22 Sep 2008

Kemenangan mendamba pengorbanan(Misi Memburu Lailatul Qadr)

alkisahnya bermula, Ipin (bukan nama sebenar) merasa terpanggil untuk berjinak-jinak dengan pertanian dan tumbuhan. Dalam kepalanya hanya terfikirkan tentang sejenis pokok yang buahnya boleh menambahkan pendapatan. Disamping idea dari rakan-rakan, Ipin akhirnya nekad untuk mengusahakan tanah 4 ekar miliknya untuk menanam pokok durian.

Ipin teringat akan perbincangannya dengan Tain, rakannya, " Kamu kalau usahakan tanah dikampung sana nu, ada jugak hasilnya, kalau dah malas menanam jagung, dapat juga ditanam sayur dua tiga jenis, betul tak? kalau idak pun boleh juga kamu tanam durian, bila tiba masa berputik dan kemudian berbuah, boleh juga kamu jual, tak pun kamu makan sendiri, kalau dah malas sangat nak jual, nak makan, bagi je pada aku, pandai je aku makan?. Mahu ketawa juga dia mendengar idea Tain ketika itu.

Dan kini sesiapa saja yang melalui tanahnya di kampung sebelah itu, pasti saja terliur.Selama bertahun menunggu, penat lelahnya dulu mula menampakkan hasil. Sekarang sudah berputik, dan tak lama lagi, Ipin bakal merasai buah duriannya sendiri.

Disebabkan tanahnya terletak di kampung sebelah, maka ia jauh dari rumahnya.Fikirnya, perlu ke aku berulang alik sepanjang hari untuk mengambil durian nanti?,mahu tak mahu, Ipin dan isteri serta anak-anaknya terpaksalah membina pondok kecil di dusun tersebut.Dapatlah dia berlama-lama disitu, mahu berbaring atau melelapkan mata, sambil menunggu duriannya gugur.

Biarpun musim durian hanya sekejap, tapi tetap saja Ipin mahukan keadaan yang selesa ketika dia berada di pondoknya itu, dengan bantal, tilam dan tak lupa juga PSP.Ipin merasakan dia mahu menikmati sepenuhnya suasana nyaman di dusunnya itu, di tambah pula dengan perasaan yang berkobar-kobar menanti durian yang bakal gugur, tiada apa yang dapat dibandingkan dengan perasaan dia ketika itu, Penantian yang bertahun bakal berakhir.

Pondoknya dibuat dari papan yang dibeli dari kedai Upin, Upin tak bertanya panjang ketika itu, sangat faham dia dengan Ipin, pembuat rumah dikampung itu.Lantainya pula dibuat dari buluh yang dicarinya beberapa minggu lepas, dibuang miang dan dibelah cantik-cantik, agar permukaan lantainya nanti seimbang.Bumbung pondok ditutup zink, untuk lebih selesa.

Dalam masa dua hari, pondok sementara yang boleh memuatkan 4 orang dewasa itupun siap,terpusing-pusing Ipin meneliti pondoknya, untuk memastikan kestabilan dan kekukuhan pondoknya. Terbit rasa bangganya dengan pekerjaan yang selama ini dia lakukan, tukang rumah.

Hari yang dinanti bakal tiba, kemuncak kesungguhannya selama ini. Begitu teruja dia ketika itu, dapat menyaksikan sendiri durian luruh (gugur). Dan tanpa di jangka, bukkk...!!!Ipin lantas menyarung selipar, belum sempat dia berjalan, bukkk.....!!!! gugur lagi
Ipin tenggelam dalam kegembiraan.

Alkisah itu, andai diterjemahkan dalam diri kita, gi mana ya? ....Boleh andai kita mahu.

emmm, macam ni,...

penantian tetap saja penantian, tapi cuma penantian kita adalah pada Ramadhan,(anggapkan pada tahun ini, kita bakal meraih LAILATUL QADR)andai kita hadkan pada setahun, sudah 11 bulan kita menantikan Ramadhan,

belum masuk 1 Ramadhan, kita dah pasang niat dalam diri, sekurang-kurang aku mahu khatamkan 30 juzu' Al-Quran dalam Ramadhan ini, dan aku mahu bertarawih penuh selama sebulan, biarpun 8 rakaat, itu yang telah kita niatkan.

ya, kita laksanakannya di malam pertama Ramadhan, malam 2, 3, 4 dan seterusnya, kita tersenyum dan gembira kerana Allah telah mempermudahkan kita melalui fasa pertama Ramadhan.Walaupun mungkin kita liat untuk bangun sahur, tetapi dek kerana kita faham bahawa Tahajjud itu merupakan sarana untuk kita meningkatkan amal dan membersih jiwa kita, kita gagahkan diri melepasi malam pertama, malam 2, 3, 4 dan seterusnya dengan bangun malam.Kita merasakan bahawa aku tak kan mahu berpaling ketika itu, oleh kerana terasa kenikmatan ketika menghambakan diri pada Allah.

Fasa kedua Ramadhan, hati kita semakin jelas dengan keimanan kita. Bacaan Al-Quran kita kekalkan,Tahajjud kita masih solid, di samping kita telah perbanyakkan solat sunat, zikir dan tasbih,kita semakin yakin dengan janji Tuhan, orang-orang beriman hati mereka akan dan akan hanya tenteram bila mengingati Allah.

Kita telah fokuskan diri kita hanya pada Ramadhan, dan tanpa kita sedari, Ramadhan hampir berakhir, musim menuai kita sudah sampai ke penghujung. Fasa ketiga Ramadhan Allah janjikan dengan malam yang lebih baik dari seribu bulan, perumpamaannya sama ketika Ipin @ kita menunggu durian gugur, keadaan yang sama, perasaan yang sama, cuma tujuannya berbeza, Ipin menantikan duniawi, kita menantikan ukhrawi.

Pokoknya, persediaan kita itulah yang terpenting, seperti kita teruja menghabiskan masa dan tenaga untuk membina pondok(jiwa yang mendamba rahmat Allah), lantainya (puasa kita)dindingnya(solat sunat kita), atapnya (tadarrus Al-Quran kita), sebetulnya 'keterujaan'yang sama bahkan lebih 'dahsyat' lagi harus kita pamerkan, harus kita tonjolkan,untuk pondok, dicari sebaik-baik lantai, dinding dan sebagainya, gi mana dengan Ramadhan???

Adakah kita telah berbuat yang selayaknya sebagai seorang hamba?, dengan menyediakan kelengkapan yang bukan untuk orang lain, tapi untuk diri kita.

Biarlah walau gred apa sekalipun durian yang dinantikan, D24, D30 atau Digi sekalipun, 'excited' kita tentunya sama, perasaan ternanti-nanti kita itu sukar digambarkan, betul?Itulah kita, betapa kita ini manusiawi.

Wahai sahabat, tiada terbanding Malam 1000 bulan dengan apa pun didunia ini, samada ia durian, ia bola sepak, ataupun harta berupa emas atau wang!!!! tiada!!!

Malam yang Allah janjikan gandaan amal kebaikan yang luar biasa, bersamaan dengan 83 tahun.Apa mungkin kita dapat membalas pemberian Tuan kita yang begitu bernilai kepada hambanya,iaitu kita, apa mungkin???

Tapi Khaliq itu Maha Hebat, Dia tidak meminta apa-apa sebagai cagaran atas kerelaanNya menghadiahkan kita nikmat. Tapi Dia hanya mahu kita sendiri memposisikan diri ini, di tempat selayaknya, sebagai manusia, sebagai muslim yang mukmin.

sahabat, semua itu seandainya kita berjaya menemui Lailatul Qadr, tetapi andaikata Allah tidak bukakan hijabnya untuk kita bertemu dengan malam itu, betapa malangnya diri kita, berapa bulan lagi harus kita menunggu, berapa tahun lagi harus kita menanti, sampai bila kita tak kan pasti, dan kerana itulah, masanya adalah sekarang, andai kata kita tak bertemu dengannya, tapi sekurang-kurangnya,kita mengharapkan pertemuan, kita mendambakan pertemuan dengan memperbanyakkan amal perbuatan.

Korbankanlah sedetik waktu tidur kita untuk hamparan permaidani Syurga

Bersungguhlah di malam 10 terakhir ini.Moga Ramadhan menjadi pencetus untuk kita terus berpuasa, terus menahan lapar dan dahaga dalam perjuangan ini, terus menahan pandangan dari kemaksiatan dan keburukan,terus bermuhasabah dan bermuzakarah melihat diri, Bahagialah kita andai kita sujud bersama makhluk Tuhan selain kita.

SMizanSaidin
2.08 pm
22 Ramadhan 1429H

18 Sep 2008

Ramadhan ini



Selamat datang bulan penuh keberkatan, selamat datang bulan penuh kenikmatan


Setiap Ramadhan yang datang pasti akan membuatkan mata saya bergenang,
mengenang diri yang meniti dini,
betapa besarnya rahmat Tuhan pada ku,

11 bulan yang dilalui seakan-akan baru semalam saya rintis jalannya,
dan perkataan itu kembali menjenguk diri
adakah diri ini mengalami perubahan?

setahun yang sudah, saya masih lagi terkapai dan terawang-awang,masih mencari tongkat untuk menopang tubuh, kehidupan pasca konvokesyen,seperti kebanyakan graduan,
yang saatnya menanti dan terus mencari kerja,


dan hari ini walau diri masih terkapai-kapai, mencari tapak untuk berdiri,
Allah rencanakan satu pentas untuk saya melihat diri, men'cipta' diri dengan
landasan Quran dan Sunnah,
Saya bersyukur kepada Tuhan yang Maha membalikkan hati,
Dia kekalkan saya Istiqamah dan istimrar pada jalan ini,
jalan menuju Tuhan, Jalan pentarbiyahan yang mencuit syahdu jiwa,

Bulan Rahmat ini menguji diri, kehilangan dan pengorbanan yang berniat menduga iman,
Allah lebarkan rahmatnya pada jiwa ini, agar menerima seadanya, memberi segalanya,
Allah tinggikan martabatnya hambanya dengan nilai iman yang terbina,
bukannya didasari oleh tinta amal, tapi rahmat dan syafaat.
Itulah kuasa Yang Esa, andai Amal yang dikira, saya yang terhina, terperosok jauh ke dasar neraka, lantaran amal yang berupa basi.

Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.

Tuhan ku, bukan banyaknya amalan yang patut ku perhatikan, tapi yang lebih utama pada Mu adalah bagaimana amal yang ku persembahkan pada Mu,

Ramadhan ini,
ku harap akan dapat menggamit perhatian Mu,
sekadar perhatian Mu, Ya Rabb ku
kerna mana mungkin ku bisa meraih cinta Mu walau sekelumit
hanya dapat ku beri perasaan ini, yang tak bisa ku namakan sebagai cinta
kerna tak layak ku meletakkan diri bersama Kekasih Mu.

Ku harap untuk bertemu Ramadhan mendatang dalam keadaan berserah diri
kepada Mu, Ya Allah,

Hidup untuk dunia seakan-akan hidup selamanya,
hidup untuk Akhirat seakan-akan mati esok harinya

Moga Cinta Berbuah Syurga

SMizanSaidin
12.05 pm
18 Ramadhan 1429H

15 Sep 2008

Khalwah Si Pendakwah

Dari masa ke semasa, pendakwah kepada Allah mestilah mempunyai waktu untuk dia bersendiri.
Dalam tempoh itu, rohnya berhubung dengan Allah Jalla Sya'nuh.
Jiwanya dibersihkan daripada kotoran akhlak tercela dan kehidupan kacau bilau di sekelilingnya.
Bersendiri seumpama ini akan mengajak pendakwah memuhasabah diri, andainya dia cuai melakukan kebaikan, tergelincir dari landasan yang dituju dan menjauhi jalan hikmah.
Bolehjadi dia melakukan kesilapan dalam cara, manhaj dan jalan, atau dia tenggelam bersama orang ramai dalam perdebatan dan perbincangan.
Sehingga dia alpa daripada zikrullah,bermesra dengan-Nya dan lupa mengingati akhirat sama ada syurga mahupun neraka.
Perdebatan tersebut menyebabkannya lupa tentang kesengsaraan dan kesakitan mati.

Oleh kerana itu, tahajjud dan qiamullail menjadi fardhu bagi Nabi s.a.w. dan hanya sunat kepada orang lain. Orang yang sepatut mengambil berat amalan sunat ini ialah para pendakwah kejalan Allah, syariat dan syurga-Nya. Khulwah (bersendirian), tahajjud dan qiamullail dipenghujung malam mempunyai kelazatan yang tidak diketahui kecuali mereka yang Allahmuliakan melalui amalan-amalan tersebut. Ibrahim bin Adham rahimahullah berkata seketika selepas bertahajjud dan beribadat: "Kelazatan yang kami kecapi jika diketahui oleh raja-raja,pasti mereka akan memerangi kami demi memperolehinya."

Para Pencari Mu

Menjalani hitam putih itu membuatku mengerti
Arti hadir-Mu dalam setiap langkah-langkahku berarti
Melewati setiap detik waktuku bersama takdirmu
Membuatku mengerti hanyalah pada-Mu ku kembali

Ku bersujud kepada-Mu memohon ampunan-Mu
Adakah jalan untukku tuk kembali pada-Mu

Akulah para pencari-Mu ya Allah
Akulah yang merindukan-Mu ya rabbi
Tunjukkan ku jalan yang lurus
Tempat kutambatkan langkahku
Akulah para pencari-Mu
Akulah yang merindukan-Mu ya rabbi
Hanya di jalan-Mu ya Allah
Tempatku pasrahkan hidupku

Ku bersujud kepada-Mu memohon ampunan-Mu
Adakah jalan untukku tuk kembali pada-Mu
Akulah para pencari-Mu ya Allah
Akulah yang merindukan-Mu ya rabbi
Tunjukkan ku jalan yang lurus
Tempat kutambatkan langkahku

Akulah para pencari-Mu
Akulah yang merindukan-Mu ya rabbi
Hanya di jalan-Mu ya Allah
Tempatku pasrahkan hidupku

Ungu

Para Pencinta Mu

MENJELANG 20 RAMADHAN

20 Ramadhan kini menjelang,
akhirnya kita bertemu,
dibawah naungan cinta Tuhanmu,
pada Hijrah 1429,
dengan rasa penuh berbahagia, daku menjemputmu.

Ramadhan,
Siangmu penuh ujian dan ganjaran,
Siangmu diulit dugaan dan keberkahan,
Dan Antara malammu,
Penghubung cinta hamba dan Al-Khaliq,
Pengubat rindu hamba yang kegersangan,
Pengikat kasih sayang Dzat Yang Maha Pengasih ke atas hambaNya

10 malam terakhir,
debaran menantimu mencetus kenikmatan,
menahan kesyahduan yang begitu bergelora,

rasa cemburu yang kian memuncak,
pada diri musafir yang ketandusan,
seperti nukilan para sahabah,
yang irikan amalan malam di antara mereka.

Lailatul Qadr,
Menggamit tangisan hamba,
Yang kerap tergelincir,
Yang semakin lelah dari maghfirahMu,
Yang terus mendamba tempat disisiMu.

Kan ku nyalakan pelita tawadhuk,
Untuk ku tunduk padamu,
Wahai, keindahan seribu bulan,

Lantas ku padamkan obor takabbur,
Yang kerap membakar diri,
Supaya dapat ku bersemi dalam kemuliaanmu.

Rebutlah jualan ini wahai mukminin,
Kesempatan yang tiada galang gantinya,
Bersegeralah,
Biar terserlah,
Keghairahan hamba yang tiada sempadan,
Dalam mencari aturan Tuhan,
Dengarilah janji Kalamullah,
Sejahteralah malam itu sampai terbit fajar.


Ya Allah,
Temukanlah kami pada berkahMu,
Temukanlah kami pada maghfirahMu,
Dengarilah tangisan menjelang 20 Ramadhan,
Dengarilah tangisan Pencinta Seribu Bulan.


Regards,
S.Mizan Saidin
MENJELANG 20 RAMADHAN
Majulah ikhwah untuk dakwah,
http://www.ikhsaninsan.blogspot.com

12 Sep 2008

IZZAH QISTINA BINTI MARDIANA ( 9 Ramadhan 1429-10 Ramadhan 1429)




Sungguh, ujian Allah datang tanpa diduga,
biar di mana berada, biarlah apapun yang telah kita rencana

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, itu firman-Nya
andai kata kita sabar menghadapinya, itulah tingkatan iman kita, kekuatan jiwa kita,

Biar yang diuji itu kesengsaraan hidup, ataupun kesempitan hidup, ataupun perginya belahan jiwa kita.


Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. -Al Anbiya : 35

Biar tidak sampai sehari umurmu,
meleraikan penantian selama berbulan-bulan,
oleh ayahanda bondamu

lahirmu juga wajahmu,
telah dilakar pena Tuhan
disampai Jibril as ke muka bumi,
untuk disaksi insan yang sedang menanti

bukannya kesengsaraan yang Allah utuskan
tapi kenikmatan yang kekal selama-lama
biar di dunia diratapi
di Jannah kan bertemu abadi

Allah letakkan pada jiwa Ibumu,
satu kekuatan yang sangat tersembunyi
tiada tertanding pada insan lain,
ketabahan hati Sang Ayah

Allah tabalkan ayah bondamu
dengan takhta kemuliaan
hanya keranamu
wahai anakanda

moga kesabaran dan ketaqwaan
Allah pahatkan ke dalam jiwa orang tuamu,

Moga cinta berbuah Syurga,

Untuk mu,
Ismail Hafidz Hashim
Mardiana Saidin


(,.............maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.)-Az-Zumar : 42)


Lagaknya aku cemburu dengan ayah bondanya, melangkah ke syurga yang mulia,
dan andai ku dapat, biar sejuta kali pun akan ku kucup dahinya, moga basah bibirku ini
akan dapat mengingat dia pada wajah hina ini agar dapat ku mencium nikmat syurga Tuhanku,
Sampaikan salamku pada penghuni taman-taman Syurga, wahai anakanda, IZZAH QISTINA,-

Al-Fatihah

SMizanSaidin
8.26 am
12 Ramadhan 1429H

9 Sep 2008

Ramadhan Tiba - OPICK

Ramadhan tiba
Marhaban Ya Ramadhan
Ramadhan tiba
Marhaban Ya Ramadhan

Ramadhan tiba semua bahagia
Tua dan muda bersuka cita
Bulan ampunan bulan yang berkah
Bulan terbebas api neraka

Andaikan saja Ramadhan semua
Bulan yang tiba bulan yang ada
Karena besarnya setiap pahala
yang di janjikan kepada kita

Marhaban Ya Ramadhan

Dalam bersahur ada pahala
Dalam berbuka alangkah indah
Menahan diri menahan lidah
Menjaga hati menjaga mata

Banyakkan amal hari-harinya pahala
Datang berlipat ganda
Berlomba-lomba untuk ibadah
Dunia bahagia surga nanti gantinya

Ramadhan tiba
Ramadhan tiba

Dan semoga setiap jiwa
Diberikan ampunan-Nya
Dan semoga hapus semua
Kesalahan setiap jiwa

Marhaban Ya Ramadhan
Marhaban Ya Ramadhan
Marhaban Ya Ramadhan
Marhaban Ya Ramadhan
Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-