28 Jan 2010

Peduli Palestin!!!

sepatutnya sudah ada entry Peduli Palestin yang saya uploadkan minggu ini, namun Tuhan jualah yang menjadualkan aktiviti saya yang serba pincang minggu ini, namun minggu ini, ingin saya lampirkan isu kemanusiaan dan tamadun manusia dengan lebih umum, ia berguna secara keseluruhan kepada aktiviti manusia.

apa yang ingin sebutkan adalah merupakan pesanan yang lebih kepada wasiat, diucapkan oleh manusia paling mulia di muka bumi, Rasul Muhammad SAW, murabbi agung.

wasiat ini telah kita sedia maklum merupakan khutbah atau ucapan beliau yang terakhir disampaikan kepada khalayak manusia, diriwayatkan bahawa sekitar 124000 hingga 144000 umat Islam ketika itu menunggu kedatangan Nabi SAW di Wadi 'Uranah.

sengaja saya pamitkan kembali wasiat ini, untuk mentadabbur kembali diri ini, disamping kelelahan dan kesibukan yang sengaja dicipta, hanyasanya untuk menilai kembali sumbangan diri kepada agama, yang pada masa yang sama mengingati kembali keadaan saudara seakidah kita di Palestin, Afghanistan, Filipin dan di mana saja.

(bacalah khutbah ini dengan tulus hati dan kesucian nurani. bacalah seolah-olah inilah kali pertama anda menemuinya. bacalah dan hayati dengan iman dan buktikannya kemudian dengan hakikat perlakssanaan)


WASIAT TERAKHIR

“wahai manusia, sila dengar apa yang bakal aku perkatakan ini. Aku tidak tahu apakah akan dapat lagi aku bersama kamu semua laig selepas ini, di tempat ini, selepas tahun ini selamanya.”

“sesungguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan dirimu telah terpelihara (diharamkan untuk sesiapa pun daripada mengkhianatinya) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini, dan Bandar ini (Makkah dan sekitarnya).”

Sesiapa yang memegang amanah maka hendaklah dikembalikan amanah tersebut kepada tuannya. Ingatlah segala amalan jahiliah telah berada di bawah tapak kakiku (telah dihapuskan).”

“tuntutan hutang darah pada zaman jahiliah (sebelum) Islam telah diampunkan. Tuntutan darah yang pertama telah aku batalkan ialah darah Ibn Rabi’ah bin al-Harith yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.”

Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan semuanya secara keseluruhan.”

“wahai manusia! Takutilah Allah SWT dalam urusan berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Wajib atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak menghukum mereka, tapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadap kamu, maka wajib bagi kamu menjaga makan dan pakai mereka dengan baik.”

semua orang muslim adalah bersaudara. Oleh itu, tidak halal bagi seorang Muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.”
“janganlah kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku dengan sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan kepada kamu satu panduan, jika kamu berpegang kepadanya dan ajarannya maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.”

“wahai manusia, sesungguhnya tidak ada lagi selepas aku dan tiada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT, Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengeluarkan zakat hartamu dengan penuh kerelaan. Kerjakanlah jua haji ke rumah Suci Tuhanmu (Kaabah) dan dengan itu kamu bakal menghuni syurga Tuhanmu”

“Tuhan kamu adalah Esa. Datuk kamu pula satu.kamu semua berassal dari Adam dan Adam berasal dari tanah. Orang yang terbaik daripada kalangan kamu adalah mereka yang paling bertakwa kepada Allah SWT. Tidak ada kelebihan bagi bangsa Arab atau bangsa lain kecuali dengan takwa.”

“Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati. Oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada ahli waris penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan anaknya yang sebenar, juga akan menerima laknat daripada para malaikat dan seluruh manusia.”

“kemudian kamu semua bbakal ditanya tentang diriku, maka apakah yang bakal kamu perkatakan?” kami menjawab, “kami bersaksi bahawasanya tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu.”

Lantas Baginda SAW mengangkat tangannya ke langit seraya menurunkannya ke arah orang ramai lalu berkata sebanyak tiga kali : “ Ya Allah! Saksikanlah.”


ikhsan insan
Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-