22 Apr 2009

Hari itu

Hari itu,

Hari tu kan,...dia pergi ke satu tempat,...
Sebab dia rasa perlu, mesti dan wajib ke tempat itu,
Dia sememangnya berperasaan begitu, lalu dia ke situ.

Dia berperasaan begitu, bukan pada hari itu sahaja,
Tapi sejak beberapa tahun lepas,... sejak beberapa tahun lepas, pada waktu dan ketika yang juga seperti pada hari itu

Sejak beberapa tahun lepas, dia sedar akan kepentingan hari itu,
Dia sedar dia perlu terus menelaah dan menggali.

Kerana keperluan jiwa untuk menghidup bangsa, dan agama,..
Kerana dia faham, menjaga bangsa bukan hanya dengan berpeluh membantah soal bahasa.
Kerana dia maklum, menjaga bangsa, bukan hanya pada berlari ke sana sini menjinjing sepanduk yang berhulu kayu itu...

Kerana dia sedar bukan dengan bersilat, bersongkok, berjubah mahupun bersongket tegar mengucup keris,..bukan itu, itu bukan tetap dan kekal cara menjaga bangsa..

Dia semakin sedar, hanya dengan menjemput diri untuk membaca, dan kemudian praktik, barulah dia dan bangsanya dapat menerjah keluar dari kepompong jumud bangsanya,..

Lalu dia ke situ pada hari itu,..
Suasana damai dan selesa,...dah tentu disulami muzik yang beraneka,...
Lalu dia terus menapak....bertemu....



Telah lama dia melangkah kembara,...risau tersasar,..dia perlukan peneman saat duka jua tawa,
Pada hari itu, dia rasa ramai sungguh yang bersamanya,...walau kerap dia bersendirian...kerap berjauhan..
Tapi peneman duka ini, bakal mengubahnya,...itu harapnya bermula dari hari itu..

Dia terus berjalan,...menyelit dan menyisih,...mencari kado seterusnya...
Dia ternampak..


Cinta Yusuf,..ya...dia mahu seperti Yusuf,..nabi Allah itu,...yang waja ketaatannya kepada Allah,...
Dia sangat pasti tentang Nabi bernama Yusuf itu, rela dipenjara berpagar besi, dizalimi pembesar negeri yang dayus.. dia perlu lebih mengenali Nabi Yusuf.

Hari itu, mujur kurang kunjungan luar,...tidak seperti dua hari sebelumnya,..ramai menggegar gempita ruang berlantai permaidani merah ini,..

Dalam dia mencelah-celah,..dia seperti mendengar namanya dipanggil...

Itulah usaha, harapan dan doanya,..
Selagi belum tiba dia akan berusaha,..

Sambil dia tersenyum,..gaya tubuhnya terus berubah mengikuti langkah kaki..
Dia perlu terus menjengah suasana...

dia terpana....

Apa mungkin syurga miliknya?
Apa mungkin dapat dia menatap bidadari syurga?
Apa mungkin dapat dia bencinta dengan ciptaan terindah Tuhan di syurga nanti?


Siapa ni ya,...tere liye...warga bollywoodkah dia?
Tapi dia pasti akan hasil tangan tere liye....ya dia pernah
Bertemu Delisa yang sibuk selalu menghafal bacaan solatnya...


Apa khabar ya Delisa...
Dan...ya...
Ya...moga bonda sentiasa dinaungi dan disayang Allah....

Kaki sudah pun letih, tangan sudah pun sedih,..tapi jiwa masih belum puas,..betul tak jiwaku?
Betul...betul...betul...

Dia mahu menikmati minuman...minuman,..kerna dahaga...



Pohon Tin?...buah Tin...sedapkah dibuat minuman,...dia mahu cuba satu hari nanti,
Tapi mungkin sedap...bau pohonnya saja sudah cukup membangkitkan nostalgia..
Dia mahu cuba,..

Dia teruskan kembara,...
Tengok adik-adik tu,...asyik membelek lembaran-lembaran...
Apa yang dibaca tu ?oh...apa majalah ini?..dia menggeleng...sambil berbaring pun ada,...
Aduh...baca apa tu?...sama seperti sahabatnya tadi...

Picisan-picisan....

Aikk...adik ni...apa jenis pakaiannya ni?,..bahan-bahan bacaan sudah dahsyat...pakaiannya...Subhanallah..Maha Suci Allah...yang sedang melihat kamu wahai adikku, kakakku...

Adik,..kakak...malah abang-abang ku sekalian....nampak tak kat situ...semua mata manusia terarah....


Adik, kakak, dan abangku sekalian...
Jadilah bintang yang sebenar,..yang bersinar,..bersinar sepanjang hayat,...

Dia sudah letih,...ramai yang masih tegar berdiri dan berjalan...dia agak puas hati,..
Semua sudah sama rata,...sedih telah tutup dengan ceria,..letih berbalas puas menambah materi di jiwa,...ya....seri...ya...

Wang milik tuhan ku,...akan ku tebar ke sana...tapi ia tidak terbang pergi,..malah kembali,...seperti kembalinya lebah ke sarang membawa madu...sungguh fresh madu ini,...mahu tak rasa?

Mahu tak kawan-kawan rasa?
Mahu tak adik-adik rasa madu itu?

Mahu?

Cakap betul-betul...nak ke tak nak???

Ehh...jab...CD ape tu?
CD lagu...nasyid...boleh tengok...



Dah lama suke kumpulan ni,...support sikit, Malaysia Boleh !!! boleh andainya kita serasikan dengan Al-Quran dan Sunnah...kalau tidak...

Ehh... nak tanya balik ni?...pasal madu tadi...
Lupa dah...dia menggeleng...

Cakap betul-betul...nak ke tak nak???

Kalau nak...sekarang masih dijual madu-madu tu...di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009...banyak madu kat sana,...cepatlah pergi beli...

Tapi jaga-jaga ya,..ada madu di situ yang palsu,..berhati-hati memilih,...untuk buku semuanya boleh....

Pergilah pilih...

Dia nak balik dah,...harap hari itu akan dia kenang selama-lamanya,...simbol kesedaran yang bukan hanya simbol tapi kekuatan untuk dia mengubah masyarakatnya...

Dia juga hampir lupa... Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.

Dia melangkah keluar,...segenap rindu telah diluahkan...pada hari itu.
Laksana telah mendapat keIndahan Ikhsan Ilahi



Ikhsan Insan
Hari itu.
5.17 pm
26 Rabi’ Awal 1430 H



Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-