31 Okt 2008

Pesanan expert kepada amatur

“Benda nie kalo korang nak tahu, ulamak kiter dah bahas panjang giler kat dlm bk jar wa ta’dil. Korang tak kesian ke tgk ulamak susah2 buat kajian, pehtu korang main ckp ikut suka jer bab2 muawiyah dgn ali ni. Cb korang baca btl2 dlm bk al-awasim minal qawasim yg ibn al-arabi tulih 2. kire sume benda ader dah disebut kat c2…”

Minggu lalu, saya telah mengemukan keratan petikan di atas sebagai suatu contoh pembaziran yang berlaku ke atas banyak blog. Pembaziran terjadi kerana bahasa yang tidak dijaga, menyebabkan isi kandungan yang berkualiti hilang kelayakan untuk dikembangkan menjadi sebuah buku.

Mengapa buku?

Saya pernah berdoa kepada Allah SWT supaya membantu saya untuk tidak mati tanpa meninggalkan sebarang buku! Buku adalah ‘tinggalan’ paling penting untuk memastikan kita tidak mati selepas mati. Bahan bekalan untuk membantu manusia hidup, biar pun setelah kita mati. Justeru hiduplah kita jika demikian halnya, biar pun selepas tubuh hancur dimamah bumi.

Setiap yang menulis di blog, harus menanam cita-cita ini. Asas utamanya ialah terus mengasah isi, namun disampaikan dengan bahasa yang baik. Sebuah tulisan yang dijaga bahasanya, akan kekal segar di sepanjang zaman. Tulisan yang ditulis sesuka hati, akan menjadi bahan ketawa penulisnya sendiri, sebelum pembacanya suatu hari nanti.

www.Saifulislam.com.

29 Okt 2008

Terima Kasih Sahabat

Alhamdullillah, ini sudah lebih tiga tahun ku tersenyum,
Malahan gembira bukan kepalang

Terima kasih sahabat
-kerana sudi berpacaran dengan diri ini,
-yang sangat lemah dan sunyi

Terima kasih sahabat
-kerna melihat diri ini
-yang terkadang ke kanan dan ke kiri

Terima kasih sahabat
-kerna mendengar dengan teliti
-perucapanku yang sering tersasar

Terima kasih sahabat
-kerna sudi berkongsi
-rasa dan derita
-duka dan tawa
-gelisah dan tenang
-resah dan ceria
Bersama watak diri ini

Terima kasih sahabat
-kerna kau sudi mendekati
-tika gerombolan bertempiaran lari

Terima kasih sahabat
-kerana melemaskan aku
-dalam laut ini
-yang dalamnya tak ku pasti
-tapi dasarnya bakal ku temui

Terima kasih sahabat
-Kerana tika kemarau itu kau tetap bersamaku
-kerana banjir itu tak menjauhkan aku darimu

Terima kasih sahabat
-kerna tanpamu siapalah aku
-kerna denganmu, semaraknya upayaku.

SMizanSaidin
1.15 pm
29 Syawal 1429H

23 Okt 2008

Ya Allah, Jangan Ku hindari Jalan Itu, Episod 1

Aku sedang menuju ke jalan itu,
Sekejap-sekejap berpaling aku ke belakang
Sayu hati melanda, sebak rasa di jiwa,
Aku terlampau cintakan dunia, tompokan darahku bersemadi di dunia,
Walau ku tahu roh nya, akan ku temui di jalan itu,..
Tersendu aku melihat dunia, adakah dunia ini yang akan ku tinggalkan?
Penuh harta, penuh gembira, penuh takhta, diserikan wanita,

Nah,... didepan sana terpampang penciptaan yang tak tercapai dek indera,
Tapi di belakang, telah kurasai nikmatnya, amat dan asyik .
Di duniaku, sedapnya pada jamahan, wangian pada pakaian malah kenikmatan
Bertukar menjadi seindah berlian semahal intan.
Mampukah aku tinggalkan dunia, yang telah ku rasa manisnya,
Ku saring masam dan buruknya.
Ku kutip sendiri yang ranumnya,

Ehhh,.. jalan itu seakan memanggil,
Seram pula untuk ku teruskan,
Nampak dahan berduri dan ranting buruk menghiasi,
Luaran saja udah nampak sepertinya ia tidak pernah dilalui,

Apa mungkin ini jalannya?,
Orang tua itu menipu nampaknya,,,
Dasar orang tua lapuk yang nyanyuk,
Masakan matanya yang elok itu tidak nampak apa yang ada di sini,

Baunya saja menyempit hidung,
Jalan apakah ini???
Nampak begitu menjelekkan,

Tapi sepertinya ku lihat,
Jalan itu seakan pelik,
Maksudku unik, eh,... tidak... maksudku ia seperti ada daya penarik.
Menarik-narik aku untuk melaluinya,

Tapi apa patut ku buat dengan dunia di belakangku ini,
Ahhh,.... aku perlu bawa sekali, mana tahu,.. aku kelaparan di tengah jalan,...
Ya, aku perlu bawa sedikit bekalan,...pakaian juga mungkin.

SMizanSaidin
3.48 pm
23 Syawal 1429H

Solidkan jiwa pengembara

Tekanan semalam membuatkan ku mengembara,
Kembali ke dasar, untuk mencari kebebasan melontarkan minda,
Wisma Yakin, atau lebih tepat Fajar Ilmu Bakti,

Penulis yang dikagumi, perantara kebebasan bersuara dengan politikus semasa, juga mampu gentarkan mereka yang berbicara tentang cinta,

Ustaz Anis Matta,


“Mengapa aku dihukum mati” oleh As-Syahid Syed Quthub, Pemikir sepanjang zaman.



Belum di baca, maka tiada ulasan.

22 Okt 2008

Ukhwah untuk dipelihara

Allahu Akbar,

Ku ketandusan bulan ini, belaian Ramadhan hampir sirna, menampakkan parut lama. Amalan kurang, banyak terlena, menulis makin kurang mampu, membaca makin terserlah tak menghayati, Satu buku pun tak dikhatam bulan ini, hanya sempat Hijab Sang Pencipta, itupun selesai menjelang Syawal.

Di mana aura itu menghilang, mengesampingkan hampir semua keupayaan diri.
Sindrom atau apa? Hinggakan fokus di pejabat makin terabur dan teraba.

Semalam, ku pening tak bangun-bangun, ada sesuatu....yang ku resahkan

Tapi saat ini, sesuatu terlintas di fikiran, Mungkin ada satu yang kurang, malu nak sebut, segan nak bincang, tapi ia ikhlas lahir dari sanubari.

Seperti yang di sebut ulama besar Syeikh Yusuf Qaradawi dalam Fiqh Ikhtilaf, mengenai peringatan Rasul Muhammad SAW, “Jauhkanlah diri kalian dari prasangka kerana prasangka itu merupakan ucapan yang paling dusta. Janganlah saling mencurigai, saling menghasut, saling iri hati, saling membenci, dan saling membuat makar. Akan tetapi, jadilah hamba-hamba Allah yang saling bersaudara”- Imam Bukhari-

Rasul SAW menegur mengenai kondisi masyarakat bukan di zamannya, tetapi lebih kepada situasi dizaman ketiadaannya, kerana perbalahan wajar berlaku,dek kerana perbincangan dan perbezaan pendapat, namun bila ia menerbitkan bibit yang negatif, sampai masanya untuk direview dan direvisi.

Sesama Muslim tidak boleh menzalimi, menjerumuskan, dan menganiaya.Taqwa itu di sini (seraya menunjuk dadanya tiga kali). Adalah sesuatu kejahatan jika seorang Muslim menghina saudaranya. Setiap Muslim atas Muslim lainnya adalah haram darah, harta, dan kehormatannya.”-Imam Muslim-

Maukah kalian aku tunjukkan kepada sesuatu yang lebih baik dari pahala dan solat, puasa, dan sedekah?” Para sahabat menjawab, “tentu, wahai Rasullullah.” Rasul SAW bersabda, “Memperbaiki hubungan sesama saudara, kerana rosaknya persaudaraan itu adalah pencukur.” –Tirmizi berkata, “Diriwayatkan bahawa Rasul SAW bersabda, “Yang aku maksud bukanlah pencukur rambut, melainkan pencukur agama,”-Tirmizi, Sahih gharib-


SMizanSaidin
12.35 pm
22 Syawal 1429H


Bila keyakinanku datang,Kasih bukan sekadar cinta,Pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

10 Okt 2008

Bengkel Penulisan Islami bersama Habiburrahman

Sila klik untuk paparan lebih jelas
untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi alamat penganjur di bawah:
Akar Bina Training & Consultancy
No. 7, Jalan Seri Putra 3/11, Bandar Seri Putra,
43000, Kajang, Selangor.
Tel/Fax : +603-89221875 (Pn. Masripah)

9 Okt 2008

EQ

Aidilfitri di Syawal 1429H, ana sambut lebih sehari, ditambah dengan 2 hari sebelum kebanyakan orang bercuti pada 27 Ramadhan, menjadikan ana bercuti selama 12 hari.
Tempoh yang agak panjang bagi insan yang bekerja mengikut waktu pejabat.
Sehari sebelum pulang ke KL, ana sempat menghantar khidmat pesanan ringkas pada bos dengan dimulai dengan “ Selamat Menyambut Aidilfitri, maaf zahir dan batin”.
Bos jawab ringkas, namun ana dapat menerka, keadaan ana bila tiba di pejabat pagi Selasa nanti.

Sambutan di kampung sudah berakhir dengan seribu satu kegembiraan dan kesyahduan. Mandi sunat pagi raya, lemangnya, dodolnya, rendangnya, semua telah dijamah. Ditambah pula dengan hari lahir yang jatuh di awal Syawal , menjadikan diri lebih bertuah dan gembira. Alhamdulillah.Seribu satu kerenah si penawar hati yang masih belum petah bercakap, cuma pandai mengajuk dan kerap perlu di pujuk. Terhibur sebentar dengan satu-satunya Hawa abang , yang terkadang mengekori sehingga ke bilik sambil menyebut ‘ayah,.. ayah,...’. dek kerana suara yang meyerupai ayahnya yang ala ala Rabbani,...“Uncle tiada jawapan untuk itu,...” jawab ana, tapi cuma terlintas di hati.




Isnin,7.15 pagi, ana bertolak, Vios yang di pandu abang ipar bergerak membelah dingin pagi, masing-masing kami memakai jaket untuk mengelak selsema, teringat pula teman serumah yang beriringan demam dan selsema sebelum ana bergerak pulang tempoh hari. Kamunting dilalui separuh dan kami terus memasuki PLUS di Taiping Utara.

Kami mengejar masa sebenarnya, Selasa nanti abang ipar perlu ke Singapura atas urusan kerja dan mungkin di sana lebih dari seminggu. Hari Isnin juga dia perlu renew pasport sebelum ke Singapura.Atas saranan rakannya, kami ke Shah Alam untuk urusan itu.

Cepat dan mudah, itulah yang terdetik tatkala kami terpandang kios yang disediakan untuk sesiapa yang mahu memperbaharui pasport, kurang 5 minit urusan selesai dan kami boleh mengutip pasport dua jam dari tempoh mula urusan. 12.13-2.13 petang, itu perkiraan kami.

Sambil menunggu, kami bercadang untuk menikmati juadah yang disediakan di komplek berkenaan, tapi juadah tersebut perlu dibayar di kaunter yang juga telah disediakan. Berpatutan harganya jika dibandingkan dengan kedai yang mula kami singgah tadi. Nasi putih berlaukkan lauk untuk nasi ayam, cukup untuk mengenyangkan insan yang kelaparan menempuhi perjalanan. Alhamdulillah.

Selepas makan tengahari, kami terus ke surau untuk solat Zohor, “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”-(51:56).
Masa ada kurang dari sejam, kami teruskan menunggu sambil melihat suasana persekitaran. Dengan tidak semena-mena, ana ternampak sebuah toko buku agama, yang tidak kalah dengan kedai yang pernah dikunjungi sebelum ini.

Salam di jawab, walaupun ana telah pun berada dalam kedai. Seorang lulusan Universiti Madinah dalam bidang Usuluddin pemiliknya. Dua items menjadi pilihan, VCD Al-Quran Imam Masyari dan sebuah buku untuk masa hadapan. Ana lebih suka mengelakkan tawar menawar dalam urusan jual-beli buku-buku atau produk yang bersifat Islamik. ‘Kerna Islam kamu menjual dan Kerana Islam aku membeli’.

Lebih kurang 10 minit selepas jam 2, kami kembali ke atas, menunggu giliran untuk mengutip pasport. Begitu ramai orang waktu begitu, sehingga hampir tiada kerusi yang kosong. Ana menunggu sambil menatap majalah yang dibeli abang ipar.

Masa berlalu, 15 minit, 30 minit, 1 jam dan mata sudah tidak tertahan, mahu saja berbaring sambil menunggu tapi macam tak perlu, ramai lagi yang menunggu.

Nama abang ipar di sebut, tersentak kami yang di buai pendingin hawa, sekejap abang dah kembali ke tempat duduk, katanya pasportnya ada sedikit masalah. Kami berbicara sejenak, prosedur yang sama dan kami juga menepati arahan dan masa, mustahil boleh timbul masalah. Perasaan dah rasa lain sedikit, panas, gelisah dan serba-serbi yang tidak enak. Orang yang berbaris sekali semua sudah usai urusan. Sekali nama mereka di sebut, bermakna urusan mereka selesai. Tapi berlainan jadinya dengan kami. Keliru!!!!!.

3.30 petang, kami dah hampir tenggelam dengan kemarahan, tadi ada seorang manusia yang melepas geram, ditegurnya kakitangan di situ, katanya mereka lambat dan malas. Dia betul-betul marah sehinggakan di rakamnya gambar mereka di telefon mudah alihnya. Entah apa mahu dibuatnya. Ana dah sengal badan kerana terlampau lama duduk. Lucu juga dapat melihat wajah yang semakin menyinga orang-orang di situ.

Sekali lagi, abang ipar ana bertanya, dan jawapan mereka mudah dan cepat, “ sesiapa yang menggunakan mesin yang disediakan di kios tadi, memang akan menghadapi masalah”.
Wah, terkejut kami, rupanya-rupanya “mudah dan cepat” itu juga perlu dibayar dengan masa selain kos perkhidmatan. Tergeleng-geleng ana.

Terlintas di minda beberapa persoalan, “adakah urusan yang dibuat lebih 3 jam yang lepas, baru dapat dikesan?,..”mengapa tidak diselesaikan dahulu urusan insan yang telah lama menunggu?,.. dan apa-apa lagi.

Sebagai makhluk yang normal, kami macam disangsikan kenormalan itu, bahkan bukan kami sahaja, tapi ada seorang abang, dan dua warga cina yang menghadapi keadaan yang demikian. Abang tersebut terkandas sebab gambar, kata mereka tidak mengikut syarat, atau mungkin abang tu terlebih posing sehingga membuatkan kakitangan berkenaan cemburu.Entahlah,...

Abang ipar lantas mahu meminta balik resit dan datang keesokan harinya, tapi yang pelik lagi hairan, mereka menjawab “ pasport tu dah siap, lagi 5 minit boleh ambil”. Arghhhhh... no comment...

Ini sudah membuatkan kami bertambah kurang waras. Tapi dek kerana dia janji lagi 5 minit, kami cool down sekejap. Lebih kurang 3.45 petang, 2 pasport bertukar tangan, satu yang lama dan satu yang telah diperbaharui. Kami pun pulang.

Satu keadaan yang ana rasa bersyukur adalah ketika dapat mempraktikkan kemampuan utk merasakan perasaan org lain dan kemudian menjadikankan pengetahuan itu sbg informasi penting utk mengambil tindakan.Ini disebut EQ (Emotion Quotient). Walaupun situasi tersebut mengundang rasa tidak puas hati, tetapi paling kurang ana dapat mengawal emosi.

Berbalik kepada keadaan tadi, adakah kita dapat memahami situasi yang dihadapi oleh kakitangan berkenaan, urusan kerja ya urusan kerja, tapi dia juga manusia, membutuhkan keuzuran biologi seperti letih, lapar, nak ke tandas dan sebagainya. Apa kita menganggap mereka tidak cekap melakukan tugas mereka atau tidak melakukan tugas mereka langsung?
Apa kita memposisikan diri kita sebagai raja yang mengerah hambanya, melakukan segalanya untuk kita, cara kita dan seumpamanya. Sama-sama muhasabah diri.

Inilah fungsinya, memahami dan menggunakan EQ dalam urusan kehidupan kita akan lebih memudahkan kita. Agar kita lebih spesifik dalam mengambil tindakan dan melaksanakan urusan. Kita manusia, bekerja dan berurusan dengan manusia, di mana sahaja, tempat kerja, pasar raya, di tandas awam, malahan di tempat membayar parking ( sebahagian tempat dah menggunakan mesin).Kejadian sedemikian akan tetap terus berlaku, bila-bila masa, bahkan di mana jua, ia bergantung kepada kita dalam menilai keadaan dan memberi respon. Mungkin juga telah diwartakan Tuhan urusan kita pada hari berkenaan digenapkan pada hal tersebut, atau Tuhan memungkinkan hikmah yang lain dalam kehidupan kita. Itulah kenyataan yang perlu kita jadikan hamparan sebagai membuktikan penerimaan kita terhadap Qada’ dan Qadar Tuhan.

Diharap Syawal ini menambahkan lagi sifat mahmudah yang telah sama-sama kita semai Ramadhan lepas. Musim membajak, menanam itu berlangsung sepanjang tahun, dan sepanjang kehidupan kita, musim menuainya kan tiba di barzakh dan berlanjutan hingga ke syurga InsyaAllah, kelak baik atau buruk hasilnya, sama-samalah kita menanti di Barzakh (nak lagu Menanti di Barzakh nyanyian Far East boleh dload kat internet)

Masih tidak terlambat untuk mengucapkan Salam lebaran dan tunaikanlah puasa 6 sebagai tanda cinta dan sayang kepadaNya.
Hidayah itu Gratis dari TuhanKu,

Wassalam


SMizanSaidin
Mohon Bicara pada Yang Esa
5.05 petang
9 Syawal 1429H

Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-