maslahat untuk ummah
senang dan bahagia untuk ummah
pada bahagian
yang tercipta untuk mereka
mereka berhak menatapnya
tapi selangnya berbeza
tiada hak untuk tatap
tiada daya untuk meratap
dan tiada cara untuk merangkap
bangkit pada kemiskinan
terjebak pada kefakiran
terus terjerumus
menegak panji jerami
merekrut keringat
pada emas milik perwira nista
terpuruk terus pada kehebatan
kononnya menentang kedzaliman
mencerah keadilan
namun cerahnya pseudo
hanya membayangi terik mentari
di tengah hari
khianat pada cinta rakyat
amanah hanya pada ruang wang
yang dituang-tuang
ada apa dengan emas hitam
hanya menghitamkan
wajah yang sedia kelam legam
terserlah selam pitam
yang takkan suram
lantaran hina mengerah rakyat
merobek putih pada jiwa bersih
kemudian melaram pada besi hitam
yang di jenama pelbagai nama
megah menghitam pada jalan rakyat
yang dikerah pada jalan lebam
S.Mizan Saidin
Maslahat
Alfatah_mujahid06@yahoo.com.my
www.ikhsaninsan.blogspot.com