Ku ketandusan bulan ini, belaian Ramadhan hampir sirna, menampakkan parut lama. Amalan kurang, banyak terlena, menulis makin kurang mampu, membaca makin terserlah tak menghayati, Satu buku pun tak dikhatam bulan ini, hanya sempat Hijab Sang Pencipta, itupun selesai menjelang Syawal.
Di mana aura itu menghilang, mengesampingkan hampir semua keupayaan diri.
Sindrom atau apa? Hinggakan fokus di pejabat makin terabur dan teraba.
Semalam, ku pening tak bangun-bangun, ada sesuatu....yang ku resahkan
Tapi saat ini, sesuatu terlintas di fikiran, Mungkin ada satu yang kurang, malu nak sebut, segan nak bincang, tapi ia ikhlas lahir dari sanubari.
Seperti yang di sebut ulama besar Syeikh Yusuf Qaradawi dalam Fiqh Ikhtilaf, mengenai peringatan Rasul Muhammad SAW, “Jauhkanlah diri kalian dari prasangka kerana prasangka itu merupakan ucapan yang paling dusta. Janganlah saling mencurigai, saling menghasut, saling iri hati, saling membenci, dan saling membuat makar. Akan tetapi, jadilah hamba-hamba Allah yang saling bersaudara”- Imam Bukhari-
Rasul SAW menegur mengenai kondisi masyarakat bukan di zamannya, tetapi lebih kepada situasi dizaman ketiadaannya, kerana perbalahan wajar berlaku,dek kerana perbincangan dan perbezaan pendapat, namun bila ia menerbitkan bibit yang negatif, sampai masanya untuk direview dan direvisi.
“Sesama Muslim tidak boleh menzalimi, menjerumuskan, dan menganiaya.Taqwa itu di sini (seraya menunjuk dadanya tiga kali). Adalah sesuatu kejahatan jika seorang Muslim menghina saudaranya. Setiap Muslim atas Muslim lainnya adalah haram darah, harta, dan kehormatannya.”-Imam Muslim-
“Maukah kalian aku tunjukkan kepada sesuatu yang lebih baik dari pahala dan solat, puasa, dan sedekah?” Para sahabat menjawab, “tentu, wahai Rasullullah.” Rasul SAW bersabda, “Memperbaiki hubungan sesama saudara, kerana rosaknya persaudaraan itu adalah pencukur.” –Tirmizi berkata, “Diriwayatkan bahawa Rasul SAW bersabda, “Yang aku maksud bukanlah pencukur rambut, melainkan pencukur agama,”-Tirmizi, Sahih gharib-
SMizanSaidin
12.35 pm
22 Syawal 1429H
Bila keyakinanku datang,Kasih bukan sekadar cinta,Pengorbanan cinta yang agung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan