31 Mac 2010

bilikku berbau...mari berpesta

Bilikku berbau,....


Cari dan gali lah ilmu

Siapa kita?
Apa yang mencorak kita?

Ke mana arah kita?




Seseorang bertanya kepada Ibrahin bin Adham Rahimahulah, “ sesungguhnya aku tidak mampu mendirikan solat malam, maka terangkanlah kepada ku tentang ubatnya?.” Lantas ia pun menjawab, janganlah engkau bermaksiat kepada-Nya di siang hari, nescaya Allah Ta’ala akan membangunkanmu untuk berdiri menghadap-Nya di malam hari, kerana sesungguhnya kamu berdiri di hadapan-Nya pada malam hari adalah sebuah kemuliaan yang sangat besar, sementara orang yang bermaksiat tidaklah berhak mendapatkan kemuliaan tersebut.”


KLIBF 2010 datang lagi, seperti tahun-tahun sudah, kecemburuan ku datang lagi, lantas...
Ku berlari ke sana. Seperti biasa, aura Pesta buku dimeriahkan dengan pelbagai buku baru, di samping buku-buku yang jarang kedapatan di kedai-kedai biasa. Tak sahih andai tidak membeli, tak sahih andai muslim tidak mencinta buku dan ilmu.

Sambil membelek-belek, terserempak dengan Abu Saif. Beliau hadir sebagai “pengunjung”, dan saya tidak betah menghabiskan masa beliau yang terhad, autograf?, saya tidak mahu mengganggu, tapi sempat candid.







Sambil kaki melangkah, sambil mata mencari bahan baru, atau mungkin terserempak dengan buku-buku yang not in my list, but still can be one of them.

Saya sudah lama tidak membaca sebarang novel, tapi tika sedang asyik memilih, saya terserempak dengan beliau, yang sedang berdiskusi tentang keintelektualan sastera dan pengetahuan masa kini, lantas saya terfikir untuk ‘bertemu’ dengan karya beliau yang baru, Bahlut dan maaf dari surga (2009).

Saudara Syed Munawwar.... dan saudara Faisal Tehrani, yang hadir dengan novel terbarunya, bahlut
Dan saya terus merakam suasana

Wajah cilik pewaris negara




berbaris, satu amalan mulia, apatah lagi dalam suasana sibuk begini



Halaqah ilmu di pesta buku

Bersama saudara Hazamin (inteam) bakal bergandingan dengannya
dalam album terbaru “outteam”, hehe...
naskah pertama dari KLIBF 2010
oleh Atriza Umar, bahasa beliau cukup menyentuh hati

isu 17

akhirnya, dapat jua dimiliki


terbaru dari Abu Saif (katanya perlu menghargai susah payah orang lain)






faisal tehrani




Syeikh Mutawalli Sya'rawi



karya Abu Fatiah


nama Eng Bahlut, Bahlut tidak akan mengaku kalah

bilikku berbau...buku

“Burung Kayang terbang melayang,
Hinggapnya di kayu jati,
Untungnya orang bersembahyang,
Mukanya jernih hatinya suci.” –
HAMKA

Sekian, saya melaporkan, mari lah berpesta membaca buku..

ikhsan insan

Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-