Ini kali ketiga saya mengunjugi KLIBF (
Kuala Lumpur International Book Fair) sejak dari 2006. Mungkin agak terlambat saya mengenal pesta buku ini berbanding “pesta-pesta” lain di Malaysia. Meriah dan sangat meriah acara dan juga sambutan dari rakyat Malaysia dan masyarakat luar.
Book Fair kali ini diadakan selama 10 hari dengan jangkaan pengunjung seramai 1 juta orang. Seperti tahun-tahun lepas tempat yang paling sesuai untuk pesta sebegini adalah
Putra World Trade Centre (PWTC).
Tujuan utama saya ke pesta buku sebegini adalah mencari bahan bacaan baru walaupun dirumah masih bertimbun bacaan yang belum dikhatam,… (
dah hobi mengumpul buku).
Namun kedatangan kali ini lebih spesifik,, untuk mencari buku pertama kompilasi sejarahwan yang saya kagumi Ustaz Hasrizal Abdul Jamil,
Aku terima nikahnya…Walau lebih 300 artikel beliau yang saya baca, tidak termasuk kuliah dan khutbah beliau, masih lagi belum puas untuk saya menghayati tulisan dan pemikiran beliau. Tidak dinafikan tulisan beliau banyak mempengaruhi cara saya berinteraksi dan berfikir, dan saya masih lagi cuba memperbaiki diri.
Buku kedua adalah karya salah seorang yang
expert dalam ekonomi, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Buku beliau bertajuk
Wang, Anda dan Islam terbitan True Wealth Publication. Satu lagi buku beliau bertajuk Formula Solat Sempurna, terbitan Telaga Biru juga menjadi koleksi saya. Buku ini merupakan modul kursus solat beliau yang dibukukan.
Walau hati belum puas untuk menambah lagi koleksi, kerana merasakan sangat sukar untuk mendapatkan peluang sebegini, perlu diingat ketelitian yang perlu untuk menelaah tiga buah buku yang semestinya padat dengan ilmu ini. Tapi tempoh satu tahun untuk menunggu pesta akan datang terasa akan menjadi sangat lama. Rasa seperti hendak pergi lagi.
Dan bukan sekadar hendak membeli, saya perlu mencetuskan diri untuk membaca dan beristimrar dalam mempraktikkan apa yang dibaca, fasa ini yang lebih penting dan sangat perlu dititikberatkan. Dan saya pasti akan datang sesiapapun akan menjadi sangat sibuk.
Jadi pada hari tersebut saya habiskan lebih kurang RM80 untuk kepuasan jangka panjang. Banyak-banyak terima kasih kepada sahabat-sahabat yang merecommendkan buku-buku tersebut terutama
Aku Terima Nikahnya….Rukun Solat menurut Mazhab Syafi’i:
1) Niat
2) Takbiratulihram
3) Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak
berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya
secara duduk, berbaring, terlentang atau dengan isyarat.
4) Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat
5) Rukuk dengan tamakninah
6) Iktidal dengan tamakninah
7) Sujud dua kali dengan tamakninah
8) Duduk antara dua sujud dengan tamakninah
9) Duduk tasyahud akhir dengan tamakninah
10) Membaca tasyahud akhir
11) Membaca selawat ke atas Nabi pada tasyahud akhir
12) Membaca salam yang pertama
13) Tertib, ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut
Regards,
S.Mizan Saidin
Untuk Buku
Majulah ikhwah untuk dakwahhttp://www.ikhsaninsan.blogspot.com