29 Dis 2008

I love Palestin

Jumaat , 19/12/2008 -
Seluruh Brigade al-Qassam sudah bersedia menghadapi sebarang serangan Zionis-Israel apabila tempoh genjatan senjata yang akan tamat Jumaat(19/12/2008). Sepanjang tempoh genjatan, Zionis-Israel langsung tidak menunjukkan minat dan komitmen untuk mematuhi aturan yang telah dipersetujui. Wakil Brigade al-Qassam Abu Ubaidah, menyatakan mereka bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan dilancarkan oleh Zionis-Israel.

Menurut Abu Ubaidah lagi, serangan balas al-Qassan akan lebih hebat.Dalam pada itu beberapa kumpulan jihad yang sudah bersedia untuk bersama dalam memerangi Zionis-Israel. Antaranya, Brigade Nasher Shalahuddin dan Brigade Syahid al-Quds. Menurut pemimpin tertinggi Brigade Nasher, genjatan senjata ini tidak mendatangkan sebarang manfaat kerana Zionis-Israel sering melanggar apa yang telah dipersetujui.

palestin.info
Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-