Bukalah dimana-mana media sekalipun, surat khabar, majalah, kartun, website, tv mahupun radio, seluruh dunia memperkatakan tentang tanah dan rakyat Palestin. Begitu juga dengan berbagai-bagai blog sahabat, sejarawan, dan ulama-ulama, pencerobohan bangsat Yahudi ke atas Palestin mendominasi perhatian masyarakat dunia.
Gemar untuk mengambil iktibar peristiwa di Al Quds, seperti dalam beberapa artikelnya, Abu Saif cuba mengenengahkan kembali budaya untuk mengubah keadaan kita di malaysia khususnya diri sendiri. Melihat kembali ke mana hala tuju dan matlamat hidup kita. Dan kemudian bagaimana kita mengaplikasikan segala tindakan kita .Dan semampu yang dapat kita lakukan, insyaAllah telah kita laksanakan.
Ikhsaninsan telah pun menyambut ulangtahun yang pertama pada 17 januari lepas.
Dan untuk makluman , ikhsan insan akan berehat seketika untuk menambahbaik entry dan bekalan.
sebagai peringatan,
Yang berdemo, yang berdoa, yang berqunut, yang memboikot, yang berceramah, dan yang berblog, jangan lupa bertanya soalan, “apa khabar nafsu, akal dan hati kamu?”
SMizanSaidin
syukran kerana sudi berkongsi
24 Muharram 1430H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan