Ayah, insan prihatin
bagaimana mungkin seorang anak bisa menyelami perasaan seorang ayah,
tak kan bisa, sehinggalah pada suatu masa nanti dia sendiri yang menjadi ayah,
tapi keadaannya adalah berbeza,..
seorang ayah pada zaman 40 an, 50 an, tentunya berlainan dengan ayah versi 2000.
sangat berbeza,
seorang ayah pada zaman 60 an, 70 an, pastinya mempunyai keunikan sendiri
dalam rumahtangganya, hatta sebagai suami sekalipun,
seorang ayah versi 80 an, sudah tentu method pentarbiyahan kepada anaknya berlainan,
berkadar langsung dengan suasana dan budaya semasa.
kerana ayah itu insan prihatin,
setiap masa beliau belajar untuk menghafal suasana,
anaknya tak kan boleh berjuang jika diberi ruang hidup seperti 20-30 tahun lampau,
seperti ketika dia berjuang mencipta kehidupan,
zaman ketika mana basikal menjadi alat perhubungan dan zaman ketika mana basikal menjadi alat mengatasi Global Warming,
itu dua zaman yang berbeza.
zaman ketika buku lali menjadi taruhan dan zaman ketika buku-buku menjadi panduan,
itu dua zaman yang berbeza,
ayah-ayah,
mereka di usia muda, lelah merencana hidup,
dengan ketamadunan yang mereka lakar sendiri,
supaya tamadun itu nanti menjadi landasan bagi mereka mentarbiah anak.
ayah, sememangnya insan prihatin,
biarlah si anak memilih masa depannya,
dia cuma akan membimbing dan membantu seupaya diri,
kerna anak itu budaya yang akan menjulang dikemudian hari,
anaknya itu diharap menyambung kesinambungan peradaban manusia
Si ayah yang prihatin itu, biar waktu susah atau senang,
dia tetap bersama,
biar uban di kepala sudah tiada beza, si ayah tetap dengan pendirian
seorang ketua keluarga
biarlah jurus mana pilihan si anak,
gelanggang itulah yang akan si ayah sediakan,
dek kerana prihatin itulah,
mereka sukar untuk menitiskan air mata
kerana prihatin itu simbol kesibukan mereka
kepada anak.
ayah itu, keringat sentiasa membasahi
ketika hijau urat belum nampak di lengan
biar tubuh nggak sekekar mana
tapi waja dia nampak di wajah
dalam relung hati yang semakin lemah
prihatin itulah madu bagi si ayah
prihatin bentuk senyap bernada tegap
itulah prihatin si ayah
si anak memilih untuk duduk,
si ayah berdiri di sisi,
jika si anak berpijak di bumi,
ayah sudah berpayung di langit
kelibat cinta si ayah yang sukar digambar anak
darjat sayang yg begitu teliti dari ayah
untuk si anak bergelar penyejuk mata
kan ku sunting prihatinmu itu jadi bekalan ku kemudian hari
disaat insan ceria menatang 2009 Masihi
ku setia menatap,di hati ini, untukmu ayah, cinta 1430 Hijrah
SMizanSaidin
9.00 am
4 Muharram 1430H
1 Januari 2009