran ceria anda, ya kan?


“Tikus-tikus berpotensi” itu, justeru adalah pemuda-pemuda di menara gading atau di menara sumbu (secondary school)
Compoundnya adalah syariat Islam yang syumul.
Nah, picagarinya pula adalah perkumpulan usrah yang mahu kita bina, itu salurannya,
Maka, hasilnya nanti barulah lahir masyarakat yang sedar, yang terbuka matanya, terbuka mindanya, dan tertutup auratnya, ya kan?

Jangan pula nanti, bila tikusnya sudah betul, picagarinya sudah sesuai, tapi compoundnya pula salah, bisa kabut nanti jadinya.
Jangan pula begini, picagari benar, compound juga benar, tapi malahan dikutip pula salah tikus, ya, yang ini berat, nanti kena pula leptospirosis.
Tapi jangan pula kita menghindari terus tikus-tikus pinggiran ini ya, kerana bisa saja tikus jalanan ini menjadi tukang masak hebat.



marilah menuju pengkaderan

ikhsaninsan

teruskan langkah

16 Apr 2010

dari situ

"ya mas"
"seperti joran"

lagi?

"gi mana mahu tangkap ikaan tanpa joran?
"kena usaha cari jorannya dulu"
"barulah ikannya dapat di tangkap"

jelaskan lagi,

"ikan ibarat idea untuk menulis"
"joran ibarat bahan-bahan untuk menulis"
"jadinya, idea bukan perlu ditunggu datang"
"tapi perlu di cari"
"itulah kuncinya kalau nak menulis"

lagi?

"pokoknya, banyakkan membaca dan cuba dapatkan idea dari pembacaann"
"secara mudahnya, boleh jadi fakta yang didapati dari pembacaan sebuah buku boleh dijadikan idea untuk dibuat cerita yang baru"
"membaca buku berat untuk diterjemah menjadi ringkas dan menarik"
"ngerti?"

.....
gitu kata Kang Abik, tapi melalui perantaranya, seorang sahabat Imtiyaz.

7 Apr 2010

Sentiasa ada tempat di hati-Nya

Sentiasa ada tempat di Hati-Nya


15 minit sebelum perlawanan bermula, Imtiyaz sampai di birai kedai. Kedai makan mamak ini seringkali menjadi pilihannya apabila menonton perlawanan bola sepak, seperti sudah menjadi adat dia ke situ.

5 minit sebelum perlawanan, suara pengunjung mula merencah kelam malam (pagi sebenarnya). Ada yang datang seorang diri, tak kurang juga yang berpasangan, tiga dan bahkan lebih. Kesemuanya atas maksud yang sama, menonton pasukan pilihan hati memenangi perlawanan.

Kelam pagi bertambah dingin. Hangat dan debaran menunggu perlawanan dimulakan menafikan fitrah alam yang dingin itu. Meja-meja sudah makin dipenuhi pengunjung. Ada yang berkongsi meja dengan tetamu tak dikenali. Kerusi jelas makin tidak cukup. Kelibat pelayan kedai mundar- mandir meneman gelora hati peminat bola sepak, makin terasa bahang, makin terasa debaran.

Pelanggan terus melangkah masuk ke ruang utama kedai. Kemungkinan meja dan kerusi di bahagian kaki lima kedai sudah penuh. Juga terdengar hilai tawa pasangan berlainan jantina di penjuru luar kedai, bermesra di pagi hari, awal pagi begini? Entahlah...

Order imtiyaz beberapa minit tadi, kuey teow dan teh o ais limau, sebagai penghawa bahang kedai yang semakin panas dan berbau. Lantai kedai diperhatikan Imtiyaz, cuba menilai suasana kebersihan kedai, bau makanan yang di masak melekat di baju, di tambah asap yang berkepul terbang dan bertakhta di fabrik pengunjung, situasi jadi makin panas, dan paling Imtiyaz tidak gemar, adalah bau rokok disitu. Semua itu dihadapi jua demi mencari tempat di’hati’ pemain-pemain, di hati kehidupan sebagai peminat bola sepak.

Nah, perlawanan dimulakan di layar, menepati tiupan wisel pengadil yang berbaju kuning petang ini, waktu Eropah. Bermulalah aksi lincah pemain-pemain.

------------

Se awal pagi itu, kelam, malam yang digelapkan. Bangun dengan mata kuyu, jam berdetik mampir ke angka 4, di gosoknya penjuru mata yang masih tidak mahu terbuka. Sambil menyiahkan rambut ke tepi, dia menolak pintu bilik air. Lampu dinyalakan, sambil kepala mengarah ke cermin yang terlekat di atas sinki, gelap, tiada pantulan dari cermin bersaiz kertas lukisan itu. Masih gelap. Matanya mengeram lagi, wajah comelnya terpantul perlahan-lahan, dari mata turun ke hidung, bibirnya terus menampakkan bentuk dan seluruh wajahnya muncul dari balik kantuk, dia sudah sedar, paling kurang, sedar dia sedang di bilik air.

Berkumur dan lantas membasahkan kelima-lima anggota wuduknya yang dimulai dengan niat. Kepala masih rasa pusing, kesan dari tidur, mujur jua tidur tadi masih awal, jika tidak, tentunya dia tak upaya mahu berdiri.

Kakinya menjamah lantai yang di lapisi pengelap kaki, sejuk lantai tidak terasa, apatah lagi jika dibandingkan suhu pagi ini, menggigil satu badan. Sarungnya ditukar, kopiah di capai, sambil tangan kiri masih lagi membetulkan baju melayu hijau yang dipakainya, aku siap.

Cukup dengan permaidani yang sedia terhampar, takbir dilaungkan, bergema hingga ke langit yang ke 7,

Tika itu bingitlah langit dan penghuninya, terbangun penghuninya mendengar kalimah yang membesarkan Allah SWT, di awal pagi yang tiada siapa peduli akan adanya manusia yang menyebut nama Allah, tika itu bingkas penghuni langit itu berhujah sesama sendiri, memuji-memuji pelaku tersebut di 7 lapis langit di bawah mereka.

Maka berkatalah Sang Pencipta, di hadapan makhluknya, segala penghuni langit dan bumi kecuali manusia, maka Aku sangat berbangga dengan mereka, yang tika manusia lain sibuk tidur, sibuk berdengkur, sibuk tengok bola, sibuk berbual-bual, mereka ini bangun dan memohon kepada-Ku, dengan tunduk dan tawaduk, memohon ampunan dari-Ku, dengan rasa hina dan lemah.

Tika manusia lain sibuk mencari redha didepan layar-layar rekaan, mereka ini sibuk melelahkan diri di tabir sejadah memohon kepada-Ku. Tika insan lain sedang mencari tempat dan redha dari manusia lain, tika itu mereka ini sibuk mencari tempat di hati-Ku.

Maka, tidakkan Aku sia-siakan sibuk nya mereka untuk mencari redha-Ku, kerana mereka ini tidak lain, hanya mencari tempat di hati-Ku, dan Aku sentiasa ada tempat untuk mereka.

Imtiyaz tersenyum sendiri. Andai masa itu bisa menggeleng, maka terlihatlah pada manusia akan gelengan masa-masa itu.
Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-