Zamri memanggil beberapa kali…
Khatib menoleh,…makin jelas gelisah pada wajah muda ini..
“ana tahu anta semakin risau dengan suasana umat sekarang ni kan?”, agak Zamri.
Baru tadi dia membelek surat khabar yang lebih banyak khabar dusta dari yang benar.
Pendapat seorang makhluk Tuhan yang menyalahkan kepincangan palestin adalah kerana
penduduknya, salah cara hidup mereka….emmm…bukan kerana makhluk durjana yahudi yang menunggangi anjing,..malah babi amerika…dan rejim thagut bergelar mesir.
Apa saudara itu terlupa dengan firman Allah dalam surah al Maidah ayat 78,”
Telah dila'nati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas.”Maaflah jika apa yang berlaku di Bosnia dan Herzegovina hampir 2 dekad yang lalu menjadi rujukannya, ataupun mungkin dia beralasan demikian kerana terlampau selesa di bumi permai, aman, makmur ,berdaulat dan sentosa ini.
Dan katanya “ ...pemimpin Palestin mesti belajar hidup dalam aman dengan jirannya yang begitu kuat dan teguh dari segi kelengkapan tentera dan kepimpinan.”….emmm….entah apa yang cuba disampaikan oleh hamba Allah ini,…samada cara hidup warga Palestin secara umumkah yang salah, ataupun
Palestinians sebetulnya perlu serahkan kehidupan mereka dengan tunduk kepada tentera dan kekuatan Yahudi
Khatib terus membaca…”Bukankah lebih baik hidup dalam keadaan aman dan memperkuatkan diri supaya Negara Palestin dihormati juga oleh Israel?Apabila kita lemah tidak ada gunanya melawan dengan membaling batu dan memanggilnya intifada”..
Wahhhh….makin terbakar rasanya dalam dada Khatib…hebat juga manusia ini berpidato…sengal sungguh pemikirannya…..”apa dia fikir warga Palestin itu badut sarkas yang suka bercanda tawa selama 24 sehari 7 hari seminggu tanpa memikirkan kehidupan mereka, apa dia fikir manusia yang bermastautin di tanah yang dimuliakan Allah itu tidak ada perasaan untuk merasa aman dan bahagia, apa dia fikir hobi warga Palestin adalah menambahhancurkan kediaman dan masjid mereka di sana setelah dibedil oleh Yahudi yang di laknat Allah itu,!!!!”
Betul apa yang Khatib katakan, Zamri mengakuinya.
Zamri juga terasa terkena tempiasnya, rasa berkobar semangat jihad dalam dirinya, bisakah mungkin dia dapat menempuhi dugaan yang semacam itu seandainya dia berada ditempat ‘Atfal Hijarah’ itu. Kanak-kanak yang berjiwa keras dan kental semacam batu, yang melempar batu dengan laungan takbir. Bagaimana mungkin manusia lain akan faham, titisan darah dan perjuangan mereka?, persetankan apa yang difahami manusia lain tentang darah, jihad dan perjuangan, pedulikan apa manusia lain fikirkan tentang batu dan lontaran mereka, jerit dan takbir mereka, tangisan dan topeng di muka, pedulikan!!!!!!!!!
Apa yang mereka faham adalah kesucian mempertahankan tanah air mereka, dan lebih utama adalah mempertahankan salah satu permata Islam iaitu Baitul Maqdis, bumi tertegaknya Al-Aqsa.
Manusia manakah ini yang tidak memahami erti pengorbanan dan jihad warga Palestin, manusia apakah ini?, yang tiada sekelumit rasa hormat pada manusia lain, tiada sentimen peradaban dalam diri
Khatib terasa seperti mahu termuntah apabila membaca kenyataan “ Barat sendiri kagum cara pelaksanaan Islam di Negara ini. Mereka melihat Negara ini sebagai Negara contoh mengamalkan Islam sederhana, progresif dan menghormati norma-norma kemasyarakatan.”
Wahh, madah kata yang luar biasa indah keparatnya, dirantau manakah dia terjumpa kamus menyebut tentang Islam sederhana, kalau begitu katanya, dia bermaksud Islam di Palestin adalah fanatik yang keterlaluan ataupun islam di Palestin hanya hingusan.
Apa yang Barat kagum dengan kita???. Tepuk kepala tanya la diri, kalau tidak mahu tepuk, ketuk je la kepala dengan tukul. Ketahuilah, tiada apa pun yang barat hairankan dengan Negara yang aman makmur sentosa bahagia dan selesa ini. Kerana Barat yang dikatakan menghormati itu adalah kuasa Kuffar yang telas jelas Allah SWT sebut sebagai pengganggu hidup manusia keseluruhannya. Adakah kita rasa megah diri, rasa bangga diri, rasa luar biasa hebat, bila penghormatan itu datang dari bangsa yang bangang, bangsat dan binatang. Mereka tidak kisah apapun dengan Negara dayus yang setia mempengerusikan pertubuhan yang luar biasa hebat keanggotaannya dan luar biasa hebat mesyuaratnya ini. Kita tidak mampu menyentuh tubuh mereka pun, malahan kita nak memandang mereka pun takut, tapi dengan alasan hormat, kita tutupkan ketakutan itu dengan berbagai kata malah berpuisi juga, dan lebih hina kita relakan penyembelihan umat kita. Persetankan dengan hormat dan kagum itu. Khatib menambah.
Progresif apa ke bendenye???
Tak tahulah apa progresif yang dimaksudkan pemberi pendapat itu. Minta dia fikirkan kembali manakah hala progresif amalan islam di Malaysia pada pandangannya yang begitu tercerna dengan Kuffar Barat, dan dengan pemikiran
selfishnya itu.
Norma-norma masyarakat? Ya, memang kita menghormati, memang itu yang sepatutnya kita lakukan, tapi kalau isu norma yang dibicarakan di sini, kita jauh dari perbahasan mengenai Palestin dan rakyatnya, asingkan diri kita dan berbuallah dengan masyarakat kamu yang begitu faham sangat dengan norma-normanya.
Zamri teringat ketika dia melayari salah satu laman web yang menjadi rujukannya. Ia berkenaan dengan krisis Palestin, Palestin adalah mengenai krisis pemikiran sebelum datang mengenai isu tanah dan rakyat Palestin. Fahamkan diri kita bahawa, Palestin adalah isu kita, sebagai umat Islam, Palestin adalah tanah suci umat Islam, tanah suci kita, yang perlu kita pertahankan dengan apa jua sekalipun, kerana hanya Islam sahaja yang layak memerintah di dunia ini, hatta di tempat yang sedang diduduki oleh binatang bernama olmert dan bush atau obama sekalipun, tiada hormat, kagum atau kasih sayang pada mereka. NO COMPROMY!!!
Zamri mengharap sesuatu dari perbualannya dengan Khatib, dia mahu khatib bersamanya, cuba untuk memahamkan sesiapa sahaja mengenai Palestin dan rakyatnya, dan cuba dalam pelbagai cara menyampaikan maklumat kepada umat Islam, malah kepada yang bukan Islam. Itu yang perlu dia lakukan sebagai seorang manusia yang cintakan keamanan, malah sebagai umat Islam yang cintakan tanah dan umat Islam.
“kita tidak boleh leka” tambah zamri,…”kita takkan mundur, walau dengan seribu kepayahan, kerana percayalah di palestin lebih 1.5 juta umat islam, menantikan doa dan bantuan kita, dan beratus juta lagi umat Islam menanti kita untuk bersama-sama menaikkan kembali syiar Islam".
“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” Surah Muhammad,47 :7
Khatib akan teruskan, hanya doa dia mampu panjatkan, agar Tuhan tingkatkan kekuatannya agar dapat menghadapi fitnah dajjal yang semakin bermaharajalela ini. Moga Allah tinggikan Islam bersama umatnya.
Khatib akan terus memahami,
“di planet mana pun aku tinggal, aku akan memikirkan perkara ini,
kerna aku dari sebuah daerah, daerah yang cintakan Allah dan Rasulnya, cintakan Palestin, tanah Rasul dan Nabi yang ku cintai.
Di saat saudaraku sedang meratap,
ku tangisi tarikh ini
SMizanSaidin
9.00 am
10 Muharram 1430H
7 Januari 2009M