11 Jan 2010

peduli Palestin!!!

PERCUBAAN YAHUDI MENCEMAR MASJID AL-AQSA


20 ogos 1929

Kumpulan yahudi kach telah menyerbu Masjid Al-Aqsa untuk menawan tembok sebelah baratnya


7 jun 1967

Jeneral mordechai memasuki kawasan al- Haram al Sharif dengan kereta perisainya dan menawan bahagian timur al- Quds serta mengambil kunci pintu masuk “al- Magharibah”


15 jun 1967

Hakham tertinggi bagi tentera rejim, shlomo ghoron dan 50 pengikutnya menunaikan sembahyang mereka di dalam kawasan al Haram al Sharif


16 jun 1969

Rejim Zionis menawan bahagian barat daya Masjid Al-Aqsa dan menukarkan tembok al- Buraq menjadi kotel (tembok meratap) mereka


21 ogos 1969

Dennis rohan, pengganas yahudi berasal dari Switzerland telah membakar Masjid Al-Aqsa


11 November 1979

Sekumpulan polis izrael telah melepaskan tembakan kea rah jemaah yang sedang bersolat di Masjid Al-Aqsa. Tindakan ini telah menyebabkan ramai yang terkorban dan ramai yang tercedera.


19 april 1980

Para hakham yahudi bermesyuarat di Bandar Baitul Maqdis dan berpakat merancang untuk menawan Masjid Al-Aqsa


28 ogos 1981

Penemuan terowogn yang digali oleh anasir yahudi di bawah Masjid Al-Aqsa bermula dari tembol meratap ( baca: tembok Buraq)


31 ogos 1981

Kemusnahan bahan-bahan artifak bercirikan Islam peninggalan pemerintah-pemerintah Islam yang terdahulu ditembok sebelah barat al-Haram al-Sharif akibat penggalian terowong sepanjang bahagian tesebut


11 April 1982

Seorang tentera rejim, harry goldman telah melepaskan tembakan secara membuta tuli kea rah para jemaah yang berada di masjid Al-Aqsa.tindakan ini telah menyebabkan ramai yang terkorban dan lebih 60 orang mengalami cedera parah


2 julai 1988

Menteri keagamaan rejim zionis telah meluluskan usaha penggalian dipintu ‘al-Ghawanmah’ yang menyebabkan terowong yang telah digali menjadi semakin panjang dikawasan bawah sepanjang tembok al- Haram al-Sharif


8 oktober 1990

2 orang telah gugur syahid, manakala 200 yang lain telah cedera parah akibat keganasan tentera-tentera rejim zionis yang telah melepaskan tembakan di dalam kawasan masjid Al-Aqsa


7 julai 1996

Kawasan barat daya Masjid Al-Aqsa telah mengalami keretakan yang dahsyat akibat penggalian intensif yang dilakukan dibawahnya


24 september 1996

Terowong di bahagian barat Masjid Al-Aqsa telah dibuka untuk orang ramai dan dijadikan sebahagian daripada kawasan pelancongan untuk orang-orang yahudi


28 januari 1997

Terowong di bahagian barat daya masjid Al-Aqsa diperbesarkan lagi sehingga ketinggiannya mencapai Sembilan meter. Ini telah menyebabkan dasar bangunan tersebut semakin tidak kuat dan meretak


3 oktober 1999

Perdana menteri rejim zionis pada waktu itu, ehud barak telah merasmikan terowong sebelah selatan Masjid Al-Aqsa dan menjadikannya sebagai tempat sembahyang kaum Yahudi ekstrimis


25 januari 2000

Rejim zionis melarang lori-lori yang membawa simen dan pasir daripada memasuki kawasan Baitul Maqdis yang bertujuan untuk membaiki keretakan yang terdapat di Masjid Al-Aqsa


28 september 2000

Ariel Sharon, perdana menteri rejim zionis yang baru dilantik telah memasuki Masjid Al-Aqsa dengan 200 tenteranya yang lengkap bersenjata dan memakai kasut


Mac 2001

30 buah pertubuhan ekstrimis yahudi telah bersepakat meletakkan batu asas untuk penubuhan haykal di kawasan kubah “al-sakhra”


Sepanjang 2001 sehingga 2003

Mereka yang berumur di bawah 45 tahun tidak dibenarkan memasuki Masjid Al-Aqsa untuk menunaikan solat


16 oktober 2004

Mereka yang berumur di bawah 60 tahun tidak dibenarkan memasuki Masjid Al-Aqsa untuk menunaikan solat dibulan Ramadhan


Januari 2005 – September 2005

Enam ancaman untuk menyerbu dan merobohkan Masjid Al-Aqsa telah diberikan oleh pertubuhan- pertubuhan ekstrimis yahudi yang ingin membina haikal
Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-