selamat tahun baru
“kami tidak takut terhadap pasukan Arab. Tapi kami benar-benar gentar terhadap pasukan Allahu Akbar (ikhwanul muslimin).” Mengapa?
Kerana “ kami orang-orang Yahudi datang dari berbagai belahan bumi ke tempat ini untuk hidup. Tapi mereka datang dari berbagai belahan bumi ke tanah ini untuk mati. Bagaimana kami mahu menghadapi orang-orang seperti mereka?
Geng,...pengembaraan bermula.
Saya antara yang meminati animasi upin ipin sejak mula ia menjenguk media. Kredit untuk krew penerbitan dan seluruh warga kerja Les Copaque atas usaha kreatif dalam menghasilkan suatu bentuk hiburan baru bkn sahaja menarik kpd kanak-kanak malah untuk semua lapisan masyarakat.
Teringat saya ketika menemani anak buah yang berumur 4 tahun menonton filem pertama upin ipin. Excited, gelisah, tak senang duduk, mundar-mandir, ditambah dengan jeritan, laptop yang menjadi sarana siaran juga menjadi mangsa keghairahannya, sampai perlu ditenangkan.
Perjuangan upin dan ipin dalam memastikan sahabat mereka,Oopet, si makhluk ganjil dapat kembali ke kampung halaman dan bertemu kembali dengan ibunya, itu suatu tugas murni. Pengemblengan tenaga dari dua dunia, untuk memastikan kejayaan yang bukan sahaja dikecapi dari sisi fizikal, tapi jua kepuasan dan kejayaan dalam jiwa. Tanpa mengira latar belakang, mahupun wajah Oopet yang sangat berbeza, apatah lagi jika dibandingkan dengan bilangan rambut, tentunya upin-ipin mempunyai sedozen alasan untuk menghindari “perampok durian” tersebut.
Interaksi makhluk dalam 2 bahasa yang menatijahkan hubungan sosial terjalin atas nama kasih sayang, mengtransformasi kata kepada nilai yang lebih indah, iaitu tolong-menolong, dan lebih dari itu, pengawasan dan perhatian kak ros yang tidak terbelah bagi, justeru kerana dia faham peranan seorang kakak, seorang mas’ul (penanggungjawab) ke atas adik-adiknya, yang jika diabaikan, jika diendahkan, kelak akan ditanya oleh opah kesayangan upin ipin
Tema yang ringkas di bawa oleh animasi berkenaan, dengan satu hala tuju umum, yang jika ditanya kepada sesiapa pun, tentu mampu mereka jawab, tenaga disatukan, biarpun bahasa berbeza, warna kulit berbeza, pembawakan berbeza, dan dari keturunan yang berbeza. Berbalik kepada kehidupan manusia khususnya seorang Muslim, tenaga kita perlu disatukan untuk matlamat yang satu, iaitu mendirikan Islam, dengan mengkoordinasikan situasi Islam melalui syabab (orang lama yang berdarah muda) dan fityan (orang muda yang berdarah muda) agar Islam itu menjadi titik tengah seumpama monitor skrin pada radar-radar di kapal selam ataupun kapal terbang. Kelak, agar mudah fityan dan syabab sentiasa peka akan matlamat mereka. Posisi pemuda yang telah diaturkan di medan kembara yang sangat luas ini, perlu seiring dan diiring dengan gerak kerja yang tepat, kefahaman kepada simbol pendidikan (tarbiah), dan kelangsungan kepada setiap praktikal (amal) yang dilalui.
Apatah lagi manusia, pada kehidupan realiti, semestinya menanamkan norma tolong-menolong walau dalam apa jua bicara, usah biarkan pendapat kita dalam masalah politik, pendekatan dakwah, status, dan tahap pemikiran menjadi medium penghalang yang berterusan menjahanamkan bangsa. Standard kehidupan kita harap diselaraskan senada dengan saranan Al-Quran, berlemah-lembutlah kita dalam menyampaikan kebaikan, justeru kerana yang mengubah itu milik Allah, namun , yang mahu dan mampu berubah itu adalah kita. Betulkan ?. kita mampu mengubahnya!!!
Ini medan kembara
“suatu ketika, seorang pemuda bernama Ihsan (bukan nama sebenar) sedang mendaki dan berjalan merentas bukit, terus menerus, selama berbulan-bulan, dia hanya berhenti bila lapar, kemudian terus berjalan, hanya berhenti bila mahu bersolat, kemudian terus berjalan, hanya berhenti ketika mahu qada hajat, dan kemudian terus berjalan, tiada waktu rehat yang lain baginya.” –hanya itu tugasnya. Berjalan dan terus berjalan. Motifnya hanya satu, mencari sejenis tumbuhan yang mampu menyembuhkan “sindrom kurang daya tahan melawan penyakit dunia”
Dia terus mengembara dan berjalan, namun pada satu hari, melalui sebuah alat komunikasi berteknologi sangat tinggi, beliau diberitahu bahawa tempoh perkhidmatannya akan ditamatkan, dalam bahasa mudahnya kontrak kerjanya telah ditamatkan atas sebab-sebab tertentu. Dan dia terus membuat keputusan pulang ke kampung halamannya..the end-
Da’i kontrak?
Hamba seperti diistilah oleh seorang penulis, adalah merupakan title sepanjang zaman kepada primate bergelar manusia. Manusia tidak disebut menteri@ pembesar @ bangsawan atau apa pun melainkan “hamba”.
H - humble
A - aviator
M- mail
B - bandage
A - approach
Sampai ke mana pun, “hamba” itu wajib di bawa, sampai bila pun, “hamba” itu mesti menemani kita.
H.A.M.B.A itu bersifat da’i, merendah diri, “juruterbang”, “surat”, “pembalut”, dan mendekati. Jika disambungkan begini,...
“ hamba (khalifah/ juruterbang) yang sifatnya merendah diri, merupakan perantara (surat) yang menghubungkan hidayah Tuhan dengan manusia, yang tugas mereka mendatangi manusia, mendekati manusia, mengembalikan manusia, dan lantas membalut manusia dari zalim kegelapan”
Justeru, yang bila soal kerja itu ada istilah kontrak, apa mungkin hamba itu boleh di”kontrakkan”, seperti mana yang kita faham?
Menyampaikan Islam itu wazhifatul Rasul (tugas dan peranan rasul), menyambung tugas Rasul itu adalah hamba-hambaNya, yang mana telah Allah wariskan kepada mereka bumi ini, yang tidak lain, telah Allah janjikan kejayaan kepada mereka.
Dan tidak pernah pula Allah ‘mengkontrakkan’ atau ‘menswastakan’ rezeki dan kurnianya pada manusia, mengehadkan umur tertentu utk menjamah nikmatnya, meletakkan status tertentu untuk layak menjamah nasi dan lauk. Pernahkah?
Perlu diingat tiada istilah putera raja dalam menyampaikan Islam ini, apatah lagi hartawan, jutawan, angkasawan, karyawan, kayawan dan apa saja, dan tiada juga istilah half-blood prince dalam dakwah.
Yang ada hanya hamba kepada pencipta, walaupun kita didunia muggle!!!.
Sumber
1) Ustaz Pahrol Mat Juoi
2) Dr. Yusuf al Qaradawi
3) Harry Potter and the half blood prince
4) Upin ipin : geng, pengembaraan bermula