5 Mac 2010

songket dakwah

bila Tuhan mengkehendaki sesuatu,
aku coretkan jua rasa hati,
dibalik sempit ini.
terimalah songket dakwah...


akhi, dakwah ini seluas lautan,
bahkan seluas angkasa,
bahkan seluas segala-segalanya

segala-galanya berpuncakan dakwah ini,
itu yang menjadikannya tiada sempadan,
di mana habuk kaki ini menyinggah,
di situ dititipkan warta tarbiah

biar di ceruk tempatnya cencurut,
biar di ceclah kerumunnya semut,
biar di bingit sarangnya lebah,
biar di busuk ladangnya lembu
di situ modal kita berdakwah

akhi, dakwah ini seumpama tenunan songket,
tarbiah ini ibarat setiap sulaman benang emasnya,
penuh teliti dan cermat,
urusannya lama, terbenam kesungguhan padanya,
tapi lihat hasilnya, indah, cantik di pandang mata,
terasa lapang selepas penat,
terasa nikmatt selepas letih
kepuasan itu hakiki akhi,
di sana nanti, Dia berjanji


ikhsan insan
19 Rabiul Awwal
Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-