Debaran makin terasa, suasana terasa semakin panas, dengan kehadiran pengunjung mungkin mencecah lebih satu juta, saya makin gelisah menanti
Bukannya anugerah sebarang anugerah, bukan utk mencari yang terbaik, bukan jua untuk mencari yang paling popular.
Tinggal genap 2 minggu lagi, anugerah paling berprestij di Malaysia bakal mengambil tempat. Dihadiri mereka yang bergelar artis, dari segenap cabang ilmu, diangkat oleh masyarakat kerana ketokohan artistik mereka yang ‘menangkap’ jiwa dan corak pemikiran masyarakat.
Itulah anugerah kehormat untuk artis-artis ini, yang telah berhempas pulas mencorak masyarakat, dan mengangkat tinggi nilai keilmuan pada dada masyarakat. Anugerah yang mengiktiraf hasil kerja dan kajian mereka dalam berbagai bidang, yang mencakupi segenap cabang dalan patah pengetahuan.
Itulah anugerah yang dinanti oleh peminat-peminat mereka yang telah setahun menantikan hasil kreativiti para artis ini.
Kuala Lumpur International Book Fair 2009, bakal menggegarkan arena PWTC dengan kehadiran sebilangan tokoh-tokoh besar Industri terhebat didunia, Industri Keilmuan. Sekurang-kurangnya 10 hari, peminat bakal melihat dan meneliti malah memiliki pelbagai karya termahsyur dari penulis-penulis hebat.
Lupakan AF, lupakan ABP, lupakan coretan sikap hedonisme keparat yang makin merosak, seperti dalam sebuah iklan,... ada KLIBF, lupakan yang lain...
Paksalah dirimu ke sana, heretlah isteri ke sana, dukunglah anak-anakmu ke sana, temankan rakanmu ke sana, andai ke pesta kita sanggup bersesak, andai pasar malam kita sanggup bersebak-sebak, andai ke karnival kita sanggup berseksa-seksa mencari ruang,.. khatamkanlah minggu berikutnya ini dengan kepayahan mentafsir ilmu. InsyaAllah..
Biar susah, biar resah, biar payah, biar gelisah, kutiplah masa, himpunlah kekuatan, terbitkan laku dan tindakan untuk ke sana...Mahu perlu maju
Bersama memeriahkan KUALA LUMPUR INTERNATIONAL BOOK FAIR 09
(KLIBF 09) dari 17 APRIL HINGGA 26 APRIL 2009.
Jumpa di sana!!!!..