Tempoh yang agak panjang bagi insan yang bekerja mengikut waktu pejabat.
Sehari sebelum pulang ke KL, ana sempat menghantar khidmat pesanan ringkas pada bos dengan dimulai dengan “ Selamat Menyambut Aidilfitri, maaf zahir dan batin”.
Bos jawab ringkas, namun ana dapat menerka, keadaan ana bila tiba di pejabat pagi Selasa nanti.
Sambutan di kampung sudah berakhir dengan seribu satu kegembiraan dan kesyahduan. Mandi sunat pagi raya, lemangnya, dodolnya, rendangnya, semua telah dijamah. Ditambah pula dengan hari lahir yang jatuh di awal Syawal , menjadikan diri lebih bertuah dan gembira. Alhamdulillah.Seribu satu kerenah si penawar hati yang masih belum petah bercakap, cuma pandai mengajuk dan kerap perlu di pujuk. Terhibur sebentar dengan satu-satunya Hawa abang , yang terkadang mengekori sehingga ke bilik sambil menyebut ‘ayah,.. ayah,...’. dek kerana suara yang meyerupai ayahnya yang ala ala Rabbani,...“Uncle tiada jawapan untuk itu,...” jawab ana, tapi cuma terlintas di hati.
Isnin,7.15 pagi, ana bertolak, Vios yang di pandu abang ipar bergerak membelah dingin pagi, masing-masing kami memakai jaket untuk mengelak selsema, teringat pula teman serumah yang beriringan demam dan selsema sebelum ana bergerak pulang tempoh hari. Kamunting dilalui separuh dan kami terus memasuki PLUS di Taiping Utara.
Kami mengejar masa sebenarnya, Selasa nanti abang ipar perlu ke Singapura atas urusan kerja dan mungkin di sana lebih dari seminggu. Hari Isnin juga dia perlu renew pasport sebelum ke Singapura.Atas saranan rakannya, kami ke Shah Alam untuk urusan itu.
Cepat dan mudah, itulah yang terdetik tatkala kami terpandang kios yang disediakan untuk sesiapa yang mahu memperbaharui pasport, kurang 5 minit urusan selesai dan kami boleh mengutip pasport dua jam dari tempoh mula urusan. 12.13-2.13 petang, itu perkiraan kami.
Sambil menunggu, kami bercadang untuk menikmati juadah yang disediakan di komplek berkenaan, tapi juadah tersebut perlu dibayar di kaunter yang juga telah disediakan. Berpatutan harganya jika dibandingkan dengan kedai yang mula kami singgah tadi. Nasi putih berlaukkan lauk untuk nasi ayam, cukup untuk mengenyangkan insan yang kelaparan menempuhi perjalanan. Alhamdulillah.
Selepas makan tengahari, kami terus ke surau untuk solat Zohor, “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”-(51:56).
Masa ada kurang dari sejam, kami teruskan menunggu sambil melihat suasana persekitaran. Dengan tidak semena-mena, ana ternampak sebuah toko buku agama, yang tidak kalah dengan kedai yang pernah dikunjungi sebelum ini.
Salam di jawab, walaupun ana telah pun berada dalam kedai. Seorang lulusan Universiti Madinah dalam bidang Usuluddin pemiliknya. Dua items menjadi pilihan, VCD Al-Quran Imam Masyari dan sebuah buku untuk masa hadapan. Ana lebih suka mengelakkan tawar menawar dalam urusan jual-beli buku-buku atau produk yang bersifat Islamik. ‘Kerna Islam kamu menjual dan Kerana Islam aku membeli’.
Lebih kurang 10 minit selepas jam 2, kami kembali ke atas, menunggu giliran untuk mengutip pasport. Begitu ramai orang waktu begitu, sehingga hampir tiada kerusi yang kosong. Ana menunggu sambil menatap majalah yang dibeli abang ipar.
Masa berlalu, 15 minit, 30 minit, 1 jam dan mata sudah tidak tertahan, mahu saja berbaring sambil menunggu tapi macam tak perlu, ramai lagi yang menunggu.
Nama abang ipar di sebut, tersentak kami yang di buai pendingin hawa, sekejap abang dah kembali ke tempat duduk, katanya pasportnya ada sedikit masalah. Kami berbicara sejenak, prosedur yang sama dan kami juga menepati arahan dan masa, mustahil boleh timbul masalah. Perasaan dah rasa lain sedikit, panas, gelisah dan serba-serbi yang tidak enak. Orang yang berbaris sekali semua sudah usai urusan. Sekali nama mereka di sebut, bermakna urusan mereka selesai. Tapi berlainan jadinya dengan kami. Keliru!!!!!.
3.30 petang, kami dah hampir tenggelam dengan kemarahan, tadi ada seorang manusia yang melepas geram, ditegurnya kakitangan di situ, katanya mereka lambat dan malas. Dia betul-betul marah sehinggakan di rakamnya gambar mereka di telefon mudah alihnya. Entah apa mahu dibuatnya. Ana dah sengal badan kerana terlampau lama duduk. Lucu juga dapat melihat wajah yang semakin menyinga orang-orang di situ.
Sekali lagi, abang ipar ana bertanya, dan jawapan mereka mudah dan cepat, “ sesiapa yang menggunakan mesin yang disediakan di kios tadi, memang akan menghadapi masalah”.
Wah, terkejut kami, rupanya-rupanya “mudah dan cepat” itu juga perlu dibayar dengan masa selain kos perkhidmatan. Tergeleng-geleng ana.
Terlintas di minda beberapa persoalan, “adakah urusan yang dibuat lebih 3 jam yang lepas, baru dapat dikesan?,..”mengapa tidak diselesaikan dahulu urusan insan yang telah lama menunggu?,.. dan apa-apa lagi.
Sebagai makhluk yang normal, kami macam disangsikan kenormalan itu, bahkan bukan kami sahaja, tapi ada seorang abang, dan dua warga cina yang menghadapi keadaan yang demikian. Abang tersebut terkandas sebab gambar, kata mereka tidak mengikut syarat, atau mungkin abang tu terlebih posing sehingga membuatkan kakitangan berkenaan cemburu.Entahlah,...
Abang ipar lantas mahu meminta balik resit dan datang keesokan harinya, tapi yang pelik lagi hairan, mereka menjawab “ pasport tu dah siap, lagi 5 minit boleh ambil”. Arghhhhh... no comment...
Ini sudah membuatkan kami bertambah kurang waras. Tapi dek kerana dia janji lagi 5 minit, kami cool down sekejap. Lebih kurang 3.45 petang, 2 pasport bertukar tangan, satu yang lama dan satu yang telah diperbaharui. Kami pun pulang.
Satu keadaan yang ana rasa bersyukur adalah ketika dapat mempraktikkan kemampuan utk merasakan perasaan org lain dan kemudian menjadikankan pengetahuan itu sbg informasi penting utk mengambil tindakan.Ini disebut EQ (Emotion Quotient). Walaupun situasi tersebut mengundang rasa tidak puas hati, tetapi paling kurang ana dapat mengawal emosi.
Berbalik kepada keadaan tadi, adakah kita dapat memahami situasi yang dihadapi oleh kakitangan berkenaan, urusan kerja ya urusan kerja, tapi dia juga manusia, membutuhkan keuzuran biologi seperti letih, lapar, nak ke tandas dan sebagainya. Apa kita menganggap mereka tidak cekap melakukan tugas mereka atau tidak melakukan tugas mereka langsung?
Apa kita memposisikan diri kita sebagai raja yang mengerah hambanya, melakukan segalanya untuk kita, cara kita dan seumpamanya. Sama-sama muhasabah diri.
Inilah fungsinya, memahami dan menggunakan EQ dalam urusan kehidupan kita akan lebih memudahkan kita. Agar kita lebih spesifik dalam mengambil tindakan dan melaksanakan urusan. Kita manusia, bekerja dan berurusan dengan manusia, di mana sahaja, tempat kerja, pasar raya, di tandas awam, malahan di tempat membayar parking ( sebahagian tempat dah menggunakan mesin).Kejadian sedemikian akan tetap terus berlaku, bila-bila masa, bahkan di mana jua, ia bergantung kepada kita dalam menilai keadaan dan memberi respon. Mungkin juga telah diwartakan Tuhan urusan kita pada hari berkenaan digenapkan pada hal tersebut, atau Tuhan memungkinkan hikmah yang lain dalam kehidupan kita. Itulah kenyataan yang perlu kita jadikan hamparan sebagai membuktikan penerimaan kita terhadap Qada’ dan Qadar Tuhan.
Diharap Syawal ini menambahkan lagi sifat mahmudah yang telah sama-sama kita semai Ramadhan lepas. Musim membajak, menanam itu berlangsung sepanjang tahun, dan sepanjang kehidupan kita, musim menuainya kan tiba di barzakh dan berlanjutan hingga ke syurga InsyaAllah, kelak baik atau buruk hasilnya, sama-samalah kita menanti di Barzakh (nak lagu Menanti di Barzakh nyanyian Far East boleh dload kat internet)
Masih tidak terlambat untuk mengucapkan Salam lebaran dan tunaikanlah puasa 6 sebagai tanda cinta dan sayang kepadaNya.
Hidayah itu Gratis dari TuhanKu,
Wassalam
SMizanSaidin
Mohon Bicara pada Yang Esa
5.05 petang
9 Syawal 1429H