Dari masa ke semasa, pendakwah kepada Allah mestilah mempunyai waktu untuk dia bersendiri.
Dalam tempoh itu, rohnya berhubung dengan Allah Jalla Sya'nuh.
Jiwanya dibersihkan daripada kotoran akhlak tercela dan kehidupan kacau bilau di sekelilingnya.
Bersendiri seumpama ini akan mengajak pendakwah memuhasabah diri, andainya dia cuai melakukan kebaikan, tergelincir dari landasan yang dituju dan menjauhi jalan hikmah.
Bolehjadi dia melakukan kesilapan dalam cara, manhaj dan jalan, atau dia tenggelam bersama orang ramai dalam perdebatan dan perbincangan.
Sehingga dia alpa daripada zikrullah,bermesra dengan-Nya dan lupa mengingati akhirat sama ada syurga mahupun neraka.
Perdebatan tersebut menyebabkannya lupa tentang kesengsaraan dan kesakitan mati.
Oleh kerana itu, tahajjud dan qiamullail menjadi fardhu bagi Nabi s.a.w. dan hanya sunat kepada orang lain. Orang yang sepatut mengambil berat amalan sunat ini ialah para pendakwah kejalan Allah, syariat dan syurga-Nya. Khulwah (bersendirian), tahajjud dan qiamullail dipenghujung malam mempunyai kelazatan yang tidak diketahui kecuali mereka yang Allahmuliakan melalui amalan-amalan tersebut. Ibrahim bin Adham rahimahullah berkata seketika selepas bertahajjud dan beribadat: "Kelazatan yang kami kecapi jika diketahui oleh raja-raja,pasti mereka akan memerangi kami demi memperolehinya."