Segala puji kita panjatkan kepada Allah SWT. Atas izin-Nya, dengan rahmat-Nya, atas ruang dan peluang yang diberikan oleh Allah SWT, dapat lagi saya menyantuni (menggunakan) tangan ini untuk menulis.
Ada satu kisah, bukan kisah dahulu kala, tapi kisah nyata di depan mata,
Kalau dalam perkhidmatan awam, ada pangkat atau jawatan tertentu, sebagai contoh, jika dalam bidang perubatan, digredkan dengan U29 atau U32, boleh jadi juga U41 untuk Doktor Perubatan. Jika dibidang kejuruteraan ada J29 dan seterusnya, dan jika di bidang penyelidikan, ada Q41 mahupun Q52 dan Q54.
Tapi jika di bidang peng ‘clean’ an, maaflah jika saya tidak pernah tahu mengenai pangkat mereka.
Namun, ada pangkat yang sentiasa di bawa oleh setiap manusia ke mana sahaja
Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan”.-al-furqan : 63
Hamba , itulah pangkat walau di mana pun manusia berada, setinggi manapun panggilan masyarakat kepadanya, hanya hamba lah pangkat yang paling tinggi. Dan itulah pujian Allah SWT dalam ayat di atas. Itulah panggilan Allah Azza wa Jal kepada manusia, pangkat yang diberi Allah kepada manusia.
Justeru bila yang memanggil “hamba” kepada manusia itu adalah Tuhan Yang Maha Penyayang, maka tubuh mana yang tidak gembira?, fikiran mana yang tidak lapang?,dada mana yang tidak lega?
Dengan demikian seorang cleaner yang tidak dikenali, tidak berpangkat, malah tidak disedari pun kehadirannya tatkala masuk membersihkan sesebuah pejabat, tatkala hampir sampainya waktu solat, dia telah mula berwuduk, dan kemudian bertakbir melaungkan azan, iqamat dan jadilah dia seorang yang bersolat betul-betul dibelakang imam.
Ya, dia menjadi makmum betul-betul di belakang imam yang sebelumnya adalah makmum kepada dia dalam soal kehadirannya di surau.
Dia berpangkat imam dalam soal awal ke surau, dia menjadi speaker sewaktu azan, dia menjadi Duta Tuhan dalam memanggil seluruh warga pejabat yang dicucinya, dia menjadi duta untuk memanggil semua J, semua U, semua Q, dan semua D,U,M,B yang lain untuk menyembah Allah, dan dia jugalah yang keluar dahulu dari surau untuk menyambung tugasnya sedangkan yang lain sedang sibuk menyambung tidur!!!
Hatta keluar saja dari surau, dia merupakan hamba Tuhan yang sedang tersenyum kerana sudah menjalankan tugas sebagai seorang manusia, di kala orang lain berbincang tentang berapa gaji manusia itu dan berapa gaji manusia ini.
Bukankah ketika Allah menyebut manusia itu sebagai “hamba”, itu adalah pujian langsung dari Allah kepada manusia, walaupun mungkin kita hanya seorang cleaner, tapi cleaner yang “clean”