5 Mei 2008

Runsingnya bila tidak membaca

Tidakkk, sukarnya nak membaca,..!!!

Bulan ini, hampir sifar input dan info yang masuk ke dalam neuron otak saya. Sesak fikiran dengan tugas dan amanah harian. Bagaimana nak hilangkan bosan yang melanda, ketandusan semangat untuk membaca ?

Langkah pertama, rehatkan minda sebentar dan kemudian…. Saya terus mencapai kunci motor dan dengan berbekalkan satu jam masa rehat, saya ke Nufair Sdn. Bhd. berhampiran Hospital Tawakal, Jalan Pahang.

Hasilnya bulan ini karya penulis yang sama juga menjadi pilihan, Dr. A’idh al-Qarni, buku pertama Etika menjadi pelajar cemerlang gemilang (Pengalaman Para Ulama Besar) dan kedua Rahsia Tokoh yang Berjaya, dan kedua-duanya disunting oleh saudara Basri Yusuf.

“Bacalah dengan Nama Tuhanmu yang menciptakan”.[96:1]

Mungkin inilah dugaan alam pekerjaan, yang telah diuji kepada mereka-mereka yang sebelum kita, individu-individu yang sebelum saya. Ia menimpa insan yang dilabel sebagai pekerja, tidak kira betapa tinggi nilai profesionalnya dan betapa susah skop kerjanya. Berat dirasa untuk melakukan aktiviti lain selepas waktu kerja!!!.

Ya Allah, papahlah daku dengan KekuatanMu, andaiku tidak mampu, heretlah daku beralaskan permaidani KeagunganMu, andai ku tidak berdaya, Kau pandanglah daku dengan ikhsan terhadap insan ini.

Zalimnya saya ketika ini, cuba memenuhi kriteria sebagai penulis, dengan banyak bahan bacaannya, bukan dengan banyak membacanya. Terasa ditegur oleh Dr. A’idh, bila menyemak halaman 73, karya beliau yang kedua tadi, di bawah topik kecil bertajuk, “karakter seorang penulis yang berjaya”. Semua perkara yang disebutkan beliau seperti terkena pada hidung, mata dan juga telinga saya, mudah kata, saya memang tak layak untuk menulis apatah lagi untuk menjadi penulis!!!.


Bulan lepas dua buku menjadi tetamu diari membaca saya,
1) Salman bin Fahd Al-Audah (min akhlaq ad Daiyah( kekuatan akhlak Sang Dai)
2) Adaabu al Muslim al-Yaum wa al-Lailah insaan( 24 jam bersama Rasullullah SAW: Bimbingan praktis Adab Islam), susunan Daar al Wathan, Riyadh.

Masing-masing dibeli di Fajar Ilmu Bakti di Jalan Masjid India, gedung pelbagai buku terjemahan bahasa Indonesia.
Kedua-dua buku sudah separuh dikhatam. Apa yang pelik, dengan tebal buku yang hanya mencecah tiga digit, pun gagal dihabiskan, sungguh malang nasib buku-buku ini.

Bilamana kita menulis sesuatu yang kita tidak kuasai, sebabnya kita tidak betul-betul memahami topik yang disebutkan.

Asal buka buku saja mengantuk, seolah-olah setiap patah perkataannya begitu romantik dan mengasyikkan, itu belum ketika menyelak jurnal dan prosedur eksperimen. Ataupun menelaah kembali subjek murid-murid di menengah rendah dan atas untuk Pusat Tuisyen(suatu waktu dahulu). Sangat-sangat berbeza dengan daya tarikan novel, apatah lagi Habiburrahman!!!. Tak gitu….

sungguh, semua itu merekrut diri untuk lebih banyak membaca, bukannya membuta!!!.

Ya Allah, bantulah daku,

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.


Sahabat, jika kita ditinggal pergi oleh saudara dan dijauh teman, maka cukuplah buku menjadi temanmu setelah Allah. Alangkah baiknya ditemani buku, alangkah jernihnya waktu bersama buku, alangkah enaknya bercerita tentang buku (seperti yang sedang dilakukan penulis), hendaklah anda bersama buku dalam waktu yang lama agar anda memetik hasilyang matang dan faedah yang baik.*

Sabarlah dan janganlah bosan menuntut
Bencana seorang penuntut adalah kebosanan
Tidakkah kamu lihat tali panjang
Di atas kerasnya batu karang membekas

Ungkapan Arab mengatakan: “Kami meneladani orang lain, sehingga orang-orang yang soleh mengikut langkah kami”. Salah satu ciri kepimpinan seorang penuntut ilmu adalah selalu bergegas mengisi barisan pertama dalam solat, rajin megerjakan ibadah-ibadah sunat, tidak pernah ketinggalan dalam mengerjakan kebaikan dan kesolehan.



Cara Praktis Menghafal Al-Quran*

1. ikhlaskan niatmu hanya untuk mencari redha Tuhanmu
2. Hafalkan sedikit demi sedikit
3. Ulang terus hafalanmu setiap hari
4. Semaklah hafalanmu setiap hari
5. Semaklah kaset-kaset Al-Quran sekerap mungkin
6. Bacalah ayat-ayat yang anda hafal di dalam
solat-solat fardhu, sunat dan tahajud
7. Bacalah tafsir ayat-ayat yang anda hafalkan untuk
membantu hafalanmu


* Etika menjadi pelajar cemerlang gemilang (Pengalaman Para Ulama Besar),
Dr.A’idh Abdullah Al-Qarni.( disunting oleh Basri Yusuf)


February 2008


Sebetulnya bukanlah kita yang selayaknya, tetapi sebenarnya kitalah yang sepatutnya dan sewajarnya


Regards,
S.Mizan Saidin
Runsingnya bila tidak membaca
Majulah ikhwah untuk Dakwah,

http://www.ikhsaninsan.blogspot.com
Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-