Kerana cintanya dia menjadi hamba,
Padahal sebelumnya dia adalah raja,
Kegarangan istana tiada lagi menyertai,
Dia di puncak gunung menyendiri sendiri,
Pipi tertempel di tanah berdebu,
Seakan bantal-bantal sutra untuk bertumpu,
Beginilah kehinaan menimpa orang merdeka,
Jika cinta melanda dia laksana hamba sahaya 1
Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan kecintaan untuk mendapatkan apa yang dicintai sebagai jalan, yang menciptakan ketaatan dan ketundukkan kepada-Nya berdasarkan ketulusan cinta sebagai bukti, yang menggerakkan jiwa kepada berbagai bentuk kesempurnaan sebagai pendapat untuk mencari dan mendapatkan cinta itu, yang telah menganugerahi alam atas dan alam bawah untuk mengeluarkan kesempurnaan-Nya dari kekuatan kepada perbuatan sebagai penghamparan, yang telah membangkitkan hasrat dan minat untuk meraih tujuannya sebagai pengkhususan baginya.
Tentunya, bila mana individu mengupas isu-isu berkenaan cinta, lafaz atau istilah yang paling mudah hanya akan menyentuh persekitaran mereka, kerana mata melihat dan otak kemudiannya menafsirkan mengikut kecenderungan nafsunya. Individu gemar membataskan cinta hanya kepada manusia, lelaki cintanya adalah wanita, dan begitulah sebaliknya sehinggakan mereka berlebih-lebihan dalam cinta yang tidak syar’ie ini.
“Adapun orang-orang beriman sangat besar cintanya kepada Allah”.[2:165].
Mahabbatullah2 (Cinta kepada Allah) mencirikan kesempurnaan cinta alam atas dan alam bawah, ketika mana kita mengenal puncak segala cinta, maka kita akan mengetahui perbedaan antara cinta kepada Allah dan cinta kepada selain-Nya. InsyaAllah kita akan dapat melihat peri pentingnya meletakkan seluruh urusan kehidupan pada teras kecintaan Allah, Rasul dan perjuangan. Mukmin yang ikhlas akan dapat merasakan kecintaan Allah pada mukmin yang lainnya dan mengetahui kewajipannya dalam menunaikan hak mencintai saudaranya.
Penulis ingin memetik pendapat Ibnu Qayyim,
Ibnu Qayyim menyebutkan beberapa elemen yang memainkan peranan dalam mempengaruhi pesona cinta. Antaranya, sifat orang yang dicintai dan pesona keindahannya, kedua adalah perasaan orang yang mencintai terhadap orang yang dicintai dan ketiga adalah keserasian yang meliputi keselarasan dan kesesuaian antara orang yang mencintai dan orang yang dicintai.
Syariat Islam yang agung meletakkan perbandingan yang ketara diantara dua kelompok cinta. Kategori cinta yang pertama meletakkan Allah dan Rasul sebagai pengaturcara dalam keseluruhan sistem hidup. Kategori cinta yang kedua adalah merupakan tafsiran yang songsang mengenai hakikat cinta yang diterjemahkan oleh mereka-mereka yang meletakkan اﻠﮪوى sebagai parameter.
Cinta yang menjadikan syariat sebagai asasnya dan didasari dengan ketulenan iman meletakkan pelakunya sentiasa di bawah naungan Tuhan. Dan orang-orang yang beriman, berserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan, kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka (di dalam syurga), dan kami tidak mengurangi sedikit pun pahala amal (kebajikan) mereka. Setiap orang terikat dengan apa yang dikerjakannya”. Thuur [53:2]).
Prof. Hamka3 menjelaskan bahawa ayat ini menunjukkan kasih-sayang Allah kepada manusia yang mana jika seseorang ayah tidak melupakan didikan kepada anak cucunya, nescaya si anak akan memahami perjuangan si ayah. Ini kerana usaha membela agama Allah tidak hanya berhenti sekadar pada perjuangan si ayah, malahan diperpanjangkan pula pada si anak.
Cinta yang berlandaskan syahwat merupakan pengaruh dari iblis, manusia terbawa-bawa dengan tafsiran cinta yang sebaliknya. Cinta yang ditafsirkan sebagai اﻠﻌشق membawa pengertian cinta yang meluap-luap. اﻠﺠوى yang membawa maksud cinta yang membara. Istilah inilah yang memburukkan pengertian sebenar kalimah cinta.
Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik”.[3:14]
Cantik kiranya kita membahaskan betapa cintanya Allah kepada hamba-Nya. Salah satu contoh cinta Allah adalah dari melihat sifat cemburu Allah SWT, bagaimana ? Allah sangat-sangat cemburu bilamana lidah hamba-hamba-Nya tidak digunakan untuk menyebut nama-nama-Nya, tetapi digunakan untuk menyebut perkara-perkara yang berlawanan dengan kesucian nama Allah. Bayangkan dari sekian 99 nama Allah, tiada satupun yang menjadi dzikir hamba-Nya, manusia lebih tertarik dengan omongan kosong dan kata-kata dusta, Naudzubillah.
Lagi parah seandainya Allah cemburukan setiap anggota tubuh hamba-Nya yang saban kali mendurhakai Penciptanya, ya, seringkali menafikan Penyembuhnya dengan amalan nista yang kekalutan. Bukan diarahkan pada mimbar keEsaan Allah, bukan diperkukuhkan dengan ketaatan kepada Yang Mutlak, sungguh cemburunya Yang Di Pertuan Agong.
Sahabat, Allah SWT sama sekali tidak membenarkan tubuh badan hamba-Nya disibukkan dengan kelalaian dan kecuaian, dipenuhkan dengan hal-hal yang menafikan ketaatan kepada Allah. Dan dengan itu Allah akan menimpakan berbagai macam seksa serta cubaan, kerna Allah sangat cemburu, mana mungkin Dia membenarkan setiap lapisan tisu dan organ badan yang dicipta dengan begitu teliti, disalah guna, dizalimi oleh ciptaan itu sendiri. Segala seksaan sebenarnya adalah untuk mengembalikan hati manusia kepada Allah.
Oleh kerna itulah Allah mengharamkan perkara-perkara yang keji dan hina, dan mensyariatkan hukuman yang keras dan pedih ke atas manusia di atas perlakuan mereka yang melanggar syiar Islam.
Perasaan Ibrahim mencintai ayah kandungnya, Azar menimpa juga kepada Nabi Muhammad yang amat mencintai bapa saudaranya, Abu Thalib. Cinta anak kepada ayah, cinta anak kepada bapa saudaranya sudah selayaknya bagi seorang insan Kamil. Namun di samping cinta sebagai perasaan halus insan, ada lagi timbangan keadilan tertinggi yang harus dipelihara. Apabila seluruh cinta telah dipusatkan kepada Allah yang Maha Adil, selesailah doa dan tenteramlah hati.
1 Cinta & Rindu (Menurut Al-Quran dan As-Sunnah), Ibnu Qayyim Al Jauziyyah.
2 Mahabbah ( Ibnu Qayyim menterjemahkan Mahabbah sebagai kasih sayang).
3 Tafsir Al- Azhar, Prof. Dr. Hamka.
EF Loyal Mujahid
SMizanSaidin
Cinta menurut Al-Quran dan Sunnah
Alfatah_mujahid06@yahoo.com.my
1 ulasan:
Cinta iu buta.. Kepada-Nya Selamanya Mencintai..
Catat Ulasan