12 Mei 2009

Kembali roh...kembali...

Bila hati makin sayu, jiwa pula makin galak keliru,
Pelbagai isu dari berbagai-bagai jenis pelaku.

Dikala negara makin celaru dengan bahana penyakit,
Dikala jenayah berleluasa merentang simbol keamanan

Dikala negeri dirampas sesuka hati,
Dikala undang-undang dihujung jari berlumpur najis

Dikala dewan gemilang diubah menjadi medan tadika,
Mencacatkan kepercayaan yang telah disemat

Dikala anak-anak dicampak ke belukar
Dikala jenayah menjadi wabak, tidak bermusim, tiada sempadan
Dikala yang diculik, dijumpai dalam gaya ngeri

Yang terganggu jiwa, mengugut mahu mati,
Yang terjejas akhlak, makin suka menunjuk laku

Dikala wilayah ditentang pemberontak,
Bukan oleh warga asing, tapi oleh penghuni diiktiraf,
Merobek jiwa anak dengan hedonisme bertahap big bang, luar biasa ganas
Luar biasa dahsyat

Lagu itu yang menemani,...

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Itu cerita ketika menjadi roh,
Tapi sebelum menjadi roh,..
Bagaimana kisah hidup di alam dunia yang fana ini

Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,


Oh..jiwa makin bertambah gelisah


Wahai Malaysia....ketahuilah,...kita sedang diserang dari pelbagai arah...
MENJADIKAN MALAYSIA NEGARA PALING BERBAHAYA DIDUNIA
MENJADIKAN SETIAP WARGA MALAYSIA, MANUSIA PALING MALANG DI DUNIA


Tiada lagi makmur,..tiada lagi kasih sayang...tiada lagi cinta....tiada...
Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-