15 Mei 2008

KURSUS SAINS HAIWAN MAKMAL UNTUK PEGAWAI PENYELIDIK DAN PEGAWAI PERUBATAN





Satu minggu bersama haiwan makmal.

Pengalaman pertama yang akan dikenang sampai ke akhirnya.

Saya sangat-sangat berterima kasih kepada warga unit saya di atas kepercayaan yang mereka berikan untuk menamakan saya sebagai peserta Kursus Sains Haiwan Makmal.
Juga kepada warga Unit Sumber Haiwan keseluruhannya di atas penat lelah dan tunjuk ajar yang tidak putus-putus termasuklah menyediakan hand out yang tak kurang nipisnya.

Hari pertama, dihabiskan dengan menyelami kehidupan kumpulan Rodent, yang bahasa mudahnya kita sebut tikus!. Tapi dalam Biologi atau lebih tepat Zoologi, terdapat berbagai spesies Rodent/ Rodensia yang terdapat di alam fana yang hijau ini, dan Rodent yang kita sedia maklum, yang selalu berkejaran di dalam rumah kita, itu adalah tikus. Spesies lain rodent adalah Mencit/mice, gophers, beavers, porcupines, guinea pig, chipmunk, Hamster, nude mice, tupai, gerbils (gambar atas) dan tikus serta beberapa spesies lain yang kemungkinan tidak pernah saya temui. Banyak kan!!!!

Namun dari kebanyakan spesies di atas, sebahagiannya saja yang dijadikan haiwan makmal untuk penyelidikan, kerana sebahagiannya sangat comel dan manja, dan tak sanggup pula dikorbankan.

Dari cara pembiakan, sangkar, cara-cara mengendalikan, hinggalah kepada kaedah penentuan jantina bagi tikus semuanya diajarkan. Sangat menarik dan kerapkali menghiburkan.

Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama[1258]. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”( Surah Faathir, 35:28).


[1258]. Yang dimaksud dengan ulama dalam ayat ini ialah orang-orang yang mengetahui kebesaran dan kekuasaan Allah.

Masuk hari kedua, rasa ghairah melakukan praktikal semakin terasa. Tapi kami perlu mendengar kuliah hampir 4 jam bermula jam 9 pagi, sebelum di’benar’kan bermain-main dengan binatang kesayangan.

Kuliah hari yang kedua memang sangat menarik perhatian, bilamana kami didedahkan dengan anaesthesia dan euthanasia. Kedua elemen yang diambil berat ketika pengendalian dan pengekangan (restrain) haiwan. Dalam bahasa mudahnya, anesthetic digunakan untuk melalikan atau membuatkan haiwan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri atau separa sedar, dan euthanasia adalah istilah yang merujuk kepada kaedah untuk menamatkan …..…. haiwan.( istilah veterinar menggunakan perkataan put them into sleep),-(tidak sanggup menghabiskan ayat itu selepas belajar mengenai Animal Ethics). Overdose of anaesthesia can lead to euthanasia effect which means………’- Pesan Dr. yang mengajar kami.

Berhadapan dengan haiwan sekecil Rodent, memerlukan keprihatinan yang serius, saiz haiwan yang hanya sebesar tapak tangan perlu dikendalikan dengan cermat. Keperluan kursus ini, memaksakan kami melakukan beberapa cara dan kaedah penyelidikan yang kelak bakal diaplikasikan dalam makmal. Di sinilah saya terpandangkan hikmah diturunkan ayat 28 surah Faathir.

Mahu atau tidak, terpaksalah tangan yang amatur ini menjalankan misi, Subhanallah, lebih 3 ekor mencit terpaksa dikorbankan. Dalam hati berdoa, moga dapat aku mengambil pelajaran dan iktibar dari segala apa yang aku lakukan ketika ini, Amiin.

Selesai menjalankan pembedahan untuk mencit, saya beralih kepada tikus. Agak besar berbanding mencit, paling kurang 8 hingga 9 kali ganda dari mencit, can you imagine?. Apa yang dirisaukan bukanlah saiznya, tapi gigitannya!!!. Saya kecewa ( bukan ku kecewa) kerana saiznya tidak memungkinkan saya menjalankan prosedur yang sama seperti pada mencit. Namun tetap saja tikus ‘gergasi’ itu menjadi korban asbab kelalaian saya yang meninggalkan ia terlalu lama dalam balang diethyl ether!!!.

Masuk hari ketiga, kami menerima kunjungan dari Timbalan Pengarah Zoo Negara yang mana beliau membawa kami berkenalan dengan haiwan yang lebih besar. Non-Human Primates, istilah yang lebih saintifik dan tentunya lebih sedap didengar untuk haiwan yang lebih kita kenali sebagai monyet. Izinkan saya bercerita sedikit tentang haiwan ini. Contoh haiwan dalam kategori ini adalah beruk, kera, siamang, kongkang, lotong( bukan lontong), Ungka, Orang Utan dan berbagai lagi.

Dalam kebanyakan spesies haiwan makmal, ini adalah spesies yang paling dekat dan paling menyerupai manusia. Monyet pernah suatu ketika digunakan sebagai haiwan peliharaan dan sebagai sumber mencari rezeki terutama bagi penduduk pedalaman. Dan kini, mahu atau tidak, sains dan penyelidikan membuktikan penggunaan haiwan ini dalam membantu penyelidikan terutama dalam bidang perubatan.


Tapi bagi mengelakkan sebarang keadaan yang tidak diingini, kami hanya dibenarkan untuk menyentuh saja haiwan ini.

Hari keempat, arnab dan Argus menjadi perhatian kami. Mana tidaknya, arnab mungkin telah menjadi kebiasaan melihatnya, tapi argus? Ada apa dengan Argus?. Sekali pandang mungkin tiada muslim yang ingin menyentuhnya, apatah lagi ingin memegangnya, Argus juga dikenali sebagai Guinea Pig!!!.




Rupanya seakan-akan khinzir terutama di bahagian ekor, tapi bezanya ketika baby kedua-dua nampak sama, tapi bila sampai usia dewasa, guinea pig masih lagi mengekalkan kecomelannya berlainan dengan khinzir dewasa, yang busuk, buruk dan hodoh!!!

Seperti biasa, selepas kuliah mengenai pembiakan, sangkar pemeliharaan, penentuan jantina dan cara-cara mengendalikan arnab dan argus, kami akan melalui praktikal di sebelah petang, namun tidak sebanyak bilangan mencit yang dibekalkan, hanya 2 ekor argus dan 2 ekor arnab. Dan seekor dari arnab berkenaan dengan lafaz Bismillah saya masukkan beberapa ml sejenis racun yang tak perlu saya sebutkan di sini. Hanya beberapa saat, si arnab sudah tidak bergerak lagi. Memang tidak dinafikan perasaan bersalah terhadap situasi itu, namun sebagai langkah untuk meletakkan diri seperti yang diinginkan oleh pengelola, saya bersedia untuk belajar. Satu lagi pengalaman yang tidak akan saya lupakan.

Hari Kelima, paginya kami dedahkan dengan Laboratory Safety. Silibus ini merupakan yang terpenting untuk rujukan sepanjang penyelidikan dan bukannya sekadar untuk kuliah. Segala tools dan rules yang perlu ketika didalam makmal perlu difahami sedalamnya. Dan kuliah terakhir untuk kursus tersebut disampaikan sendiri oleh Ketua Unit Sumber Haiwan Makmal dan beliau menyentuh mengenai Animal Ethics, banyak perkara perlu diteliti dalam setiap perkara yang kita lakukan berkenaan haiwan. Suatu pengalaman yang sangat berharga.

Selepas lunch time, tibalah masa untuk setiap peserta diuji dengan satu kuiz. Kuiz yang meliputi teori dan praktikal selama 5 hari. Mahu atau tidak, dengan melawan rasa mengantuk, saya habiskan juga lebih 60 soalan!!!mujurnya objektif.

Dan dari sekian banyaknya kajian, jurnal, artikel dan juga pembentangan kerja kerja, tetap saja manusia yang berakal akan tetap menafikan pengetahuan mereka adalah yang mutlak, adalah complete, kerana manusia yang dianugerahi akal akan tetap dan sentiasa saja mengimani firman Allah :

“Dan tidak ada suatu binatang melata[709] pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezkinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya[710]. Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh).”(surah Huud,11: 6)

[709] Yang dimaksud binatang melata di sini ialah segenap makhluk Allah yang bernyawa.

[710]. Menurut sebagian ahli tafsir yang dimaksud dengan tempat berdiam di sini ialah dunia dan tempat penyimpanan ialah akhirat. Dan menurut sebagian ahli tafsir yang lain maksud tempat berdiam ialah tulang sulbi dan tempat penyimpanan ialah rahim.

Dan pada penciptakan kamu dan pada binatang-binatang yang melata yang bertebaran (di muka bumi) terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk kaum yang meyakini”(surah Al-Jaatsiyah, 45: 4)

Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-