25 Mei 2009

Cuba teka



Ada apa dibalik tingkap sana...
Mari sama meneka...

Aku teka...di baliknya ada sekumpulan pelajar sedang mengemudi kehidupan,menimba pengetahuan...tentunya untuk masa depan...

Kau meneka...di balik sana ada sekumpulan kakitangan sebuah syarikat sedang bertungkus-lumus bekerja memastikan kelancaran dan survive syarikat mereka

Kau teka lagi...di balik sana...ada sebahagian dari sekumpulan tentera sedang berurusan dengan alatan mereka dalam memastikan keselamatan dan pertahanan negara.

Aku menggeleng...cuba meneka buat kali kedua,...apa mungkin di balik sana ada sekumpulan pengganas sedang berhempas-pulas merencana agenda merosakkan sistem pertahanan negara. Mereka bekerja keras.

Tapi yang sebenarnya, siapa tahu?...dibalik sana terjadi sesuatu yang tidak mungkin dapat kita teka..sekumpulan manusia warganegara sedang merencana urusan untuk menjatuhkan negara..dengan berlakon sebagai hero yang membantu negara,...tapi sebenarnya melihat rasuah sebagai sahabat dan teman...melihat pangkat sebagai gejala positif, dan berhemah jika mengamalkannya secara songsang...

Kasihan betul,....jika benar ada sebahagian pelajar di balik sana, sedang mengembleng tenaga untuk menentukan tempat di pengajian tinggi,..kasihan mereka...

Kasihan betul,..jika benar di balik sana, ada sekumpulan pekerja sedang bertungkus –lumus mengusahakan syarikat mereka, takut segalanya hanya sia-sia,...kasihan sungguh mereka

Ishh....apa akan jadi ya..jika benar..mereka yang mengamalkan rasuah, pecah amanah dan seumpamanya, sedang berada dibalik tingkap sana... sedang berniat jahat menjatuhkan negara..

Apa ikhtiar kita...apa agenda yang sepatutnya kita buat untuk menangani perkara ini...


Emmm..ia di balik tingkap...
Tentunya ada pintu ke situ....

Ataupun kita boleh menggunakan kamera seperti yang digunakan dalam drama bersiri 24,...
Atau boleh juga memutuskan segala connection ke dalam dan keluar ruang berkenaan,...

Emmm...bermacam cara rupanya...
Cepat,..kita perlu bertindak segera..
Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-