25 Mei 2009

Cuba teka



Ada apa dibalik tingkap sana...
Mari sama meneka...

Aku teka...di baliknya ada sekumpulan pelajar sedang mengemudi kehidupan,menimba pengetahuan...tentunya untuk masa depan...

Kau meneka...di balik sana ada sekumpulan kakitangan sebuah syarikat sedang bertungkus-lumus bekerja memastikan kelancaran dan survive syarikat mereka

Kau teka lagi...di balik sana...ada sebahagian dari sekumpulan tentera sedang berurusan dengan alatan mereka dalam memastikan keselamatan dan pertahanan negara.

Aku menggeleng...cuba meneka buat kali kedua,...apa mungkin di balik sana ada sekumpulan pengganas sedang berhempas-pulas merencana agenda merosakkan sistem pertahanan negara. Mereka bekerja keras.

Tapi yang sebenarnya, siapa tahu?...dibalik sana terjadi sesuatu yang tidak mungkin dapat kita teka..sekumpulan manusia warganegara sedang merencana urusan untuk menjatuhkan negara..dengan berlakon sebagai hero yang membantu negara,...tapi sebenarnya melihat rasuah sebagai sahabat dan teman...melihat pangkat sebagai gejala positif, dan berhemah jika mengamalkannya secara songsang...

Kasihan betul,....jika benar ada sebahagian pelajar di balik sana, sedang mengembleng tenaga untuk menentukan tempat di pengajian tinggi,..kasihan mereka...

Kasihan betul,..jika benar di balik sana, ada sekumpulan pekerja sedang bertungkus –lumus mengusahakan syarikat mereka, takut segalanya hanya sia-sia,...kasihan sungguh mereka

Ishh....apa akan jadi ya..jika benar..mereka yang mengamalkan rasuah, pecah amanah dan seumpamanya, sedang berada dibalik tingkap sana... sedang berniat jahat menjatuhkan negara..

Apa ikhtiar kita...apa agenda yang sepatutnya kita buat untuk menangani perkara ini...


Emmm..ia di balik tingkap...
Tentunya ada pintu ke situ....

Ataupun kita boleh menggunakan kamera seperti yang digunakan dalam drama bersiri 24,...
Atau boleh juga memutuskan segala connection ke dalam dan keluar ruang berkenaan,...

Emmm...bermacam cara rupanya...
Cepat,..kita perlu bertindak segera..

Rasemo...

Memang sesuatu yang sangat memalukan kepada negara apabila melihat kepada situasi yang berlaku di Perak ketika ini.

Sebagai seorang yang berjiwa rakyat (sememangnya saya rakyat), apa yang lebih penting tentunya seperti yang dilaungkan kebanyakan pemimpin, “keselesaan dan kehidupan warganegeri Perak”. “biar rakyat buat keputusan”. Saya sangat setuju,..tersangat amat...kerana..

Rakyat jadi pening, setelah juling melihat otak-otak wakil-wakil rakyat (baca : wakil pemimpin ) yang semakin terpusing. (sila ulang baca ayat ini, jika anda sudah pening). Apa kes? Bila mahkamah masuk campur dalam urusan yang tidak sepatutnya mereka ( baca : you-kow-who) masuk campur.

Itu tidak dikira lagi makhluk-makhluk bertiga yang merasakan dia orang “bebas” setelah dapat mandat dan gaji bersumberkan duit rakyat yang sebahagiannya banyak merempat tak bertempat. Suka hati melompat parti (baca : lompat si katak lompat) dan kemudian mengaku bahawa dia orang gila seks (baca : makhluk tak tahu malu, guna duit rakyat, lepas itu tersenyum bangga di ‘offer’ tubuh badan wanita yang haram untuknya, ni apa spesies punya wakil rakyat) dan gila wang. Di sini telah nampak bagaimana undang-undang masih belum lengkap dan sempurna, malah jangan mimpi lah nak lengkap walaupun masing-masing kita dah tua. Ingat!!!...sampai bila-bila lah kalau macam tu...

Tiada undang-undang yang dapat membanteras kes salah laku wakil rakyat (yang perasan orang sayang sangat kat dia tuh),..? akhir sekali dia tidak pun dihukum atas kesalahan asalnya...orang lebih nampak dia sebagai wakil rakyat,...wakil apa ke benda nya kalau gitu?

Lagi terjejas situasi di Perak (bukan lagu situasi oleh Bunkface), bilamana, wakil rakyat yang lebih jitu jiwa rakyatnya itu melakukan rampasan (baca : rampage @ berontak, kira mengamuk lah tu) kuasa ke atas kerajaan yang sah (baca : yang dipilih oleh rakyat malaysia yang berdaulat dan mulia,...sebab malaysiakan berdaulat dan mulia,..jadi penghuni-penghuninya mestilah confirm berdaulat dan mulia,...tak pastilah kalau ada yang terasa diri tidak berdaulat). Dengan sepantas kilat mengumumkan bahawa dengan sesuka hati dia menubuhkan kerajaan pimpinannya sendiri...dan diiktiraf oleh kelompok mereka sendiri, kenapa? Sebabnya dia orang dah perasan bahawa dia oranglah badan pelaksana, dia orang pembuat undang-undang (baca : pembuat roti canai). Mengapa idak ketika itu deme serahkan kepada Mahkamah, ops...sori...terpeghok la pulak...
Kenapa?...ketika itulah nampak sesuatu yang janggal...the power is in your hands...pesanan penaja.

Apa benda ni? Nampak tak berlaku pertindihan dalam pemilihan dan pemilikan kuasa, berlaku pertindihan antara kuasa-kuasa di malaysia. Hak Sultan, hak Mahkamah, hak kereta Perdana ( baca : you-know-who), hak rakyat, hak speaker, hak radio dan seumpamanya diperdebatkan semula. Mulalah timbul segala macam kontroversi, konspirasi, dan berbagai lagi.

Ini bermaksud berlaku ketidakadilan dan ketidakbetulan dan ketidaktelusan dan ketidakcekapan dan ketidakaturan dalam perlembagaan negara, negeri, daerah dan juga kuasa Sultan dalam menentukan sesuatu perkara berkaitan dengan negara, negeri dan daerah di Malaysia, terutamanya di Perak. Saya melihatkan ini sebagai suatu tamparan hebat kepada sistem perundangan malaysia yang digunakan pakai sejak dahulu kala lagi, (ini pandangan peribadi, saya tiada latar belakang berkaitan undang-undang). Dan kemungkinan gagasan 1 Malaysia yang sedang diwar-warkan (baca : menelan berbilion lagi duit rakyat yang sebahagiannya hidup merempat tidak bertempat) boleh digunapakai untuk negara yang berada di perairan yang berhampiran dengan Bermuda Triangle, bukan malaysia,..tolonglah...Perkampungan Islam Hadhari pun tak settle lagi,...macam banyak duit je...

Itulah pergolakan di Perak yang semakin menggila,...

Dan terbaru,...setelah satu minggu mahkamah tinggi memutuskan bahawa Ir. kesayanganku sah menjadi Menteri Besar Perak, dengan tidak semena-mena mahkamah rayuan yang dihakimi oleh tiga juri professional ( baca : hakim), mengesahkan bahawa mahkamah tinggi telah melakukan kesilapan dalam menghakimi isu siapa Menteri Besar yang Halal dan siapa Menteri Besar yang Haram. Mahkamah rayuan (baca : mak amah, yang perasan hero dalam movie ini) memutuskan bahawa Dr. Zambri adalah menteri besar yang sah setelah rayuan yang dibuatnya berjaya membuatkan hakim mahkamah rayuan menitiskan airmata kerana terharu melihat gaya rayuan beliau yang begitu manja...

Oohhh...memang tersangatlah luarbiasa...apa yang terjadi ini...kerana...

1) Bagaimana Mahkamah Tinggi boleh melakukan kesilapan yang begitu serius dalam menangani isu yang begitu sensitif dan serius ini???...jeng...jeng...jeng....dan...
2) Atau mungkin hakim mahkamah Tinggi tak cukup berpengalaman dan berpengetahuan dalam undang-undang termasuklah undang2 tubuh badan negeri perak...

Entahlah,...naik menyampah hati ini....
Tidak dinafikan berlaku sesuatu yang mencurigakan sejak isu perak ini timbul...penyelesaiannya sungguh mudah sebenarnya...

1) Mengapa tidak mahu diadakan semula pilihanraya memandangkan jika benar Malaysia adalah dibina atas dasar demokrasi...bukannya demo kasi!!!
2) Mengapa tidak diserahkan kembali mandat memilih wakl rakyat kepada warga dan rakyat Perak kembali....
3) Kembalikan negeri akuu.....(gaya Maya Karin dalam Pontianak Harum Sundal Malam)

Tertimbul persoalan diminda saya....

1) Tidak tahu malukah mereka-mereka yang mempermainkan kepentingan rakyat.
2) Tidak tahu malukah mereka yang meremehkan susah-payah rakyat untuk memilih wakil mereka yang adil, saksama dan bijak...
3) Tidak tahu malukah???...

Saya cuba menjadikan penilaian saya ini seimbang,..yang mana bermaksud rasional dan emosi bercampur,..mengikut kesesuaiannya...hehehe...

Tapi,..hadith Nabi SAW menyebut...hakim tidak boleh menghakimi dalam keadaan emosi (marah dan etc)...tapi saya cuba untuk berlaku sewajarnya,..penilaian saya akan menjadi rasemo (rasional campur emosi) hehehe...kerana negeriku begitu berharga...saya tidak suka tanah tumpah darahku dicemari dengan lagi banyak kekacauan dan kebobrokan berpunca dari golongan yang fanatik terhadap wang,..kuasa ..dan amanah...

Kalau mahu memerintah, perintahlah dengan menjadi wakil Tuhan di bumi,...bukannya menjadi wakil kepada manusia lain yang tamakkan kuasa dan harta...rakyat binasa,...

Dan terakhir,..terimalah lagu menuju puncak dendangan pelajar AF setiap musim...
Jangan jadikan negeri,..seperti pentas AF,..yang mana untuk menunjukkan bakat kebodohan yang sepatutnya disimpan hanya untuk diri sendiri. Ada faham!!!

Bukan mudah
Meniti langkah ke angkasa
Bukan Mudah
Mengejar mimpi jadi realiti

Apapun jua bisa terbuktiA
ndai langkahmu tidak terhenti
Menuju puncak,
Gemilang cahaya
Mengukir cita seindah rasa
Menuju puncak,
impian di hati
Bersama janji kawan sejati
Pasti berjaya di Akademi Fantasi ...o ...yeaaah

Bukan mudah
Menggapai bintang yang berkilauan .. O..yeaaah
Bukan mudah
Jalanan ini untuk diharungi
Apapun jua bisa terbukti
Andai langkahmu tidak terhenti...


Sekian,...

15 Mei 2009

Selamat Hari Lahir Ibu

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadartingkah
Cuma ungkapan kebisuan
yang melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu
Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah
hanyalah sekadartingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan
mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

12 Mei 2009

Kembali roh...kembali...

Bila hati makin sayu, jiwa pula makin galak keliru,
Pelbagai isu dari berbagai-bagai jenis pelaku.

Dikala negara makin celaru dengan bahana penyakit,
Dikala jenayah berleluasa merentang simbol keamanan

Dikala negeri dirampas sesuka hati,
Dikala undang-undang dihujung jari berlumpur najis

Dikala dewan gemilang diubah menjadi medan tadika,
Mencacatkan kepercayaan yang telah disemat

Dikala anak-anak dicampak ke belukar
Dikala jenayah menjadi wabak, tidak bermusim, tiada sempadan
Dikala yang diculik, dijumpai dalam gaya ngeri

Yang terganggu jiwa, mengugut mahu mati,
Yang terjejas akhlak, makin suka menunjuk laku

Dikala wilayah ditentang pemberontak,
Bukan oleh warga asing, tapi oleh penghuni diiktiraf,
Merobek jiwa anak dengan hedonisme bertahap big bang, luar biasa ganas
Luar biasa dahsyat

Lagu itu yang menemani,...

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Itu cerita ketika menjadi roh,
Tapi sebelum menjadi roh,..
Bagaimana kisah hidup di alam dunia yang fana ini

Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,


Oh..jiwa makin bertambah gelisah


Wahai Malaysia....ketahuilah,...kita sedang diserang dari pelbagai arah...
MENJADIKAN MALAYSIA NEGARA PALING BERBAHAYA DIDUNIA
MENJADIKAN SETIAP WARGA MALAYSIA, MANUSIA PALING MALANG DI DUNIA


Tiada lagi makmur,..tiada lagi kasih sayang...tiada lagi cinta....tiada...
Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-