Nuh, kaulah Nabi,
yang terjun ke jurang itu,
bukan tidak sengaja,
tapi justeru tafahhum kepada agama,
telinga mana yang tidka ditutup,
lidah mana yang tidak berhenti mencaci,
tubuh mana yang tidak berpaling,
kaki mana yang tidak berhenti menjauh,
kerna juang bukan untuk diijulang,
kerna ruang bukan untuk dibuang,
terpatri janji pada tali Ilahi,
langsung dakwah dari pagi ke pagi,
langsung tarbiah dari diari ke diari,
bahtera dibina sepantas kalam diterima,
utusan Tuhan tanda bencana,
setelah kurang 50 dari 1000,
kau berhias dengan cemuhan, makian malah cacian
medan kau berjuang bukan sebarang,
hasilnya dua, jelas terang,
yang cinta aqidah...atau samar thaghut,...
yang yakin Tuhan...atau kabur kehidupan...
yang Cinta, yang Yakin,...langkahan bertambah pasti,
di atas bahtera diteman nakhoda,
yang samar, yang kaur berkabut,...sinis terus memangkah,
jelek pada mereka, itu manusia di dalam bahtera,
wujud taufan kerana Tuhan,
muncul bah jua kerana Tuhan
bukan sahaja Dia Tuhan kepada kayu yang digubal menjadi bahtera,
tapi Dia juga Khaliq kepada manusia yang berada didalamnya,
saksikanlah ketika ombak itu menjadi kawan,
dan perhatikanlah ketika ia itu menjadi lawan,
yang dibawah terus dihanyutkan,
yang diatas,...itu kali pertama menyaksikan kemusnahan,
dan sesak dalam kelemasan dipulas kebodohan,
dan terus tenggelam menanti keperitan di Kala Kebangkitan.
lambaian bahtera
IkhsanInsan
selama mana usaha, moga dinaungi Cinta...