11 Mac 2010
biar mehnah biar ujian
nah, mukmin itu sentiasa mahu,
menukar tahu menuju mampu,
mentarbiah diri dengan menjauhi culas dan maksiat,
merekrut diri dengan tabiat amal dan tanggungjawab,
kerna mukmin itu sekali ia melangkah,
pantang surut mundur ke belakang,
biar mehnah biar ujian,
beban kan menjadi tanggungan,
amanah kan menjadi perhatian,
tugasan kan menjadi kekuatan,
kekuatan kan menjadi perisainya,
kekebalan bukan dari luar,
tapi di sulam dari dalam,
batinnya berdiri,
zahirnya mandiri,
maka nya, semakin tinggi ujian,
semakin indah terasa,
semakin gasak cubaan,
semakin membaja iman,
semakin mengkristalkan aqidah,
semakin terserlah lu' lu' wal marjan...
ikhsan insan
25 rabiul awwal
Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-