24 Feb 2009

Anda Lelaki mahupun Wanita

Saya terbuka satu blog yang dipautkan dalam sebuah emel. Ada satu fakta yang ingin dikongsi oleh penulis tersebut mengenai kaum lelaki,emmm...sengaja hamba menukar cuaca mengenai Palestin kepada isu lain, supaya dapat memberi masa untuk kita mempraktikkan isu pemboikotan terhadap amalan kita yang melanggari agama dan sunnah.

Penulis tersebut berbicara mengenai lelaki dan kemampuan otaknya jika dibandingkan dengan kaum hawa, emmm....fakta yang bagus untuk kita fahamkan.

Mudah cerita, ini katanya :...

“Penglihatan lelaki adalah menumpu, manakala, penglihatan perempuan adalah mencapah. Dengan cara ini, lelaki dapat melihat dengan tepat dan fokus kepada sesuatu benda. Akibatnya, pandangan lelaki adalah terhad kepada benda yang difokus seperti anda menyuluh dengan menggunakan 'torchlight'. Penglihatan dengan cara ini adalah bersesuaian dengan fungsi lelaki sebagai pemburu yang memerlukannya melihat secara fokus dan memerhatikan gerak-geri mangsa dengan tepat.

Sebaliknya, perempuan melihat secara mencapah yang membolehkannya melihat persekitaran dengan jelas. Perempuan perlukan kemahiran ini bagi membantunya menjaga keselamatan anak-anaknya dan isi rumah. Dengan penglihatan secara sebegini rupa, perempuan mampu melihat persekitarannya dengan jelas tanpa perlu memusing-musingkan kepala mereka. Yang perempuan perlu lakukan ialah memusingkan bebola mata ke kiri dan ke kanan untuk melihat perubahan atau apa-apa sahaja di sekelilingnya.”

“perhatikan lelaki di sekeliling anda... pasangan, bapa, datuk, abang, saudara... atau, jika anda seorang lelaki fikirkan tentang penglihatan anda. Pernahkah anda hilang kunci, cermin mata, seluar dalam, stokin, pen atau apa sahaja... atau perkataan yang lebih tepat ialah selalukah anda hilang barang-barang yang tersebut di atas (kunci dan sebagainya)? Anda mencari-cari barang di dalam laci meja, almari, atas meja, di dapur dan di mana saja... Jawapannya YA! (penulis ini macam mengutuk hamba) Seperti “torchlight”, lelaki akan menggerakkan kepala ke atas, ke bawah, ke kiri dan ke kanan bagi mencari sesuatu... Lelaki yang tidak menemui apa yang dicari akan membuka mulut dan bertanya kepada perempuan tentang apa yang dicari. Perempuan pun mula naik angin dan dengan yakin menunjukkan barang yang dicari dengan mudah, dan berkata kepada lelaki, 'cari barang guna lutut atau mata?' Terdapat lelaki yang menyangka perempuan sengaja menganiayai mereka dengan cara menyorokkan barang persendirian.

Lelaki kehairanan dengan kehebatan perempuan yang dengan mudah menemui barang yang dicari , tetapi disebabkan kemachoan diri atau ego, kekaguman itu tidak diluahkan... (harap para lelaki mengubah sikap ini) biarlah ianya di dalam hati. Selalunya perempuan di sekeliling anda atau anda sendiri menyatakan diri anda telah tua, maka, banyak barang hilang dari pandangan.

Ini adalah tanggapan yang tidak tepat dan fenomena ini adalah biasa bagi lelaki kerana cara mereka melihat tidak sama dengan cara mata perempuan beroperasi.
Sebenarnya, lelaki yang selalu hilang barangan peribadi adalah kesan dari penglihatannya yang menumpu bagi mengatur strategi pemburuan yang tepat. Maka, mata lelaki adalah sentiasa menumpu. Otak dan aksesori penglihatan lelaki telah terbentuk bagi memenuhi keperluan fungsinya di dalam kehidupan. Lelaki sering gagal melihat barang-barang yang terletak di serata bilik (ini tidak bermakna bilik lelaki berselerak). Sebaliknya, mata perempuan mencapah dan mampu melihat pelbagai. Oleh itu mata perempuan mampu menyelesaikan masalah lelaki dengan cara melihat ke sekeliling dan mengesan barang yang hilang dengan mudah disebabkan matanya yang melihat secara mencapah.....

Ilmu sebegini adalah penting bagi perempuan bagi mengurangkan kadar pembebelan mereka dan seterusnya perempuan tersebut akan kurang stress. Kehidupan perempuan akan menjadi kurang stress apabila mereka mengetahui betapa sukarnya bagi lelaki untuk melihat persekitarannya dengan teliti.”


Emmm...begitulah kiranya, perbezaan yang melengkapkan lagi kekurangan si lelaki dan wanita. Sebagai lelaki mahupun wanita, peranan terhadap kaum berlawanan kita hendaklah difahami, ibu ayah kita, kakak, abang, adik lelaki, adik perempuan, sepupu, teman pejabat dan etc.
Salam muhibbah untuk semua.



Sumber : http://www.insan-luarbiasa.blogspot.com/
Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-