20 Nov 2008

Moh balik Taiping- Cinta menurut Al Quran dan Sunnah

esok balik taiping, jika diizinkan Allah,

Tengahari tadi aku telefon abang, sangkaku dia pulang malam ini, kail tidak mengena, dia dah pulang, dia sudah pun berdua-duaan bersama isteri, jalan-jalan. Menikmati masa bujang buat beberapa jam. Iman-imannya semua dibiar bermain-main bersama Opah dan Tok Wan. Ada saja alasan untuk berjalan.

Dia mengkhabarkan sesuatu, panggung wayang katanya, sudah dibina bersebelahan Gedung TESCO di Kamunting, aku cuba memberi respon , dengan lagak terkejut walaupun muka gaya sinis, itulah agaknya pencapaian Kamunting a.k.a Taiping yang sangat-sangat didambakan penghuninya mungkin.

Entah apa-apa, Ke mana letaknya buah fikir mereka tatkala melihat suasana, apa yang hendak dicapai dengan pendirian demikian , dengan hiburan terciptanya modal insan?, atau mungkin panggung itu adalah telahan gembira mereka terhadap filem terbaru hasil sentuhan Habiburrahman El Shirazy? itu sangka baikku. Confuse dan bertambah keliru, itu berita baik atau buruk.

Aku pulang sekurang-kurangnya untuk melerai kusut, cuba merutinkan ibadah kepada keluarga dengan cara menziarah, tapi macam ada sesuatu yang pelik. Taiping (Selama) memandang Kuala Lumpur untuk dicontohi, tapi warga KL meronta-ronta, merintih untuk membina kehidupan di desa, mereka stress dengan fitnah Kuala Lumpur,

Teringat semalam, tika menghadiri sesi kuliah Abu Saif di Surau Al-Munir, Seri Kembangan, beliau berbicara tentang cara kita memandang, cara kita memandang perlu diperbetulkan, sebelum melanjutkan dengan akidah, syariat dan Akhlak Islam, mengapa? kerana jikalau tidak diperbetulkan ia seperti mencurah air ke daun keladi, konsep entah ke mana, hasil berpecah arah, melata tak menentu.

Diakhir sesi, Abu Saif menyebutkan tentang penafsiran 10 ayat terakhir dalam surah Ali Imran, katanya ia bercakap mengenai zikir dan fikir, zikir adalah mengingat Tuhan especially Allah, fikir adalah capaian zikir kita dalam gaya fizikal, bermaksud usaha kita dalam menggambarkan bahawa kita ini sentiasa mengingati Allah, Dalam riwayat menyebutkan Nabi SAW gemar melihat langit sebelum melakukan Qiamnya, ini kesan dari zikir dan fikir ke atas Allah.

berfikirlah, lihat laut dan darat, lihat langit, kemudian lihat bumi, di mana bumi?, di dalam sistem suria yang beredar mengelilingi matahari,.lihat matahari,..oooh..rupa-rupanya matahari juga adalah bintang yang juga beredar pada orbitnya dan ia juga berada dalam satu galaksi yang sangat-sangat-sangat luas, Bima Sakti namanya mengikut riwayat, Bima sakti pula adalah satu dari sekian jutaan galaksi di dunia ini ( bukan dunia yang hanya bumi, bulan dan matahari).Di mana manusia?, di mana kita? di mana?????

itulah sebabnya ,perlu kita tergolong dalam Ulul Albab (orang-orang yang berakal), kerana orang berakal tidak hanya memandang, tapi melihat dengan mata hati (Basirah), penilaian yang mengutamakan kesucian dan kemurnian hati, yang kita gelar kesucian cinta yang mutlak kepada Allah.

Isaac Newton menegaskan bahawasanya, daya tarikan di antara bintang, bulan, bumi, matahari dan apa saja yang di dalam dunia ini yang menyebabkan tidak berlakunya sebarang perlanggaran atau perbalahan, itulah yang menstabilkan sistem didunia yang kita duduki ini.
Tapi sebagai Muslim yang mengimani kewujudan Allah dan cintaNya, kita melangkau dengan lebih jauh lagi, ia bukan sebagai daya, tapi sebagai cinta, sebagai 'isyq, tafsiran dari Ibnu Qayyim menyebut sebagai cinta yang meluap-luap ( Buku Raudhah al Muhibbin wa Nuzhah al Musytaqin)

Ia adalah sebenar cinta dari Allah kepada hambanya
Ia adalah cinta Pencipta kepada yang dicinta
Ia adalah segalanya berkenaan cinta, cinta yang tidak mungkin dapat dicipta dan dimusnahkan
Kerana cinta ku pulang jua


Kerna Mujahid itu Pencinta
SMizanSaidin
3.41 pm
22 Zulkaedah 1429H
Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-