23 Mac 2008

sukar sangat

susah sangat nak menulis kebelakangan ini, perasaan dan naluri berkecamuk, tak menentu, tak mustahil ia kesan dari kekurangan perhatian kepada amal, fokus yang agak teralih disebabkan terkejar-kejar dengan 'cacing' dan 'murid-murid'- banyak tercabar dengan kondisi kerja yang tak seiring dengan fitrah dan naluri,

susah sangat nak membangkitkan ghairah pada pembacaan akhir-akhir ini, rugi masa yang telah dibazirkan hanya kerana menganggap masa adalah untuk tidur, masa adalah untuk berehat dan bersantai, 'tersadai kekenyangan' dengan dunia yang cemas ini.

susah sangatkah untuk aku meletakkan diri pada keadaan yang lebih selamat untuk kukuhkan iman dan ketabahan? susahkah untuk diri menilai kebangkitan yang semakin terarah pada keadilan dan kedamaian? untuk sama-sama mengembleng tenaga menuju ke arah yang sama. arah yang diyakini untuk bersama, puncak yang kita pasti dan mengerti.

untuk sekadar berfikir sejenak, susahkah untuk aku berubah atau aku sekadar mudah untuk mengubah.

wassalam
Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-