setuju atau tidak, insiden tersebut sudahpun berlaku.
kepada yang setuju, sudah tentu bertambah faham siapa itu zionis izrael
kepada yang tidak dan kurang bersetuju, maka inilah masanya untuk membuka mata dan bertindak
4 jun yang lepas, tentu saja mereka-mereka yang setuju telah sama bersesak di depan bangunan tabung haji, juga bersama-sama di Kampung Baru, sama berarak menghala ke kedutaan Malaysia, sama rasa, sama kata, sama tujuannya, mendesak kuasa besar supaya bertindak ke atas izrael
medan sudah pelbagai, dari media sampai ke mavi marmara, dari wartawan sampai ke paderi, dari seluruh dunia, misi ke Gaza menambah erti kepada perjuangan pembebasan Palestin, menambah rempah dalam corak bantuan kemanusiaan, juga mencambah pelbagai perasaan seluruh dunia.
semalam, satu forum di anjurkan oleh Aqsa Syarif Wilayah Persekutuan dan Selangor. tujuannya hanya satu, untuk membuka mata rakyat Malaysia khususnya, untuk sama-sama merasai, sama-sama mengingati, dan sama-sama memberi untuk kepentingan penduduk Gaza dan Palestin khususnya.
moga terus kita bersama-sama membawa isu palestin sebagai agenda kita sepanjang masa...di mana saja
Palestin, we, Malaysian are with you....