InsyaAllah, pagi Sabtu ini, saya berlepas ke Sabah dan tentunya menaiki pesawat MAS.
Penerbangan jam 9.15 pagi itu seperti biasa akan transit di Kota Kinabalu.
Boleh dikategorikan sebagai kali pertama menaiki pesawat (pernah sekali menaiki pesawat Nuri, tapi dah lupa tahun bila, tapi sewaktu kanak-kanak), tentunya akan pengalaman berharga disamping secebis pengetahuan yang bakal diaplikasikan kepada sekelompok masyarakat di pedalaman Sabah.
Termasuk saya, empat orang akan berlepas ke sana. Bos dan tiga RA, dan berserta dengan berkotak-kotak radas dan reagen, mungkin itu yang menyebabkan berat.
Tugas di lapangan antaranya menyediakan site untuk eksperimen dan staining. Tambah menariknya, inilah kali pertama saya ‘dipaksa’ serius untuk meneliti topik lain dari Filaria iaitu Malaria.
Sebetulnya, saya adalah antara segelintir manusia yang kurang mengambil tahu impak sebenar penyakit ini. Setiap tahun dilaporkan hampir 515 juta kes Malaria dilaporkan dan 1 hingga 3 juta mati terutamanya kanak-kanak. Nah, tiada ruginya ekspedisi ini. Harap dapat garap pengetahuan lebih dalam, InsyaAllah.