20 Apr 2009

Popular yang menempah dosa

Tidak dinafikan kemahuan manusia terhadap hiburan memang tiada batas. Termasuklah yang disebut hiburan adalah nyanyian, tarian, lawak, malah sukan juga adakala dinisbahkan dengan hiburan.

Namun perbahasannya akan lebih berbeza jika orang-orang Timur yang beragama Islam mengambil intipati hiburan dengan kaedah yang sama seperti barat, bukannya pakar dalam selok-belok hiburan malah tidak layak pun untuk menemani barisan juri terutama dalam anugerah se’hebat’ ABP dan sezaman dengannya, cuma melihat keadaan yang dicipta oleh makhluk seni yang semakin mencabar saki-baki cara hidup manusia Timur yang beragama Islam.

Makin glamor makin bertambah bisa,

Itulah yang dapat dilihat pada sebahagian manusia yang bergelar artis.

Persetankan seketika, cara barat, budaya barat, sistem barat dalam berhibur!!!!

Dengan menggunakan bahasa yang lebih professional, boleh dikatakan artis ‘kita’ (‘kita' merujuk kepada Malaysia) masih lagi tidak matang, ini pendapat, kenapa???

Artis Malaysia, kononnya, mengaku mereka matang hanya dengan telah banyak terdedah dengan pelbagai senario kehidupan kelas atasan, kononnya.

Artis Malaysia kononnya, berlagak professional dengan mengiakan sebarang tindakan mereka adalah berkonsepkan professional, kononnya, atas alasan untuk menaikkan taraf industri seni tanah air, kononnya.

Itu semua kononnya,
bila mula ada nama, bila mula mendapat harta segera dan sedikit pujian dari kelibat disekeliling mereka, mereka mulalah....mulalah bertindak matang, professional dan sezaman dengannya.

Terbaru, artis yang melonjak nama, mengeluarkan kenyataan luar biasa bisa, setelah masyarakat mempertikaikan tindakan ( tidak sengajanya) memeluk rakannya yang bukan muhrim dan tentunya wanita,
Dah peluk itu satu hal, tapi bercerita itu satu hal, dan mempertahankan alasannya yang bodoh itu pun satu hal, dan menjadikannya lebih panas lagi bila media juga seronok menyebarkannya....apa ke halnya semua ini?

Alasan sayang, cinta, rindu, kasih, kekasih itu, jangan dikaitkan dengan hak untuk para artis memeluk, mencium dan apa-apa sekalipun di hadapan khalayak mahupun dibelakang khalayak. Tiada hak kamu ke atasnya melainkan jika kamu adalah suaminya, ataupun isterinya, ataupun ahli keluarganya.
Ingatlah KeTimuran bangsa kita yang bertuhankan Allah sebagai Pencipta.
Malu sikap ketimuran tapi malu itu juga yang lebih penting adalah agama Islam itu sendiri

Apa batas prinsip ketika mereka ingin bergelar artis dalam memajukan industri seni???
Apa kaedah yang mereka rasa benar sentiasa untuk melakukan perkara yang luar biasa pelik dikalangan manusia Timur yang beragama Islam...?

Mereka mengeluarkan alasan bodoh, sehinggakan alasan itu lebih lawak dari diri mereka sendiri, dan kemudian dipamerkan front page di akhbar dan sebagainya, media mengiakan tindakan itu secara tidak langsung, dan kemudian gosip, kontroversi akan jadi bertambah sarat dengan fitnah yang luar biasa akan merosak masyarakat.

Tolonglah wahai artis Malaysia yang matang dan professional sekalian, kematangan anda dinilai oleh segenap lapisan masyarakat, jika yang dewasa mungkin menilainya dengan sesuatu sukar untuk diterima, tapi bagaimana penerimaan anak-anak remaja bangsa kita, tentunya sukar untuk mereka membezakan antara perilaku idola mereka yang wajar diikut dan yang tidak perlu diturut. Jangan melambakkan lagi keburukan-keburukan yang tidak wajar dicontohi kepada barisan muda negara kita. Tolong bersihkan pemikiran anak-anak kita dengan kecantikan tindakan dan perkataan anda.

Usah biar fan jadi fanatik, kita risau akan akibat kepada pemuda yang bakal memacu negara
media jangan berbicara perkara temeh

Ikhlas dari peminat
Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-