20 Nov 2008

Cinta malam itu.


Cinta malam itu : Dakwah dan Cinta

Semalam bagai mimpi,
Siang begitu lambat menghambat,
Cerah mentari seperti menghalau hadir bulan

Persediaan yang agak jarang kami lakukan, membersih rumah, termasuk perabot yang serba tidak ada di teratak itu, Sangat-sangat berterima kasih kepada ex. PA Kang Abik yang sangat-sangat bertungkus lumus dalam memastikan keceriaan teratak itu terus berpanjangan. Biar keletihan masing-masing mengurut kuduk, bagai sengal mahu tercabut.

Tak lupa kepada Sang Murobbi yang menyediakan santapan ringan kepada semua, dan juga kepada Abu Aish Naufal yang turut sama menyumbang makan malam untuk Kang Abik dan tetamu.

Juga tidak dilupakan kepada Akhi Lak dan Kang Mad Nor, yang menjarah laman teratak itu dengan seupaya diri, terima kasih banyak-banyak.Arigato.

Juga kepada ikhwah lain, yang sudi memperhambakan diri di ruang tamu itu, bersama menceriakan malam cinta kita bersama tetamu yang sangat-sangat di nanti, yang tak sangka dapat ditemui, bagaikan mimpi, kita bagai rakyat, yang diziarahi pembesar negara, itu umpamanya.

Kami menunggu kehadiran Novelis Best Seller, Habiburrahman El Shirazy,untuk berdiam dalam sejam dua di kediaman sewaan kami. Hampir jam 9, beliau tiba membawa sekali tafsiran kerinduan kami yang berselubung kegembiraan.

Dengan tema dakwah dan cinta, Kang Abik melafaz tinta pengalaman yang dilaluinya, dengan memerdekakan pandangan dari asung dunia, tapi menjurus syariat dan sunnah Allah.

Pada diri, adil seupaya kita, kerana dakwah itu, untuk santapan roh yang mendamba cinta.
Pada ahlimu, adillah mengikut kedudukan mereka, kerana pada dirimu terletak hak-hak mereka.
Pada masyarakat sekelilingmu, adillah, turutilah, kerana sekalian cinta itu jangan di biar keguguran seperti di musim rontok, biar cinta dibarengi rahmat.

Sukar melafazkan gembira melalui kata, cukup sekadar gambar sebagai indicator keceriaan kami.

Apa lagi yang kau persoalkan
Apa lagi yang kau bimbangkan
Yakinlah kepada Tuhan mu
Hanya dialah Tuhan Yang Satu

Apa lagi yang kau ragukan
Apa lagi yang kau resahkan
Teguhkanlah iman mu padaNya
Hanya dialah Tuhan yang ESA

Dialah Tuhan di langit dan bumi
Dialah Tuhan siang dan malam
Dialah Tuhan susah dan senang
Dialah Tuhan hidup dan mati

Dialah Tuhan yang Maha Pemurah
Dialah Tuhan yang Maha Pengasih
Dialah Tuhan yang Maha Mengetahui
Dialah Tuhan yang Maha Pengampun

Bacalah khalimah syahadah ini
Pasti kau mendapat keteguhan iman

ASHADUALLAILAHAILLALLAH MUHAMADURRASULULLAH

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yg disembah melainkan ALLAH
dan Muhammad itu pesuruh ALLAH


Kepada yang membaca,
Jangan dipendam rasa cemburu,
Cukuplah sekadar berkongsi gembira,
Penghuni di teratak LEP itu

SMizanSaidin
3.19 pm
21 Zulkaedah 1429H
Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-