19 Jan 2009

D balik rona keamanan


hatimu runsing
hatiku pusing
sepertinya kita pening
dalam suasana hening

kita bukannya lapang
dapat sentiasa terkangkang
melangut atau menerawang
tak kan dapat senang

aku tak mau seiring
dengan noda hati kering
meniarap atau mengiring
dalam pinggan mahupun piring

aku sendu di redang
biar pendek atau panjang
yang terdengar atau terpandang
tak kan ku bagi tangan penerajang

maaflah andai rasa menang
setelah dibawah kita ditendang
naik turun tak ada yang menghalang
kudrat Tuhan biar Dia yang membilang

berdebar..itu bukan unsur yang menghadang.
aku serupa rasa melayang
kita sama rasa terbayang
sama serupa menunggu kemenangan

hitam itu petanda malang
putih itu menyuluh matang
biar awan nampak menawan
hujan batu tak kan ku lawan


tidak serancak pukulan gendang
semangat ditatang bukan kepalang
takut penyudah semangat menghilang
bumi di mana?..langit pun tak di julang

bukan suasana penunjuk cemerlang
bukan nama petanda gemilang
yang mampu dapat dibilang
itulah yang mahu menjadi terbilang

ku tak mahu bernafas renggang
biar di bahu atau di pinggang
saudaraku,..aku kasih serta sayang
kesedihan mereka bukan untuk di canang

bukan di harap pada yg memandang
yang suka kelam, melawan terang
yang diharap hanya pada yang menyandang
selembar batu berbucu pedang

udah serik diseksa lempang
wajah kasih jelas terpampang
meragut intan di tembok rendang
ahhh...kononnya pertahan diri dari diserang

maaflah andai bahasa terpusing
tiada indah semerdu seruling
hanya bertitah dari bawah puing
yang tak bertapak tanpa pengiring



SMizanSaidin
4.26 pm
19 Muharram 1430H
ku merencana untuk mendana
www.ikhsaninsan.blogspot.com
smizansaidin@gmail.com
Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-