7 Mei 2008
Liqa' itu
Alhamdullillah
Aku gembira bercinta
Dan semakin ghairah bercinta
Liqa’ yang istimewa
Perkenalan yang dinaungi rahmat
Ukhuwah yang terlalu bermakna
Senyum tawa ikhwah bagai pemanis
Dalam tawar duka perjuangan
Keprihatinan ikhwah bagai penawar
Dalam keperitan pedih perjalanan
Akhirnya hujung hari ku tercerna
Perkhabaran dari pemuda dan untuk pemuda
Wajah ceria ukhuwah
Yang lahir dari sanubari pencinta
Mereka yang seronok bercinta
Kita yang hangat merasakan cinta
Tak kan bisa kita mahukan,
Kelibat nikmat ini sirna.
Kita mahu dan untuk itu,
Kita patahkan goda kemalasan,
Kita sampingkan cetak kekecewaan.
Akan kita semai,
Agar dapat kita berteduh,
Andai untuk Tuhan,
Nilai kenikmatan tiada bandingan.
Sebetulnya bukanlah kita yang selayaknya, tetapi sebenarnya kitalah yang sepatutnya dan sewajarnya
Regards,
S.Mizan Saidin
Liqa’ itu
Majulah ikhwah untuk dakwah
http://www.ikhsaninsan.blogspot.com
Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-