27 Jan 2010
[cinta] Ghulam yang mencari tenteram
ghulam yang sedang mencari tenteram
(marah dan tersinggung menghuni nafsu)
segala yang ada dalam hidupku
ku sedari semua milikMu
ku hanya hambamu
yang berlumur dosa
tunjukkan aku jalan lurusMu
untuk menggapai syurgaMu
terangiku dalam setiap langkah hidupku
kerana ku tahu
hanya kau Tuhanku
Allahu Akbar
Allah Maha Besar
ku memujaMu disetiap waktu
hanyalah pada Mu
tempatku berteduh
Ku mohon redha dan ampunanMu
tunjukkan aku jalan lurusMu
untuk menggapai syurgaMu
terangiku dalam setiap langkah hidupku
kerana ku tahu
hanya Kau Tuhanku
Allahu Akbar
Allah Maha Besar
ku memujaMu di setiap waktu
hanyalah padaMu
tempatku berteduh
ku mohon redha dan ampunanMu
Allahu Akbar
Allah Maha Besar
ku memujaMu di setiap waktu
hanya padaMu
tempatku berteduh
ku mohon dan ampunan Mu.
-----------------------------------------------------------ungu...syurgamu------
Ya Tuhan, Kau tahu?
Terkadang bila ku kesepian bersendiri,
Ku muhasabahkan diri ini
Menggali makna insan
Ya Tuhan, Kau tahu?
Ku tersedar dari khilaf,
Dikala awan mendung menjauh
Mengangkat hijab antara diri dan mentari
Untuk kesekian kalinya, diri ini menghambur kan titis mata kesyukuran kepada Tuhan, dengan segala keizinan dan kurnia Nya, hatta rasa kebahagiaan tika menitiskan air mata ini pun.
Atas nama kesabaran Alah menguji tahap keimanan hamba-hambaNya dengan pelbagai cara dan gaya.
Untuk kekal pada jalan ini, tiada langsung jaminan untuk diri, untuk istiqamah dalam marhalah dakwah ini, tiada siapa yang menawar janji, apatah lagi untuk mencapai redha dan Syurga Tuhan, adalah jauh sama sekali.
Namun, yang menjadikan setiap insan terpana dengan tarbiah adalah pada keimanan dan ketaqwaan, yang menetapkan jiwa ini pada gelung dakwah adalah kelangsungan dalam memberi, dan yang menyelimuti tubuh ini dalam medan pengorbanan adalah kenangan terindah di medan ukhwah.
Teringat ketika membaca coretan Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, “aku dan ikhwanul muslimin”, ia banyak menyedarkan diri, bagi yang belum membaca, ia diari terbaik untuk kita kenal apa erti pengorbanan. Didalamnya As-Syeikh menceritakan pelbagai onak duri yang beliau tempuhi dalam menyampaikan Islam. Dari fizikal dan jua mental, acapkali dakwahnya diuji, dalam banyak keadaan, dan kemudiannya itulah yang menjadi kenangan terindah.
Andai diri ini hendak dibandingkan dengan situasi As- Syeikh, tentunya sangat tidak bersesuaian langsung,
Jauh panggang dari api, namun ketika melihat liku-liku pengorbanan beliau, diri seakan-akan mengimbau kembali akan detik ketika mula menyusun nada.
Zaman belajar di IPTA adalah segalanya, disitulah mula mengenal istilah Ghuraba’, mula bertatih dengan pena “memberi”, yang sebelum ini hanya berguna untuk “menulis”. Medan itu jua merupakan arena mendidik diri, dengan kesabaran dan ketetapan. Suatu ketika, duduk berteleku menunggu bas dan komuter, yang terkadang lambat dan kerap terlewat. Medan itu medan mengenal tabiat dan peristiwa. Tabiat manusia pada setiap peristiwa, penerimaan dan penentangan, penghinaan dan kritikan.
Untuk menjustifikasikan istilah ghuraba’, ia bukan semudah dimulut, tapi kelangsungan pada amal diri dan istiqamah menjadi juri yang sukar dibeli. Nilai istiqamah itu, puncaknya tinggi, ia bukan sekadar bait pada kata, namun ia jua slogan pada laku tubuh. Amal itu yang kelaknya memberi ketenangan.
Suatu ketika, diri tiada gentar menyusun langkah, menjejak medan baru untuk ditembusi, dengan lafaz bismillah, keberkatan kalimahNya, tetap saja memberi jalan. Berjalan ke medan itu pun sudah sebati, sambil berjalan, sambil mentadabbur alam, jua sambil berdiskusi tentang method dan sarana tarbiah. Diskusi diiringi sejuk taman dan damai alam. Bukankah pernah suatu ketika kita begitu?
Suatu ketika, kita diperlekeh oleh mereka yang berkedudukan, hanya atas alasan kita kurang professional, kurang “macho” dalam istilah korporat. Kemudian kita kemudi diri sehingga kini, kita sudah tahu bagaimana mahu membuat surat rasmi!!!. Ketika itu jua masa dan tenaga kita dikerah, keringat kita diperah untuk sebuah takaful yang indah, dan bukan kerana sijil yang bercop sekolah.
Dan banyak ketika, kita mencium lelah dihujung minggu, yang ketika itu kita masih seorang pelajar, kita lantas bertemu di medan itu, penat, letih terpadam dengan senyum dan mutabaah, ya mutabaah, aku tidak boleh lari dari membicara tentang itu. Apa kalian ingat ketika kita berdaurah di suatu tempat, aku terkesan dengan taujih dari seorang Al-Akh, sampaikan Qiam ku tak gugur sepanjang minggu, temanya menusuk ke hatiku. Didaurah itu bukan saja pertama kali ku temui kenangan berukhwah, tetapi pertama kali jua ku menaiki Estima!!! Dan itu saja kenanganku bersama si Estima.
Tak lengkap tarbiah, tanpa mahu memberi, kita teruskan jua, suatu ketika, basah hujan kita nafi, sambil kita menunggu komuter, yang ketika itu hampir senja, ohh…itulah kenangan terindah. Selepas bas, komuter, kemudian teksi, itu semua kita redah tika gelap menjelang, yang ketika itu orang lain senyum sembang di medan selera. Hanya untuk itu, kita berkejaran, berkorban laba, mengeluarkan belanja, yang ketika itu kita masih lagi pelajar. Saat itu kita sedar yang dakwah itu akan lebih nikmat ketika berkorban.
Ingat ketika kita Qiam di Rumah Allah, datang nyamuk kita lempang, datang sarapan kita baham. Itu hidup ketika kita menumpang, mencari tempat untuk mengecas teori dan amal. Kita telah bersusah untuk sampai ke situ, bukan dengan air liur, tapi dengan jasad dan roh. Aku sangat teringat tika kita “madah berhelah” untuk sebuah ‘kursus penting’, kita telah berjaya menghadirinya, walau kesinambungan kursus tersebut belum terlaksana. Kita telah lalui semua itu.
Kita terus kembara, kembara si Ghuraba’, itu falsafah kita, kita susun bata kita, dengan ilmu Al-Quran. Ingat tidak, ketika kita lewat kerana menunggu kenderaan?, kita sering terlewat kerana mereka, namun lewat itu kita isi dengan buku yang senantiasa tersisir di tangan, itu sudah jadi seperti tabiat kita. Itu suatu ketika dulu, kita susah bergerak dek kerana kekurangan dan kekurangan,…..
Dunia..oh dunia,…
Benarlah Lisan Muhammad SAW tentang dunia
Suatu ketika dulu,
Kita rehlah ke mana saja, seumpama tiada yang membatasi, bukan mata wang yang menjadi sempadan, bukan jua masa, bukan jua tenaga, bukan jua apa saja.
Ukhwah yang dibina itu perlu sentiasa dikuatkan, bukan oleh maintenance yang dibayar dengan Qirsy, dinar atau RM, tapi dengan air mata yang sama ketika kita membinanya, tinta yang sama jenamanya, acuan yang sama materialnya walau dengan lain bentuknya.
Kita bertanggungjawab dalam medan ini, medan yang kita semai dengan tinta nasihah dan cinta, rindu untuk bertemu.
Bagaikan pepasir basah disimbah lautan
Begitulah perjuangan ini biar basah dengan iman dan ukhwah
Ya Tuhan, Kau tahu?
Bila mana diri ini menyedari,
Perjalanan yang ku tempuh,
Masih jauh merentas benua.
Ya Tuhan, Kau tahu?
Bahawa kaki ini sedang berlari
Berlari jauh dari fitnah sang dunia,
Berlari ke arah cintamu, dihunus syurga.
Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-