10 Nov 2008

Ku dambai Pemuda Kahfi

Bala itu untukku,
Peringatan dari Tuhan
Supaya aku gentar dikalbu

Tanah menjadi saksi
Laut menjadi bukti
Tenang cintaku kepadaMu

Aku asingkan diri untuk mengelak cemuhan
Aku hinakan diri pada pandangan insan
Kerana ingin mengekori generasi ghurabaq

Aku bertapa pada sejadahMu,
Untukku hindari asung dunia,
Yang makin melata

Aku maju semampuku,
Kerna kuyakin janjiMu,
Dipersada Arasy-Mu

Andai insan meminggir
Tak mengapa Tuhanku,
Itu lumrah liku seruMu

Tinggalkanlah aku wahai manusia
Biarlah gua itu menjadi tempat diamku
Biarkanlah aku menjadi Pemuda Kahfi


SMizanSaidin
2.46 pm
8 Zulkaedah 1429H
Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-